You are on page 1of 31

PEMBINAAN DAN PENILAIAN MODUL PEMBELAJARAN KENDIRI

(MPK) TAJUK POLA PAKAIAN BAGI KURSUS PAKAIAN DAN FABRIK


DAN PENGAJIAN PAKAIAN

NOR AZIAN BT KARIA

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

 
PSZ 19:16(Pind. 1/97)

UNTVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIST


JUDUL : PEMBINAAIT{ DAN PENILAIAN MODUL PEMBELAJARAN
KEIYDIRI (MPK) TAJUK POLA PAKAIAN BAGI KURSUS
PAKAIAI\ DAN FABRIK DAN PENGAJIAN PAKAIAN
SESI PENGAJIAN : 20l0l20ll
Saya NOR AZIAN BT KARIA
(r{URUF BESAR)

mengaku membenarkan tesis (PSlWSarjana,{Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan


Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut :

1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia.


Z. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan
untuk tujuan pengajian sahaja
3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran
arfiara institusi pengajian tinggi.
4. ** Sila tandakan ( ./ )

t_] sul,rr (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan


atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di
dalam (AKTA RAHSIA RASMI 1972\.

(Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan


D TERHAD
Oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)"

G] TIDAK TERHAD

(TANDATANGAN PEN{'LIS) AN PENYELIA)

Alamat Tetap :
PN.IIIIR QISTINA BT ABDULLAII
No.8 LorongPKl4
Taman Palma 4,34600 (NAMA PENYELIA)
Kamunting, Perak

Tarikh: in rtlFl +Oti Tarikh: ie ii4€l Jatl


CATATAN * Potongyangtidakberkenaan
** Jenis tesis ini STILIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa./organisasi
berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai
SULIT atau TERHAD.
<) Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi ljazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan
atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan PSM.
"Saya akui telah membaca karya ini dan pada pandangan saya katya ini adalah

memadai skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan ljazah Sarjana Muda

Teknologi serta Pendidikan (Kemahiran Hidup)."

Tandatanean :

Nama Penyelia : PN.NUR QISTINA BT ABDULLAH

rarikh '
..............1.4.4.?...*9fJ........
ii 
 

 
 
 
 
PEMBINAAN DAN PENILAIAN MODUL PEMBELAJARAN KENDIRI
(MPK) TAJUK POLA PAKAIAN BAGI KURSUS PAKAIAN DAN FABRIK
DAN PENGAJIAN PAKAIAN

NOR AZIAN BT KARIA

Laporan Projek Ini Dikemukakan


Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat
Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
(Kemahiran Hidup)

Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia

MEI 2011

 
ill

'o Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya."

Tandatangan :
M
Nama Penulis NOR AZIAN BT KARIA

'r^-:r-L
I tl\ll
aan
l0 MEI2OI f
iv 
 

DEDIKASI

Buat Ayahanda yang sentiasa di sayangi dan abadi di hati


Almarhummi Hj Karia Bin Mahmud
Segala amanat dan tunjuk ajar mu akan sentiasa aku ingati
Kata-kata semangat dari mu akan terus tersemat di hati
Doaku untukmu tiada bertepi
Semoga tempatmu bersama insan-insan sufi yang sejati

Buat wanita yang amat aku kasihi

Bonda tercinta yang banyak memberi motivasi dan kekuatan kepada diri ini
Hajjah Halimaton Binti Karim
Dengan doa dan restumu jua aku di sini
Pengorbanan dan ketabahanmu amat aku hargai

Abang dan Kakak yang sering memberi semangat


Kesabaran kalian dalam membantuku amat aku kagumi
Kasih dan sayang kalian membuatkan aku terus berdiri

Sesungguhnya
Dengan kata-kata semangat kalian berikan membuatku terus terbang tinggi

Tiada kata yang mampu diungkapkan selain dari ucapan terima kasih.
Kerana dengan doa dan sokongan dari kalian,
akhirnya aku mampu mengakhiri episod
yang aku mulakan di sini

 

PENGHARGAAN

Alhamdulillah, setinggi-tinggi rasa syukur saya panjatkan kehadrat Illahi


kerana dengan segala limpah kurnia dan restu yang dihadiahkan-Nya agar saya terus
kuat dan tabah dalam menghadapi segala dugaan di sini sehingga mampu
menyempurnakan tugasan yang penuh bermakna ini.

Setinggi-tinggi penghargaan saya tujukan buat Pn. Nur Qistina Abdullah


selaku penyelia bagi Projek Sarjana Muda ini di atas segala bimbingan, tunjuk ajar
dan kerjasama yang diberikan sepanjang saya menyiapkan penyelidikan ini. Jasamu
akan sentiasa dikenang.

Tidak lupa, jutaan terima kasih juga saya tujukan buat Puan Suhana, Dr
Hajjah Noraini dan Dr Rohana yang tidak pernah jemu memberi penerangan dan
kerjasama yang baik sepanjang saya menjalankan penyelidikan berkaitan Pembinaan
dan Penilaian MPK Pola Pakaian.

Akhir sekali, ucapan terima kasih juga saya tujukan buat mereka yang
terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam membantu menyempurnakan
penyelidikan ini. Hanya Allah S.W.T sahaja yang dapat membalas jasa baik kalian.

