You are on page 1of 1

CALON SEKOLAH SAHAJA Pin.

2019
LEMBAGA PEPERIKSAAN
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
SIJIL TINGGI AGAMA MALAYSIA (STAM)

SENARAI MATA PELAJARAN DITAWARKAN


MATA PELAJARAN
S101 Hifz Al-Quran dan Tajwid S105 Hadith dan Mustolah S109 ‘Arudh dan Qafiyah
S102 Fiqh S106 Nahu dan Sarf S110 Balaghah
S103 Tauhid dan Mantiq S107 Insya’ dan Mutalaah
S104 Tafsir dan Ulumuhu S108 Adab dan Nusus

PANDUAN MENGISI BORANG PENDAFTARAN PEPERIKSAAN

Calon hendaklah membaca semua arahan dengan teliti sebelum mengisi Borang Pendaftaran Peperiksaan.
Borang hendaklah diisi dengan tulisan tangan calon sendiri menggunakan pena mata bola sahaja.

1. Tahun – Tulis tahun semasa calon menduduki peperiksaan STAM.


2. Nama Calon – Tulis nama calon dengan HURUF BESAR seperti yang tercatat dalam kad pengenalan / dokumen
pengenalan diri (dokumen dilampirkan).
Nama Calon Dalam Bahasa Arab – Tuliskan nama calon dalam Bahasa Arab (bukan ejaan JAWI Melayu) dan
mesti sama seperti nama yang diisi di dalam borang permohonan ke Universiti Al-Azhar, Mesir.
3. Nombor Kad Pengenalan – Tulis nombor kad pengenalan MyKad, MyPR, MyKAS / nombor tentera / nombor polis.
Jika tiada tulis nombor janaan LP.
4. Nombor-nombor Lain Pengenalan Diri – Tulis nombor pasport / nombor sijil kelahiran / nombor pendaftaran
pengangkatan / nombor permit belajar dan lain-lain bagi calon yang menggunakan nombor janaan LP.
5. Tarikh Lahir – Tulis tarikh lahir calon seperti yang tercatat dalam kad pengenalan / dokumen pengenalan diri.
Gunakan satu petak bagi setiap satu angka tarikh lahir. Tulis angka 0 pada petak sebelah kiri nombor jika nombor
bagi hari atau bulan lahir calon satu digit.
6. Jantina – Pilih dan tulis kod seperti berikut: 1 – Lelaki 2 – Perempuan
7. Keturunan – Tulis keturunan calon.
8. Agama – Tulis agama calon.
9. Jenis Kemasukan – Pilih dan tulis kod seperti berikut: 9 – Calon baharu 8 – Calon mengulang
10. – Tidak perlu diisi oleh calon.
11. Jenis Kecacatan – Pilih dan tulis kod seperti berikut: (dokumen dilampirkan)
A – Masalah Pembelajaran B – Kurang Upaya Penglihatan (Buta) C – Kurang Upaya Pelbagai
D – Kurang Upaya Pertuturan F – Kurang Upaya Fizikal P – Kurang Upaya Pendengaran
R – Kurang Upaya Penglihatan (Rabun)
12. Tahun Peperiksaan SPM Terakhir 13. Angka Giliran SPM Terakhir
– Tuliskan tahun dan angka giliran SPM terakhir diduduki (dokumen dilampirkan).
14. Warganegara – Tuliskan warganegara calon bagi calon bukan warganegara Malaysia.
15. Alamat 16. Poskod 17. Bandar 18. Negeri
– Tulis alamat surat menyurat calon dengan lengkap iaitu nombor rumah, jalan, taman / kampung, poskod, bandar
dan negeri.
19. Nombor Telefon (Wajib diisi oleh calon) – Tulis nombor telefon calon yang boleh dihubungi.
20. Alamat E-mel (Wajib diisi oleh calon) – Tulis alamat e-mel calon yang boleh dihubungi.
21. Pendaftaran Mata Pelajaran (Rujuk senarai mata pelajaran di atas).
– Isikan kod dan nama mata pelajaran dalam ruangan yang disediakan.
22. Keterangan Bayaran – Tulis maklumat bayaran bagi mata pelajaran yang didaftar oleh calon sekolah agama
rakyat, swasta dan luar negara. Tulis juga maklumat tentang Kiriman Wang / Wang Pos / Draf Bank atas nama
Akauntan Negara Malaysia untuk bayaran tersebut. Bayaran Asas - RM50.00, dan bagi setiap mata pelajaran –
RM25.00. Yuran Pengurusan Peperiksaan STAM luar negara kali pertama – RM200.00. Tuliskan jumlah bayaran.
23. – Tidak perlu diisi oleh calon.
24. Pengakuan Calon – Calon hendaklah membaca pernyataan Pengakuan Calon. Calon dinasihat menyemak
butiran maklumat diri, maklumat mata pelajaran dan bayaran (untuk calon sekolah swasta dan calon persendirian
sahaja). Setelah itu turunkan tandatangan calon dan tarikh.

You might also like