You are on page 1of 1

SEKOLAH KEBANGSAAN BAGAN BAHARU,

BAGAN BAHARU,
34510 BATU KURAU,
PERAK.
NO TEL: 05-8801525

Kepada :
Ibubapa / Penjaga
Murid Sek Keb Bagan Baharu

Tuan/ Puan,

PEMULANGAN DAN AGIHAN BUKU TEKS

Berhubung dengan perkara di atas, pihak SPBT SK Bagan Baharu ingin memaklumkan
bahawa pemulangan dan agihan buku teks akan dijankan seperti jadual di bawah:-

PEMULANGAN BUKU TEKS SESI 2019 AGIHAN BUKU TEKS SESI 2020
TARIKH TAHUN TARIKH TAHUN
13hb November 1,2 dan 3 13hb November 1,2 dan 3
2019 ( Rabu) 2019 ( Rabu)
14hb November 4,5 dan 6 14hb November 5 dan 6
2019 (Khamis) 2019 (Khamis)
* Murid Tahun 4 sesi 2020 akan diagihkan pada awal persekolahan kerana bekalan buku
teks belum sampai.

2. Sehubungan dengan itu, pihak sekolah telah menetapkan beberapa peraturan


sebelum murid memulangkan buku kepada pihak sekolah iaitu :-
a) Semua buku pinjaman hendaklah dipulangkan dalam keadaan baik.
b) Semua buku hendaklah dibalut kemas.
c) Buku yang rosak hendaklah dibaiki.
d) Buku yang hilang hendaklah diganti.

3. Pemulangan buku teks untuk tahap 1 iaitu tahun 1, 2 dan 3 hanya melibatkan buku
teks sahaja dan tidak melibatkan buku aktiviti.

4. Murid-murid digalakkan membawa beg semasa hari agihan agihan buku teks untuk
memudahkan murid membawa pulang buku teks masing-masing.

5. Justeru itu dilampirkan borang semakan buku teks untuk rujukan pihak tuan/puan.

Kerjasama dan keperihatinan tuan/puan amat dihargai dan didahului ucapan ribuan terima
kasih.

Yang Menjalankan Amanah,

____________________________

(EN ABU SAMAH )


Guru Besar,
Sek Keb Bagan Baharu.

You might also like