You are on page 1of 11

Di akhir unit ini anda akan dapat :-

 Menerangkan bidang kerja ukur terabas.


 Menerangkan tatacara peninjauan untuk menjalankan
terabas tiodolit.
 Menerangkan kaedah serta penggunaan rantai bersenggat
dan rantai halus untuk mengukur jarak.
 Menjalankan pembukuan bagi cerapan sepertimana format
yang digunakan oleh Jabatan Ukur Dan Pemetaan Malaysia.
 Menjalankan pelarasan dan pembetulan terhadap nilai
cerapan yang diperolehi.
 Mengira keluasan terabas menggunakan kaedah koordinit
dan dua kali jarak meridian.
 Menjalankan pelotan dengan kaedah koordinit.
 Pengukuran jarak dan arah merupakan dua aktiviti penting
dalam kerja ukur dua dimensi.
 Melibatkan penggunaan peralatan dan kaedah tertentu
yang berkait rapat dengan tujuan dan kejituan hasil kerja
yang diperlukan.
 Tiodolit ATAU Total station digunakan dengan meluas dalam
melaksanakan kerja-kerja terabas bagi berbagai-bagai
jenis kerja dan keperluan, dari pengukuran ukur keliling
satu kawasan hutan hinggalah kepada pengukuran kawalan
bagi projek pembinaan bangunan dan jambatan,
perumahan, jalan raya, jalan keretapi dan sebagainya.
 Dalam melaksanakan cerapan dan hitungan, terdapat
beberapa kaedah yang digunakan dan penekanan akan
diberikan kepada kaedah yang diamalkan oleh Jabatan
Ukur Dan Pemetaan Malaysia (JUPEM).
 Penekanan akan diberikan kepada tiga aspek utama iaitu
pelaksanaan kerja luar, pemprosesan dan persembahan.
 Kedudukan atau koordinat sesuatu titik pada
permukaan bumi dapat ditentukan garisan/dihitung
dengan cara melakukan terabas
 Perkataan terabas berasal dari perkataan bahasa
inggeris ‘traverse’ yang bermaksud pengukuran satu siri
garisan-garisan yang bersambungan.
 Terabas melibatkan pengukuran untuk mendapatkan
bering (Sudut Ufuk) dan jarak bagi setiap garisan
terabas.
 Pengukuran bering dan jarak
Bering - diukur menggunakan alat teodolit
Jarak - diukur menggunakan rantai ukur atau alat
“electronic distance meter” (EDM)

 Hasil - Koordinat 2-dimensi (x , y) berdasarkan data-data


pengukuran
Dalam pengukuran bagi tujuan kejuruteraan, bidang kerja
ukur terabas TOTAL STATION dapat dibahagikan kepada dua,
iaitu :-
1. Penyediaan pelan kawasan
2. Projek-projek pembinaan

1. Penyediaan pelan kawasan


 Terabas menghasilkan satu jaringan titik atau stesen
(hentian ukur) yang ditandakan di atas permukaan
tanah.
 Stesen-stesen ini merupakan satu sistem kawalan yang
dapat dipelotkan dengan tepat berdasarkan kepada
skala yang tertentu.
 Kedudukan butiranbutiran semulajadi atau ciptajadi
adalah relatif kepada jaringan terabas ini.
 Ini bermakna, butiran-butiran tersebut boleh dipelotkan
dengan merujuk kepada jaringan stesen kawalan di
dalam terabas tersebut.

2. Projek-projek pembinaan
 Pembinaan jalan, rumah, empangan, tangki air dan lain-
lain lagi.
 Pembinaan dibuat daripada stesen terabas dengan
berpandukan kepada maklumat atau data yang
diberikan.
 Ini diikuti dengan membuat penandaan (setting-out)
menggunakan piketpiket bagi membentuk satu rangka
kerja
 Terabas boleh dibahagikan kepada dua (2) iaitu :
(i) Terabas Tertutup
- Terabas tertutup jenis gelung
- Terabas tertutup jenis penghubung
(ii) Terabas Terbuka
 Terabas Tertutup Jenis Gelung

-Terabas tertutup jenis gelung ialah terabas


berbentuk polygon
-Terabas jenis ini akan bermula dan berakhir
pada titik stesen yang sama (stesen mula boleh
samada mengunakan koordinat sebenar atau
anggapan).
 Terabas Tertutup Jenis Penghubung
-Terabas tertutup jenis penghubung ialah terabas
yang bermula dari satu titik yang diketahui
koordinat dan berakhir di titik lain yang diketahui
koordinatnya
-Ketepatan kerja terabas tertutup samada dari
jenis gelung atau penghubung boleh disemak
ketepatannya diakhir kerja. Semakan ini nanti
dapat menentukan kualiti kerja yang dicapai.
 Terabas Terbuka
-Terabas ini bermula dari satu titik berkoordinat
dan berakhir pada mana-mana titik yang tidak di
ketahui koordinatnya.
-Terabas terbuka jarang dipratikkan kerana
ketepatan dan hasil pengukuran yang dibuat tidak
boleh disemak
Stn.2

Stn.1 (U,T) Stn.3


diketahui
(Terabas tertutup
jenis gelung)

Stn.5 Stn.4

Stn.1 Stn.5
Stn.3
(Ua,Ta)
(Um,Tm) diketahui
diketahui

Stn.2 (Terabas tertutup Stn.4


jenis penghubung)

Stn.1 Stn.5
Stn.3
(Um,Tm)
diketahui/
aggaran
Stn.2 Stn.4

(Terabas terbuka)
Terabas terbahagi kepada beberapa kelas. Ini bertujuan
untuk memudahkan pengguna dalam menentukan cara kerja
dan untuk memastikan kejituan yang dikehendaki. Ia juga
dilihat dari had tikaian atau selisih yang terhasil. Secara
umum, terabas dapat dikelaskan kepada empat, iaitu :-

a) Terabas Piawai
b) Terabas Kelas Pertama
c) Terabas Kelas Kedua
d) Terabas Kelas Ketiga

You might also like