You are on page 1of 14

Jurnal Penyelidikan Kent Bil.

12/2014

KEBERKESANAN CONGKAK CONVERTER DALAM PENGENALAN


KONSEP PENUKARAN PECAHAN TAK WAJAR KEPADA BENTUK
NOMBOR BERCAMPUR DAN SEBALIKNYA BAGI MURID
PEMULIHAN MATEMATIK DI SEKOLAH RENDAH

Khoo Chwee Hoon (PhD)

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk meninjau keberkesanan Congkak Converter dalam


memperkenalkan konsep penukaran pecahan tak wajar kepada bentuk nombor
bercampur dan sebaliknya kepada murid-murid pemulihan matematik Tahun 5.
Kajian ini bertujuan untuk menentukan sama ada terdapat perbezaan yang
signifikan dalam min pencapaian ujian pra dan ujian pasca bagi sampel kajian.
Kajian ini adalah kajian kuantitatif eksperimen yang menggunakan Congkak
Converter sebagai bahan intervensi. Sampel kajian dipilih dengan
menggunakan teknik pensampelan bertujuan. Instrumen Ujian Pra dan Ujian
Pasca digunakan untuk mengukur pencapaian matematik sampel kajian. Ujian-t
untuk sampel bersandar digunakan untuk menguji hipotesis nol pada tahap
kesignifikanan, alfa = .05. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat
perbezaan yang signifikan dalam min pencapaian ujian pra dan ujian pasca
bagi sampel kajian ini. Sampel kajian memperoleh min ujian pasca yang lebih
tinggi secara signifikan berbanding dengan min ujian pra. Congkak Converter
yang diperkenalkan mendatangkan kesan positif atas pencapaian matematik
dalam kalangan murid pemulihan matematik. Dapatan kajian ini membawa
implikasi yang bermakna kepada pihak-pihak yang terlibat secara langsung
atau tidak langsung dalam perancangan dan pelaksanaan kurikulum matematik
bagi murid pemulihan matematik terutamanya di institusi pendidikan guru di
negeri Sabah, Malaysia.

Kata Kunci: Pengenalan konsep pecahan, Congkak Converter, Murid


Pemulihan Matematik

PENGENALAN

Pendidikan Matematik penting dalam membina pemikiran aras tinggi dan


kreativiti murid-murid. Menurut Mok (2004), Sukatan Pelajaran bagi sekolah
rendah telah disemak semula pada tahun 1998 yang membolehkan murid-murid
sekolah rendah dapat mempelajari kemahiran asas matematik. Salah satu topik
yang penting dalam Sukatan Pelajaran 1998 ialah Pecahan. Hal ini
menunjukkan topik pecahan ini perlu dikuasai oleh setiap murid. Topik Pecahan
ini penting dalam membantu murid menghadapi kehidupan seharian dan
menguasai topik-topik lain seperti Nombor Perpuluhan dan Peratusan.
Kajian ini bertujuan untuk memperkenalkan konsep penukaran pecahan
tak wajar kepada bentuk nombor bercampur dan sebaliknya kepada murid-
murid pemulihan matematik Tahun 5 di dua buah sekolah di daerah Tuaran.

68
Jurnal Penyelidikan Kent Bil. 12/2014

Murid-murid ini mempunyai pelbagai miskonsepsi dalam menukarkan pecahan


tak wajar kepada bentuk nombor bercampur dan sebaliknya.
Dalam kajian ini, satu bahan bantu belajar (BBB) telah dicadangkan
untuk membantu murid menukarkan pecahan tak wajar kepada nombor
bercampur iaitu menggunakan bahan konkrit iaitu Congkak Converter. BBB ini
digunakan kerana ia bertepatan dengan teori perkembangan Jean Piaget
(seperti dalam Haliza Hamzah & Samuel, 2009) yang mengatakan bahawa
kanak-kanak yang berumur tujuh hingga sebelas tahun berada pada peringkat
operasi konkrit. Oleh yang demikian, kanak-kanak boleh membuat perkaitan
secara logik melalui bahan konkrit. Kanak-kanak lebih mudah menguasai
proses penukaran pecahan tak wajar kepada nombor bercampur dan
sebaliknya melalui bahan konkrit. Bah kata Confucius (551 – 479 SM) (seperti
dalam Myrko Thum, n. d.), “Saya dengar dan saya lupa. Saya lihat dan saya
ingat. Saya lakukan dan saya faham”. Dengan demikian, diharapkan responden
dapat menguasai proses penukaran pecahan tak wajar kepada bentuk nombor
bercampur dan sebaliknya dengan berinteraksi pada congkak converter. BBB
ini juga dapat diguna pakai untuk mengukuhkan kemahiran-kemahiran murid
dalam konsep tambah, tolak, darab dan bahagi.

