You are on page 1of 5

MINIT MESYUARAT PANITIA SAINS

KALI KEDUA 2015

Tarikh : 5 Ogos 2015


Masa : 2.30 pm
Tempat : Makmal Biologi

KEHADIRAN
1. En Sha’idi bin Adam (Ketua Bidang Sains & Matematik)
2. Pn Rozita bt Othman (Ketua Panitia Sains)
3. Pn Zakiah bt Ismail
4. Pn Zuriah bt Othman
5. Pn Amimah bt Abd Kadir
6. Pn Nurafida bt Ibrahim
7. En Zahri bin Idris

MINIT MESYUARAT

AGENDA PERKARA TINDAKAN


Agenda 1 Ucapan aluan pengerusi Makluman
1.1 Mesyuarat dimulakan dengan bacaan Al-Fatihah
1.2 Pn Rozita Othman mengalu-alukan dan mengucapkan terima
kasih atas kehadiran ahli mesyuarat

Agenda 2 Membentang dan mengesahkan minit mesyuarat kali pertama Makluman


2015
2.1 Pengerusi meminta kepada ahli mesyuarat untuk
mengesahkan minit mesyuarat kali pertama 2015
Respon : Pn Amimah mencadangkan minit mesyuarat
disahkan dan disokong oleh Pn Zuriah.

Agenda 3 Perkara berbangkit


3.1 Bangkitan minit 3.0
Pn Nurafida membangkitkan buku rujukan PT3 masih belum Ketua Panitia
lagi diperolehi
Respon :
 En Sha’idi memaklumkan semak dulu baki duit panitia
dari Pn Zubaidah dan jika duit ada bolehlah pembelian
dilakukan
 Pn Rozita memberitahu bahawa akan mendahulukan
pembelian buku PT3 jika ada duit
 Pn Nurafida meminta supaya bil buku yang sesuai dibeli
ialah sebanyak 40 unit
3.2 Bangkitan minit 6.0 Makluman
En Sha’idi memaklumkan bahawa program ini telah
dilaksanakan dan beliau telah memantau 2 orang guru iaitu
Pn Amimah dan En Zahri manakala Pn Zuriah pula telah
dipantau oleh PK1
3.3 Bangkitan minit 8.0 Makluman
Pn Amimah memaklumkan pelaksanaan PBS adalah seperti
tahun lepas da nada sedikit penambahbaikan iaitu ada modul
gabungan.
En Sha’idi memberitahu data pelajar untuk pengisian PBS
‘offline’ boleh diambil dari APDM
3.4 Bangkitan minit 9.5 Makluman
En Zahri memaklumkan gerak gempur dan aktiviti PT3 yang
dirancang tidak dapat dilaksanakan lagi akibat daripada
kekangan masa kerana kebanyakan hari sabtu adalah hari
bersekolah

Agenda 4 Analisis Peperiksan Pertengahan Tahun 2015


4.1 Tingkatan 1 Makluman
 Peratus lulus subjek sains ialah 49.2% dan seorang pelajar
mendapat A
4.2 Tingkatan 3 Makluman
 Peratus lulus subjek sains PT3 ialah 0%, markah paling
tinggi yang diperoleh ialah 37%.
 Pn Zuriah sedang melakukan latih tubi
 En Zahri mencadangkan agar program motovasi diadakan
memandangkan sikap pelajar yang masih tidak peka
dengan peperiksaan
4.3 Tingkatan 4 Makluman
 Peratus lulus subjek sains ialah 22.32% dan seorang
mendapat C+.
 Peratus lulus subjek biologi ialah 25%, fizik 0% dan kimia
25%.
 Pelajar terlalu lemah dan pelajar terbaik PT3 juga tidak
dapat mengikuti aliran sains tulen
4.4 Tingkatan 5 Makluman
 Peratus lulus subjek sains ialah 34.34% dan 4 orang
mendapat C+.
 Peratus lulus subjek biologi ialah 38.1%, fizik 45.45% dan
kimia 45.45%.
 Terdapat peningkatan jika dibandingkan dengan
peperiksaan TOV.
 Ashraff Fraiee telah memperoleh 7A jika mengikut
analisis SPMA dan 4A jika mengikut analisis SAPS.

