You are on page 1of 15

PENGENALAN

FAKTOR KEMASUKAN CANDU

Antara faktor utama berlakunya Perang candu ialah kemasukan candu secara
berleluasa ke negara China atau pengenalan eksport candu daripada pihak Barat kepada
negara China. Terdapat dua maksud yang diberikan oleh Kamus Dewan, yang pertama ialah,
candu merupakan sejenis bahan yang disediakan daripada bji bunga popi dan ia boleh
digunakan untuk menghilangkan rasa sakit jika digunakan secara terkawal dan menjadi
berbahaya sekiranya tidak digunakan dengan baik contohnya ia akan menjadi dadah yang
mengkhayalkan diri dan sebagainya. Selain itu, ia juga merupakan cecair yang pekat dan
hitam keluar dari rokok atau batang paip yang dihisap. Melalui definisi candu itu sendiri kita
mengetahui bahawa candu ini amat berbahaya kepada kesihatan masyarakat terutamanya
apabila digunakan secara berlebihan dan tidak terkawal. Candu pada awalnya diperkenalkan
oleh masyarakat Arab dan Turki pada akhir abad ke-7 atau awal abad ke-8 dan awal
penggunaannya pula hanyalah terhad kepada perubatan iaitu untuk mengurangkan rasa sakit
dan mengurangkan ketegangan.1

Penggunaan candu pada mulanya tidak mendatangkan kesan yang buruk kepada
negara China kerana hanya digunakan dalam perubatan untuk mengurangkan rasa sakit
namun ia menjadi faktor kepada peperangan apabila pihak Barat khususnya pihak British
membawa masuk candu ke negara China secara tidak terkawal dan penggunaanya yang
semakin berleluasa dalam kalangan masyarakat China. Pihak British pada mulanya hanya
membawa barang dagangan seperti kain kapas daripada negara India dan juga tekstil untuk
menembusi pasaran dagangan di China namun barang dagangan seperti ini tidak mampu
menembusi pasaran di negara China malahan pengenalan kain kapas oleh pihak British yang
dibawa daripada negara India juga menemui ketidakstabilan harga pasaran kerana sifat
masyarakat China itu sendiri yang hanya mengamalkan ekonomi sara diri iaitu hanya
melakukan pekerjaan untuk keperluan hidup dan tidak kepada aktiviti perdagangan secara
2
besar-besaran atau aktiviti ekonomi komersial. Ini menunjukkan bahawa pada awal mula
penggunaan Candu iaitu pada akhir abad ke-7 atau awal abad ke-8 tidak mendapat tentangan
daripada masyarakat China namun ia mulai ditentang oleh kerajaan China khususnya apabila
kemasukan candu ke negara China tidak terkawal.

Apabila pihak British tidak berjaya menembusi pasaran di negara China mereka mulai
mencari alternatif lain untuk mengimbangi perdagangan mereka iaitu dengan
1 Suffian Mansor. (2009). Sejarah China Moden. Kuala Lumpur: Universiti Malaya. ms. 21
2 Ibid. hlm.20
memperkenalkan candu dan ia juga diperakui oleh Syarikat Hindia Timur British (SHTB)
bahawa pengenalan eksport Candu ini mampu mengubah ketidakstabilan perdagangan antara
negara-negara Barat dengan negara China.3 Dapat dilihat di sini bahawa ini merupakan titik
permulaan kepada penggunaan candu secara tidak terkawal dalam kalangan masyarakat
China.

Candu yang pada awalnya digunakan hanya sebagai perubatan kini penghisapan candu
mula diamalkan sekitar Taiwan pada abad ke-17 dan ke-18.4 Kini kita ketahui bahawa apabila
candu digunakan sebagai penghisapan maka penggunaan candu ini adalah bukan sebagai
suatu perubatan tetapi penggunaannya adalah salah dan akan menyebabkan kesihatan
terganggu. Pihak Barat terutamanya pihak British mendapat candu yang murah daripada
negara India.5 Pada tahun 1781, setelah persiapan yang teratur dibuat maka pihak British telah
membawa sejumlah besar candu ke China dan bermulalah kemasukan candu ke China.6 Selain
itu, pengeksportan candu ke negara China pula semakin meningkat dan graf peningkatan yang
ditunjukkan adalah secara mendadak. Contohnya, pada tahun 1800 hanya 2000 jumlah peti
candu dibawa masuk ke negara China dan sekitar tahun 1838 dapat di jumlahkan bahawa
candu yang masuk ke negara China adalah hampir 40,000 jumlah peti candu dan berat setiap
peti candu tersebut adalah sebanyak 140 paun sehingga 160 paun.7

