You are on page 1of 44

SEKTOR PENGURUSAN AKDEMIK,

JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK

DENGAN KERJASAMA
YAYASAN PERAK

MODUL CEMERLANG

BIOLOGI
(NASKAH MURID)

AMANJAYA GEMILANG
SPM 2017
MODUL CEMERLANG BIOLOGI 1

PANDUAN PENGGUNAAN MODUL


1. Modul ini mengandungi soalan esei dari tajuk yang dikenalpasti sukar dikuasai oleh
murid.
2. Soalan yang disediakan tidak mengikut format soalan SPM sebenar. Fokus utama
penyediaan modul adalah untuk penguasaan konsep.
3. Soalan-soalan disusun mengikut bab / tajuk.
4. Terdapat juga beberapa soalan KBATdimuatkan untuk membantu murid.
5. Untuk naskah edisi guru, jawapan disertakan di bawah soalan sebagai panduan.
6. Modul ini boleh digunakan untuk pelbagai tujuan seperti untuk pengukuhan dan
pengayaan bagi calon cemerlang.

KANDUNGAN MODUL

BAB TAJUK M/S


1 STRUKTUR DAN ORGANISASI SEL 2
2 PERGERAKAN BAHAN MERENTASI MEMBRAN PLASMA 5
3 KOMPOSISI KIMIA DALAM SEL 9
4 PEMBAHAGIAN SEL 12
5 NUTRISI 13
6 RESPIRASI 18
7 EKOSISTEM DINAMIK 20
8 EKOSISTEM TERANCAM 22
9 PENGANGKUTAN 24
10 SOKONGAN DAN PERGERAKAN 27
11 KORDINASI DAN GERAKBALAS 29
12 PEMBIAKAN DAN PERTUMBUHAN 35
13 PERWARISAN 40
14 VARIASI 43

PANEL PENGGUBAL

NAMA SEKOLAH
CIK NOOR HAILEE BT. MAHPOT SMK JELAPANG JAYA, IPOH
PUAN ROZIAH BT. AYUB SMK RAPAT SETIA, IPOH
PUAN NURASHIKIN BT. MUZAFAR SMK DR. MEGAT KHAS, IPOH
PUAN SALIZA BT. OTHMAN SMK RAJA PEREMPUAN, IPOH
PUAN SHAMSURIATI BT. ABDULLAH SMK TAMBUN, IPOH
ENCIK SURESH KUMAR A/L JOSEPH SMK ULU KINTA, IPOH
PUAN MAZURA BT. AHMAD SMK ABU BAKAR AL BAQIR, KERIAN
CIK ZARINA BT. ERI @ DAHERI SMK DATO’ BENDAHARA CM YUSUF,
TANJONG TUALANG
PUAN NOR SHASHA FAZANA BT. PANIZAN SMK AMINUDDIN BAKI, CHEMOR

AMANJAYA GEMILANG SPM 2017 JPN PERAK


MODUL CEMERLANG BIOLOGI 2

BAB 1 : STUKTUR DAN ORGANISASI SEL

1 Rajah 1 menunjukkan keratan rentas batang tumbuhan dikotiledon. Tumbuhan dengan


batang dikotiledon mempunyai batang berkayu yang keras.
Ciri batang berkayu yang keras ini amat signifikan dalam memberikan sokongan
mekanikal kepada tumbuhan dikotiledon.

Rajah 1

Struktur T terhasil daripada proses pengkhususan sel. Ramalkan kesan terhadap


tumbuhan dikotiledon sekiranya semasa proses pengkhususan sel struktur T tidak
dapat menghasilkan lignin.
[6 markah]

AMANJAYA GEMILANG SPM 2017 JPN PERAK


MODUL CEMERLANG BIOLOGI 3
2. Rajah 2 menunjukkan organ-organ pada tumbuhan dengan setiap organ itu terdiri dari
sel-sel yang telah mengalami pembezaan seperti yang ditunjukkan pada rajah.

Rajah 2

Setiap sel ini akan mengalami pertumbuhan, perubahan bentuk dan pembezaan bagi
menjalankan fungsi khusus.
Ramalkan apakah yang akan berlaku kepada tumbuhan sekiranya setiap sel-sel tersebut
tidak diadaptasikan untuk menjalankan fungsinya.
[6 markah]

AMANJAYA GEMILANG SPM 2017 JPN PERAK


MODUL CEMERLANG BIOLOGI 4

3 Sel stem ialah sel-sel utama yang membentuk pelbagai tisu, organ dan sistem dalam
keseluruhan sistem badan kita. Sel stem diperolehi daripada tali pusat bayi, sum-sum
tulang dan sel-sel dalam blastosista embrio manusia.
Rajah 3 menunjukkan bagaimana sel stem membeza kepada jenis sel-sel yang lain
dalam badan manusia.

Embryo
Embrio

Blastocyst
Blastosista
Stem cell
Sel stem

Tissue R
Tisu R
Tissue Q
Tissue P Tisu Q
Tisu P

Rajah 3

Berdasarkan Rajah 3, terangkan kepentingan kajian stem sel kepada kesihatan manusia
[5 markah]

BAB 2 : PERGERAKAN BAHAN MERENTASI MEMBRAN PLASMA


AMANJAYA GEMILANG SPM 2017 JPN PERAK
MODUL CEMERLANG BIOLOGI 5

1 Rajah 1 menunjukkan satu osmometer kentang.


Diagram 1 shows a potato osmometer.

Rajah 1

Apakah yang akan dapat diperhatikan selepas tiga puluh minit sekiranya kentang
tersebut dimasak terlebih dahulu sebelum digunakan dalam eksperimen ini?
What will be observed after thirty minutes if the potato is cooked before being used
in the experiment?
[3 markah]

2 Kimchi merupakan makanan tradisi masyarakat Korea.


Rajah 2 menunjukkan tiga langkah penyediaan kimchi.

