You are on page 1of 5

KERTAS KERJA

Program panitia pendidikan muzik

s.k. KOTA KINABATANGAN

Tahun 2019

PERTANDINGAN NYANYIAN LAGU KANAK-KANAK DAN


MENCIPTA ALAT MUZIK DARIPADA BAHAN TERPAKAI

Pendahuluan

Panitia Pendidikan Muzik dengan kerjasama Panitia Sains akan mengadakan aktiviti bagi
mengisi penutupan takwim sekolah 2015. Justeru, Pihak Panitia akan mengambil inisiatif
mengadakan aktiviti bersempena berakhirnya peperikssan akhir tahun sekolah. Aktiviti-aktiviti
yang dijalankan adalah diharap mendapat sambutan yang menggalakkan daripada murid-murid.
Semoga aktiviti yang dilaksanakan akan memberikan manfaat dan pendedahan kepada murid
selain sebagai pemangkin untuk memupuk hubungan mesra dan kerjasama dalam kalangan
murid dan guru-guru SK Nanga Tiau.

Matlamat

Matlamat utama penganjuran aktiviti adalah bagi memupuk semangat bersaing secara
sihat serta menghiburkan diri selepas minggu peperiksaan di samping mencungkil bakat
terpendam murid-murid SK Nanga Tiau secara menyeluruh. Selain itu, para guru dapat mengenal
pasti potensi murid yang mampu mengharumkan nama baik SK Nanga Tiau di peringkat yang
lebih tinggi seperti pertandingan yang dianjurkan antara sekolah dan daerah.

Objektif

1. Murid-murid dapat mencungkil bakat dalam bidang nyanyian.

2. Murid-murid dapat mencipta secara kreatif alat muzik dari bahan-bahan terpakai.

3. Memupuk semangat bekerjasama di dalam satu pasukan.

4. Menghayati lagu kanak-kanak yang dinyanyikan.

Guru Muzik Mengikut Darjah:

1. En. Namrod Dolois – Tahun 1

2. En. Mohd Zailan Azmel – Tahun 2

3. En. Belalang Gasan – Tahun 3

4. En. Lodi Brynner – Tahun 4

5. Pn. Subina Dinies – Tahun 5


6. En. Bobby Sebli – Tahun 6

Keterangan Program

Tarikh
-12 November 2015

Hari
-Khamis

Masa
-07.30 petang

Tempat
-Dewan makan SK Nanga Tiau

Kumpulan Sasaran
-Semua murid SK Nanga Tiau, Kapit.

Kewangan
-Derma ikhlas daripada guru-guru dan staf-staf sekolah

Aktiviti

Bil Aktiviti Catatan


1 Pertandingan Nyanyian Lagu Kanak-Kanak 2 buah lagu kanak-kanak

2 Persembahan Rekacipta Alat Muzik Daripada Bahan-Memainkan alat muzik yang


Bahan Terpakai dicipta
Jawatankuasa Pertandingan Nyanyian Lagu Kanak-Kanak dan Rekacipta Alat Muzik

AJK Nama
Penasihat Encik Juan Anak Jugah (Guru Besar)
Pengerusi Encik Bobby Anak Sebli (GPK 1)
Naib Pengerusi Encik Belalang Anak Gasan (GPK HEM)
Penyelaras Encik Mohd Zailan Azmel Bin Zainal Aripin
Setiausaha Pn. Subina Anak Dinies
Juruacara Majlis Encik Namrod Dolois
Hakim Lagu Kanak-Kanak Encik Juan Anak Jugah
Encik Seli Anak Belayang
Cik Noraini Anak Donggeng
Encik Juan Anak Jugah
Hakim Rekacipta Alat Muzik Encik Seli Anak Belayang
Encik Noraini Anak Donggeng
AJK Hadiah Cik Shuhadah
Encik Mohd Faizul Bin Yusuf
Cik Norizma Harliana Binti Juhar
Siaraya Encik Mohd Kamalrudzaman
Encik Morrission Jement
P.A Sistem Encik Lodi Brynner
Encik Shaifulnizam Bin Che Alias

Kriteria pemarkahan adalah berdasarkan borang permarkahan seperti lampiran A dibelakang.

Penutup

Penganjuran aktiviti Panitia SK Nanga Tiau ini memerlukan kerjasama dan komitmen daripada
semua pihak bagi meningkatkan pencapaian murid secara menyeluruh dalam usaha membentuk
imej sekolah yang postif. Aktiviti seumpama ini mampu mengeratkan hubungan silaturahim yang
sedia ada dalam kalangan guru dan murid serta dapat mencungkil bakat terpendam murid-murid
SK Nanga Tiau. Penganjuran aktiviti sebegini akan diteruskan pada tahun akan datang.
Disediakan oleh, Disahkan oleh,

………………………………………… …………………………………………………

(Subina Anak Dinies) (Bobby Anak Sebli)

Setiausaha Panitia Pendidikan Muzik Sk Nanga Tiau Penolong Kanan 1 SK Nanga Tiau

You might also like