You are on page 1of 1

 Beberapa contoh ciri-ciri batuan metamorfosis: a) Batu loh (slate) - Batu loh berbijian

halus dan dari segi kategori gred yang rendah. - Batu ini terb entuk pada suhu antara
200C hingga 400C. - Batu loh terhasil daripada metamorfosis batu lumpur (mud stone),
syal atau batu kelodak (siltstone). - Batu ini mempunyai ira yang tersusun selari dengan
paksi rataan. b) Amfibolit - Amfibolit berbijian sederhana kasar dan kaya dengan batu
hornblend dan batu plagio. - Batu ini dihasilkan oleh metamorfisme batuan igneus yang
bergred sederhana tinggi.
 23. Gneisi Batu Marmar Kaurzit Batu Lumpur Batu Hornblend Batu Plagio
 24. PROSES PEMBENTUKAN BATUAN 1. BATUAN IGNEUS 2. BATUAN
MENDAK/ENAPAN 3. BATUAN METAMORFIK
 25. BATUAN IGNEUS } Batuan igneus berasal daripada penyejukan dan pembekuan
magma. } Suhu magma yang tinggi ( 700 ºC – 1 200 ºC ) dalam kerak bumi
menyebabkan batuan sentiasa dalam tekanan yang tinggi. } Batuan igneus rejahan
terbentuk apabila magma yang keluar dari perut bumi membeku di dalam lapisan kerak
bumi sebelum sampai ke permukaan bumi. } Batuan igneus terobosan terbentuk apabila
magma mengalir keluar ke permukaan bumi sebagai lava dan membeku di permukaan
bumi.
 26. BATUAN MENDAK / ENAPAN 1. Batuan mendak terbentuk daripada proses
simentasi dan mampatan bahan-bahan mendapan ( sedimen) serta fosil. 2. Batuan
mendak merupakan batuan yang terbentuk daripada bahan-bahan yang dimendapkan oleh
air mengalir, ais dan angin. 3. Bahan-bahan enapan terdiri daripada lumpur, pasir, kerikil,
kulit-kulit kerang dan fosil. 4. Terdapat proses-proses penting dalam pembentukan batuan
enapan: a) proses pemadatan - berlaku apabila bahan enapan terkumpul secara lapisan,
selapis demi selapis. - lapisan bawah akan mengalami tekanan daripada lapisan atas
apabila bahan enapan menjadi semakin tebal. - lama-kelamaan bahan enapan seperti
kelodak, lempung dan pasir menjadi mampat dan melekat antara satu sama lain
membentuk batuan.
 27. b) Proses penyimenan - proses perlekatan antara mineral-mineral disebabkan wujud
bahan perikat. - bahan enapan yang kasar tidak melekat antara satu sama lain berbanding
dengan bahan enapan yang halus. - bahan enapan yang kasar seperti pasir hanya boleh
terlekat antara satu sama lain apabila terdapat bahan-bahan perikat atau bahan
penyimenan. - bahan perikat seperti lempung, kalsit, silika yang memasuki ruang- ruang
yang wujud antara mineral-mineral yang kasar tadi. - tekanan dari lapisan atas
menyebabkan air akan keluar, meninggalkan bahan-bahan perikat yang akan terhablur
dan bertindak mengikat mineral-mineral kasar, tersimen bersama-samanya sebagai
batuan enapan.

You might also like