Hal ini menunjukkan bahawa, penggunaan candu dalam kalangan masyarakat adalah
semakin tidak terkawal. Pada awal mulanya kemasukan candu ini Maharaja Yung-Cheng pada
tahun 1729 telah pun mengeluarkan dikri dalam melarang penjualan dan menghisap candu
manakala maharaja Chia-ch’ing pula pada tahun 1796 telah mengeluarkan dikri iaitu
mengharamkan pengimportan dan penanaman candu dan ini merupakan tindakan awal yang
dilakukan oleh kerajaan China dalam menyekat kemasukan candu kerana gagal untuk
menyekat penyeludupan yang dilakukan oleh Gabenor Jeneral Kwantung dan Kwangsi. 8
Walaupun dikri-dikri tersebut dikeluarkan namun pihak Barat masih lagi dapat menyeludup
masuk candu ke negara China. Selain itu, kemasukan candu di negara China ini bukan sahaja
daripada pihak British malahan negara-negara lain seperti Amerika Syarikat dan Perancis juga

3 Suffian Mansor (2009). Sejarah China Moden. Kuala Lumpur: Universiti Malaya. ms. 20
4 Ibid. ms. 21
5 Anderson, Tim. 8/1/ 2017. Opium War (1839) : The Opium Trade. Great Neck Publishing.
6 I. Epstein. (2004). From Opium War to Liberation, Beijing: Foreign Language Press ms. 9
7 Ibid. ms. 10
8 Suffian Mansor (2009). Sejarah China Moden. Kuala Lumpur: Universiti Malaya. ms. 21
terlibat dalam kemasukan candu ini. Contohnya, Amerika Syarikat yang membeli candu
daripada Turki.9

Seterusnya, penggunaan candu yang semakin berleluasa ini telah menyebabkan kesan
yang buruk kepada negara China itu sendiri. Hal ini dikatakan demikian kerana, pengaliran
wang perak berlaku menyebabkan kerugian besar dalam aspek ekonomi bagi negeri China
dan ketagihan terhadap candu ini juga menyebabkan masyarakat China itu sendiri semakin
malas bekerja dan tidak menunaikan tanggungjawab sebagai masyarakat yang
bertanggungjawab.10 Pada mulanya, ketagihan candu ini hanya berlaku dalam kalangan anak
muda daripada keluarga kaya tetapi ia telah menular kepada pegawai kerajaan, pedagang,
wanita, pekerja, askar, golongan berpendidikan dan juga golongan agama seperti sami dan
rahib begitu juga golongan istana.11 Ini menunjukkan bahawa hampir kesemua lapisan
masyarakat negara China itu mengambil candu.

Bukan itu sahaja, dapat dianggarkan di sini bahawa hampir 2 hingga 10 juta penagih
candu di China pada masa tersebut dan berpuluh juta tahil telah dihabiskan untuk membeli
candu.12 Situasi ini telah menimbulkan kebimbangan kepada kerajaan China kerana telah
banyak mengalami kerugian bukan sahaja dari segi sosial malahan dari segi ekonomi. Oleh
itu, perkara ini merupakan salah satu penyebab mengapa Perang Candu ini berlaku.

Disebabkan masalah ketagihan candu yang semakin berleluasa dan dalam keadaan yang agak
membimbangkan kerajaan China telah melantik Lin Tse-hsu atau Lin Zexiu dan juga dikenali
sebagai “Lin the Clear Sky” kerana usaha yang telah dilakukan oleh beliau dalam
menghapuskan kegiatan kemasukan candu ini.13 Beliau merupakan salah satu pegawai
kerajaan yang berdedikasi dalam menjalankan tugasnya.

Antara usaha yang dilakukan oleh beliau ialah menulis surat kepada Ratu Victoria
untuk memaklumkan bahawa kegiatan pengimportan candu adalah haram.14 Beliau juga turut
merampas candu pihak British kerana pihak British tidak mematuhi arahan untuk
menyerahkan candu kepada kerajaan China walaupun beliau telah bersetuju untuk
menggantikan lima kati teh untuk setiap peti yang diserahkan kepadanya namun keengganan

9 Ibid. hlm22
10 June Grasso, Jay Corrin, and Michael Kort (2009). Modernization and Revolution in China from the Opium
wars to the Olympics, London: An East Gate Book. ms. 34-35
11 Suffian Mansor. (2009). Sejarah China Moden. Kuala Lumpur: Universiti Malaya. ms. 21
12 Ibid. ms. 20
13 June Grasso, Jay Corrin, and Michael Kort. (2009). Modernization and Revolution in China from the Opium
wars to the Olympics, London: An East Gate Bookms. 34-35
14 Ibid. ms. 35
pihak British menyebabkan kilang pihak British dikepung selama enam hari dan mereka
terpaksa akur dengan arahan yang dibuat oleh Lin Tse-hsu lalu menyerahkan candu
kemudiannya dibakar oleh pihak China.15 Perkara ini merupakan titik permulaan kepada
peperangan Candu berlaku.