PERNYATAAN MASALAH

Menurut Bitter, Hatfield, dan Edwards (1989), pecahan adalah sukar untuk
difahami. Salah satu sebabnya ialah penggunaan model-model yang tidak
diterokai semasa konsep dibina. Nombor pecahan pada mulanya sepatutnya
diajar dengan penggunaan pelbagai model dan bentuk. Sekiranya amalan ini
tidak diikuti, pecahan akan terus menjadi topik yang sukar untuk dipelajari dan
dihayati.
Pada kebiasaannya, murid-murid yang lemah atau tercicir kurang
berminat untuk belajar Matematik. Mereka tidak memahami apa yang diajar dan
menyebabkan mereka melakukan perkara lain dan berbuat bising. Hal ini sering
dapat penyelidik perhatikan sepanjang masa penyeliaan praktikum mengajar di
sekolah rendah.
Berdasarkan analisis Ujian Pra yang ditadbirkan kepada 70 orang murid
di dua buah sekolah rendah, didapati bahawa terdapat 35 orang murid
mempunyai miskonsepsi dalam penukaran pecahan tak wajar kepada bentuk
nombor bercampur dan sebaliknya.
Memandangkan tajuk pecahan merupakan salah satu tajuk yang
sangat penting dalam pembelajaran matematik. Oleh yang demikian, satu
kajian perlu dilaksanakan untuk meninjau miskonspsi-miskonsepsi yang
dilakukan oleh murid. Kemudian kajian ini juga perlu mengenal pasti tahap-
tahap penguasaan konsep murid-muird dalam penukaran pecahan tak wajar
kepada nombor bercampur dan sebaliknya sebelum intervensi dilaksanakan.
Selepas intervensi dilaksanakan, meninjau semula tahap-tahap penguasaan
konsep murid-murid dalam penukaran pecahan tak wajar kepada nombor
bercampur dan sebaliknya. Akhirnya, meninjau keberkesanan penggunaan
Congkak Converter dalam pengenalan konsep penukaran pecahan tak wajar
kepada nombor bercampur dan sebaliknya.

69
Jurnal Penyelidikan Kent Bil. 12/2014

OBJEKTIF KAJIAN

(i) Mengenal pasti miskonsepsi-miskonsepsi dalam penukaran pecahan


tak wajar kepada nombor bercampur dan sebaliknya yang dilakukan
oleh sampel kajian.
(ii) Mengenal pasti tahap penguasaan konsep murid dalam penukaran
pecahan tak wajar kepada nombor bercampur sebelum Congkak
Converter digunakan;
(iii) Mengenal pasti tahap penguasaan konsep murid dalam penukaran
nombor bercampur kepada pecahan tak wajar sebelum Congkak
Converter digunakan;
(iv) Mengenal pasti tahap penguasaan konsep murid dalam penukaran
pecahan tak wajar kepada nombor bercampur selepas Congkak
Converter digunakan;
(v) Mengenal pasti tahap penguasaan konsep murid dalam penukaran
nombor bercampur kepada pecahan tak wajar selepas Congkak
Converter digunakan; dan
(vi) Menentukan samada terdapat perbezaan yang signifikan dalam min
pencapaian ujian pra dan ujian pasca bagi sampel kajian.

SOALAN KAJIAN

(i) Apakah miskonsepsi-miskonsepsi dalam penukaran pecahan tak wajar


kepada nombor bercampur dan sebaliknya yang dilakukan oleh sampel
kajian?
(ii) Apakah tahap penguasaan konsep murid dalam penukaran pecahan
tak wajar kepada nombor bercampur sebelum Congkak Converter
digunakan?
(iii) Apakah tahap penguasaan konsep murid dalam penukaran nombor
bercampur kepada pecahan tak wajar sebelum Congkak Converter
digunakan?
(iv) Apakah tahap penguasaan konsep murid dalam penukaran pecahan
tak wajar kepada nombor bercampur selepas Congkak Converter
digunakan?
(v) Apakah tahap penguasaan konsep murid dalam penukaran nombor
bercampur kepada pecahan tak wajar selepas Congkak Converter
digunakan?
(vi) Adakah terdapat perbezaan yang signifikan dalam min pencapaian
ujian pra dan ujian pasca bagi sampel kajian?

HIPOTESIS KAJIAN

Hipotesis kajian ini dibentuk untuk menjawab objektif kajian keenam dan soalan
kajian keenam.
Ho1: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam min pencapaian ujian
pra dan ujian pasca bagi sampel kajian.