Terima kasih
vi 
 

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan membangunkan Modul Pembelajaran Kendiri (MPK)


Pola Pakaian bagi kursus Pakaian dan Fabrik dan Pengajian Pakaian. Pembinaan
MPK ini dilakukan bagi membantu pelajar mengatasi masalah perbezaan individu,
kekangan masa dan kelemahan bahan rujukan sedia ada. Isi kandungan
pembelajaran MPK dibina berdasarkan sukatan kursus Pakaian dan Fabrik dan
Pengajian Pakaian bagi pelajar tahun satu dan pelajar tahun dua Program Ijazah
Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup), Universiti Teknologi
Malaysia (UTM). Model yang digunakan untuk pembinaan MPK ialah berdasarkan
Model Teras Cabang Shaharom (1994). Terdapat dua fasa penilaian MPK iaitu,
Penilaian Formatif Satu dengan Satu (PFSS) dan Penilaian Formatif Kelompok
Kecil (PFKK). Seorang pensyarah dan seorang pengajar terlibat dalam PFSS,
manakala seramai 20 orang pelajar terlibat dalam PFKK. PFSS dan PFKK
dijalankan bagi menilai kesesuaian MPK yang dibina dari segi teks, gambarajah,
soalan, ringkasan bab, aktiviti dan objektif pembelajaran dengan menggunakan soal
selidik. Data yang diperolehi dianalisis secara deskriptif menggunakan perisian
Komputer Statistical Packages for Social Sciences Versi 15.0 untuk mendapat nilai
frekuensi, peratus, min dan juga min. Melalui min keseluruhan yang diperolehi,
menunjukkan majoriti responden berpuas hati dengan kesesuaian teks, gambarajah,
soalan, ringkasan bab, aktiviti dan objektif yang terdapat dalam MPK.
vii 
 

ABSTRACT

The purpose of this study is to develop Self Learning Module (SLM) of


Pattern Making topic. The construction of this SLM for helping student to overcome
the problems due to individual differences, practical time constraints and weak of
references. The content of this MPK is based on Clothing and Fabric and Clothing
study syllabuses for first year’s and second year’s students of Bachelor Technology
with Education (Living Skill), University Technology Malaysia (UTM). Model that
has been used for construct SLM is based on Teras Cabang Model by Shaharom
(1994). The assessments of the SLM involved two main phases, Formative
Evaluation One to One (PFSS) and Small Group Formative Evaluation (PFKK).
The purpose of PFSS and PFKK assessed the suitability of the SLM in terms of
texts, diagrams, questions, chapter summaries, activities and learning objectives
using questionnaires. Data were analyses descriptively using computer software
Statistical Packages for Social Sciences (SPSS) version 15.0 to obtain the frequency,
mean, percentage and average mean. Finding from average mean showed majority
of the respondents satisfied with suitability of the texts, diagrams, questions, chapter
summaries, activities and learning objectives that applied in the SLM.
viii 
 

KANDUNGAN

BAB TAJUK MUKA SURAT

iv
DEDIKASI
v
PENGHARGAAN
vi
ABSTRAK
viii
KANDUNGAN
xiv
SENARAI JADUAL
xvi
SENARAI RAJAH
xviii
SENARAI SINGKATAN

1.0 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 5
1.3 Pernyataan Masalah 11
1.4 Objektif 11
1.5 Persoalan Kajian 12
1.6 Kepentingan Kajian 12
1.6.1 Pelajar 13
1.6.2 Pensyarah 13
1.6.3 Pelajar Sekolah 13
1.7 Skop Kajian 14
1.8 Batasan Kajian 14
1.9 Definisi istilah dan operasi 15
1.9.1 Modul Pengajaran Kendiri 15
1.9.2 Penilaian 16
1.9.3 Penilaian Formatif Satu dengan Satu 16
1.9.4 Penilaian Formatif Kelompok Kecil 16
ix 
 
1.9.5 Pembinaan 17
1.9.6 Kesesuaian 17
1.9.7 Pengajaran 17
1.9.8 Pembelajaran 17
1.10 Rumusan 18

2.0 SOROTAN KAJIAN


2.1 Pengenalan 19
2.2 Modul 19
2.2.1 Ciri-ciri Modul 20
2.2.2 Kegunaan Modul 21
2.2.3 Kebaikan Modul kepada pelajar 22
2.2.4 Kebaikan Modul kepada pendidik 22
2.3 Modul Pembelajaran Kendiri 23
2.4 Model Modul Pengajaran Kendiri 24
2.4.1 Model Burn 24
2.4.2 Model Klingstedt 26
2.4.3 Model Eijl 27
2.4.4 Model De Vito-Krockover 28
2.4.5 Model Meyer 29
2.4.6 Model Cece-Djadja 31
2.4.7 Model Teras-Cabang Shaharom 31
2.5 Elemen penilaian kesesuaian MPK 37
2.5.1 Teks 37
2.5.2 Gambarajah 38
2.5.3 Soalan 39
2.5.4 Ringkasan bab 39
2.5.5 Aktiviti 40
2.5.6 Objektif pembelajaran 41
2.6 Kelemahan menggunakan MPK 41
2.7 Kesimpulan 41