Rajah 2

Terangkan bagaimana kaedah tersebut berkesan dalam pengawetan kobis.


[4 markah]

3 Telur Pindang adalah makanan tradisi orang Melayu Malaysia. Telur pindang banyak

AMANJAYA GEMILANG SPM 2017 JPN PERAK


MODUL CEMERLANG BIOLOGI 6

terdapat di negeri Johor, dan beberapa kawasan lain di bahagian selatan Malaysia.
Biasanya telur ayam digunakan untuk membuat telur pindang. Telur ayam mentah
akan direbus dengan herba-herba tertentu sehingga berubah warna kulitnya, sehingga
berubah menjadi perang gelap, manakala isinya (telur putih) akan berubah warna
menjadi perang cair. Biasanya telur ini akan diberikan sebagai hadiah tradisi di
kenduri kahwin orang Melayu Johor kepada tetamu. Satu lagi kelebihannya ialah
telur pindang ini boleh tahan lama untuk dimakan, dan tidak basi sehingga 2 minggu.

Telur direbus bersama garam dan


daun herba

Berdasarkan penerangan di atas, terangkan bagaimana langkah-langkah penyediaan


telur pindang menjadikannya tahan lama.
Huraikan jawapan anda mengikut teori Biologi yang telah dipelajari.
[6 markah]

4. Rajah 3 menunjukkan sejenis minuman isotonik yang sering kali diambil oleh ahli sukan

AMANJAYA GEMILANG SPM 2017 JPN PERAK


MODUL CEMERLANG BIOLOGI 7

Rajah 3

Pada pandangan anda, apakah kebaikan minuman isotonik kepada ahli sukan tersebut?
Jelaskan.
………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………
[2 markah]

5 Rajah 4 menunjukkan sejenis racun rumpai disembur ke atas tumbuhan rumpai untuk

AMANJAYA GEMILANG SPM 2017 JPN PERAK


MODUL CEMERLANG BIOLOGI 8

mengawal populasi tumbuhan itu. Racun rumpai itu menyebabkan protein dan enzim
ATPase di dalam rumpai itu ternyahasli.
Diagram 4 shows a type of herbicide was sprayed on the weed plants to control their
population. The herbicide causes the proteins and ATPase enzyme in the cell to
denature.

Rajah 4

Terangkan kesan racun rumpai ini ke atas pengangkutan ion-ion kalium dalam
tumbuhan rumpai ini.
Explain the effect of this herbicide to the transport of potassium ions in the weed
plants.
....……………………………………………………………..……………………….….
....…………………….………………………………………….............………………
……………………………………………………………………………………………
[3 marks]

6 Sekiranya anda mengalami kemalangan sewaktu berlayar dan tiada bekalan makanan
serta minuman, mengapakah anda tidak boleh meminum air laut?
If you have an accident while sailing and no food and drink, why you cannot drink
seawater ?
....……………………………………………………………..……………………….….
....…………………………………………………………………………………………
………………………………………………..…………………………………………
…………………………………………..……………………………………………….
[ 3 markah]

AMANJAYA GEMILANG SPM 2017 JPN PERAK


MODUL CEMERLANG BIOLOGI 9

BAB 3: KOMPOSISI KIMIA DALAM SEL

1. Rajah 1 menunjukkan Amin gemar mengambil minuman jus oren ketika makan
tengahari.

Rajah 1

Terangkan kesan pengambilan jus oren ke atas enzim dan pencernaan kanji dalam
duodenum.
....………………………………….....………………………………..………………
……….….....……………………….………………………………………….............
………………………………………………………………………………………….
[3 markah]

2. a Rajah 2.1 menunjukkan peringkat-peringkat dalam tindak balas enzim R.


Diagram 2.1 shows the stages in the reaction of enzyme R.

Rajah 2.1

i. Terangkan mengapa enzim R hanya bertindak ke atas substrate P seperti

AMANJAYA GEMILANG SPM 2017 JPN PERAK


MODUL CEMERLANG BIOLOGI 10

yang ditunjukkan pada peringkat II dalam Rajah 2.


Explain why enzyme R only acts on substrate P as shown at stage II
Diagram 2.1
………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………
[2 markah]

ii. Hanya sedikit kuantiti enzim R diperlukan dalam tindak balas itu.
Terangkan mengapa.
Only a small quantity of enzyme R is needed in the reaction. Explain why.
………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………
[2 markah]

b Rajah 2.2 menunjukkan tindakan molekul X ke atas enzim R.


Diagram 2.2 shows the action of molecule X on enzyme R.

Rajah 2.2

Terangkan bagaimana kehadiran molekul X mempengaruhi tindak balas enzim R


dengan substrat P.
Explain how the presence of molecule X affects the reaction on enzyme R with
substrate P.
………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………
[3 markah]

3. Penyamakan ialah proses membersihkan kulit haiwan untuk menghasilkan

AMANJAYA GEMILANG SPM 2017 JPN PERAK


MODUL CEMERLANG BIOLOGI 11

barangan kulit seperti kasut, beg dan tali pinggang. Penyamakan membersihkan
kulit haiwan daripada daging, lendir, tisu dan bulu dengan menggunakan bahan-
bahan kimia. Selain membersihkan, penyamakan juga mengelakkan pereputan,
melembutkan kulit haiwan dan menjadikannya lebih tahan untuk kegunaan
manusia.
Tanning is the process of cleaning the animal skins to produce leather goods such
as shoes, bags and belts. Tanning will cleaning the animal skins from flesh, mucus
, tissue and hair by using chemicals. In addition cleaning, tanning also prevent
decay, softens the skin and makes it more resistant for human uses.

i. Jelaskan ciri-ciri bahan kimia yang digunakan untuk membersihkan daging,


lendir, tisu dan bulu daripada kulit haiwan
Explain the characteristics of the chemical used to removed flesh, mucus,
tissue and hair from the animal skin.
………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………
[2 markah]

ii. Jelaskan mengapakah kulit yang telah disamak lebih tahan lama untuk
kegunaan manusia.
Explain why the tanned skin is more resistant for human uses.
..........................................................................................................................
..........................................................................................................................
..........................................................................................................................
[3 markah]

AMANJAYA GEMILANG SPM 2017 JPN PERAK


MODUL CEMERLANG BIOLOGI 12

BAB 4: PEMBAHAGIAN SEL

1. Bunga orkid adalah spesies yang hidup di negara-negara tropika dengan cuaca yang
lembap. Spesies orkid seperti Brazilian cattleyas memainkan peranan yang penting
dalam perkembangan industri orkid moden di dunia. Teknik pengklonan telah
diaplikasikan dalam industri orkid moden ini termasuklah di Malaysia.