Walaupun Kapten Charles Elliot bersetuju untuk menyerahkan 20,283 peti candu
kepada kerajaan China namun beliau enggan menandatangani surat akuan yang diarahkan
oleh Lin yang menyatakan bahawa orang Barat tidak akan membawa masuk candu ke China.16
Hal ini telah menjadi isu yang besar di England dan menyebabkan orang tempatan di England
mendesak pihak British untuk mengisytiharkan perang. 17 Akhirnya, peperangan pun berlaku
dan kemenangan berpihak kepada pihak British sehinggalah membawa kepada Perjanjian
Nanking.18

FAKTOR KETEGANGAN ANTARA CHINA DAN PEDAGANG INNGERIS

Hubungan antara China dengan pedagang asing merupakan salah satu faktor kepada
berlakunya Perang Candu I di China. Ketegangan mula dapat dilihat dengan jelas melalui
ketegangan hubungan diantara China dengan pihak Inggeris. Ketegangan berpunca daripada
aktiviti penjualan candu. Penjualan Candu di China telah mengakibatkan masalah ketagihan
yang serius. Pada Awalnya, kesan penagihan candu hanya berlaku dalam kalangan anak muda
daripada golongan orang Kaya. Namun ia mula menular dalam kalangan pegawai kerajaan,
pedagang, wanita, pekerja, askar, golongan berpendidikan dan golongan agama seperti sami
dan rahib Buddha. Masalah ketagihan candu ini berterusan hinggalah pada kerajaan China
telah menjalankan usaha bagi menghapuskan perdagangan tersebut pada 1836.19

Maharaja telah melantik Lin Tse-Hsu dari Ho-Kuan, Fukien sebagai pesuruhjaya
anticandu di Canton. Beliau memandang serius terhadap isu Candu di Canton. Beliaau telah
menghantar surat kepada Ratu Victoria untuk memaklumkan bahawa pengimportan candu
adalah diharamkan di China. Beliau juga telah meminta para pedagang Barat untuk
menyerahkan candu yang disimpan di Pulau Lintin dan memberi amaran jika candu tersebut

15 Suffian Mansor. (2009). Sejarah China Moden. Kuala Lumpur: Universiti Malaya. Ms. 24
16 Ibid. ms. 24
17 Ranbir Vohra. (2000). China’s Path to Modernization A Historical Review from 1800 to the Present, Upper
saddle River: Prentice Hall. Ms. 34
18 Suffian Mansor. (2009). Sejarah China Moden, Kuala Lumpur: Universiti Malaya. ms. 25

19 Suffian Mansor, (2009) SejarahChina Moden, Universiti Malaya, Kuala Lumpur. ms. 22
lewat diserahkan pada tarikh yang ditetapkan dan akan menyebabkan pihak pengimportan
dikenakan hukuman mati.20 Kempen ini telah meraih kejayaan dimana sebanyak 42,741 paip
dan 28,845 kati candu berjaya dirampas oleh Lin Tse-Hsu. Mendengar tentang krisis yang
berlaku di Canton, Pesuruhjaya Perdagangan British, Kapten Charles Elliot bergegas ke
Canton untuk menyelesaikannya. Namun kehadiran beliau memburukkan lagi keadaan
bilamana beliau enggan mematuhi arahan tersebut kerana bimbang China akan merampas
Candu tersebut dan penyeludup akan dihukum tanpa undang-undang rasmi. Akibatknya,
kilang pedagang inggeris dikepung selama enam minggu. Hingga memaksa British akur
dengan arahan yang dibuat oleh Lin Tse-Hsu. Candu-candu tersebut kemudiannya dirampas
dan dibakar oleh pihak berkuasa China. Walaupun Kapten Charles Elliot bersetuju untuk
menyerahkan peti candu kepada kerajaan China, beliau enggan menanda tangani surat akuan
yang diarahkan oleh Lin Tse-Hsu yang mahukan orang barat tidak membawa candu masuk ke
China.