 
3.0 METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 43
3.2 Prosedur kajian 43
3.3 Fasa 1: Proses pembinaan MPK 45
3.3.1 Peringkat 1-Rasional pemilihan 45
model MPK
3.3.2 Peringkat 2-Kandungan MPK 47
3.3.3 Peringkat 3-Sipnosis 48
3.3.4 Peringkat 4-Kesahan isi kandungan 48
MPK
3.4 Fasa 2: Penilaian MPK 49
3.4.1 Peringkat 1-Rekabentuk kajian 49
3.4.1.1 Tempat kajian 49
3.4.1.2 Sampel kajian 49
3.4.1.3 Instrumen kajian 50
3.4.2 Peringkat 2-Penilaian Formatif 51
3.4.2.1 Penilaian Formatif Satu dengan 53
Satu (PFSS)
3.4.2.2 Penilaian Formatif Kelompok 53
Kecil (PFKK)
3.5 Fasa 3: Analisis data 54
3.6 Batasan kajian 56
3.7 Kesimpulan 57

4.0 ANALISIS DATA


4.1 Pengenalan 58
4.2 Penilaian MPK Asas Pola Pakaian 58
4.2.1 Penilaian Formatif Satu dengan Satu 58
4.2.1.1 Kesesuaian teks 59
4.2.1.2 Kesesuaian gambarajah 60
4.2.1.3 Kesesuaian soalan 61
4.2.1.4 Kesesuaian ringkasan bab 62
4.2.1.5 Kesesuaian aktiviti 63
xi 
 
4.2.1.6 Kesesuaian objektif 64
4.3 Penilaian Formatif Kelompok Kecil 65
(PFKK)
4.3.1 Bahagian A-Maklumat diri responden 65
4.3.1.1 Jantina 65
4.3.1.2 Umur 66
4.3.1.3 Bangsa 66
4.3.1.4 Kelayakan akedamik 67
4.3.2 Bahagian B-Item-item persoalan kajian 67
4.3.2.1 Kesesuaian teks 67
4.3.2.2 Kesesuaian gambarajah 68
4.3.2.3 Kesesuaian soalan 69
4.3.2.4 Kesesuaian ringkasan bab 70
4.3.2.5 Kesesuaian aktiviti 71
4.3.2.6 Kesesuaian objektif pembelajaran 71
4.4 Kesimpulan 72

5.0 HASIL PEMBINAAN MPK


5.1 Pengenalan 74
5.2 Hasil pembinaan MPK Pola Pakaian 75
5.2.1 Bahagian pengenalan 77
5.2.2 Bahagian isi kandungan 81
5.2.3 Bahagian penilaian kendiri 84
5.2.4 Bahagian pengukuhan 85
5.2.5 Bahagian maklumbalas 87
5.2.6 Bahagian rujukan 87
5.3 Pengubahsuaian MPK selepas PFSS dijalankan 87
5.4 Pengubahsuaian MPK selepas PFKK dijalankan 91
5.5 Kesimpulan 92

6.0 PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN


CADANGAN
6.1 Pengenalan 93
xii 
 
6.2 Perbincangan dan kesimpulan 93
6.2.1 Kesesuaian teks yang digunakan dalam 93
MPK Pola Pakaian sebagai bahan
pengajaran dan pembelajaran
6.2.2 Kesesuaian gambarajah yang 94
ditunjukkan dalam MPK Pola Pakaian
sebagai bahan pengajaran dan
pembelajaran
6.2.3 Kesesuaian soalan yang dibina dalam 95
MPK Pola Pakaian sebagai bahan
pengajaran dan pembelajaran
6.2.4 Kesesuaian ringkasan bab yang dibuat 96
dalam MPK Pola Pakaian untuk
digunakan sebagai bahan pengajaran
dan pembelajaran
6.2.5 Kesesuaian aktiviti yang dijalankan 96
dalam MPK Pola Pakaian sebagai bahan
pengajaran dan pembelajaran
6.2.6 Kesesuaian objektif yang dibina dalam 97
MPK Pola Pakaian sebagai bahan
pengajaran dan pembelajaran
6.3 Kesimpulan 97
6.4 Cadangan penambahbaikan 98
6.4.1 Pengubahsuaian carta alir pembelajaran 98
MPK
6.4.2 Memasukkan nilai-nilai murni melalui 101
pembelajaran menggunakan MPK
6.5 Cadangan kajian masa hadapan 101
6.5.1 MPK dijadikan dalam bentuk perisian 101
multimedia
6.5.2 Menambah bilangan sampel kajian 102
6.5.3 Menjalankan ujian lapangan (Field 102
Trial)
xiii 
 