70
Jurnal Penyelidikan Kent Bil. 12/2014

Ha1: Terdapat perbezaan yang signifikan dalam min pencapaian ujian pra
dan ujian pasca bagi sampel kajian.

BATASAN KAJIAN

Kajian ini mempunyai beberapa batasan kajian yang berikut:


(i) Kajian ini terbatas kepada dua konsep penukaran pecahan sahaja iaitu
penukaran pecahan tak wajar kepada nombor bercampur dan
penukaran nombor bercampur kepada pecahan tak wajar.
(ii) Sampel kajian ini ditentukan berdasarkan Pencapaian Ujian Pra sampel
kajian.
(iii) Sampel kajian ini terdiri daripada murid-murid pemulihan matematik
Tahun 5 khususnya dalam dua konsep penukaran pecahan.

METODOLOGI KAJIAN

Kajian ini merupakan kajian kuantitatif eksperimen yang menggunakan


Congkak Converter sebagai bahan intervensi. Sampel kajian dipilih dengan
menggunakan teknik pensampelan bertujuan. Instrumen Ujian Pra dan Ujian
Pasca digunakan untuk mengukur pencapaian matematik sampel kajian. Ujian-t
untuk sampel bersandar digunakan untuk menguji hipotesis nol pada tahap
kesignifikanan, alfa = .05.

Sampel Kajian
Sampel kajian ini dikenalpastikan melalui satu Ujian Pra yang disediakan oleh
penyelidik. Murid-murid yang tidak dapat menyelesaikan lima soalan daripada
10 soalan yang diberikan dalam dua kemahiran akan dikategorikan sebagai
murid pemulihan matematik. Dapatan analisis data Ujian Pra menunjukkan
bahawa sebanyak 35 orang murid pemulihan matematik menjadi sampel kajian
ini kerana mereka mempunyai miskonsepsi dalam penukaran kemahiran-
kemahiran ini.

Pengumpulan Data
Pengumpulan data kajian ini mengambil masa selama setengah tahun.
Persediaan bermula pada bulan September 2012. Kaedah pengumpulan data
dalam kajian ini ialah menggunakan instrumen Ujian Pra dan Ujian Pasca.
Selain itu, penggunaan Congkak Converter diperlukan untuk meninjau
keberkesanan bahan intervensi ini pengenalan konsep penukaran pecahan tak
wajar kepada nombor bercampur dan sebaliknya. ujian pasca bagi sampel
kajian.

Instrumentasi Kajian
Dalam pengumpulan data kajian ini, sampel kajian perlu menjawab dua set
ujian yang berikut:
i) Kertas soalan Ujian Pra
 Kertas soalan Ujian Pra mengandungi 10 item

71
Jurnal Penyelidikan Kent Bil. 12/2014

 Item 1 hingga item 5 berkaitan dengan penukaran pecahan tak


wajar kepada bentuk nombor bercampur.
 Item 6 hingga item 10 berkaitan dengan penukaran nombor
bercampur kepada bentuk pecahan tak wajar.

ii) Kertas soalan Ujian Pasca


 Kertas soalan Ujian Pasca mengandungi 10 item
 Item 1 hingga item 5 berkaitan dengan penukaran pecahan tak
wajar kepada bentuk nombor bercampur.
 Item 6 hingga item 10 berkaitan dengan penukaran nombor
bercampur kepada bentuk pecahan tak wajar.

iii) 1 set Congkak Converter diberikan mengikut kumpulan

1 set Congkak Converter mengandungi


 1 prosedur penggunaan congkak converter
 1 batang pen whiteboard
 25 biji guli dalam satu mangkuk plastik besar yang bertutup
 1 ruangan kosong untuk pecahan tak wajar (dilaminatekan)
 1 ruangan kosong untuk nombor bercampur
(dilaminatekan)
 5 mangkuk plastik kecil (mewakili Nombor Bulat)
 1 mangkuk plastik besar (mewakili Pengangka pecahan)

iv) 1 set kertas soalan untuk aktiviti kumpulan

Prosedur Pengendalian Kajian


National Policy on Education (1992, seperti dalam Manpal Singh 2004)
mementingkan penggunaan bahan maujud dalam pengajaran dan
pembelajaran. Hal ini bertepatan dengan teori Jean Piaget (seperti dalam
Haliza Hamzah & Samuel, 2009) yang mengklasifikasikan kanak-kanak tujuh
hingga sebelas tahun memerlukan bahan konkrit dalam memahami konsep-
konsep yang abstrak.
Menurut Petit, Laird, dan Marsden (2010), terdapat tiga jenis model
yang boleh digunakan oleh murid untuk menyelesaikan masalah dan
memperkenalkan konsep pecahan. Antaranya ialah model luas, model set, dan

