You are on page 1of 2

TEMA 4 KESAN PERANG CANDU KEDUA (1856-1860) DI CHINA

Perang candu kedua yang tercetus pada tahun 1856 merupakan rentetan daripada Perang Candu
Pertama.Perang Candu Pertama berakhir apabila kerajaan China dan British bersetuju untuk
menandatangani perjanjia Nanking pada 28 ogos 1842.Perjanjian Nanking hanya menamatkan
peperangan tetapi tidak menyelesaikan masalah dalam hubungan antara China dan British.Hubungan
antara mereka tetap runcing sehingga mengakibatkan peperangan kedua pada 1856 yang dikenali
sebagai Perang Candu Kedua atau Perang Arrow.Terdapat pelbagai kesan Perang Candu Kedua dalam
pelbagai aspek.

Antara kesan Perang Candu Kedua ialah menyedarkan China bahawa Barat lebih
Superior.Buktinya,mereka mula meniru teknik-teknik barat untuk dilaksanakan di China.Kekalahan China
dalam Perang Candu Kedua merupakan kekalahan kedua mereka kepada kuasa-kuasa barat dalam
tempoh 2 dekad.Kekalahan ini menyedarkan mereka bahawa barat lebih berkuasa daripada
China.Pemimpin-pemimpin China seperti Tseng Koa Fan,Tso Tsung Tang,dan Li Hung Chang telah meniru
idea-idea barat daam politik,ekonomi dan sosial untuk dilaksanakan dalam Rancangan Pembaharuan
'Gerakan Memperkuatkan Diri 1864-1894'.Terbuktilah bahawa kekalahan China dalam Perang Candu
Kedua telah menyebabkan china sedar bahawa barat lebih berkuasa daripada mereka dalam semua
aspek.

Selain itu,Perang Candu Kedua telah menyebabkan lahirnya 2 golongan dalam masyarakat China iaitu
golongan pro barat dan golongan anti barat.Golongan pro barat meniru idea-idea barat untuk
dilaksanakan di negeri China manakala golongan anti barat menjalankan kegiatan menentang kegiatan
orang barat serta pengaruh mereka di China.Contohnya,pada 21 jun 1870,mereka telah menyerang
rumah kanak-kanak yatim Kristian di Tienstin menyebabkan 20 oran terbunuh termasuk 10 rahib
wanita.Pada tahun 1857,Raymond Margary serta 5 orang Cina yang menjadi pengikutnya telah dibunuh
semasa menjalankan penyelidikan untuk mencari jalan darat dari Myanmar ke China.Jelaslah bahawa
peperangan candu menyebabkan 2 golongan muncul yang telah merosakkan perpaduan masyarakat
China.

Selepas Perang Arrow,China mula mewujudkan hubungan diplomatik atas dasar sama taraf dengan
kuasa-kuasa barat.Bagi menguruskan hubungan dengan kuasa-kuasa barat,Pejabat Hal Ehwal Luar yang
dikenali sebagai Tsungli Yamen telah diwujudkan pada 11 mac 1861.Sejak tahun 1861,duta-duta asing
ditempatkan di Peking.Antara mereka ialah Anson Burlingame(duta Amerika),Frederick
Bruce(British),M.Buthemy(Perancis) dan De Balluseck(Rusia).Pada tahun 1866,dengan bantuan Robert
Hart,satu perwakilan China yang diketuai oleh Pin Chun telah di hantar ke Eropah.Pada tahun
1868,dengan bantuan Anson Burlingame,satu perwakilan China yang diketua oleh Chih Kong dan Sun
Chia Ku telah dihantar ke Amerika.Perwakilan ini kemudiannya melawat negara-negara Eropah.Sejak
tahun 1877,duta-duta China mula ditempatkan di negara-negara asing seperti
Amerika,British,Jerman,Rusia,Sweden,dan Sepanyol.Jelaslah terbukti bahawa Perang Candu Kedua telah
menjalinkan hubungan diplomatik dengan kuasa barat menyebabkan negeri China mula berkembang.
Kesan lain Perang Arrow ialah ramai masyarakat China mula berhijrah ke seberang laut
terutamanya Asia Tenggara.Penghijrahan rakyat China semakin hebat bila British menjalankan
perdagangan kuli bagi memenuhi keperluan tenaga buruh di Asia Tenggara.Tambahan pula,Kerajaan
China juga tidak menyekat penghijrahan rakyatnya ke sebarang laut selepas termeterainya Perjanjian
Tienstin dan Perjanjian Peking.Orang-orang china sanggup berhijrah kerena mereka telah hilang
keyakinan dengan Kerajaan Manchu serta untuk melarikan diri daripada penderitaan di
China.Terbuktilah bahawa kekalahan dalam Perang Candu Kedua menyebabkan masyarakat china
berhijrah ke Asia Tenggara kerana kemerosotan dinasti Manchu yang amat ketara.

Akhir sekali,Perjanjian Tienstin dan Perjanjian Peking yang ditandatangani amat merugikan pihak
China.China terpaksa membayar ganti rugi sebanyak 2 juta taels kepada kuasa-kuasa barat yang terlibat
dalam Perang Arrow.Dalam Perjanjian Tienstin misalnya ganti rugi sebanyak 4 juta taels telah dibayar
kepada setiap kuasa barat iaitu Perancis,Rusia,Amerika,dan British.Dalam Perjanjian Peking pula,British
dan Peramcis masing-masing dibayar ganti rugi sebanyak 2 juta taels lagi.Selain bayaran ganti rugi,China
juga terpaksa menanggung perbelanjaan perang yang banyak.Kemasukan barang-barang barat juga
telah menjejaskan industri tempatan sehingga banyak industri tempatan terpaksa ditutup.Kemasukan
candu juga telah merugikan lagi China.Terbuktilah bahawa kekalahan dalam perang Arrow
menyebabkan China terpaksa membayat ganti rugi yang besar kepada kuasa barat dan kemasukan
barangan barat menyebabkan ekonomi China semakin terjejas.

Kesimpulannya,hubungan diplomaatik yang meruncing antara China dan Barat menyebabkan


perang tidak dapat dielakkan.Namun,China terpaksa menyerah kalah apabila tentera bersekutu British
dan Perancis berjaya menawan Tienstin dan Peking pada 24 jun 1860.Akibatnya China terpaksa
menandatangani Konvensyen Peking pada 24 Oktober 1860 yang menamatkan dasar pemencilan negara
China

You might also like