6.6 Kesimpulan 103

RUJUKAN 104

LAMPIRAN
Lampiran A
Lampiran B
Lampiran C
Lampiran D
Lampiran E
xiv 
 

SENARAI JADUAL

JADUAL TAJUK MUKA SURAT

1.1 Sukatan kursus SPL 2112 Pengajian Pakaian 2


1.2 Tugasan amali 3
1.3 Bilangan pelajar mengikut pengkhususan 6
3.2 Komponen yang ada dalam model-model MPK 46
3.3 Skala likert 51
3.5 Kaedah pengiraan nilai tahap kesesuaian 55
3.6 Pengkelasan tahap kesesuaian terhadap MPK 55
berdasarkan analisis min keseluruhan
4.1 Item kesesuaian teks 59
4.2 Item kesesuaian gambarajah 60
4.3 Item kesesuaian soalan 61
4.4 Item kesesuaian ringkasan bab 62
4.5 Item Kesesuaian aktiviti 63
4.6 Item Kesesuaian objektif 64
4.7 Peratus responden mengikut jantina 65
4.8 Peratus responden mengikut peringkat umur 66
4.9 Peratus responden mengikut bangsa 66
4.10 Peratus kelayakan akademik responden 67
4.11 Kesesuaian teks yang digunakan dalam MPK 68
4.12 Kesesuaian gambarajah yang digunakan dalam 68
MPK
4.13 Kesesuaian soalan yang dibina dalam MPK 69
4.14 Kesesuaian ringkasan bab yang terdapat dalam 70
MPK
4.15 Kesesuaian aktiviti yang digunakan dalam MPK 71
xv 
 
4.16 Kesesuaian objektif pembelajaran dalam MPK 72
5.2 Komponen yang terdapat dalam MPK Pola 76
Pakaian berdasarkan komponen yang terdapat
dalam MPK Model Teras-Cabang (Shaharom,
1994)
xvi 
 

SENARAI RAJAH

RAJAH TAJUK MUKA SURAT

1.1 Bahan rujukan 10


2.1 Sumber Model Teras Cabang (Shaharom, 1994) 32
2.2 Carta alir Model Teras Cabang Shaharom, 1994 36
3.1 Prosedur kajian pembinaan MPK Pola Pakaian 44
3.4 Menunjukkan rangka kerja Penilai Formatif yang 52
digunakan
5.1 Carta peringkat penghasilan MPK 74
5.2 Komponen yang terdapat dalam MPK Pola 76
Pakaian berdasarkan komponen yang terdapat
dalam Model Teras-Cabang (Shaharom, 1994)
5.2(a) Rasional pembelajaran 78
5.2(b) Proses Pembelajaran MPK (ubahsuai daripada 79
Shaharom)
5.2(c) Praujian 80
5.2(d) Objektif Pembelajaran 82
5.2(e) Unit-unit pembelajaran bahagian teras 83
5.2(f) Aktiviti pembelajaran 84
5.2(g) Ujian diagnostik 85
5.2(h) Objektif pembelajaran bahagian pemulihan 86
5.2(i) Objektif pembelajaran bahagian pengayaan 86
5.3(a) Penukaran saiz tulisan 12 kepada 14 88
5.3(b) Pengubahsuaian jenis tulisan Calibri kepada 88
Times New Roman saiz 10
5.3(c) Pengubahsuaian gambarajah dari kecil kepada 89
besar
xvii 
 
5.3(d) Penambahan soalan untuk Penilaian Kendiri 90
5.3(e) Aktiviti amali 90
5.3(f) Pengubahsuaian objektif pembelajaran 90
5.4(a) Jarak antara baris tulisan 91
5.4(b) Gambarajah dilabelkan 91
6.1 Carta alir proses perlaksanaan kaedah 99
pembelajaran bermodul Shaharom(1994)
6.2 Carta alir pengubahsuaian proses perlaksanaan 100
kaedah pembelajaran Shaharom
xviii 
 

SENARAI SINGKATAN

MPK - Modul Pembelajaran Kendiri

P&P - Pengajaran dan Pembelajaran

Pb - Pembelajaran Bermodul

PFKK - Penilaian Formatif Kelompok Kecil

PFSS - Penilaian Formatif Satu dengan Satu

SPH - Sarjana Muda Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup)

UTM - Universiti Teknologi Malaysia

JPTK - Jabatan Pendidikan Teknikal dan Kejuruteraan


1

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Kursus Jahitan Pakaian merupakan salah satu kursus yang terdapat dalam
Program Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan Kemahiran Hidup (SPH)
yang ditawarkan oleh Universiti Teknologi Malaysia (CD Panduan Akademik
Fakulti Pendidikan Siri Kemasukan, 2007/2008). Program ini di bawah Jabatan
Teknik dan Kejuruteraan (PTK) Fakulti Pendidikan. Tujuan kursus ini diadakan bagi
mengenalkan pelajar kepada pengetahuan mengenai jenis, klasifikasi dan pembinaan
fabrik. Ia juga mendedahkan kepada pelajar kemahiran asas dalam membuat
pakaian. Ia memberi penekanan kepada proses menjahit seperti asas melakar pola,
jenis garis leher, lubang lengan, belah dan kancing. Pada akhir kursus ini pelajar
seharusnya boleh membincang proses menjahit, prinsip memilih stail pakaian, bahan
keperluan menjahit pakaian, menilai hasil kerja dan mengenal pasti masalah semasa
menjalankan kerja amali (Sipnosis Mata Pelajaran Kursus Teknik dan Kejuruteraan,
2007/2008).

