You are on page 1of 1

Definisi wang secara amnya ialah merujuk kepada apa sahaja yang diterima umum sebagai alat pertukaran

barangan atau sebagai alat bayaran tertanguh dan untuk diterima umum. Selain itu, wang mestilah mempunyai
nilai yang stabil dan kuasa beli yang tetap untuk memberi keyakinan kepada orang ramai.

Ahli ekonomi mendefinasikannya dari 2 aspek :


1) Fungsi : alat pertukaran , unit nilai, penyimpan nilai dan alat piawai bayaran tertangguh.
2) Fizikal : wang ialah wang syiling, kertas dan buku-buku cek

Sejarah Ringkas Wang


Penggunaan wang dalam sejarah manusia telah lama digunakan. Ia diperkenalkan bagi mengatasi
kelemahan urusniaga sistem barter seperti menukar beras dengan baju.

Wang yang mula-mula sekali ialah wang komoditi iaitu barangan yang digunakan dalam masyarakat
seperti kerang, besi, makanan, beras dan lain-lain. Kemudian timbul wang emas dan logam tetapi masalahnya
ialah ianya terhad. Seterusnya lahirlah wang kertas yang asalnya berpunca daripada resit tukang-tukang
emas. Mulanya wang disandarkan kepada emas, kini kepada US Dollar dan kegiatan ekonomi.

Ahli ekonomi membezakan antara tiga jenis wang yang berbeza: wang komoditi, wang fiat, dan wang bank.

- Wang komoditi adalah nilai yang berfungsi sebagai nilai wang. Koin emas adalah contoh wang komoditi.

- Di kebanyakan negara, wang komoditi telah digantikan dengan wang fiat. Wang fiat adalah wang yang
nilainya ditentukan oleh undang-undang dan bukan adanya barangan dan perkhidmatan. Wang fiat,
contohnya wang kertas, merupakan simbol komoditi atau janji kerajaan. Walaupun dipanggil dan
dianggap wang, wang kertas bukanlah wang yang sebenar.

Namun kegagalan besar wang kertas (dan syiling) adalah sebagai nilai simpanan. Dolar Amerika
Syarikat (atau Nota Simpanan Persekutuan) telah kehilangan 95% daripada nilainya sejak 1913. Wang
kertas sering kehilangan nilainya melalui inflasi, kerana wang kertas sentiasa diisukan atau dikeluarkan.
Wang kertas turut mempunyai masalah apabila pengeluar wang kertas tidak boleh membuat pertukaran
dengan janji untuk membayar dengan emas atau perak. Kegagalan pertama adalah pada 1933 apabila
rakyat Amerika tidak boleh lagi menebus atau menukar dolar kepada emas pada $20 per auns. Kegagalan
kedua pula pada adalah pada 1971 apabila orang luar yang ke Amerika tidak boleh menebus nota untuk
emas pada kadar $35 per auns. Pada 2006, nilai dolar telah merudum kepada lebih kurang $700 per
auns.

Wang fiat, terutamanya dalam bentuk kertas dan syiling, mudah rosak atau hilang. Namun begitu undang-
undang kerajaan yang mencipta wang fiat juga menyatakan bahawa wang yang rosak atau binasa boleh
diganti semula. Sebagai contoh, kerajaan AS akan menggantikan wang kertas yang cacat atau rosak
dengan hanya mencetak sahaja pada "kertas kosong" dan di jadikan wang. Senang bukan nak buat
wang? :)
Satu lagi kelemahan wang kertas adalah ia bergantung kepada sistem undang-undang (kerajaan) yang
mengeluarkannya. Sekiranya kerajaan tersebut jatuh, mata wang yang bergantung padanya akan turut
serta tidak bernilai (negara Iraq)

- Wang bank terdiri daripada kredit buku yang bank meluaskan kepada pendeposit mereka. Urusniaga
yang dibuat menggunakan cek yang dibuat atas deposit yang dipegang di bank melibatkan penggunaan
wang bank.

Ciri- ciri Wang


1. Nilainya mesti tetap.
2. Mudah dibawa, disimpan dan dipindah
3. Tahan lama serta tidak mudah rosak
4. Boleh dibahagikan kepada unit yang kecil
5. Bahan yang dijadikan duit mesti seragam
Contoh: Kalau RM 10 merah, merah semuanya
6. Penawaran yang terhad.

You might also like