72
Jurnal Penyelidikan Kent Bil. 12/2014

garis nombor. Congkak converter adalah berdasarkan model set. Petit et. al.
(2010) menjelaskan bahawa model set melibatkan pemikiran tentang bahagian
pecahan daripada satu set objek. Model set yang murid akan berinteraksi
selalunya berkaitan dengan koleksi objek-objek yang biasa boleh dijumpai di
dalam bilik darjah seperti butang, gula-gula, dan guli.
Oleh itu, penyelidik telah menggunakan congkak converter iaitu bahan
konkrit yang dekat dengan kanak-kanak agar kanak-kanak dapat menguasai
konsep penukaran pecahan tak wajar kepada bentuk nombor bercampur dan
sebaliknya serta melakukan proses-proses tersebut. Kajian ini dilaksanakan
melalui 5 fasa seperti berikut:

Fasa 1: Tinjauan Awal


Dalam Fasa 1 ini, kajian ini dimulakan dengan mentadbir Ujian Pra kepada 70
orang murid di dua buah sekolah rendah. Kemudian hasil Ujian Pra dianalisis
secara terperinci untuk mengenal pasti miskonsepsi-miskonsepsi yang
dilakukan oleh murid-murid.

Fasa 2: Sesi Input


Satu sesi input telah dilaksanakan dalam kajian ini. Satu penerangan ringkas
berkaitan prosedur penggunaan Congkak Converter dalam penukaran pecahan
tak wajar kepada bentuk nombor bercampur dan sebaliknya telah dijalankan
dalam kelas.

Fasa 3: Aktiviti Kumpulan – Penggunaan Congkak Converter


 Murid-murid menggunakan Congkak converter untuk melaksanakan
aktiviti kumpulan yang diberikan oleh guru.
 Guru memberi tunjuk ajar prosedur penggunaan congkak converter
kepada sampel kajian.
 Sampel kajian menulis hasil jawapan dalam kertas aktiviti kumpulan
yang disediakan oleh guru.

Fasa 4: Persediaan sebelum ujian pasca


 Guru mengajar murid menukar pecahan tak wajar kepada bentuk
nombor bercampur tanpa menggunakan Congkak Converter.

Fasa 5: Ujian Pasca


 Guru mengajar murid menukar pecahan tak wajar kepada bentuk
nombor bercampur tanpa menggunakan Congkak Converter.

Fasa 6: Penyebarluasan Congkak Converter


 Penyebarluasan Congkak Converter kepada rakan sekerja dan projek
inovasi di sekolah kepada murid-murid pemulihan matematik Tahun 5

Penganalisisan Data
Ujian-t untuk sampel bersandar digunakan untuk menguji hipotesis nol pertama
pada tahap kesignifikanan, alfa = .05. Sebelum penganalisisan data
dilaksanakan, taburan data telah disemak kenormalan data melalui
kepencongan data.

73
Jurnal Penyelidikan Kent Bil. 12/2014

DAPATAN KAJIAN

(i) Miskonsepsi-miskonsepsi dalam penukaran pecahan tak wajar


kepada nombor bercampur dan sebaliknya yang dilakukan oleh
sampel kajian
Secara khususnya miskonsepsi-miskonsepsi yang dilakukan oleh sampel kajian
adalah seperti berikut:

(A) Penukaran pecahan tak wajar kepada bentuk nombor bercampur


melalui kaedah membahagikan penyebut dengan pengangka. Kesilapan-
kesilapan itu adalah seperti yang berikut:
i. Tidak tahu menyusun pembahagi, hasil bahagi dan baki dengan betul
setelah membahagi penyebut dengan pengangka. Murid menyusun
nombor-nombor berikut menjadi nombor bercampur yang baru.
a) Menyusun pembahagi sebagai penyebut.
b) Menyusun baki sebagai nombor (nombor bulat pada nombor
bercampur).
c) Menyusun hasil bahagi sebagai pengangka.

(B) Penukaran nombor bercampur kepada bentuk pecahan tak wajar.


Antara kesilapan-kesilapan yang dikenal pasti adalah seperti berikut:
i. Mendarab penyebut dengan nombor (nombor pada nombor bercampur)
untuk dijadikan pengangka baru.
ii. Menambah pengangka dengan nombor (nombor pada nombor
bercampur) untuk dijadikan penyebut baru.
iii. Menolak penyebut dengan nombor (nombor pada nombor bercampur)
untuk dijadikan penyebut baru.
iv. Menambah pengangka dengan nombor (nombor pada nombor
bercampur) untuk dijadikan penyebut baru.
v. Menambah penyebut dengan nombor (nombor pada nombor
bercampur). untuk dijadikan pengangka baru.