Dalam program SPH ini, pelajar perlu mengikuti dua kali kursus jahitan
pakaian iaitu pada semester kedua dan semester ketiga. Antara sukatan kursus SPL
2112 Pengajian Pakaian yang perlu diikuti oleh pelajar semester ketiga adalah
seperti jadual 1.1.
2

 
Jadual 1.1 : Sukatan kursus SPL 2112 Pengajian Pakaian

No. Sukatan
1.
Elemen Rekabentuk Pakaian

2 Prinsip Rekabentuk Pakaian

3 Fabrik Buatan Manusia

4 Pembuatan fabrik Sintetik

5 Fabrik Campuran

6 Ciri-ciri Fabrik

7 Fabrik Tenun

8 Pembinaan Fabrik

9 Fabrik Kait

10 Tekstil

11 Penjagaan Tekstil dan Pakaian

Secara umumnya kursus SPL 2112 Pengajian Pakaian ini terbahagi kepada
dua iaitu amali dan teori. Oleh itu, pelajar perlu mengikuti kelas amali dan kelas
teori yang telah ditetapkan. Kelas amali ini bertujuan bagi membolehkan pelajar
mengaplikasikan konsep dan prinsip berdasarkan teori yang telah dipelajari di dalam
kelas. Berikut adalah tugasan amali yang perlu dijalankan oleh pelajar dalam kursus
jahitan ini. Sila rujuk jadual 1.2.
3

 
Jadual 1.2 : Tugasan amali

Kod Subjek Subjek Tugasan

• Melakar pola seluar lelaki


SPL 2112 Pengajian Pakaian
atau perempuan
• Susun atur pola di atas
fabrik
• Menggunting fabrik
• Pembinaan kocek
• Pembinaan zip fly
opening
• Pembinaan kocek sembunyi
• Pembinaan ikatan
pinggang
• memasang kancing
• Pembinaan of T-shirt

Melalui kelas amali yang dijalankan, tumpuan diberi kepada pelbagai


kemahiran dalam proses jahitan. Bagi kelas amali, untuk kursus SPL 2112 Pengajian
Pakaian pelajar telah diberi tugas untuk menyiapkan seluar dan T-Shirt. Proses
menghasilkan seluar bermula daripada mengambil ukuran, melakar pola, susun atur
pola di atas fabrik, pembinaan kocek, pembinaan zip fly opening, pembinaan kocek
sembunyi pembinaan ikatan pinggang dan memasang kancing. Selepas seluar siap
dijahit aktiviti diteruskan dengan menghasilkan T-shirt.

Melalui kemahiran-kemahiran yang diterapkan ini, Industri Tekstil dan


Pakaian merupakan salah satu penyumbang kepada sumber pendapatan negara.
Ianya merupakan industri kedua terpenting sebagai pendapatan dari eksport negara
dengan tenaga pekerja lebih dari 120 000 orang iaitu 10% dari sektor pembuatan.
Tekstil dan pakaian akan terus diperlukan oleh pengguna serata dunia. Dengan itu,
industri ini mempunyai potensi luas untuk berkembang dengan adanya pekerja yang
mencukupi (sinopsis rekaan fesyen Politeknik Johor Bahru, 2003).
4

Berdasarkan pernyataan di atas dapat dilihat betapa pentingnya kemahiran


dalam bidang jahitan perlu dipelajari dan diikuti dengan baik. Salah satu kemahiran
penting yang perlu dikuasai oleh pelajar ialah membuat pola pakaian. Seperti yang
kita ketahui, mendraf pola merupakan perkara penting dalam pembuatan pakaian.
Pola digunakan untuk membuat pakaian yang mudah seperti seluar, skirt, baju dan
lengan. Selain itu, pola digunakan untuk membuat stail pakaian dan juga
pengubahsuaian. Tanpa pola proses merekabentuk dan pengubahsuaian sukar
dilakukan.

Terdapat pelbagai teknik yang boleh kita pelajari dalam membuat dan
mengubahsuaian pola pakaian. Namun begitu, disebabkan oleh kekangan yang
berlaku sepanjang proses pembelajaran pelajar sukar untuk memahami cara mendraf
pola pakaian. Bagi memahami dan memantapkan lagi pengetahuan yang ada, pelajar
memerlukan buku sebagai sumber rujukan. Menurut Sulaiman (2002), biasanya bagi
satu kursus yang ditawarkan pelajar memerlukan 5 hingga 10 buah buku rujukan.

Modul Pengajaran Kendiri (MPK) merupakan pakej pengajaran dan


pembelajaran kandungan kendiri yang mempunyai beberapa komponen pendidikan
yang berketrampilan. MPK menggunakan strategi pembelajaran penguasaan yang
bertujuan untuk membolehkan pelajar belajar dengan sendiri berdasarkan kecepatan
diri yang berasaskan teknologi pendidikan dan boleh dalam bentuk bercetak dan
bukan bercetak atau gabungan kedua-duanya (Shaharom, 1994). Menurut Burns
(1971) pembelajaran bermodul ini juga membantu pelajar meneruskan pembelajaran
mereka mengikut kemampuan diri masing-masing.