Selain itu, pergolakan antara China dan pedagang asing khususnya pedagang inggeris
berpunca daripada satu pergaduhan yang berlaku pada 7 Julai 1839 yang mana pergaduhan
antara kelasi-kelasi Inggeris dan Amerika yang mabuk di Pelabuhan Kowloon. Pergaduhan
tersebut telah mengakibatkan seorang rakyat China terbunuh. 21 Pesuruhjaya Lin telah
mendesak pihak Inggeris agar menyerahkan kelasi-kelasi yang terbabit untuk dikenakan
hukuman. Namun begitu Kapten Elliot enggan berbuat demikian. Tindakan tersebut
mengakibatkat Pesuruhjaya Lin bertindak melarang penjualan barang-barang makanan dan
keperluan kepada penduduk Inggeris yang masih lagi menetap di Macao. Pesuruhjaya Lin
juga turut menyediakan tenteranya untuk bersedia di Macao. Menyedari tindakan itu akan
mengakibatkan bahaya kepada penduduk asing di Macao, Gabenor Macao menasihatkan
supaya semua penduduk Inggeris berundur ke Hong Kong. Perpindahan dilakukan pada Ogos
1839. Kemudian beberapa hari kemudian beberapa buat kapal perang British tiba di Hong
Kong dan mengukuhkan Inggeris di situ.22

20 Marchant, Leslie R. 2002. The wars of Poppies. History Today 52 (5) : 42.
21 Joginder Singh Jessy , & Ghazali Bin Basri (1981) Sejarah China dan Jepun. Anthonian Store Sdn. Bhd. Kuala
Lumpur, ms.
22 Ibid, ms. 15
FAKTOR PERUNDANGAN

Isu perundangan di China juga turut menjadi faktor kepada berlakunya perang Candu
I. Isu perundangan dapat dilihat melalui perlantikan Lord William John Napier sebagai
Penguasa Perdagangan British di Canton oleh kerajaan British.Isu tersebut timbul disebabkan
Lord Napier merupakan seorang pegawai kerajaan bukannya seorang “Taipan” atau Ketua
Saudagar sebagaimana yang diminta oleh Kohong supaya dihantar oleh kerajaan British untuk
menjaga perdagangan British di Canton. Isu tersebut semakin rumit apabila Setiausaha Luar,
Lord Palmerston, mengarahkannya menyembahkan surat-surat tauliahnya kepada Wazurai di
atas dasar antara kerajaan dan menjadikannya Canton sebagai tempat tinggalnya, bukan di
Macao.23

Keadaan Semakin Rumit apabila Wazurai Canton enggan mengiktiraf Lord Napier
melainkan melalui perantaran Kohong. Hal ini kerana, tidak ada seorangpun pegawai asing
yang boleh memasuki China tanpa keizinan Maharaja.24 Wazurai menegaskan bahawa Lord
Napier perlu membuat permohonan melalui Kohong atau Lord Napier perlu meninggalkan
Canton dengan segera. Lord napier berkeras untuk tidaak meninggalkan Canton meskipun
Kohong telah mendesak beliau untuk berbuat demikian. Oleh itu, Wazurai telah mengeluarkan
arahan untuk menghentikan segala perdagangan antara pedagang inggeris serta merta dan
kesemua pekerja china dikehendaki untuk berhenti kerja atau akan dikenakan hukuman yang
berat.

Selain itu, Isu perundangan turut berlaku apabila melibatkan pelaksanaan hukuman.
Hal ini kerana konsep keadilan di China berbeza dengan konsep keadilan yang dijalankan di
negara-negara Barat. Sistem mahkhamah China tidak terdapatnya Badan Penasihat Undang-
undang (Advice of Council) dan badan kehakiman tertakluk kepada kerajaan tidak seperti di
barat dimana badan kehakiman merupakan badan bebas.

Dalam undang-undang China, seorang tahanan itu akan didapati bersalah sehingga ia
dapat membuktikan bahawa dia tidak bersalah. Ini berbeza dengan Barat dimana seseorang itu
tidak dianggap bersalah selagi Mahkhamah tidak dapat dibuktikan kesalahannya25.

Selain itu, mahkhamah China juga mengenakan hukuman yang tidak adil dan tidak
berperikemanusiaan. Kebiasaannya pelaksanaan hukuman mati terhadap orang asing di China

23 Ibid, Ms. 11
24 Ibid, Ms. 12
25 Suffian Mansor, (2009) SejarahChina Moden, Universiti Malaya, Kuala Lumpur. ms. 27
ialah dengan mencekik pesalah sehingga mati. Pihak Inggeris telah berusaha untuk
mendapatkan tolak ansur daripada kerajaan China kerana ia melibatkan ramai orang Inggeris.
Namun, keadaan semakin bertambah rumit apabila kerajaan China menguatkuasakan undang-
undang dimana orang asing yang melakukan kesalahan akan diadili dengan undang-undang
China.