Memandangkan topik Pecahan ini penting dalam membantu sampel


kajian menghadapi kehidupan seharian dan menguasai topik-topik lain seperti
Nombor Perpuluhan dan Peratusan. Justeru itu, satu intervensi amat perlu
dilaksanakan untuk membantu sampel kajian ini.

(ii) Tahap penguasaan konsep murid dalam penukaran pecahan tak


wajar kepada nombor bercampur sebelum Congkak Converter
digunakan

Berdasarkan anlisis keputusan Ujian Pra yang diperolehi daripada sampel


kajian, taburan penguasaan konsep penukaran pecahan tak wajar kepada
nombor bercampur mengikut frekuensi dan peratusan dapat ditunjukkan dalam
Jadual 1 yang berikut.

74
Jurnal Penyelidikan Kent Bil. 12/2014

Jadual 1: Taburan Penguasaan Penukaran Konsep Pecahan Tak Wajar


kepada Nombor Bercampur Mengikut Frekuensi dan Peratus
(Ujian Pra) N = 35
Penukaran Pecahan Tak Wajar kepada
UJIAN PRA
Nombor Bercampur
Penguasaan konsep frekuensi peratus
Tidak ada (0 markah) 13 37.1
lemah (1 – 2 markah) 2 5.7
sederhana ( 3 – 4 markah) 8 22.9
baik (5 markah penuh) 11 31.4

Sebelum Congkak Converter digunakan, hasil analisis keputusan Ujian Pra


menunjukkan bahawa terdapat 37.1% sampel kajian belum menguasai konsep
penukaran pecahan tak wajar kepada nombor bercampur. Didapati bahawa
terdapat 5.7 % sampel kajian dan 22.9% sampel kajian berada pada tahap
penguasaan yang lemah dan sederhana masing-masing.
Walaupun terdapat 31.4% sampel kajian telah menguasai konsep
penukaran pecahan tak wajar kepada nombor bercampur, tetapi kebanyakan
daripada sampel kajian tersebut belum menguasai konsep penukaran nombor
bercampur kepada pecahan tak wajar.

(iii) Tahap penguasaan konsep murid dalam penukaran nombor


bercampur kepada pecahan tak wajar sebelum Congkak Converter
digunakan

Jadual 2: Taburan Penguasaan Penukaran Konsep Nombor Bercampur


kepada Pecahan Tak Wajar Mengikut Frekuensi dan Peratus
(Ujian Pra) N = 35
Penukaran Nombor Bercampur
UJIAN PRA
kepada Pecahan Tak Wajar
Penguasaan konsep frekuensi peratus
Tidak ada (0 markah) 34 97.1
lemah (1 – 2 markah) 1 2.9
sederhana ( 3 – 4 markah) 0 0.0
baik (5 markah penuh) 0 0.0

Sebelum Congkak Converter digunakan, hasil analisis keputusan Ujian Pra


menunjukkan bahawa terdapat 97.1% sampel kajian belum menguasai konsep
penukaran nombor bercampur kepada pecahan tak wajar. Selain itu, terdapat
2.9% sampel kajian berada pada tahap penguasaan yang lemah. Tiada sampel
kajian yang berada pada tahap penguasaan yang sederhana dan baik.

(iv) Tahap penguasaan konsep murid dalam penukaran pecahan tak


wajar kepada nombor bercampur dan sebaliknya sebelum
Congkak Converter digunakan

75
Jurnal Penyelidikan Kent Bil. 12/2014

Jadual 3 menunjukkan taburan frekuensi dan peratus sampel kajian mengikut


tahap penguasaan konsep penukaran pecahan tak wajar kepada bentuk
nombor bercampur dan sebaliknya sebelum Congkak Converter digunakan.
Sebelum Congkak Converter digunakan, didapati sebanyak 34.3% sampel
kajian belum menguasai kedua-dua konsep ini. Manakala, 65.7% sampel
kajian masih berada dalam tahap penguasaan konsep yang lemah sahaja.
Tiada sampel kajian berada pada tahap penguasaan konsep sederhana dan
baik.