Terangkan bagaimana bunga orkid ini dapat dihasilkan dalam jumlah yang banyak bagi
memenuhi kehendak pasaran industri orkid moden di Malaysia.
[10 markah]

BAB 5: NUTRISI

AMANJAYA GEMILANG SPM 2017 JPN PERAK


MODUL CEMERLANG BIOLOGI 13

1. Rajah 1 menunjukkan sistem pencernaan dan organ-organ berkaitan pencernaan.


Diagram 1 shows the digestive system and organs associated with digestion.

Rajah 1

a) Berdasarkan Rajah 1
Based on Diagram 1

i. Namakan organ-organ yang terlibat dalam proses pencernaan makanan P


Name the organs that are involved in the digestion of food P.

[3 markah]

ii. Terangkan proses-proses yang berlaku kepada makanan P sehingga boleh


diserap oleh sel-sel badan.
Explain the processes which occur to the food P until it can be used by body
cells.

[10 markah]

b)

Organ R merupakan pusat kawalan yang mengawal kuantiti nutrien yang


masuk ke dalam sistem peredaran darah

Organ R acts as a checkpoint which controls the amount of nutrients


released into the blood circulatory system

Berdasarkan pernyataan di atas, terangkan peranan organ R dalam asimilasi nutrien

AMANJAYA GEMILANG SPM 2017 JPN PERAK


MODUL CEMERLANG BIOLOGI 14

dalam makanan P.
Based on the above statement, explain the role of organ R in assimilation of nutrients
in foods P.
[5 markah]

2 Rajah 2 menunjukkan Encik Wong yang mengalami masalah obesiti teruk.


Doktor telah mencadangkan agar satu pembedahan pintasan gastrik dijalankan
untuk merawat kes obesiti beliau seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 3

Rajah 2

Effect after surgery

Kesan selepas pembedahan

Stomach become too small


Perut menjadi sangat kecil

Smaller stomach connected


to the middle parts of the
small intestine
Rajah 3 Perut yang kecil dihubungkan
ke bahagian tengah
usus kecil

Rajah 1.3 menunjukkan satu pembedahan pintasan gastrik. Terangkan


bagaimana pembedahan tersebut dapat mengurangkan masalah obesiti yang
dialami oleh Encik Wong.
[5 markah]

AMANJAYA GEMILANG SPM 2017 JPN PERAK


MODUL CEMERLANG BIOLOGI 15

3 Ulser mulut adalah luka yang terdapat di dalam mulut. Ulser mulut boleh menyebabkan
kesakitan semasa makan, minum dan memberus gigi. Ulser adalah
kulit atau membran mukus yang pecah dengan kehilangan tisu pada permukaan serta tisu
epithelium yang merekah dan mengalami nekrosis.
Mouth ulcers are sores that appear in the mouth. Mouth ulcers can be painful when
eating, drinking and brushing teeth. An ulcer is a break in the skin or mucous membrane
with loss of surface tissue, disintegration and necrosis of epithelial tissue.

Rajah 4 menunjukkan pembentukan ulser dalam mulut.


Diagram 4 shows the ulcer in the mouth cavity

Mouth ulcer

Ulser mulut

Rajah 4
Terangkan bagaimana ulser boleh mengganggu proses pencernaan di dalam mulut dan
cadangkan cara untuk mencegah ulser mulut.
Explain how ulcer can interrupt the digestion process in the mouth and suggest ways to
prevent mouth ulcer

[6 markah]

AMANJAYA GEMILANG SPM 2017 JPN PERAK


MODUL CEMERLANG BIOLOGI 16

4. Rajah 5a menunjukkan suatu tumbuhan yang hidup di satu kawasan padang.


Tumbuhan tersebut menjalankan proses X untuk membina sebatian organik.
Diagram 5a shows a plant that lives in a field.
The plant conducts process X to form organic substances

Tindakbalas Q
[Reaction Q ]

Tindakbalas P
[Reaction P ]

Rajah 5a Rajah 5b

a. Namakan proses X.
Nyatakan keperluan supaya proses X dapat berlaku.
Name process X.
State the requirements to conduct process X.
[4 markah]

b. Rajah 5b menunjukkan organel yang terdapat dalam daun tumbuhan dan tindak
balas yang berlaku dalam organel tersebut.
Huraikan tindak balas P dan tindak balas Q.
Diagram 5b show the organelle that is found in the plant leaf and the reactions
that occur in it.
Describe reaction P and reaction Q.

[10 markah]

AMANJAYA GEMILANG SPM 2017 JPN PERAK


MODUL CEMERLANG BIOLOGI 17

5. Rajah 6 (a) menunjukkan system pencernaan manusia dan Rajah 4(b) menunjukkan
stuktur yang terdapat dalam bahagian berlabel X.
Diagram 6(a) shows human digestive system and Diagram 4(b) shows the structure
found in the part labelled X.

Rajah 6(a) Rajah 6(b)

a. Terangkan bagaimana Struktur X dan struktur Y disesuaikan untuk


menjalankan fungsinya.
Explain how structure X and structure Y is adapted to perform their functions.

