You are on page 1of 11

PANDUAN LAPOR DIRI ANGGOTA-ANGGOTA

DI JABATAN PERKHIDMATAN AWAM

DISEDIAKAN OLEH:
BAHAGIAN SUMBER MANUSIA DAN KHIDMAT PENGURUSAN, JPA
PENDAHULUAN

Buku Panduan ini disediakan untuk menerangkan kepada anggota-anggota yang baru melapor
diri di JPA mengenai tindakan yang perlu diambil meliputi penyediaan dokumen-dokumen
perkhidmatan dan dokumen-dokumen untuk pembayaran emolumen (gaji dan elaun-elaun),
borang-borang yang perlu dilengkapkan, peraturan-peraturan pejabat yang perlu dipatuhi dan
kemudahan-kemudahan yang disediakan.

i
SENARAI KANDUNGAN

Kandungan Muka Surat

Pendahuluan i

Pengenalan 1

Urusan Semasa Melapor diri 1

Dokumen-dokumen yang Diperlukan 2

Borang-borang 2

Peraturan-peraturan Pejabat 3

Lokasi Bahagian-bahagian 4

Kemudahan-kemudahan 5

Riadah 6

Perhimpunan Bulanan 6

Hari Bersama Pelanggan 6


Lampiran-lampiran
Lampiran A Borang Keterangan Diri 9
Lampiran B Borang Pas Keselamatan 15
Lampiran C Borang Aku Janji 16
Lampiran D Borang Tapisan Keselamatan 17
Lampiran E Borang Pengisytiharan Harta 29
Lampiran F Borang Akta Rahsia Rasmi 34
Lampiran G Borang Pemilihan Waktu Bekerja 35
Berperingkat
Lampiran H Borang Maklumat Pinjaman 36
Kenderaan/Komputer
Lampiran I Senarai Semakan Dokumen bagi 37
Urusan Pembayaran Gaji.

ii
PANDUAN MELAPOR DIRI
DI JABATAN PERKHIDMATAN AWAM

1. PENGENALAN

Anggota-anggota yang melapor diri terdiri daripada 2 kategori iaitu:

1.1 Lantikan Baru

a. Tetap b. Sangkut
c. Kontrak d. Pekerja Khidmat Singkat (PKS)
e. Sementara f. Sambilan
g. Skim Sangkutan dan Latihan (SSL)

1.2 Pertukaran

a. Anggota Sedang Berkhidmat


b. Anggota Perkhidmatan Am (Kumpulan)

2. URUSAN SEMASA MELAPOR DIRI

2.1 TEMPAT MELAPOR DIRI

Penempatan tuan/puan di JPA adalah diuruskan oleh Bahagian Pengurusan


Sumber Manusia dan Khidmat Pengurusan. Bahagian ini terletak di Tingkat 10,
Blok C1.

1
Tuan/Puan hendaklah melapor diri kepada pegawai-pegawai berikut:

Gred Pegawai Pegawai yang Bertanggungjawab

JUSA Pengarah Bahagian Sumber Manusia &


Khidmat Pengurusan (PBU)

Gred 1 Timbalan Pengarah Bahagian Sumber Manusia &


Khidmat Pengurusan (TPB(U)S )

Gred 2 dan 3 Ketua Penolong Pengarah (KPP(U)O)


Ketua Penolong Pengarah (KPP(U)S )

Kumpulan Penolong Pengarah (PP(U)O1)


Sokongan 1 dan II Penolong Pengarah (PP(U)S2)

2.2 DOKUMEN-DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

Semasa melapor diri tuan/puan hendaklah menyerahkan dokumen-dokumen


berikut.

2.2.1 Lantikan Baru

I. Surat Tawaran
II. Surat Setuju Terima
III. Surat Sumpah
IV. Surat Akuan Doktor
V. Salinan Kad Pengenalan
VI. Salinan Buku dan No. Akaun Bank
VII. Salinan Surat KWSP/No. KWSP
VIII. Gambar warna terkini berukuran pasport (2 keping)

2
2.2.2 Pertukaran

I. Salinan Surat Pertukaran


II. Salinan Surat Lembaga Kenaikan Pangkat (jika memangku)
III. Salinan Kad Pengenalan
IV. Salinan Buku dan No. Akaun Bank
V. Salinan Surat KWSP/No. KWSP
VI. Sijil Gaji Akhir
VII. Gambar warna terkini berukuran pasport (2 keping)

Bagi anggota-angota yang dalam perkhidmatan, pastikan bahawa pejabat lama


tuan/puan menyediakan Sijil Gaji Akhir bagi mempercepatkan urusan
pembayaran gaji.

Tuan/Puan adalah diminta bagi menyediakan dan menyerahkan dokumen-


dokumen seperti di Lampiran I (yang mana berkenaan) bagi urusan Jabatan ini
membuat pembayaran gaji. Dokumen-dokumen ini perlu dibuat di dalam tiga
salinan, disahkan dan serahkan kepada pegawai yang bertanggungjawab.

2.3 BORANG-BORANG

Semasa melapor diri tuan/puan akan dibekalkan borang-borang berikut untuk


dilengkapkan:

I. Borang Keterangan Diri


II. Borang Pas Keselamatan
III. Borang Aku Janji
IV. Borang Tapisan Keselamatan
V. Borang Pengisytiharan Harta
VI. Borang Akta Rahsia Rasmi
VII. Borang Pemilihan Waktu Bekerja Berperingkat
VIII. Borang Maklumat Pinjaman Kenderaan/Komputer

3
Tuan/puan dikehendaki menyerahkan borang-borang di atas yang telah
dilengkapkan tidak lewat 3 hari dari tarikh lapor diri.