Objektif utama pembinaan sesuatu MPK adalah untuk meningkatkan


pencapaian akademik pelajar yang mempunyai pelbagai perbezaan individu dari segi
sikap, minat terhadap matapelajaran, latar belakang, gaya belajar, motivasi dan lain-
lain (Shaharom, 1993). MPK ini juga dapat membantu pelajar-pelajar untuk
menguasai sesuatu tajuk berdasarkan tahap kemampuan mereka dan melakukan
5

 
proses pembelajaran tanpa ada batasan dari segi masa serta kawalan daripada
pensyarah.

1.2 Latar Belakang Masalah

Berdasarkan tinjauan awal yang dijalankan ke atas 40 orang pelajar tahun


empat semester akhir bagi program SPH menunjukkan 90% bersetuju MPK Pola
Pakaian dibina. Faktor ini disebabkan oleh kekurangan bahan rujukan yang
bersesuaian untuk dijadikan rujukan oleh para pelajar dalam menguasi sesuatu tajuk
atau topik. Kebanyakan bahan rujukan yang terdapat dipasaran tidak bersesuaian
dengan sukatan pelajaran kursus. Oleh yang demikian, pelajar memerlukan MPK
Pola Pakaian bagi mengatasi masalah ini dalam menimbulkan minat mereka
terhadap jahitan kerana kebanyakan pelajar yang mengikuti program ini tidak
mempunyai asas dalam bidang jahitan.

Ini dapat dilihat berdasarkan jadual 1.3 menunjukkan bilangan pelajar


mengikut pengkhususan latar belakang akademik, di mana terdiri daripada lulusan
Diploma Kejuruteraan, Diploma Pengurusan, Diploma Hospitaliti, Matrikulasi dan
STPM. Data ini diperolehi melalui tinjauan awal yang dijalankan ke atas pelajar
tahun empat program SPH ambilan kemasukan Julai 2007/2008 dan ambilan
kemasukan Disember 2007/2008 iaitu seramai 115 orang pelajar. Bilangan pelajar
tahun empat semester akhir merupakan ambilan kemasukan Julai 2007/2008 adalah
seramai 40 orang, manakala pelajar tahun empat merupakan ambilan kemasukan
Disember 2007/200 adalah seramai 75 orang menjadikan jumlah pelajar tahun empat
seramai 115 orang. Berdasarkan jadual 1.3 tersebut, majoriti pelajar yang mengikuti
program SPH terdiri daripada pelajar yang pernah mengikuti kursus diploma
kejuruteraan. Bagi mereka yang berada dalam bidang teknikal biasanya
menggunakan otak kiri untuk belajar. Menurut Danial (1998), otak kiri lebih fokus
kepada fakta, logik, nombor, tulisan, bahasa, pertuturan dan perincian mengenai
sesuatu perkara. Ini berbeza dengan otak kanan yang lebih memfokus kepada emosi,
kreativiti, warna, nada, penglihatan, bentuk, corak dan konsep. Di samping itu,
6

 
mereka tidak pernah mengikuti kelas jahitan secara formal dimana kursus ini
memerlukan lebih otak kanan untuk berfikir. Perbezaan latar belakang akademik ini
menjadikan setiap pelajar tidak sama dari segi minat dan kebolehan individu.
Tambahan pula, proses mendraf pola memerlukan proses yang berulang-ulang bagi
mendapatkan ukuran yang tepat. Oleh itu, ia memerlukan kesabaran dan minat yang
tinggi kerana proses mendraf pola mengambil masa yang panjang untuk
menyiapkannya.

Jadual 1.3: Bilangan pelajar mengikut pengkhususan.

Bil kelulusan Bil Pelajar


Kejuruteraan Elektrik/Elektronik 21
Kejuruteraan Awam 12
Kejuruteraan Mekanikal 9
Fizik 1
Ukur Bahan 5
Ukur tanah 1
Teknologi Makanan 2
Seni Bina 1
Rekabentuk Industri 1
Teknologi Pengurusan 4
Pengurusan Hotel dan Katering 1
Rekaan Fesyen 1
Pengurusan Sumber Manusia 2
Pengurusan Perniagaan 6
Pengurusan Teknologi Perakaunan 17
Matrikulasi 4
STPM 27
Jumlah 115

Bagi kelas amali yang dijalankan, pensyarah menggunakan kaedah


demontrasi atau tunjuk cara bagi menunjukkan langkah untuk mendraf pola. Kaedah
tunjuk cara ataupun demonstrasi adalah salah satu kaedah yang paling sesuai kerana
membawa pelajar kepada keadaan yang sebenar. Kaedah tunjuk cara ialah satu
kaedah yang memerlukan penglibatan antara pensyarah dan pelajar melalui
pengajaran yang disampaikan secara praktikal. Guru dan pelajar akan sama-sama
terlibat dalam melakukan aktiviti sama ada pada waktu yang sama ataupun berbeza
(Tengku Sarina & Yusmini 2006).
7