[8 markah]

Seorang kanak-kanak yang hanya mengambil roti dan air sebagai


sumber makanannya tidak akan berada dalam keadaan yang sihat untuk
jangka masa yang lama.

[A child who takes bread and water as a food source will not be in a
healthy state for a longer period of time.]

b. Huraikan pernyataan di atas.


Elaborate the above statement.
[6 markah]

AMANJAYA GEMILANG SPM 2017 JPN PERAK


MODUL CEMERLANG BIOLOGI 18

BAB 6: RESPIRASI

1. Rajah 1 menunjukkan suatu tumbuhan yang hidup di satu kawasan padang.


Diagram 1 shows a plant that lives in a field.

Rajah 1

a a. Terangkan jenis respirasi yang dijalankan oleh tumbuhan tersebut.


Explain the type of respiration conducted by the plant.
[4 markah]
b. Selepas hujan lebat, padang tersebut banjir. Tumbuhan tersebut
ditenggelami air selama 3 hari. Rajah 2 menunjukkan keadaan tersebut.
After heavy rain, the field is flooded. The plant is submerged in water for 3
days. The situation is shown in Diagram 2.

Air / Water

Tumbuhan ditenggelami air


Plant submerged in water

Rajah 2

Terangkan respirasi yang dijalankan oleh tumbuhan tersebut kini.


Explain the respiration conducted by the plant now.
[6 markah]

AMANJAYA GEMILANG SPM 2017 JPN PERAK


MODUL CEMERLANG BIOLOGI 19

b Rajah 3 di bawah menunjukkan satu aquarium yang terdiri daripada haiwan


akuatik dan tumbuhan akuatik.
Diagram 3 below shows an aquarium that consists of aquatic animals and aquatic
plants

Rajah 3

Terangkan kesan ke atas ekosistem akuarium jika tumbuhan akuatik tersebut


dikeluarkan.
Explain the effect on the aquarium ecosystem if the aquatic plants is removed.
[4 markah]

AMANJAYA GEMILANG SPM 2017 JPN PERAK


MODUL CEMERLANG BIOLOGI 20

BAB 7: EKOSISTEM DINAMIK

1. Kebanyakan paya bakau terletak di kawasan tropika dan subtropika di mana air tawar
bertemu dengan air masin. Kawasan ini bertanah lembut dengan persekitaran yang
tidak sesuai dengan tumbuhan biasa. Ini adalah kerana tanah mengandungi kandungan
oksigen yang rendah serta kepekatan garam yang tinggi. Tambahan pula, paya bakau
terdedah kepada keamatan cahaya matahari yang tinggi serta tiupan angin kencang.

Avicennia sp. Rhizophora sp.

Rajah 1

Rajah 1 menunjukkan tiga zon dalam paya bakau serta satu contoh spesies tumbuhan
bakau yang terdapat dalam zon P dan R.

a Selepas satu jangkamasa tertentu, perlahan-lahan zon P bertukar menjadi zon Q,


dan zon Q menjadi zon R. Bagaimanakah sistem akar tumbuhan-tumbuhan paya
bakau memungkinkan kejadian ini berlaku?
[4 markah]
Apakah masalah-masalah yang dihadapi oleh tumbuhan paya bakau dalam habitat
yang didiami?
Terangkan bagaimana tumbuhan-tumbuhan ini mengatasi masalah tersebut supaya
dapat hidup di habitat itu.
[10 markah]

b Encik Safuwan berhasrat untuk menanam pokok durian bagi menggantikan


tumbuhan yang terdapat pada zon Q. Berikan justifikasi pelajar terhadap hasrat
Encik Safuwan?
[6 markah]

AMANJAYA GEMILANG SPM 2017 JPN PERAK


MODUL CEMERLANG BIOLOGI 21

2.

Artikel 1 Artikel 2

Tahukah anda, hampir separuh hutan paya bakau seluruh dunia telah musnah
akibat daripada pembalakan haram. Kesan daripada pembalakan haram ini
menyebabkan kepupusan spesies flora dan fauna. Pelbagai program pemeliharaan
dan pemuliharaan telah dijalankan untuk tujuan tersebut.

Terangkan kepentingan memelihara dan memulihara kawasan paya bakau kepada


manusia dan alam sekitar pada tahun-tahun akan datang.

[10 markah]

AMANJAYA GEMILANG SPM 2017 JPN PERAK


MODUL CEMERLANG BIOLOGI 22

BAB 8 : EKOSISTEM TERANCAM

1. Rajah 1 di bawah menunjukkan logo yang sering digunakan dalam Program 3R


Diagram below shows a logo that often being used in 3R programme.

Rajah 1

Berdasarkan rajah 1 di atas, terangkan bagaimana program 3R : mengurangkan,


mengguna semula dan mengitar semula sumber boleh diamalkan untuk mewujudkan
suatu persekitaran hijau di rumah anda.
Based on diagram 1, suggest how 3R programme: Reuse, Reduce and Recycle of
resources can be practiced to create a green environment in your home.

[ 10 markah]

2 Pembangunan yang tidak terancang dan terurus dengan teliti boleh membawa kesan
negatif kepada ekosistem seperti hakisan tanah, banjir kilat, tanah runtuh, pemanasan
global, penipisan lapisan ozon, perubahan iklim dan kepupusan spesis tertentu.
Development that is not planned and managed properly has brought negative effects
to the ecosystem such as land erosion, flash flood, landslides, global warming,
thinning of the ozone layer, climate change and the extinction of certain species.

Berdasarkan kenyataan di atas, terangkan kesan pembangunan yang tidak terancang


dan terurus dengan teliti kepada ekosistem paya bakau
Based on the above statement, describe the effects of unplanned development and
improper management of the mangrove ecosystem.

[10 markah]

AMANJAYA GEMILANG SPM 2017 JPN PERAK


MODUL CEMERLANG BIOLOGI 23

3. Rajah 2 menunjukan graf perubahan suhu dan kepekatan karbon dioksida atmosfera
antara tahun 1880 hingga tahun 2000.
Diagram 2 shows a graph of the change in temperature and concentration of carbon
dioxide in atmosphere from year 1880 until year 2000.