Jadual 3: Taburan frekuensi dan peratus sampel kajian mengikut tahap


penguasaan konsep (Ujian Pra) N = 35
UJIAN PRA
Penguasaan konsep
frekuensi peratus
Tidak ada (0 markah) 12 34.3
lemah (1 - 5) 23 65.7
sederhana (6 - 8) 0 0.0
baik (9 - 10) 0 0.0

(v) Tahap penguasaan konsep murid dalam penukaran pecahan tak


wajar kepada nombor bercampur selepas Congkak Converter
digunakan

Jadual 4: Taburan Penguasaan Konsep Pecahan Tak Wajar kepada


Nombor Bercampur Mengikut Frekuensi dan Peratus (Ujian
Pasca) N = 35
Penukaran Pecahan Tak Wajar kepada
UJIAN PASCA
Nombor Bercampur
Penguasaan konsep frekuensi peratus
Tidak ada (0 markah) 2 5.7
lemah (1 - 2) 1 2.9
sederhana ( 3 - 4) 10 28.6
baik (5) 22 62.9

Selepas penggunaan Congkak Converter, hasil analisis keputusan Ujian Pasca


menunjukkan bahawa terdapat 62.9% sampel kajian menguasai konsep
penukaran pecahan tak wajar kepada nombor bercampur dengan baik. Didapati
bahawa hanya terdapat 5.7% dan 2.9% sampel kajian belum menguasai
konsep penukaran pecahan tak wajar kepada nombor bercampur dan berada
pada tahap penguasaan yang lemah masing-masing.

76
Jurnal Penyelidikan Kent Bil. 12/2014

(vi) Tahap penguasaan konsep murid dalam penukaran nombor


bercampur kepada pecahan tak wajar selepas Congkak Converter
digunakan

Selepas Congkak Converter digunakan, hasil analisis keputusan Ujian Pasca


menunjukkan bahawa terdapat 51.4% dan 28.6% sampel kajian menguasai
konsep penukaran nombor bercampur kepada pecahan tak wajar dengan baik
dan sederhana masing-masing. Didapati bahawa hanya terdapat 11.4% dan
8.6% sampel kajian berada pada tahap penguasaan belum menguasai dan
lemah sahaja.

Jadual 5: Taburan Penguasaan Konsep Nombor Bercampur kepada


Pecahan Tak Wajar Mengikut Frekuensi dan Peratus (Ujian
Pasca) N = 35
Penukaran Nombor Bercampur
UJIAN PASCA
kepada Pecahan Tak Wajar
Penguasaan konsep frekuensi peratus
Tidak ada (0 markah) 4 11.4
lemah (1 - 2) 3 8.6
sederhana ( 3 - 4) 10 28.6
baik (5) 18 51.4

(vii) Tahap penguasaan konsep murid dalam penukaran pecahan tak


wajar kepada nombor bercampur dan sebaliknya selepas Congkak
Converter digunakan

Jadual 6 menunjukkan taburan frekuensi dan peratus sampel kajian mengikut


tahap penguasaan konsep penukaran pecahan tak wajar kepada bentuk
nombor bercampur dan sebaliknya. Selepas Congkak Converter digunakan,
didapati tidak ada sampel kajian berada pada tahap belum menguasai kedua-
dua konsep ini. Manakala, 54.3% sampel kajian berada pada tahap
penguasaan konsep yang baik. 25.7% sampel kajian berada pada tahap
penguasaan konsep sederhana. Hanya 20.0% sampel kajian berada pada
tahap lemah.

Jadual 6: Taburan frekuensi dan peratus murid mengikut tahap


penguasaan konsep (Ujian Pasca) N = 35
UJIAN PASCA
Penguasaan konsep
frekuensi peratus
Tidak ada (0 markah) 0 0.0
lemah (1 - 5) 7 20.0
sederhana (6 - 8) 9 25.7
baik (9 - 10) 19 54.3

77
Jurnal Penyelidikan Kent Bil. 12/2014

(viii) Adakah terdapat perbezaan yang signifikan dalam min pencapaian


ujian pra dan ujian pasca bagi sampel kajian?

Dalam kajian ini, Ujian-t untuk sampel bersandar telah digunakan untuk menguji
hipotesis nol pertama pada tahap kesignifikanan, alfa = .05. Jadual 7
menunjukkan taburan min dan sisihan piawai bagi Ujian Pra dan Ujian Pasca.
Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat peningkatan pencapaian dalam
Ujian Pasca berbanding dengan Ujian Pra iaitu sebanyak skor 5.66 daripada
skor 10 sebagai skor penuh.

