You are on page 1of 2

_________________________

_________________________
_________________________
_________________________

Tarikh: 27 Ogos 2019

Tuan Muhamad Radzi bin Abdullah


Timbalan Pengarah Pendidikan Negeri Selangor,
Jabatan Pendidikan Negeri Selangor,
Jalan Jambu Bol 4/3e, Seksyen 4,
40604 Shah Alam, Selangor.
(u.p: Ketua Sektor Pengurusan Sekolah)

Melalui dan salinan,


Pegawai Pendidikan Daerah,
Pejabat Pendidikan Daerah Petaling Perdana,
Jalan Kepuk 19/2 Seksyen 19,
40300 Shah Alam, Selangor.
(u.p : Unit Pengurusan Sekolah)

Melalui dan salinan,


Pegawai Pendidikan Daerah,
Pejabat Pendidikan Daerah Klang,
Jalan Meru,
41050 Klang, Selangor
(u.p : Unit Pengurusan Sekolah)

Tuan,
RAYUAN UNTUK PERTUKARAN
Berhubung perkara di atas, saya ingin membuat rayuan bagi pertukaran antara daerah bagi sekolah
menengah sesi 2019 dari _________________________ ke _________________________

2. Berikut merupakan maklumat peribadi saya:-


Nama:
No. Kad Pengenalan:
No. Fail JPN:
Jawatan dan Gred: Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah DG44
Tarikh Lantikan Pertama:
Opsyen:
Matapelajaran boleh diajar:
BIL MATAPELAJARAN PENGALAMAN MENGAJAR
1
2
3
4
5

3. Untuk makluman pihak tuan, ini merupakan permohonan saya kali ke 3 yang mana semuanya
tidak berjaya. Tujuan rayuan pertukaran ini adalah ini dibuat kerana:-
a) Memudahkan pengurusan keperluan anak-anak ke sekolah
b) Saya juga dianugerahkan sepasang anak kembar lelaki pada tahun 2018 yang turut dibawa berulang
alik dari tempat tinggal ke taska bersebelahan sekolah kerana memerlukan perhatian penuh saya
Mereka merupakan bayi pra-matang dan doktor di NICU mengesahkan bayi pra-matang biasanya
mudah terkena Sudden Death Infant Syndrom (SIDS) jika tidak berhati-hati.
c) Mengurangkan pengambilan cuti sakit memandangkan saya sering jatuh sakit dan stress akibat terlalu
penat berhadapan dengan kesesakan lalu lintas dan jarak perjalanan yang jauh antara sekolah dan
tempat tinggal.
d) Mengurangkan kos sara hidup terutamanya petrol dan tol kerana perjalanan jauh memerlukan saya
mengeluarkan belanja yang lebih berbanding jika ditempatkan di sekolah yang berdekatan dengan
tempat tinggal.
e) Suami yang baharu sahaja diberhentikan tugas kerana pengecilan skop pembahagian tugas di syarikat
tempat beliau bekerja dan kini sedang giat mencari pekerjaan di syarikat lain. Ini sedikit sebanyak
menjejaskan perbelanjaan bulanan keluarga kami.

4. Saya telah memenuhi syarat perkhidmatan iaitu berkhidmat selama tempoh lebih 5 tahun di
daerah yang sama. Saya merasakan sudah tiba masanya saya mencuba nasib di tempat baharu yang lebih
hampir dengan tempat tinggal bagi memberikan tambahan tenaga dan motivasi dalam memberikan mutu
perkhidmatan pendidikan yang lebih baik. Saya amat berharap agar rayuan permohonan pertukaran saya ini
mendapat pertimbangan yang sewajarnya dari pihak tuan. Turut dilampirkan dokumen berkenaan rayuan
pertukaran ini.

Segala jasa baik, perhatian dan pertimbangan dari pihak tuan saya dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Yang benar,

………………………………
(_________________________)

sk Pegawai Pendidikan Daerah, Pejabat Pendidikan Daerah Petaling Perdana (u.p Unit Pengurusan
Sekolah)
Pegawai Pendidikan Daerah, Pejabat Pendidikan Daerah Klang (u.p Unit Pengurusan Sekolah)

You might also like