Rajah 2
Diagram 2

a Terangkan fenomenon yang berlaku dalam atmosfera bumi dikaitkan dengan graf
seperti yang ditunjukkan pada Rajah 2
Explain the fenomenon that occur in the atmosphere in relation to the graph shown
in Diagram 2
[6 marks]

b Huraikan kesan fenomena tersebut terhadap alam sekitar jika kepekatan karbon
dioksida terus meningkat.
Describe the effects of the phenomenon on the environment if the concentration
levels of carbon dioxide are increasing.
[6 marks]

AMANJAYA GEMILANG SPM 2017 JPN PERAK


MODUL CEMERLANG BIOLOGI 24

BAB 9: PENGANGKUTAN

1. Rajah 1 menunjukkan sistem peredaran darah dan sistem limfa manusia.


Diagram 1 shows the human blood circulatory system and lymphatic system.

Rajah 1

a. Bincangkan pembentukan bendalir limfa.


Describe the formation of lymph.
[6 marks]

b. Buku lali, kaki dan jari-jari sering bengkak semasa hamil kerana badan
menyimpan lebih banyak air daripada biasa. Air yang berlebihan akan
berkumpul di bahagian bawah badan, terutamanya jika cuaca panas atau berdiri
terlalu lama. Pembengkakan secara beransur-ansur ini tidak membahayakan ibu
mahupun bayi, tetapi ia menyebabkan ketidakselesaan.
Ankles, feet and fingers often swell a little in pregnancy as the body is holding
more water than usual. The extra water tends to gather in the lowest parts of the
body, especially if the weather is hot or if the pregnant mother has been
standing a lot. The gradual swelling isn’t harmful to the mother or baby, but it
can be uncomfortable.

Kaki bengkak semasa mengandung

Terangkan bagaimana kaki bengkak berlaku dalam perempuan yang hamil.


Explain how swelling of the leg occurs in pregnant woman.
[4 marks]

AMANJAYA GEMILANG SPM 2017 JPN PERAK


MODUL CEMERLANG BIOLOGI 25

2 Rajah 2 menunjukkan kedudukan nodus sinoatrium (SA), nodus atrioventrikal (AV) dan
gentian Purkinje dalam dinding satu jantung.
Diagram 2 shows the positions of the sinoatrial (SA) node, atrioventricular (AV) node and
Purkinje fibres in the walls of the heart.

Rajah 2

a. Terangkan fungsi struktur-struktur khusus ini dalam mengepam jantung.


Explain the functions of these specialized structures in the pumping of the heart.
[5 marks]

b. Terangkan apakah yang akan berlaku jika perentak (nodus sinoatrium) rosak.
Nyatakan kaedah untuk mengatasi kemungkinan ini.
Explain what will happen to a person if the pacemaker (sinoatrial node) is
impaired State a method to overcome this consequence.
[5 marks]
c. Rajah 3 menunjukkan perubahan dalam arteri individu dalam jangkamasa 10
tahun.
Diagram 3 shows the changes in the artery of an individual in 10 years time
Dinding arteri
Artery wall

Plak
Plaque

Rajah 3

i. Berdasarkan gambarajah, namakan satu contoh penyakit yang menyebabkan


pembentukan plak
Based on the diagram, name one example of the disease that caused by the
formation of plaque.
[1 mark]

AMANJAYA GEMILANG SPM 2017 JPN PERAK


MODUL CEMERLANG BIOLOGI 26

ii. Bincangkan diet dan gaya hidup individu dengan perubahan dalam arterinya
serta cadangkan bagaimana untuk mengurangkan risiko daripada menghidapi
perubahan seperti yang ditunjukkan dalam gambarajah
Discuss the individual diet and lifestyle in relation to the changes of his
artery and suggest how to reduce the risks of having the changes shown in
diagram
[9 marks]

3. Imunisasi merupakan satu proses memberi vaksin kepada bayi . Imunisasi boleh diberi
secara suntikan (melalui otot atau di bawah kulit) atau melalui mulut. Kesan sampingan
vaksinasi adalah perkara biasa dan pada kebiasaannya adalah ringan dan tidak
membahayakan.

Berikut adalah gambar-gambar proses imunisasi dilaksanakan :

Bayi diberi imunisasi secara suntikan Bayi diberi imunisasi secara oral

a. Mengapakah kedua-dua individu yang disuntik dapat melawan jangkitan


penyakit-penyakit tertentu? Berikan contoh yang sesuai.
[5 markah]

b. Graf-graf dalam rajah di bawah menunjukkan kepekatan antibodi dalam darah


bagi dua orang individu, X dan Y, selepas menerima dua suntikan bahan-bahan
yang berbeza.

Cencentration of antibody Cencentration of antibody


Kepekatan antibodi Kepekatan antibodi

Immunity level Immunity level


Aras keimunan Aras keimunan

0 10 20 30 40 Time (days) 0 1 2 3 4 5 6 7 Time (days)


Masa (hari) Masa (hari)
First Second First Second
injection injection injection injection
Suntikan Suntikan Suntikan Suntikan
pertama kedua pertama kedua

Huraikan perbezaan bagi keimunan yang diperoleh oleh individu-individu itu.

[5 markah]

AMANJAYA GEMILANG SPM 2017 JPN PERAK


MODUL CEMERLANG BIOLOGI 27

BAB 10: SOKONGAN DAN PERGERAKAN

1.