 
Semasa kelas amali jahit, pelajar tidak dapat memberi tumpuan terhadap
demostrasi yang diberikan kerana dilakukan dalam kumpulan yang besar. Pelajar
terpaksa berhimpit-himpit dengan rakan-rakan yang lain untuk melihat demostrasi
yang dilakukan oleh pensyarah. Keadaan ini menyebabkan pelajar mengambil
kesempatan untuk membuat kerja lain semasa demostrasi dilakukan oleh pensyarah.
Oleh itu, pelajar lebih suka bertanya kepada pelajar yang memberi tumpuan semasa
demontrasi dijalankan. Keadaan ini mendorong kepada kesilapan yang akan
dilakukan oleh pelajar tersebut ketika mendraf pola hasil daripada tunjuk ajar oleh
rakan. Kesan daripada itu, mereka akan terus ketinggalan dalam menguasai sesuatu
tajuk amali. Dengan adanya MPK pembelajaran pelajar akan lebih terarah di mana
pelajar akan lebih bersedia setiap kali sesi pembelajaran dimulakan. Menurut
Shahabudin, Rohizani dan Zohir (2007), modul merupakan bahan pengajaran dan
pembelajaran terancang yang disediakan oleh guru atau pensyarah berdasarkan
sukatan pelajaran. Modul juga digunakan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran
memandangkan setiap individu mempunyai kesediaan dan keperluan yang berbeza.

Suasana pengajaran dan pembelajaran yang kurang interaktif dimana hanya


berpusatkan kepada pensyarah sahaja menyebabkan mereka kurang memahami
bagaimana untuk menghasilkan pola dengan baik. Pelajar hanya bergantung kepada
arahan yang diberikan oleh pensyarah menyebabkan mereka kurang berfikir
bagaimana untuk menyelesaikan sesuatu tugasan jika tertinggal satu arahan.
Menurut Shahabuddin (2007), pembelajaran berpusatkan guru bertindak secara
autokratik dan memberi arahan kepada pelajar supaya melaksanakan aktiviti
pembelajaran. Kaedah ini banyak menggunakan teknik hafalan bagi mengingati
setiap arahan yang diberikan hingga menyebabkan pelajar menjadi kurang kreatif.
Sebagai contohnya penggunaan arahan yang banyak semasa demontrasi dijalankan
menyukarkan pelajar untuk mengingati langkah kerja yang perlu dilakukan bagi
menyiapkan pola. Pelajar biasanya hanya mampu peroleh sebanyak 30% sahaja apa
yang disampaikan oleh pensyarah dan 70% lagi biasanya diperoleh daripada bahan
lain atas usaha mereka sendiri (Sulaiman, 2002).

Faktor masa juga memainkan peranan yang penting dalam memahami


pembelajaran yang disampaikan oleh pensyarah. Peruntukan masa amali bagi subjek
8

 
jahitan oleh pihak universiti hanya tiga jam seminggu. Tiga jam masa amali tidak
mencukupi bagi pelajar menguasai kemahiran-kemahiran mendraf pola kerana masa
tersebut tidak digunakan sepenuhnya untuk kerja amali yang akan dilakukan. Hal ini
disebabkan oleh perkara-perkara yang tidak dapat dielakkan sepanjang kelas amali
seperti 10 hingga 15 minit masa digunakan untuk kaedah tunjuk cara dilakukan oleh
pensyarah. Manakala 15 minit lagi digunakan untuk mengambil bahan-bahan dan
bagi pelajar yang menggunakan mesin jahit, mereka juga mengambil masa untuk
memasang benang pada mesin jahit tersebut. Kadang kala pelajar akan berhadapan
dengan masalah mesin jahit seperti jarum jahitan patah, gegendung benang habis
dan mesin tidak dapat berfungsi dengan baik. Oleh yang demikian, tidak semua
kemahiran dapat dikuasai oleh pelajar dalam masa yang singkat dan pelajar
memerlukan daya usaha mereka sendiri untuk mengusai kemahiran-kemahiran
dalam mendraf pola. Dengan adanya MPK pelajar dapat mengatasi masalah
kekangan masa dan mereka dapat belajar dengan sendiri.

Berdasarkan faktor-faktor di atas, mendorong pelajar untuk mencari bahan


rujukan. Bahan rujukan ini digunakan dengan harapan dapat membantu mereka
mengukuhkan lagi isi pembelajaran yang disampaikan oleh pensyarah. Daripada
pemerhatian yang dilakukan, buku rujukan jahitan pakaian khusus pola pakaian
yang ada dipasaran tidak membantu pelajar dalam pembelajaran kendiri. Bahan
yang digunakan untuk pembelajaran kendiri merupakan pembelajaran yang
terancang iaitu bahan yang akan dipelajari telah disusun secara secara berturutan
(Esah, 2005:10). Kebanyakan buku rujukan yang ada dipasaran tidak meletakkan
sasaran yang jelas dalam aktiviti penyampaiannya menyebabkan persembahannya
tidak terancang dan sistematik dari segi persembahan gambar rajah, aktiviti dan
bahasa.

Dari segi gambarajah sesebuah buku rujukan perlulah mempunyai


persembahan yang menarik bagi menarik perhatian pelajar menggunakannya. Jika
kita lihat, buku rujukan jahitan yang terdapat dipasaran, persembahannya kurang
menarik dari segi gambar rajah. Peranan gambarajah amat penting dan tidak boleh
dipandang remah sewaktu meletakkannya kerana mempengaruhi kefahaman pelajar.
9

 
Menurut Abdul Ghani, Abdul Rahman dan Abdul Rasyid (2007) gambarajah
penting dalam membantu pelajar memahami isi pelajaran yang hendak disampaikan.