Isu berkaitan perundangan ini mencapai kemuncaknya apabila berlakunya peristiwa


‘Lady Hughes” pada 24 November 1784. Peristiwa ini berkaitan istiadat tembakan
penghormatan dari pihak Inggeris sebaik sahaja berlabuh di pelabuhan.namun begitu, malang
bagi tiga orang penduduk China telah terkena tembakan tersebut dan dua daripada tiga telah
mati. Pihak berkuasa Canton mendesak agar anak kapal yang terlibat diserahkan kepada
mereka atau kerajaan China akan memutuskan hubungan perdagangan dengan orang Inggeris.
Pihak Inggeris terpaksa akur dengan desakan daripada pihak berkuasa Canton namun tidak
menyangka bahawa anak kapal tersebut bakal dikenakan hukuman cekik hingga mati.26

Perkara yang sama turut berlaku dalam peristiwa “Terranova” dimana ia melibatkan
seorang anak kapal Amerika bernama Teranova yang berbangsa Italia sedang bekerja di kapal
“Emily”. Beliau telah dituduh bertanggungjawab atas kematian seorang wanita China. Pihak
berkuasa Cina menuntuk agar Teranova diserahkan kepada mereka dengan ugutan akan
menghentikan hubungan perdagangan dengan Amerika. Pihak Amerika bersetuju untuk
menyerahkan Teranova dan akhirnya beliau mengalami nasib yang sama seperti yang berlaku
kepada anak kapal Lady Hughes.

FAKTOR PERBEZAAN ANTARA CHINA DAN BARAT

Perang Candu pertama juga berlaku disebabkan oleh faktor perbezaan antara China dan
Barat sama ada dalam aspek pentadbiran, sistem ekonomi serta perbezaan dalam amalan
kebudayaan. Isu pertama yang boleh dilihat adalah dalam sistem pentadbiran China dimana
pemerintah yang berada di kedudukan paling tertinggi dalam struktur pemerintahan China
ialah Maharaja. Selain itu, pentadbiran China juga menggunakan konsep Anak Syurga dimana
Maharaja dianggap sebagai Anak Syurga yang mendapat mandat daripada Tuhan 27. Bukan itu
sahaja, pentadbiran China juga menggunakan pengasingan dalam pentadbiran berpusat
dimana lingkaran yang pertama merujuk kepada Maharaja atau Anak Syurga, lapisan kedua

26 Ibid, ms. 28
27 Suffian Mansor. 2009. Sejarah China Moden. Penerbit Universiti Malaya. Kuala Lumpur. Hlmn 20.
pula merujuk kepada ketua-ketua feudal dan putera-puteri Maharaja dan diikuti dengan ketua-
ketua kerajaan China sedangkan raja-raja daripada negara luar yang ingin menjalinkan
hubungan dengan Maharaja pula terletak di luar daripada lingkaran tersebut 28. Dengan sebab
itu, raja-raja luar yang ingin menjalinkan hubungan dengan China perlu menghantar ufti
seperti yang berlaku antara kerajaan Siam dan Kerajaan Melaka dengan China. Meskipun
begitu, sistem pentadbiran yang diamalkan di negara-negara Eropah pula berbeza dengan
China dimana kebanyakkan negara- negara Eropah pada ketika itu telah menghapuskan
sistem beraja.

Selain itu, faktor perbezaan dalam tradisi dan budaya yang diamalkan oleh kerajaan
China turut memainkan peranan kepada tercetusnya Perang Candu 1. Sebagai contohnya,
amalan Kowtow merupakan amalan yang wajib dilakukan oleh pegawai-pegawai China dan
wakil negara asing semasa mengadap Maharaja China. Amalan Kowtow ini melibatkan satu
perbuatan berlutut di hadapan Maharaja29. Namun, keadaan ini menjadi satu isu yang besar
kepada pedagang-pedagang asing kerana amalan ini dianggap merendahkan maruah mereka.
Sebagai contohnya, kebanyakan wakil-wakil asing enggan melakukan Kowtow semasa
menghadap Maharaja China seperti Macartney, Lord Amherst dan Lord Napier telah
menyebabkan wakil-wakil ini dianggap sombong terhadap Maharaja China sekaligus
memburukkan usaha untuk menjalinkan hubungan antara dua buah negara30.