Haiwan yang terbang biasanya bersaiz kecil manakala haiwan yang


terbesar hidup di lautan.

a. Berdasarkan maklumat di atas, terangkan ciri-ciri fizikal dan penyesuaian


biologi bagi penerbangan burung
[10 markah]

b. Terangkan mengapa haiwan yang terbang perlu mempunyai saiz yang kecil.
[4 markah]

2. Rajah di bawah menunjukkan sistem rangka bagi burung yang normal. Otot X bagi
seekor anak burung merpati didapati tidak mengalami proses pertumbuhan yang
selengkapnya.
Diagram below shows the skeletal system of a normal bird. Muscle X in a pigeon
nestling is not fully developed in the growth process

Otot X
Muscle X
Terangkan bagaimana keadaan ini mempengaruhi pergerakannya.
Explain how this affects its movement.
[6 markah]

AMANJAYA GEMILANG SPM 2017 JPN PERAK


MODUL CEMERLANG BIOLOGI 28

3 Cheetah boleh dianggap sebagai haiwan yang berlari terpantas di dunia. Halaju tercatat
ialah 96–120 km/h (60–75 mph). Cheetah boleh memecut dari 0 hingga 100 km /j dalam
tiga saat.
The cheetah can be considered as the world’s fastest land runner animal It has a
recorded speed of 96–120 km/h (60–75 mph). The cheetah can accelerates from 0 to 100
km/h in three seconds

Rajah menunjukkan urutan berlari bagi cheetah


Diagram shows the sequence of the cheetah running

Rajah di bawah menunjukkan struktur terperinci dan rangka cheetah


Diagram below shows the detailed structures and skeleton of the cheetah

Berdasarkan gambar rajah, cadangkan ciri-ciri penyesuaian yang ada pada cheetah , bagi
membolehkan ia menjadi pelari daratan yang paling pantas di dunia

Based on the diagrams, suggest the adaptive features that the cheetah has, to enable it to
be the fastest land runner in the world.
[ 5 markah ]

AMANJAYA GEMILANG SPM 2017 JPN PERAK


MODUL CEMERLANG BIOLOGI 29

BAB 11 : KORDINASI DAN GERAKBALAS

1 a Seorang budak terpijak duri semasa berlari di padang lalu menarik kakinya
dengan serta-merta.
Lukis dan labelkan arka refleks untuk menunjukkan laluan impuls yang terlibat
dalam gerakbalas budak itu.

A boy steps on a thorn when running in a field, he retracts his leg immediately.
Draw and label the reflex arc to show the impulse pathway involved in the boy’s
reaction.
[4 markah]

b Seorang ibu dan anaknya yang masih kecil terlibat dalam satu kemalangan.
Anaknya tersepit di bawah kereta mereka. Apabila melihat keadaan itu, si ibu
tanpa sedar telah mengangkat kereta tersebut untuk mengeluarkan anaknya.
A mother and her young child were involved in an accident. The child was pinned
under their car. Upon seeing her child under the car, the mother unconsciously
lifted the car to free her child.

Dengan menggunakan pengetahuan biologi anda, terangkan bagaimana sistem


endokrin and sistem saraf mengkoordinasikan gerakbalas si ibu dalam situasi
tersebut.
Using your biology knowledge, explain how the endocrine and nervous systems
coordinate the mother’s response in such situation.
[10 markah]

2.

Doktor Muna diminta oleh pengurusan Rumah Penjagaan Orang Tua-Tua Diamond
untuk memberi penerangan kepada pekerja-pekerja mereka tentang Penyakit Parkinson
dan cadangan rawatan serta penjagaannya.
Tuliskan penerangan yang disampaikan.

Doctors Muna asked by the management of Home Care Diamond elders to provide
information to their employees about Parkinson's disease and recommend treatment
and care.
Write the explaination given.
[10 markah]

AMANJAYA GEMILANG SPM 2017 JPN PERAK


MODUL CEMERLANG BIOLOGI 30

3. a Rajah di bawah menunjukkan sebahagian daripada sistem pengangkutan dan


nefron dalam ginjal manusia.
Diagram below shows part of the circulatory system and a nephron in human
kidney.

Saluran darah
Blood vessels

Kapsul Bowman
Bowman’s capsule

Huraikan pembentukan hasil turasan glomerular.


Describe the formation of the glomerular filtrate.
[4 markah]

b i. Jadual di bawah menunjukkan kepekatan bahan dalam plasma darah, hasil


turasan glomerular dan air kencing seorang dewasa.
Table below shows the concentration of solutes in the blood plasma,
glomerular filtrate and urine of an adult.

Kepekatan bahan (g/dm³)


Concentration of solutes (g/dm³)
Bahan Plasma darah dalam Turasan Air
Solute arteriol afferen glomerular kencing
Blood plasma in the Glomerular Urine
afferent arteriole filtrate
Glucose 1.0 1.0 0.0
Amino acid 1.5 1.5 0.0
Protein 80.0 0.0 0.0
Urea 0.3 0.3 20.0
Sodium ion,
3.2 3.2 1.6
Na+

Berdasarkan jadual di atas, terangkan mengapa kepekatan bahan dalam


plasma darah, turasan glomerular dan air kencing bagi seorang individu
dewasa tersebut berbeza
Based on the table, explain why the concentration of solutes in the blood
plasma, glomerular filtrate and urine of the adult are differ.

[10 markah]

AMANJAYA GEMILANG SPM 2017 JPN PERAK


MODUL CEMERLANG BIOLOGI 31

ii. Individu ini kemudiannya diserang penyakit kencing manis tetapi beliau
tidak mengambil suntikan insulin secara berkala.
Terangkan perubahan yang akan berlaku pada kandungan air kencingnya
dan cadangkan satu kajian makmal untuk mengesahkan kandungan air
kencingnya.
The adult later suffers from diabetes but does not take his regular
injection of insulin.
Explain the changes that might occur to the content of his urine and
suggest a laboratory experiment to confirm the content of the urine.

[6 markah]

4. Rajah menunjukkan seorang atlet yang baru menamatkan larian maraton sejauh
25 km.
Atlet tersebut telah kehilangan air yang banyak akibat perpeluhan.