Bahagian aktiviti merupakan perkara penting kerana ia menjadi kayu


pengukur kepada tahap kefahaman pelajar. Buku rujukan mengenai Pola Pakaian
yang terdapat dipasaran tidak mempunyai ruang aktiviti bagi membolehkan pelajar
menguji kefahaman mereka. Selain itu, buku rujukan tersebut cenderung kepada
penerangan dan tidak memasukkan ruang aktiviti bagi meningkatkan kefahaman
pelajar apabila menggunakan buku tersebut. Menurut (Sukri,1998) kebanyakan
bahan-bahan pembelajaran yang menjadi rujukan pelajar lebih tertumpu kepada
maklumat tetapi kurang menekankan kepada aktiviti melibatkan pelajar. Kenyataan
ini disokong oleh (Abu Ani, 2001) yang menyatakan bahawa buku rujukan yang
terdapat dipasaran kurang menekankan kepada aktiviti yang melibatkan pelajar
secara aktif. Ini menyebabkan pelajar tersasar akan maksud serta isi sebenar yang
ada dalam bahan rujukan tersebut.

Penggunaan bahasa merupakan perkara penting kerana ia boleh


mengelirukan pembaca jika penggunaannya tidak betul. Jika kita lihat buku rujukan
mengenai Pola Pakaian yang terdapat dipasaran kebanyakannya di dalam bahasa
inggeris. Tambahan pula buku tersebut hasil terbitan penerbit luar negara, ini
menimbulkan sedikit kesukaran kerana penggunaan bahasanya yang agak rumit.
Penggunaan bahasa inggeris yang tinggi menyukarkan pelajar terutamanya bagi
mereka yang kurang menguasai bahasa tersebut. Dari pengalaman penyelidik sendiri
penggunaan bahasa yang terlalu sukar difahami akan menimbulkan perasaan bosan
dan hilang minat. Sila rujuk rajah 1.1.
10

 
Rajah 1.1: Bahan rujukan

Walaubagaimana pun, terdapat juga buku rujukan mengenai Asas Pola Pakaian
dalam bahasa melayu. Walaupun buku ini menggunakan bahasa melayu, ayat yang
digunakan terlalu panjang dan terlalu padat hingga menyukarkan pembaca untuk
memahaminya. Bagi membantu pelajar memahami sesuatu arahan atau isi
pembelajaran ayat yang digunakan mestilah ringkas tetapi mempunyai maksud yang
jelas dan terang.

Hal ini menunjukkan pelajar memerlukan bahan rujukan tambahan yang


sesuai untuk proses pembelajaran mereka. Lantas, pembinaan MPK Asas Pola
Pakaian ini diharap dapat mengatasi kelemahan dan kekurangan buku rujukan yang
sedia ada. Di samping menyediakan MPK Asas Pola Pakaian bagi Kursus Pengajian
Pakaian yang belum ada lagi di UTM. MPK ini juga dibina bagi membantu pelajar
mendapat bahan-bahan pembelajaran yang diperlukan bagi mendalami pengetahuan
mereka (Shaharom, 1994).
11

 
1.3 Pernyataan Masalah

Berdasarkan masalah yang dihadapi oleh pelajar kursus Pakaian dan Fabrik
dan Pengajian Pakaian di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dalam memahami
cara mendraf pola pakaian adalah disebabkan oleh latar belakang pencapaian
akedamik terdahulu mereka yang berbeza serta kaedah pengajaran yang berpusatkan
pensyarah telah memberi kesan terhadap pembelajaran mereka. Selain itu, kekangan
masa dan ketidaksesuaian bahan rujukan dari segi gambarajah, aktiviti dan bahasa
yang terdapat dipasaran turut mengganggu pelajar dalam menguasai isi
pembelajaran. Oleh itu, MPK Pola Pakaian dibina sebagai bahan pengajaran dan
pembelajaran (P&P) bagi kursus Pakaian dan Fabrik dan Pengajian Pakaian di
UTM. MPK Pola Pakaian turut dinilai kesesuaiannya supaya pelajar dapat belajar
dengan lebih efektif melalui penggunaan MPK.

1.4 Objektif Kajian

Objektif dalam kajian ini adalah untuk mencapai matlamat berikut:

1.4.1 Membina Modul Pengajaran Kendiri (MPK) Asas Pola Pakaian berdasarkan
Model Teras-Cabang (Shaharom Noordin, 1994).

1.4.2 Menilai kesesuaian MPK Asas Pola Pakaian sebagai bahan pembelajaran
dari aspek:

1.4.2.1 Teks yang digunakan dalam MPK Asas Pola Pakaian.

1.4.2.2 Gambarajah yang ditunjukkan dalam MPK Asas Pola Pakaian.

1.4.2.3 Soalan-soalan yang dibina di dalam MPK Asas Pola Pakaian.

1.4.2.4 Ringkasan bab yang dibuat dalam MPK Asas Pola Pakaian.

1.4.2.5 Aktiviti yang dibina dalam MPK Asas Pola Pakaian.

1.4.2.6 Objektif pembelajaran yang dibina dalam MPK Asas Pola Pakaian.

You might also like