3. PERATURAN-PERATURAN PEJABAT

3.1 Sementara surat penempatan/pertukaran dikeluarkan, tuan/puan hendaklah


sentiasa mematuhi perkara-perkara berikut:

i) WAKTU BEKERJA

Di bawah Sistem Waktu Bertugas Berperingkat (WBB), terdapat dua


waktu bekerja iaitu:

Waktu Pertama

Pukul 7.30 pagi hingga 4.00 petang (Isnin hingga Jumaat)


Pukul 7.30 pagi hingga 12.20 tengahari (Sabtu)

Waktu Kedua

Pukul 8.15 pagi hingga 4.45 petang (Isnin hingga Jumaat)


Pukul 8.25 pagi hingga 1.15 tengahari (Sabtu)

Tuan/Puan hendaklah mengisi borang pemilihan waktu bekerja


berperingkat dan mengetik kad perakam waktu pada tiap-tiap hari
bekerja.

4
ii) TEMPAT

Tuan/Puan ditempatkan di bilik yang dikhaskan iaitu Bilik Orkid, Tingkat 10, Blok
C1 atau boleh juga berada di Perpustakaan JPA, di Tingkat 8, Blok C1.

Tuan/Puan hendaklah mendapat kebenaran dari pegawai yang


bertanggungjawab (seperti di para 2) untuk keluar pejabat atas urusan rasmi
atau peribadi.

iii) CUTI

Sekiranya tuan/puan ingin memohon cuti, tuan/puan boleh memohon dari


pegawai yang bertanggungjawab dengan mengisi borang permohonan cuti rehat
(AM 42 – pin. 2/91).

Bagi anggota Perkhidmatan Am (Kumpulan) sekiranya tuan/puan ditempatkan


secara pentadbiran di bahagian-bahagian lain di Jabatan Perkhidmatan Awam
atau di jabatan-jabatan lain, kuasa meluluskan cuti adalah Ketua Bahagian atau
Ketua Jabatan berkenaan. Tuan/puan dikehendaki menghantar salinan kad
perakam waktu setiap bulan minggu pertama bulan berikutnya kepada KPP(U)S,
Bahagian Sumber Manusia & Khidmat Pengurusan.

iv) KECEMASAN

Untuk tujuan perhubungan, tuan/puan dinasihatkan supaya memaklumkan


kepada pegawai yang bertanggungjawab nombor telefon rumah dan waris
terdekat untuk tujuan panggilan kecemasan dan sebagainya. Sekiranya pihak
keluarga/waris tuan/puan ingin menghubungi tuan/puan, bolehlah menggunakan
talian 03-88853181 atau 88853192.

5
v) PAKAIAN

Tuan/Puan hendaklah sentiasa mematuhi peraturan pakaian pejabat dan


sentiasa kelihatan kemas.

Tuan/Puan dikehendaki memakai tanda nama dan Pas Keselamatan di


sepanjang waktu pejabat.

4. HAL-HAL LAIN

4.1 LOKASI BAHAGIAN-BAHAGIAN

Kedudukan Bahagian-bahagian adalah seperti berikut:

Blok C1

Pejabat Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam - Aras 13


Bahagian Penyelidikan dan Perancangan - Aras 12
HRMIS - Aras 8
Bahagian Sumber Manusia & Khidmat Pengurusan - Aras 7 - 11
Bahagian Psikologi - Aras 7
Bahagian Latihan - Aras 4 - 6
Bahagian Teknologi Maklumat - Aras 3

Blok C2

Bahagian Saraan - Aras 9 - 10


Bahagian Pembangunan Organisasi - Aras 7 – 8
Bahagian Perkhidmatan - Aras 6 – 7
Bahagian Pencen - Aras 2 – 5
HRMIS - Aras 1

6
4.2 KEMUDAHAN-KEMUDAHAN

Kaunter Pertanyaan - Aras 2, Blok C1

Surau - Aras 5, Blok C1

Kafetaria - Aras 2, Blok C1

Gimnasium - Aras 7, Blok C1

Auditorium - Aras 4, Blok C1

TASKA - Aras 1, Blok C2

Kuarters - Maklumat mengenai kemudahan ini boleh


diperolehi dengan menghubungi Cawangan
Khidmat Pengurusan di talian
03-88853000 sambungan 3222.

4.3 PERHIMPUNAN BULANAN

Perhimpunan Bulanan JPA diadakan pada setiap hari Rabu minggu pertama
setiap bulan di Auditorium, Aras 4, Blok C1.

4.4 RIADAH

Hari Bersenam Bersama-sama KPPA adalah pada setiap hari Rabu jam 5.15
petang.

Sessi Regangan Otot diadakan setiap hari jam 11.00 pagi di setiap Bahagian.

7
4.5 HARI BERSAMA PELANGGAN

Hari Bersama Pelanggan peringkat JPA diadakan pada setiap Sabtu minggu ke
empat setiap bulan.

4.6 PEGAWAI-PEGAWAI YANG BOLEH DIHUBUNGI

Jika ada sebarang masalah atau pertanyaan sila hubungi pegawai-pegawai


berikut:

Encik Dahri bin Ibrahim


e-mail: dahri@gov.my
Tel: 88853007

En. Wahab b. Mohd. Yassin


e-mail: wahab_y@jpa.gov.my
Tel: 88853064

Cik Hajah Zaidah binti Mohd. Jaman


e-mail: zaidah@jpa.gov.my
Tel: 88853037

Puan Rosemi binti Hamdan


e-mail: rosemi@jpa.gov.my
Tel: 88853258

Puan Zabidah binti Safar


e-mail: zabidah@jpa.gov.my
Tel: 88853185

Puan Lita Alis binti Abdul Malek


e-mail: lita@jpa.gov.my
Tel: 88853180

You might also like