Berdasarkan pengetahuan biologi anda, terangkan peranan kelenjar pituitari dalam


mengawal atur tekanan osmosis darah atlet tersebut setelah selesai acara maraton.

[8 markah]

AMANJAYA GEMILANG SPM 2017 JPN PERAK


MODUL CEMERLANG BIOLOGI 32

5. ‘Gestational diabetes’ adalah keadaan dimana paras glukosa dalam darah tinggi
melebihi 126 mg/dl semasa hamil.Ia hanya berlaku pada sesetengah wanita hamil
sahaja. Kepekatan glukosa dalam darah normal bagi wanita adalah 72 mg/dl.

‘Gestational diabetes’ is a temporary condition where the level of glucose in


blood is higher than 126 mg/dl during pregnancy. It only occurs in some
pregnant women. Normal concentration of blood glucose for women is 72 mg/dl.

Berdasarkan pernyataan di atas:


Based on the statement above:

a. Terangkan mengapa paras glukosa adalah lebih tinggi dari paras normal
Explain why the glucose level is higher than normal level
[3 markah]

b. Terangkan kesan aras glukosa yang tinggi kepada fetus.


Explain the effects of high level of glucose to the foetus.
[2 markah]

AMANJAYA GEMILANG SPM 2017 JPN PERAK


MODUL CEMERLANG BIOLOGI 33

6. a. Auksin ialah hormon tumbuhan yang menggalakkan pertumbuhan akar dan pucuk.
Rajah menunjukkan kesan kepekatan auksin yang berbeza ke atas gerak balas
pertumbuhan akar dan pucuk.

Berdasarkan Rajah, terangkan gerak balas pertumbuhan pucuk dan akar pada
kepekatan auksin 10 -4 ke 10 -1 mg/L

[5 markah]
b. Rajah menunjukkan dua penyembur yang mengandungi larutan hormon tumbuhan
yang berbeza.

En. Mizi mendapati pokok anggur yang ditanamnya telah berbunga.Larutan


hormon yang manakah boleh digunakan jika dia mahu buah anggur yang
dihasilkan nanti tidak mempunyai biji?
Terangkan jawapan anda.
[4 markah]

AMANJAYA GEMILANG SPM 2017 JPN PERAK


MODUL CEMERLANG BIOLOGI 34

7. Kimi berjaya mendaki ke puncak sebuah gunung. Selepas seketika berada di puncak
gunung itu, dia berasa sejuk dan mula menggigil.

Terangkan apa yang berlaku pada badan Kimi untuk membolehkannya bertahan di
puncak gunung itu.
[10 markah]

AMANJAYA GEMILANG SPM 2017 JPN PERAK


MODUL CEMERLANG BIOLOGI 35

BAB 12 : PEMBIAKAN DAN PERTUMBUHAN

1. Rajah 1 menunjukkan kitar haid yang dikawal oleh hormon tertentu yang dihasilkan oleh
pituitari dan ovari
Diagram 1 shows menstrual cycle which is controlled by certain hormones produced by
pituitary and ovary

Rajah 1
Diagram 1

Huraikan perubahan dan fungsi bagi setiap hormon yang dihasilkan oleh pituitari dan
ovari
Describe the changes and the function of each type of hormone produced by pituitary
and ovary
[10 markah]

AMANJAYA GEMILANG SPM 2017 JPN PERAK


MODUL CEMERLANG BIOLOGI 36

2 Seorang atlit renang wanita akan menyertai satu pertandingan renang pada 15 hingga 28
September 2006. Kitar haid wanita tersebut bermula pada 1 September 2013. Wanita
tersebut digalakkan untuk mengambil suntikan hormon progesteron untuk mengelakkan
gangguan haid semasa pertandingan diadakan.
A female swimming athlete will enters one swimming competition at 15 until 28 September
2013. Her menstrual cycle will starts at 1 September 2006. This lady is encourage to
take injection of progesterone hormone to prevent the disturbance of menstruation during
the competition

Sebagai seorang doktor, cadangkan tarikh yang sesuai untuk wanita itu mengambil
suntikan hormon progesteron. Terangkan bagaimana hormon tersebut dapat
mempengaruhi kitar haidnya.
As a doctor, suggest the suitable date for her to take the injection of progesterone
hormone. Explain how the hormone can affects the menstrual cycle.

[4 markah]

3. Rajah di bawah menunjukkan perhubungan antara K dan L dari sistem peredaran


darah plasenta.
Diagram below shows relationship between K and L of placental blood circulatory
system
Janin kapilari
Fetal cillaries

Urat ibu Urat pusat Tali pusat


Maternal vein Umbilical vein Umbilical cord

Arteri ibu
Maternal artery

Darah ibu
kolam
Maternal blood
pool

K L Pusat arteri Tali pusat


Umbilical arteries Umbilical cord

Terangkan mengapa sistem peredaran K dan L tidak berhubungan secara terus antara
satu sama lain
Explain why K and L circulatory system are not directly connected to each other.

[10 markah]

AMANJAYA GEMILANG SPM 2017 JPN PERAK


MODUL CEMERLANG BIOLOGI 37

4.
Plasenta merupakan benteng yang memisahkan sistem peredaran darah
ibu dan foetus. Ia mampu menghalang kemasukan bahan yang boleh
membahayakan fetus seperti patogen dan dadah.

Hasil ujian darah seorang bayi yang baru dilahirkan dari seorang ibu menunjukkan
bahawa bayi ini adalah HIV positif. Bredasarkan pernyataan di atas, terangkan situasi
ini.
[4 markah]

5. Rajah menunjukkan pembentukan pundi embrio dalam tumbuhan berbunga


Diagram shows the formation of embryo sac in flowering plant

Rajah

Berdasarkan rajah, huraikan bagaimana pundi embrio terbentuk.