Jadual 7: Taburan Min dan Sisihan Piawai Bagi Ujian Pra dan Ujian Pasca
Min N Sisihan Piawai
Pair 1 PRA 2.43 35 2.223
PASCA 8.09 35 1.944

Jadual 8: Jadual Ujian –t untuk Sampel Bersandar


Paired Differences
95% Confidence
Interval of the
Std.
Difference
Std. Error Sig.
Mean Deviation Mean Lower Upper t df (2-tailed)
Pair 1 PRA -
-5.66 2.697 .449 -6.524 -4.699 -12.484 34 .000
PASCA

Berdasarkan analisis data melalui Ujian-t untuk sampel bersandar (Jadual 8),
didapati bahawa nilai kesignifikanan kurang daripada .05 (sig = .000), justeru
Ho1 yang menyatakan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam
min pencapaian ujian pra dan ujian pasca bagi sampel kajian Berjaya ditolak.
Secara rumusan, kajian ini terdapat perbezaan yang signifikan dalam min
pencapaian ujian pra dan ujian pasca bagi sampel kajian (t = -12.484; sig =
.000). Sampel kajian memperoleh min ujian pasca yang lebih tinggi secara
signifikan berbanding dengan min ujian pra. Justeru, Congkak Converter yang
diperkenalkan mendatangkan kesan positif atas pencapaian matematik dalam
kalangan sampel kajian.

IMPLIKASI KAJIAN

Selepas Congkak Converter digunakan, analisis keputusan Ujian Pasca sangat


membanggakan kerana 54.3% sampel kajian dapat menyelesaikan 9 hingga 10
item dalam Ujian Pasca dengan betul dan tepat. Oleh yang demikian, boleh
dirumuskan bahawa Congkak Converter telah memperbaiki miskonsepsi
Pecahan dalam kalangan murid.
Melalui penggunaan Congkak Converter, keempat-empat jenis
miskonsepsi sampel kajian dalam penukaran pecahan tak wajar kepada bentuk
nombor bercampur dan sebaliknya telah dapat diperbaiki. Akhirnya,
penguasaan kemahiran sampel kajian dalam penukaran pecahan tak wajar

78
Jurnal Penyelidikan Kent Bil. 12/2014

kepada bentuk nombor bercampur dan sebaliknya telah meningkat.


Berdasarkan dapatan Ujian Pasca, didapati bahawa 100% sampel kajian telah
menguasai kemahiran penukaran pecahan tak wajar kepada bentuk nombor
bercampur dan sebaliknya.
Congkak Converter ini dapat memanfaatkan kedua-dua pihak murid
dan guru. Congkak Converter ini dapat menjimat masa murid mengenali konsep
penukaran pecahan tak wajar kepada bentuk nombor bercampur dan
sebaliknya. Ini adalah disebabkan murid telah diperkenalkan teknik dan
prosedur penggunaan Congkak Converter dengan betul.
Congkak Converter ini menjimatkan masa murid untuk melaksanakan
proses-proses penukaran pecahan tak wajar kepada bentuk nombor bercampur
dan sebaliknya dengan cepat, tepat, dan berkesan. Murid tidak perlu
membuang masa membuat pembetulan yang banyak akibat kesilapan yang
dihasilkan. Justeru mereka boleh menggunakan masa yang selebihnya untuk
aktiviti lain yang berfaedah.
Congkak Converter ini juga berjimat masa guru kerana tidak perlu
membetulkan kesilapan yang banyak dilakukan oleh murid. Congkak Converter
ini mengurangkan kesilapan umum yang dihasilkan oleh murid. Justeru, masa
untuk guru menerang, menjelas dan mengajar kemahiran penukaran pecahan
tak wajar kepada bentuk nombor bercampur dan sebaliknya kepada murid
dapat dijimatkan kerana murid dapat menyelesaikan masalah berkaitan
kemahiran begini melalui Congkak Converter.
Apabila membuat perbandingan antara ujian pra dan ujian pasca,
keputusan analisis data menunjukkan bahawa secara keseluruhannya,
terdapat 54.3% sampel kajian telah menguasai sepenuhnya bagi kedua-dua
konsep ini.
Selepas Congkak Converter digunakan, didapati pengajaran guru
menjadi lebih menarik, mudah, dan penguasaan murid lebih menyeluruh. Ini
adalah disebabkan ia melibatkan “hand-on” murid dalam sesuatu topik. Selain
itu, suasana pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih ceria dan
menyeronokkan semasa aktiviti memperkenalkan kemahiran penukaran
pecahan tak wajar kepada bentuk nombor bercampur dan sebaliknya
diperkenalkan kepada sampel kajian. Diperhatikan sampel kajian berasa sangat
gembira dan selalu meminta guru untuk memperkenalkan bahan inovasi lain
lagi untuk kemahiran-kemahiran yang lain. Diperhatikan bahawa tumpuan
sampel kajian terhadap pengajaran dan pembelajaran guru adalah sepenuhnya
kepada pembelajaran berbentuk „hand-on‟. Sampel kajian terlibat secara aktif
dan menyeluruh (Semua murid mengambil bahagian).
Minat dan motivasi sampel kajian meningkat selepas Congkak
Converter dilaksanakan. Mereka tidak menakutkan tajuk Pecahan lagi. Mereka
berasa minat dan bermotivasi untuk mengikuti aktiviti pengajaran dan
pembelajaran matematik yang seterusnya disampaikan oleh guru.
Semua sampel kajian telah disemai minat untuk menyelesaikan
masalah penukaran pecahan tak wajar kepada bentuk nombor bercampur dan
sebaliknya dengan menggunakan Congkak Converter. Kefahaman konsep
kemahiran ini dapat membantu sampel kajian mengaplikasikannya dalam
menyelesaikan soalan-soalan berkaitan kemahiran penukaran pecahan tak
wajar kepada bentuk nombor bercampur dan sebaliknya tanpa menggunakan
Congkak Converter lagi.