Agenda 5 Hal-hal lain


5.1 En Sha’idi mengingatkan guru tentang PEKA tingkatan 4 dan Ahli Panitia
5. Beliau berharap PEKA dapat diselesaikan dengan sebaik
mungkin
5.2 En Sha’idi meminta agar semua ahli panitia dapat mematuhi Ahli Panitia
jadual penghantaran buku latihan dan nota
5.3 En Sha’idi memaklumkan mantan pengetua Pn Hajah Ruhani Ahli Panitia
ada mengingatkan agar guru dapat membawa pelajar ke
makmal
5.4 En Zahri mencadangkan Kem Kecemerlanagn PT3 diadakan Penyelaras
pada hari Sabtu 8 Ogos 2015 Projek PT3

PENUTUP
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 4.00 petang dengan membaca surah Al-Asr.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

……………………………………….. …………………………………………
(NURAFIDA BT IBRAHIM) (ROZITA BT OTHMAN)
Ketua Panitia Sains
SMK Putra
22000 JERTEH, TERENGGANU, DARUL IMAN. TEL: 09-6973590 FAX : 09-6904409

Ruj. Kami : SMKP.06/04/003/01( )


Tarikh : 3 November 2015

En Zahri bin Idris Pn Nurafida binti Ibrahim


En Sha’idi bin Adam Pn Zakiah binti Ismail
Pn Amimah binti Abd Kadir Pn Zuriah binti Othman

Tuan,

MESYUARAT PANITIA SAINS KALI KETIGA TAHUN 2015

Salam hormat. Sukacita dimaklumkan bahawa perkara diatas adalah dirujuk.

2. Sehubungan dengan ini, tuan dijemput hadir ke mesyuarat di atas sepertimana butiran di bawah,
Tarikh : 9 November 2015
Masa : 1.30 pm
Tempat : Makmal Biologi

3. Agenda mesyuarat adalah seperti berikut,


3.1 Ucapan Pengerusi
3.2 Pengesahan minit mesyuarat yang lepas
3.3 Perkara berbangkit
3.4 Agihan kelas mengajar 2016
3.5 Perancangan aktiviti panitia 2016
3.7 Anggaran belanjawan panitia 2016
3.8 Sijil kerja kursus, PLBS, ULBS, PEKA, PAFA dll
3.9 Hal-hal lain

Segala kerjasama tuan diucapkan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

“Guru Penyayang Murid Berkualiti”


”BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

(ROZITA BINTI OTHMAN)


Ketua Panitia Sains
b.p. Pengetua

s.k. - Pengetua
- GPK Pentadbiran
- S/U JKS
- Fail Panitia
22000 JERTEH, TERENGGANU, DARUL IMAN. TEL: 09-6973590 FAX : 09-6904409

Ruj. Kami : SMKP.06/04/003/01( )


Tarikh : 2 Ogos 2015

En Zahri bin Idris Pn Nurafida binti Ibrahim


En Sha’idi bin Adam Pn Zakiah binti Ismail
Pn Amimah binti Abd Kadir Pn Zuriah binti Othman

Tuan,

MESYUARAT PANITIA SAINS KALI KEDUA TAHUN 2015

Salam hormat. Sukacita dimaklumkan bahawa perkara diatas adalah dirujuk.

2. Sehubungan dengan ini, tuan dijemput hadir ke mesyuarat di atas sepertimana butiran di bawah,
Tarikh : 5 Ogos 2015
Masa : 2.00 pm
Tempat : Makmal Biologi

3. Agenda mesyuarat adalah seperti berikut,


3.1 Ucapan Pengerusi
3.2 Pengesahan minit mesyuarat yang lepas
3.3 Perkara berbangkit
3.4 Analisis Peperiksaan Pertengahan Tahun 2015
3.5 Hal-hal lain

Segala kerjasama tuan diucapkan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

“Guru Penyayang Murid Berkualiti”


”BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

(ROZITA BINTI OTHMAN)


Ketua Panitia Sains
b.p. Pengetua

s.k. - Pengetua
- GPK Pentadbiran
- S/U JKS
- Fail Panitia

You might also like