You are on page 1of 6

KOD KURSUS: HSM3043

NAMA KURSUS: MALAYSIA ABAD KE-20

TUGASAN: ULASAN BUKU

NAMA: IZZAT HAZWAN BIN AZIZ

NO MATRIK: D20171078653

KUMPULAN: A

TARIKH HANTAR: 4 NOVEMBER 2019

PENSYARAH: PROFESOR DR ISHAK SAAT


ULASAN BUKU

NAMA BUKU: Sejarah & Rencana Warisan Alam Melayu

PENERBIT: UTHM

TAHUN: 2019

EDITOR: Ishak Saat & Ku Boon Dar

TAJUK ARTIKEL: Malayan Union dan Reaksi Orang Melayu Perlis

PENDAHULUAN

Artikel ini membincangkan tentang bagaimana reaksi masyarakat Melayu Perlis


terhadap penubuhan Malayan Union di Tanah Melayu. Malayan Union di tubuhkan oleh pihak
British selepas sahaja tamatnya perang dunia kedua dan mula mentadbir semula Tanah Melayu.
Malayan Union merupakan satu sistem pentadbiran sivil yang diperkenalkan sebagai sistem
yang akan diamalkan di Tanah Melayu. Ia sekaligus mengejutkan pelbagai pihak terhadap
pelaksanaan sistem tersebut. Ia mendapat tentangan hebat dari penduduk kampung disebabkan
berlakunya penukarsn tangan British dalam pentadbiran sehingga menggugat sistem beraja,
kedudukan raja, penguasaan ekonomi dan juga undang-undang serta agama di Tanah Melayu
yang selama ini dipegang Raja-raja. Skop Artikel ini lebih mefokuskan kepada misi
MacMicheal dan reaksi orang-orang Melayu Perlis ketika penubuhan Malayan Unon.
ISI-ISI/SUB TOPIK

1. Pengenalan

Dalam sub topik ini, pengarang menerangkan berkaitan bagaimana kuasa pemerintahan
yang dahulunya dipegang oleh raja ataupun sultan telahpun dicabuli oleh pihak British sejak
tahun 1874 lagi. Pencabulan British dalam pentadbiran Tanah Melayu semakin teruk bilamana
penubuhan Malayan Union dilihat telah mengancam kedaulatan sultan di setiap negeri.

Pengarang juga mempersoalkan bagaiman tindakan yang dilakukan oleh pegawai


British, iaitu MacMicheal Berjaya untuk mendapatkan tanda tangan sultan di setiap negeri
terhadap perlembagaan Malayan Union. Sebahagian raja-raja melayu meletakkan tanda tangan
secara sukarela seperti Kedah, Negeri Sembilan, Selangor dan Kelantan manakala negeri lain
menandatangani secara paksa. Disini kita dapat dilihat bagaimana penguasaan yang ada pada
MacMichael terhadap Tanah Melayu sehingga mampu menundukkan sultan.

Persetujuan secara paksa daripada Raja Perlis, Tuanku Syed Putra terhadap Malayan
Union ini cukup menarik. Dimana berlakunya rundingan antara MacMicheal dan raja Perlis
sendiri berkaitan kedaulatan Perlis yang ingin dipindahkan kepada Baginda Ratu. Namun
begitu, penubuhan Malayan Union menunjukkan respon yang negatif dan tidak dapat diterima
masuk oleh orang Melayu. Hal ini kerana, ia memdapat bantahan keras daripada pemimpin
Melayu seperti Dato Onn Bin Jaafar. Beliau lantang bersuara untuk membidas tentang
persetujuan daripada Sultan Johor.

Pengarang menjelaskan bahawa, Orang Melayu Perlis dilihat tidak aktif dalam isu
politik yang melibatkan negeri lain. Mereka meletakkan sepenuhnya kuasa pemerintahan dan
pentadbiran negeri kepada Raja atau Sultan mereka sehinggalah apabila gagasan Malayan
Union telah dipanggil semula. Pengarang juga mempersoalkan siapakah yang terlibat dalam
menyemarakkan semangat Orang Tempatan.

Dalam erti kata lain, pengarang cuba untuk membawa ke satu masa dimana penduduk
telah mula menunjukkan semangat nasionalisma Melayu untuk menentang Malayan Union dan
membincangkan reaksi masyarakat Melayu Perlis terhadap Malayan Union serta Gerakan yang
diatur untunk menyokong UMNO dalam usaha untuk mengagalkan Malayan Union Bersama
isu-isu yang diigunakan untuk menaikkan semangat penentangan.
2. Misi Macmicheal Di Perlis

Pengarang menjelaskan bahawa, kedatangan Sir Harold MacMicheal ke Perlis


bertujuan untuk mendapatkan tanda tangan salah seorang daripada 9 Sultan dan raja Melayu
berkaitan penubuhan Malayan Union. Pemilihan terhadap Sir Harold MacMicheal adalah
mukmad daripada pihak British.berbekalkan pengalaman beliau sebagai pegawai inggeris
dibeberapa buah negara dan pengalaman yang luas serta reputasi tinggi telah membantu beliau
untuk mendapatkan persetujuan daripada sultan.