Faktor agama juga menjadi antara faktor kepada pertembungan antara dua buah tamadun
yang berbeza. Keadaan ini boleh dilihat bahawa pada abad ke-19, negara-negara barat sudah
mula menjelajah untuk menyebarkan agama Kristian kepada tamadun lain sedangkan di China
pula, sudah wujud pelbagai agama dan kepercayaan yang dianuti oleh rakyat China. Sebagai
contoh ialah Buddha, Confucianism dan Daoism. Pertembungan antara dua kepercayaan yang
berbeza ini sedikit sebanyak menjadi pemisah antara kedua-dua tamadun ini.

Faktor yang terakhir yang boleh dilihat adalah sistem kehakiman yang dijalankan oleh
China dilihat sebagai kejam pada pandangan Barat. Hal ini adalah kerana pentadbiran China
mengamalkan hukuman mati bukan sahaja kepada pesalah semata-mata tetapi juga kepada
seluruh ahli keluarga si pesalah bagi tujuan mengelakkan berlakunya dendam terhadap
pemerintah. Bukan itu sahaja, penjatuhan hukuman di China adalah berkonsepkan seseorang

28 Ibid.
29 Brown,John. 2004. The Opium Wars. Military History 21(1):34. Diperoleh daripada
http://search.ebscohost.com.ezpustaka2.upsi.edu.my/login.aspx?
direct=true&db=ulh&AN=12195624&site=ehost-live.
30 Suffian Mansor. 2009. Sejarah China Moden. Penerbit Universiti Malaya. Kuala Lumpur. Hlmn 11.
akan dianggap bersalah selagi mana mereka tidak dapat membuktikan diri tidak bersalah
sedangkan peraturan barat pula berbeza dimana pesalah tidak akan dikenakan hukuman selagi
mana tidak ada bukti yang dikenakan terhadap pesalah31.

DASAR TUTUP PINTU CHINA.

Dasar tutup pintu adalah merupakan dasar yang diamalkan oleh China semasa
pemerintahan Dinasti Qing atau juga dikenali sebagai Dinasti Manchu. Dasar ini juga boleh
dirujuk sebagai sebuah dasar dimana sistem pentadbiran dan sistem ekonomi kerajaan China
pada ketika itu hanya tertumpu kepada dalam kerajaan China sahaja.

FAKTOR DASAR TUTUP PINTU DIAMALKAN DI CHINA.

Jika dilihat dari sudut barat, Pada abad ke-18, negara-negara barat sudah mula berlumba-
lumba berlayar di lautan bagi menjalinkan hubungan diplomatik dengan negara-negara asing.
Misalnya, Portugis telah berjaya menjelajah beberapa buah kerajaan di kawasan Asia secara
khususnya. Walau bagaimanapun, situasi yang berbeza pula berlaku dari sudut Asia
terutamanya China. Hal ini adalah kerana kerajaan China pada zaman Dinasti Manchu pula
mengamalkan dasar tutup pintu yang sememangnya berbeza dengan dasar yang diamalkan
oleh negara barat.

Terdapat andaian yang mengatakan bahawa tindakan kerajaan China yang bersifat
tertutup ini adalah disebabkan oleh faktor penyebaran agama Kristian di Timur 32. Menurut
buku China, A New Culture oleh Cho-Yun Hsu yang kemudiannya diterjemah oleh Timothy
D. Baker, Jr and Michael S. Duke, terdapat dua faktor yang mendorong kepada keadaan ini
dimana faktor pertamanya adalah penyebaran agama Kristian. Hal ini adalah berikutan
dengan kontroversi perdebatan persatuan Kristian di Rom terhadap upacara dan amalan yang
diamalkan dalam budaya China33. Keadaan ini telah menyebabkan pemerintah China
melarang penyebaran Kristian dalam kalangan Cina Han dan Manchu kerana dianggap
bertentangan dengan ajaran yang dibawa dalam budaya China.

31 Suffian Mansor. 2009. Sejarah China Moden. Penerbit Universiti Malaya. Kuala Lumpur. Hlmn 13.
32 Jack Gray. Rebellions and Revolutions : China from the 1800s to 2000. 2002. Oxford University Press. Hlmn
24.
33 Ibid.
Selain itu, faktor kedua yang mendorong kepada dasar tutup pintu ini diamalkan adalah
disebabkan oleh tafsiran orang-orang Cina terhadap pekerjaan dalam bidang perdagangan. Hal
ini adalah kerana orang-orang Cina beranggapan bahawa pekerjaan sebagai pedagang
merupakan pekerjaan yang mempunyai status yang paling rendah jika dibandingkan dengan
pekerjaan yang lain. Pandangan orang-orang Cina terhadap perdagangan ini berlaku kerana
terdapat anggapan yang mengatakan bahawa golongan pedagang adalah golongan yang suka
mengambil pendapatan daripada golongan lain dengan cara mendapatkan untung34.