79
Jurnal Penyelidikan Kent Bil. 12/2014

Selepas penggunaan Congkak Converter ini, keyakinan sampel kajian


terhadap kemahiran penukaran pecahan tak wajar kepada bentuk nombor
bercampur dan sebaliknya telah meningkat. Hal ini dapat dibuktikan melalui
analisis data–data Ujian Pasca. Hasil analisis Ujian Pasca menunjukkan
bahawa semua murid dapat menyelesaikan Ujian Pasca dengan 100% betul,
cepat, dan tepat.
Sampel kajian berasa seronok untuk menyelesaikan item-item yang
berkaitan dengan penukaran pecahan tak wajar kepada bentuk nombor
bercampur dan sebaliknya dengan menggunakan Congkak Converter. Selepas
sampel kajian diperkenalkan prosedur penggunaan Congkak Converter, mereka
berasa bahan inovasi ini sangat menyeronokkan dan menggembirakan. Guru
berpuas hati dengan pencapaian sampel kajian kerana 100% sampel kajian
telah menguasai kemahiran penukaran pecahan tak wajar kepada bentuk
nombor bercampur dan sebaliknya dengan sepenuhnya.

KESIMPULAN

Berdasarkan dapatan kajian ini, maka sewajarnya bahan inovasi seperti ini
harus diperluaskan lagi supaya murid dapat belajar melalui penggunaan
Congkak Converter. Ini adalah disebabkan secara keseluruhan Congkak
Converter ini mampu menarik minat serta mempunyai unsur-unsur
pembelajaran yang sangat berguna kepada sampel kajian. Akhirnya,
diharapkan bahan inovasi “Congkak Converter” ini dapat diketengahkan untuk
menjadi satu trend penyampaian ilmu secara hand-on selain ia mempraktikkan
pedagogi pembelajaran aktif yang diwawarkan oleh Bahagian Perkembangan
Kurikulum.
Secara keseluruhannya, Congkak Converter ini berjaya menghasilkan
intervensi yang memberi kesan positif kepada pengajaran dan pembelajaran
bagi topik yang dipelajari. Tidak dapat dinafikan pengenalan konsep penukaran
pecahan tak wajar kepada bentuk nombor bercampur dan sebaliknya dengan
menggunakan Congkak Converter dapat meningkatkan prestasi pencapaian
murid berbanding dengan kaedah pengajaran dan pembelajaran secara
tradisional (Chalk and talk). Program ini juga berjaya menerapkan tiga domain
utama iaitu kognitif, psikomotor dan afektif di samping membentuk sahsiah dan
keperibadian unggul selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan
dan seterusnya merealisasikan PIPP membangunan modal insan kelas
pertama. Oleh yang demikian, dicadangkan penggunaan “Congkak Converter”
dapat digunapakai dalam pengajaran dan pembelajaran matematik khususnya
dalam tajuk pecahan.

BIBLIOGRAFI

Bitter, G. G., Hatfield, M. M., & Edwards, N. T. (1989). Mathematics methods for
the elementary and middle school: A comprehensive approach. United
State of America: Ally and Bacon.

Haliza Hamzah & Samuel. (2009). Perkembangan kanak-kanak. Selangor Darul


Ehsan: UG Press.

80
Jurnal Penyelidikan Kent Bil. 12/2014

Manpal Singh. (2004). Modern teaching of mathematics. New Delhi: Anmol


Publications.

Mok, S. S. (2004). A prymary education course in mathematics for post


graduate diploma (K. P. L. I.). Subang Jaya: Kumpulan Budiman.

Myrko Thum. (n. d.). Confucius says: The top 10 wise confucius quotes. Dilayari
Pada 12 Februari 2013 di URL http://www.myrkothum.com/confucius-
says-the-top-10-quotes-by-confucius/

Petit, M. M., Laird, R. E., & Marsden, E. L. (2010). A focus on fractions: Bringing
research to the classroom. New York: Rautledge.

81

You might also like