Di Perlis pada ketika itu diperintah oleh Raja Syed Hamzah telah nafikan
kedudukannya oleh pihak British dan telah mengosongkan takhta kerajaan Perlis untuk
diberikan kepada Syed Putra. Sir Harold MacMicheal tiba ke Perlis dalam keadaan takhta
Kerajaan Perlis kosong selepas Raja Syed Hamzah melepaskan jawatannya. Sir Harold
MacMicheal ingin menyegerakan perlantikan Raja Perlis baru iaitu Syed Putra kerana
penubuhan Malayan Union memerlukan pengesahan daripada Raja Perlis yang Sah. Syed Putra
dan semua anggota Majlis negeri berkumpul di kediaman Penasihat British untuk meneliti
rekod Syed Putra dan setiap anggota Majlis Mesyuarat Negeri pra-Perang Dunia kedua.

Keputusan akhirnya dibuat dan pada 3 Disember 1935 Syed Putra dinobatkan sebagai
Raja Perlis yang sah. Namun begitu, sebaik sahaja menaiki takhta beliau dan ahli majlis
Mesyuarat Negeri diarah untuk menandatangani dokumen persetujuan pelaksanaan Malayan
Union. Tindakan tersebut membuatkan mereka menunda persetujuan bagi membolehkan beliau
meneliti isi kandungan perjanjian tersebut. Menyedari akan kehilangan kuasa jika perjanjian
tersebut dipersetujui, beliau memilih untuk menolak perjanjian tersebut.

Menurut Pengarang, pada 4 Disember 1945, berlaku ketegangan diantara Raja Perlis
dan Sir Harold MacMicheal selepas raja Perlis mengemukakan penangguhan perjanjian
tersebut. MacMicheal dianggap merendah-rendahkan kedudukan Raja Perlis selepas beliau
menggugut dan tidak terima sebarang tawar menawar dari Raja Perlis. Akur dengan desakan
daripada Sir MicMicheal, pada 4 Disember 1945, jam 11.50Pagi, perjanjian MacMicheal-Perlis
ditanda tangani dihadapan Majlis Mesyuarat Negeri. Walaubagaimana pun, Raja Perlis telah
membuat satu memorandum yang memberikan gambaran bahawa beliau telah dipaksa oleh Sir
Harold MacMicheal untuk menanda tangani perjanjian tersebut.

MacMicheal tidak berpuas hati dengan memorandum tersebut kerana kan menimbulkan
masalah dimasa depan dan mengarahkan ianya di ubah suai. Namun ia hanya diubahsuai
selepas di pujuk oleh daripada E.V.G Day.
3. Reaksi Orang Melayu Terhadap Malayan Union

Dalam sub topik ini, pengarang menjelaskan bahawa Orang-orang Melayu telah
menolak sepenuhnya kertas putih yang mengandungi rupa bentuk, dasar-dasar dan rancang
Malayan Union yang ingin menyerahkan kuasa pemerintahan sultan dan raja kepada Ratu
England. Ini mengakibatkan golongan elit orang Melayu Perlis bangkit menentang Malayan
Union. Terdapat juga golongan yang memperjuangkan kedautlatan raja dan ahli Majlis
Mesyuarat Negeri serta hak istimewa orang Melayu sebagai penduduk pribumi.

Pada masa yang sama, timbul banyak persatuan seperti Persatuan Melayu Perlis (PMPs)
dan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang bangkit menentang pelaksanaan
Malayan Union. Pada 1 hingga 4 Mac 1946, telah berlangsungnya Kongress Kebangsaan
Melayu yang Berjaya menghimpunkan kesemua pertubuhan yang terdapat di Tanah Melayu.
Kogres sedemikian dilangsungkan bertujuan untuk menyatupadukan kesemua pertubuhan di
serata negeri Tanah Melayu.

Pengarang juga menerangkan penolakkan orang Melayu terhadap Malayan Union


tidak pernah berhenti meskipun British telah melantik Sir Edward Gent pada 1 April sebagai
gabenor pertama Malayan Union. Pelbagai tindakan yang diambil seperti suara bantahan secara
zahir, penganjuran Kongres Melayu, pemulauan majlis perlantikan gabenor dan penubuhan
pergerakan wanita telah dilakukan oleh orang Melayu sebagai tanda menolak Malayan Union.

Desakan demi desakan dilakukan oleh orang Melayu sehingga memberikan tekanan
kepada gabenor Sir Edward Gent selaku gabenor pertama Malayan Union. Beliau sendiri telah
mengutus surat amaran kepada pentadbiran British di London berkaitan penentangan daripada
orang Melayu sendiri. Sehingga pada tahun 1946 Malayan Union telah dimansuhkan dan
digantikan dengan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu pada 1948.
Penutup

Kesimpulannya, meskipun kejayaan dicapai oleh Sir Harold MacMicheal dalam usaha
beliau memperoleh persetujuan daripada sultan dan raja bagi melaksanakan Malayan Union di
tanah melayu. Namun, Malayan Union tetap tidak berjaya mendapat tempat dalam kalangan
Orang Melayu. Pelaksanaan Malayan Union dilihat terdapat banyak pencabulan terhadap
kedaulatan raja dan pencabulan hak penduduk pribumi orang Melayu. Ia sekaligus
memutuskan kuasa raja dan golongan elit dalam sistem pentadbiran serta tidak mempunyai
kuasa dalam pengawalan ekonomi yang mana semua diserahkan kepada kerajaan pusat
dibawah kuasa gabenor. Jelas pencabulan yang dilakukan dengan pelaksanaan Malayan Union
telah menyebabkan orang Melayu menolak akan pelaksanaan tersebut.

You might also like