Seterusnya, kekayaan bekalan hasil mentah dan makanan yang dapat diperoleh dengan
mudah juga menjadi faktor kepada dasar ini diamalkan. Hal ini adalah kerana orang-orang
Cina beranggapan tiada keperluan untuk berdagang dengan pedagang asing kerana segala
keperluan harian yang diperlukan boleh didapati dalam negara. Bukan itu sahaja, orang-orang
Cina juga menganggap bahawa barangan dagangan yang dibawa oleh orang-orang Barat
sebagai barang mainan yang tidak mempunyai nilai35.

Pendek kata, konsep ekonomi yang diamalkan oleh China mempunyai perbezaan yang
ketara dengan konsep ekonomi yang dijalankan di negara-negara Barat. Hal ini adalah kerana
golongan yang memonopoli sistem ekonomi adalah terdiri daripada golongan petani kerana
sistem ekonomi yang berasaskan pertanian yang diamalkan di China. Di negara-negara barat
pula, sistem ekonomi yang diamalkan adalah lebih berasaskan perdagangan dimana
pemerintah-pemerintah barat pada ketika itu memberi galakan kepada orang-orang Barat
untuk menjelajah ke negara-negara lain seperti di Portugis dan British.

KESAN DASAR TUTUP PINTU CHINA KEPADA BARAT.

Dinasti Manchu telah mengamalkan dasar tutup pintu pada awal sistem pemerintahannya
namun pada masa yang sama, terdapat juga jalingan hubungan antara China dan Rusia
melalui perjanjian tanah. Perjanjian tersebut merujuk kepada penetapan sempadan negara
China dengan wilayah Albazin yang dijajah oleh Rusia. Hal ini adalah kerana pada masa yang
sama, Rusia juga telah memulakan misi dalam menjajah wilayah-wilayah yang terletak di
Asia terutamanya wilayah-wilayah yang terletak berdekatan dengan wilayah China. Kesan
daripada kemaraan Rusia ini telah menimbulkan kegusaran pemerintah kerajaan China kerana

34 Suffian Mansor. 2009. Sejarah China Moden. Penerbit Universiti Malaya. Kuala Lumpur. Hlmn 7.
35 Ibid
dianggap akan mengancam wilayah yang dikuasai oleh China 36. Melalui perjanjian yang
ditandatangani ini, telah memperlihatkan peristiwa yang penting bagi sejarah China kerana
buat kali pertamanya kerajaan China menandatangani perjanjian dengan negara Barat37.

Selain itu, meskipun China mengamalkan dasar tutup pintu namun pedagang-pedagang
daripada Barat masih tetap berminat untuk menjalankan aktiviti perdagangan di China.
Keadaan ini berikutan daripada permintaan yang tinggi terhadap bekalan teh dalam kalangan
orang-orang Eropah. Hal ini adalah kerana penduduk Eropah pada ketika itu beranggapan
bahawa teh merupakan minuman yang berkelas tinggi dan mempunyai kualiti harga yang
mahal. Keadaan ini boleh dilihat permintaan terhadap teh import dari China pada tahun
1760-an merekodkan peningkatan yang tinggi38. Bukan itu sahaja, permintaan terhadap
bekalan sutera dan porselin juga merupakan antara barangan dagangan China yang mendapat
permintaan yang tinggi daripada luar negara. Hal ini telah menjadi antara faktor yang
mendorong kedatangan pedagang barat ke China.

Akhir sekali, dasar tutup pintu ini juga dilaksanakan kesan daripada pencegahan
pentadbiran China terhadap pemberontakan yang ingin mengulingkan Dinasti Ch’ing yang
menyebabkan pelabuhan untuk perdagangan asing mula ditutup pada tahun 166239. Bukan itu
sahaja, penduduk di kawasan pesisir pantai juga diarahkan berpindah ke kawasan pedalaman
dan dilarang untuk menangkap ikan. Keadaan ini adalah disebabkan oleh faktor dimana
Dinasti Ch’ing bukannya berasal daripada orang Cina, kesannya, banyak rancangan untuk
menggulingkan kerajaan inigin dilakukan oleh orang-orang Cina terhadap sistem
pemerintahan Ch’ing40.

