You are on page 1of 5

Tatacara Pengisian Aliran Kerja Rancang Kemajuan Fizikal (RKF) dan Kemajuan Kerja Fizikal

(KKF) dalam SKALA

1.0 Pendahuluan

Dokumen ini merupakan tatacara bagi mengisi Aliran Kerja Rancang Kemajuan Fizikal (RKF) dan
Kemajuan Kerja Fizikal (KKF) berdasarkan Program Kerja ke dalam SKALA. Penambahbaikan ini
adalah lanjutan daripada Surat Arahan KPKR Bil. 33/2017.

2.0 Rancang Kemajuan Fizikal (RKF)

2.1 Kriteria

 Aliran Kerja dilaksanakan oleh Pejabat Selia Tapak.


 Terpakai untuk semua projek tender Persekutuan dan Negeri.
 Aliran kerja ini akan diaktifkan apabila projek telah masuk fasa pembinaan dan Cplan
telah disahkan.
 Pengguna perlu masukkan RKF asal sebelum boleh teruskan pada aliran kerja lain dalam
fasa pembinaan.
 Aliran kerja aktif untuk semua projek yang belum CPC.
 Aliran kerja ini sentiasa aktif dan boleh dipinda dari semasa ke semasa. Namun begitu,
pindaan hanya boleh dipinda oleh pengguna bagi data sebulan sebelum bulan semasa.
(eg: sekarang adalah bulan Feb 2018 dan pindaan yang boleh dibuat bermula dari
Januari 2018 sehingga bulan seterusnya ke hadapan).
 Aliran kerja ini mandatori diisi sekiranya ada perubahan kos (APK, PHK, SA) dan masa
(EOT).

2.2 Tatacara Pengisian

a) Klik pada butang Sedia Rancang Kemajuan Fizikal (RKF)


b) Isikan ruangan Tarikh, Kumulatif (%), Nama Pegawai Tandatangan, Jawatan dan Tarikh
dan klik pada butang Simpan

- Tarikh yang dimasukkan mestilah selepas Tarikh Milik Tapak dan sebelum Tarikh Siap Semasa.
- Tarikh dan Kumulatif (%) pada baris terakhir ditetapkan terus oleh sistem.
Tarikh = Tarikh Siap Semasa; Kumulatif (%) = 100%

- Tarikh yang dimasukkan adalah tarikh pada bulan tersebut. (eg: Tarikh yang boleh dimasukkan pada
Februari 2019 adalah adalah dalam lingkungan 1/2/2019 – 28/2/2019).
- Kumulatif (%) yang dimasukkan boleh lebih kecil dari Kumulatif (%) sebelum bagi projek-projek yang
ada perubahan masa dan kos.

c) Klik pada Sah Rancang Kemajuan Fizikal (RKF)

d) Klik pada Senarai Cetak RKF untuk paparan RKF yang telah disahkan
e) Untuk melihat graf bagi RKF yang telah disahkan, klik pada Butiran Kontrak > Graf Kemajuan
Kerja Fizikal

3.0 Kemajuan Kerja Fizikal (KKF)

3.1 Kriteria

 Aliran Kerja dilaksanakan oleh Pejabat Selia Tapak.


 Terpakai untuk semua projek tender Persekutuan dan Negeri.
 Aliran kerja aktif selepas Rancang Kemajuan Fizikal (RKF) dan Rancang Kemajuan Kontrak
(RKK) disahkan.
 Aliran kerja aktif untuk semua projek yang belum CPC.
3.2 Tatacara Pengisian

a) Klik pada butang Sedia Kemajuan Kerja Fizikal (KKF)

b) Isikan ruangan Tarikh Kemajuan, % Kemajuan Fizikal, Kemajuan (Bilangan Hari) dan pilih
pada dropdown sama ada projek tersebut Awal/Lewat/Ikut Jadual

- Tarikh Kemajuan yang diisi perlu lebih besar dari Tarikh Milik Tapak dan tidak boleh lebih dari tarikh
hari ini.
- % Jadual Fizikal dikira secara automatik oleh sistem berdasarkan data pada Rancang Kemajuan Fizikal
(RKF).
- % Kemajuan Fizikal yang dimasukkan boleh lebih kecil dari % Kemajuan Fizikal sebelum bagi projek-
projek yang ada perubahan masa dan kos.
- Sekiranya pengguna letakkan Kemajuan (Bilangan Hari) = 0, hanya dropdown Ikut Jadual akan
dipaparkan dan sekiranya Kemajuan (Bilangan Hari) > 0, pengguna boleh pilih Awal atau Lewat.
- Maklumat kemajuan sebelum hanya dipaparkan dan tidak dibenarkan untuk diubah/kemaskini.

c) Klik pada Sah Kemajuan Kerja Fizikal (KKF)


d) Klik pada Senarai Cetak RKF untuk paparan KKF yang telah disahkan

e) Maklumat KKF yang telah disahkan akan dipaparkan pada Butiran Kontrak > Maklumat Kerja

You might also like