Based on diagram, describe how embryo sac is formed.
[8 markah]

AMANJAYA GEMILANG SPM 2017 JPN PERAK


MODUL CEMERLANG BIOLOGI 38
6. Rajah menunjukkan keratan memanjang bahagian pembiakan bunga semasa
persenyawaan.
Diagram shows a longitudinal section of a reproductive parts of a flower during
Fertilization.

Rajah 3

a. Sekiranya stigma gagal merembeskan larutan gula, terangkan kesannya ke atas


persenyawaan ganda dua
If the stigma fails to secretes sugar solution, explain this effects on double
fertilization.
[6 markah]

b. Terangkan kepentingan persenyawaan ganda dua pada tumbuhan berbunga.


Explain the significant of double fertilisation in flowering plant.
[4 markah]

AMANJAYA GEMILANG SPM 2017 JPN PERAK


MODUL CEMERLANG BIOLOGI 39

7. Rajah 4 menunjukkan peringkat-peringkat tumbesaran sekunder yang berlaku pada


batang tumbuhan dikotiledon
Diagram 4 shows the stages of secondary growth in the stem of dicotyledonous plants

a. Terangkan peringkat-peringkat tumbesaran yang berlaku di pucuk tumbuhan


dikotiledon yang menghasilkan tisu-tisu primer yang ditunjukkan pada bahagian A
dalam rajah.
Explain the stages of growth that happen in the shoot of dicotyledonous plants which
produced the primary tissues as shown at section A in Diagram.
[6 marks]

b. Huraikan bagaimana tumbesaran sekunder berlaku bermula dari bahagian A


sehingga bahagian D di dalam rajah
Describe how the secondary growth happens starting from section A to the section D
in diagram
[10 marks]

c. Terangkan kepentingan tumbesaran sekunder kepada tumbuhan dikotiledon


Explain the necessity of secondary growth to the dicotyledonous plants.
[4 marks]

AMANJAYA GEMILANG SPM 2017 JPN PERAK


MODUL CEMERLANG BIOLOGI 40

AB 13 : PERWARISAN

1. Dalam satu kajian mekanisme pewarisan warna bunga, pokok kacang pea berbunga
merah telah dikacukan dengan pokok kacang pea berbunga putih. Didapati semua anak
generasi pertamanya berbunga merah. Apabila generasi pertama ini dikacukkan sama
sendiri, 25% anak generasi itu berbunga putih, bakinya berbunga merah.
Dalam satu kajian yang serupa, baka tulen pokok snapdragon berbunga merah
dikacukkan dengan baka tulen pokok snapdragon berbunga puteh. Semua anak generasi
pertamanya berbunga merah jambu. Apabila generasi pertama ini di kacukkan sama
sendiri, didapati 25% anak pokok berbunga putih, 25% berbunga merah dan 50%
berbunga merah jambu.

When the mechanism of inheritance of flower colour in garden peas was investigated,
red flowered plant were crossed with white flowered plants. The first generation plants
all had red flowers. However, when these first generation plants allow to self-fertilized,
about 25% of the offspring had white flowers, the reminder having red flowers.
In a similar investigation with snapdragon plants , when pure breeding red
flowered of snapdragon plants were crossed with a pure breeding white flowered of
snapdragon plants, the resulting all the first generation had pink flowers. When these
first generation plants were self fertilized, 25% of the offspring had white flowers, 25%
had red flowers and 50% had pink flowers.
Bunga merah Bunga Putih
Snapdragon Snapdragon
Red flowers White flowers
Snapdragon Snapdragon

Sel induk
Parent
x
Phenotype

a) Dengan bantuan rajah skema, terangkan mengapa keputusan yang


diperolehi dengan pokok kacang pea tidak sama dengan keputusan yang
diperolehi pada pokok snapdragon
With the help of schematic diagram, explain why the results obtained with
pea garden are different from those obtained with the snapdragon plants.
[10 markah]

AMANJAYA GEMILANG SPM 2017 JPN PERAK


MODUL CEMERLANG BIOLOGI 41

2. Rajah di bawah menunjukkan pewarisan ciri buta warna dalam sebuah keluarga.
Diagram below shows the inheritance of colour blindness in a family

? ?

P Q R S

T U Y
Kekunci
Key

Perempuan normal
Normal female
Perempuan pembawa
Female carrier
Perempuan dengan trait yang tidak diketahui
?
Female with unknown trait
Lelaki normal
Normal male
Lelaki buta warna
Colour blind male

? Lelaki dengan trait yang tidak diketahui


Male with unknown trait

Terangkan kemungkinan genotip dan fenotip anak-anak bagi pasangan P dan Q.


[10 markah]

AMANJAYA GEMILANG SPM 2017 JPN PERAK


MODUL CEMERLANG BIOLOGI 42

3.
Kejuruteraan genetik melibatkan satu teknik yang digunakan untuk mengubah
trait sesuatu organisma dengan cara mengubah kandungan genetiknya dengan
cara memasukkan kandungan genetik organisma lain.
Genetic engineering involves a technique used to change the traits of an
organism by modifying its genetic content through the introduction of another
organism’s genetic content.

Bincangkan perkembangan kejuruteraan genetik, dengan merujuk kepada


kebaikan dan kelemahan teknik ini.
Discuss the further development of genetic engineering, with reference to the
advantages and disadvantages of this technique.

[10 markah]

AMANJAYA GEMILANG SPM 2017 JPN PERAK


MODUL CEMERLANG BIOLOGI 43

BAB 14 : VARIASI

1. Rajah menunjukkan satu urutan bes nukleotida yang membawa gen pembentukan
pigmen haemoglobin sebelum dan selepas mutasi.
Diagram shows a sequence of nucleotide bases that carry the gene formation of
hemoglobin pigment before and after mutation.

Berdasarkan rajah, terangkan bagaimana penyakit anemia sel sabit berlaku.


Based on the diagram, explain how the disease sickle cell anemia occurs.
[8 markah]

AMANJAYA GEMILANG SPM 2017 JPN PERAK

You might also like