SEKATAN TERHADAP PEDAGANG-PEDAGANG BARAT

36 Cho-Yun Hsu, translated by Timothy D. Baker, Jr. And Michael S.Duke. 2012. China, A New Cultural History.
Columbia University Press. Hlmn 461.
37 Ibid.
38 J.A.G. Roberts. 2006. A History of China. Second Editions. PALGRAVE MACMILLAN. Hlmn 161.
39 Suffian Mansor. 2009. Sejarah China Moden. Penerbit Universiti Malaya. Kuala Lumpur. Hlmn 8.
40 Ibid
Permintaan yang tinggi terhadap barangan seperti bekalan teh dan kain sutera telah
menyebabkan kebanyakan pedagang-pedagang Barat mempunyai minat yang tinggi untuk
berdagang di pelabuhan China. Walau bagaimanapun, pedagang barat telah mengalami
kesukaran untuk berdagang dengan bebas di pelabuhan China disebabkan oleh beberapa
sekatan yang dikenakan oleh kerajaan China. Misalnya, pemerintah Manchu telah
mengarahkan hanya satu pelabuhan sahaja dibuka kepada pedagang asing iaitu di Canton atau
Quangzhou dan pedagang asing hanya boleh berurusan dengan Pesuruhjaya Tinggi
Perdagangan China yang dikenali sebagai Hoppo41. Keadaan ini boleh dilihat dimana
pedagang British sukar untuk menjual barangan dagangan mereka dalam pasaran China
kerana terikat dengan peraturan perdagangan yang ketat dan terhad.

Antara sekatan atau peraturan yang dikenakan kepada pedagang asing yang menetap di
Canton adalah seperti tidak membenarkan kapal perang belayar dalam Bogue, tidak
membenarkan wanita asing dan senjata dibawa ke kilang, semua nakhoda kapal mesti
mendaftar dengan pihak berkuasa China, dan pedagang asing juga tidak dibenarkan untuk
mengadakan hubungan dengan pegawai Cina kecuali dengan menggunakan saluran yang
betul iaitu melalui Co-hong42. Co-hong adalah merujuk kepada kesatuan dagang yang
berperanan menetapkan harga barangan jualan43.

Sebagai rumusan, kita boleh lihat bahawa meskipun perdagangan yang dijalankan oleh
orang-orang China pada ketika itu lebih menumpukan kepada kegiatan ekonomi dalam negara
semata-mata namun pihak pedagang China masih berjaya mendapatkan hasil yang lumayan
kerana kekayaan sumber yang terdapat di China. Keadaan ini jugalah yang mendorong kepada
kepuasan yang tinggi terhadap pencapaian ekonomi dalaman negara sahaja. Kesannya,
pemikiran pedagang-pedagang China tidak terbuka kepada ilmu dan hal ehwal dunia luar.

41 Suffian Mansor. 2009. Sejarah China Moden. Penerbit Universiti Malaya. Kuala Lumpur. Hlmn 7.
42 Suffian Mansor. 2009. Sejarah China Moden. Penerbit Universiti Malaya. Kuala Lumpur. Hlmn 7.
43 Ibid.
KESIMPULAN

Tegasnya, boleh dinyatakan bahawa perbezaan-perbezaan yang berikut meskipun pada


asalnya hanya bersifat kecil, namun mula menjadi isu yang besar kesan daripada kemasukan
pedagang-pedagang asing yang ramai di China.
RUJUKAN

Anderson, Tim. 8/1/ 2017. Opium War (1839) : The Opium Trade. Great Neck Publishing

Brown,John. 2004. The Opium Wars. Military History 21(1):34. Diperoleh

daripada://search.ebscohost.com.ezpustaka2.upsi.edu.my/login.aspx?
direct=true&db=ulh&AN=1219 5624&site=ehost-live.

Cho-Yun Hsu, translated by Timothy D. Baker, Jr. And Michael S.Duke. 2012. China, A New

Cultural History. Columbia University Press

I. Epstein. (2004). From Opium War to Liberation, Beijing: Foreign Language Press

J.A.G. Roberts. 2006. A History of China. Second Editions. PALGRAVE MACMILLAN.

Jack Gray. Rebellions and Revolutions : China from the 1800s to 2000. 2002. Oxford

University Press.

Joginder Singh Jessy , & Ghazali Bin Basri (1981) Sejarah China dan Jepun. Anthonian Store

Sdn. Bhd. Kuala Lumpur

June Grasso, Jay Corrin, and Michael Kort (2009). Modernization and Revolution in China

from the Opium wars to the Olympics, London: An East Gate Book.

Marchant, Leslie R. 2002. The wars of Poppies. History Today 52 (5)

Ranbir Vohra. (2000). China’s Path to Modernization A Historical Review from 1800 to the

Present, Upper saddle River: Prentice Hall

Suffian Mansor. (2009). Sejarah China Moden. Kuala Lumpur: Universiti Malaya

You might also like