You are on page 1of 6

KONSEPSI KUALITI DAN

PEMIKIRAN KUALITI EDWARD


DEMING
PENGURUSAN KUALITI ORGANISASI
PENDIDIKAN (PPP6044)

Jabatan Pengurusan Pendidikan


Fakulti Pengurusan Dan Ekonomi
Universiti Pendidikan Sultan Idris
Tanjong Malimupsi
Tujuan
Mempertingkatkan pengetahuan pelajar berkaitan dengan konsep serta istilah yang dikaitkan
dengan pengurusan kualiti secara khusus berdasarkan kepada usaha kendiri dalam meneroka
serta membuat sorotan berkaitan dengan dimensi kualiti dan pengurusan kualiti dalam organisasi
pendidikan yang membolehkan para pelajar menguasai, mengadaptasi dan mengaplikasi
pengetahuan dan kemahiran pengurusan kualiti dalam pelaksanaan operasi proses, sistem dan
struktur organisasi pendidikan.
Objektif
Pelaksanaan reka bentuk modul ini, secara khusus memerlukan para pelajar membuat aktiviti
kajian secara kendiri dan pada akhirnya para pelajar;
1. Membolehkan pelajar menguasai konsep serta terminologi pengurusan kualiti organisasi
berdasarkan pendekatan teoritikal Edward Deming.
2. Memahami akan kepentingan melaksanakan peningkatan berterusan dalam memperkasa
daya saing organisasi bagi berhadapan dengan persaingan penyampaian perkhidmatan
pendidikan.
3. Menjelaskan kaedah pelaksanaan 14 langkah peningkatan bagi menentukan keberkesanan
perkhidmatan organisasi pendidikan.
Prosedur pelaksanaan
1. Pelaksanaan aktiviti modul perlu dilakukan oleh pelajar berdasarkan kepada arahan-arahan
yang dinyatakan pada setiap aktiviti yang terdapat dalam modul ini. Pelajar mempunyai
kebebasan untuk melaksana mana-mana aktiviti tanpa menurut turutan bilangan yang
ditetapkan.
2. Sekiranya pelajar memerlukan surat pengesahan serta perakuan daripada pihak fakulti,
pelajar perlu memaklumkan kepada Pensyarah sekurang-kurangnya satu (1) minggu lebih
awal.
3. Pelajar perlu menyiapkan segala aktiviti yang ditetapkan dalam tempoh waktu yang
diperuntukkan bagi membolehkan aktiviti-aktiviti dalam modul selanjutnya dapat dilaksanakan
tanpa gangguan.
4. Pelajar perlu menyiapkan kesemua aktiviti yang terdapat dalam modul ini bagi membolehkan
penilaian dilakukan secara lebih konkrit untuk diambil kira dalam markah keseluruhan
penilaian kursus sepanjang semester.
5. Pelajar perlu menulis semula setiap jawapan secara lengkap. Jika merupakan satu keperluan,
pelajar perlu menyertakan sekali rujukan-rujukan yang digunakan dengan berpandukan
format standard American Psychological Association.
6. Jawapan dan perbincangan setiap aktiviti perlu ditulis di atas helaian berasingan daripada
modul ini, bagaimana pun pelajar perlu melampirkan sekali modul ini di dalam helaian
jawapan yang dihantar kepada Pensyarah.
7. Helaian jawapan hendaklah dihantar dalam keadaan kemas dan tersusun sebagaimana yang
tertera dalam modul dengan menulis menggunakan font Arial, 11 point. Langkau 1.5.
Pemikiran Kualiti Edward Deming
Langkah aktiviti
1. Sila rujuk buku Orsini, J. N. (2013). Leadership principles from the father of quality. New York:
McGraw Hill. Anda dikehendaki meneliti secara menyeluruh buku tersebut, kenal pasti apakah
idea utama yang menjadi perkara asas kepada pemikiran Edward Deming dalam bidang
pengurusan kualiti.

2. Berdasarkan kepada buku Orsini, J. N. (2013). Leadership principles from the father of quality.
New York: McGraw Hill, sila baca secara kritis dan analitikal muka surat 37 hingga 67.
Berdasarkan analisis anda;
a. Apakah alasan yang dikemukakan oleh Edward Deming untuk memperkukuhkan
pandangannya bahawa pihak pengurusan atasan mempunyai peranan penting dalam
membuat keputusan berhubung dengan dengan penyebaran dan pelaksanaan
pengurusan kualiti dalam organisasi.
b. Management must not only transform the system of reward, but must also take
responsibility for the transfomation to the new economic, berdasarkan pembacaan serta
kefahaman anda, bagaimanakah kenyataan tersebut dapat dikaitkan dengan realiti
pengurusan sekolah masa kini.
c. Edward Deming mempunyai pandangannya tersendiri berkaitan dengan harapan
pelanggan. Sila nyatakan hujah anda untuk memadankan pandangan Edward Deming
dengan pengurusan organisasi pendidikan dalam hubungan dengan usaha memenuhi
kehendak pelanggan.

3. Edward Deming menekankan soal transformasi dalam menggerakkan organisasi untuk


menyesuaikan diri dengan perubahan masa depan. Berdasarkan buku buku Orsini, J. N.
(2013). Leadership principles from the father of quality. New York: McGraw Hill,
bagaimanakah transformasi ini boleh direalisasikan.

4. Berdasarkan pembacaan anda menerusi buku Orsini, J. N. (2013). Leadership principles from
the father of quality. New York: McGraw Hill, apakah penekanan Edward Deming dalam
menentukan keberkesanan kepimpinan kualiti dalam organisasi dan nyatakan pendekatan
yang sesuai untuk melaksanakan pendekatan kepimpinan kualiti Edward Deming dalam
pengurusan organisasi pendidikan.
5. Rujuk muka surat 69 hingga 103, buku Orsini, J. N. (2013). Leadership principles from the
father of quality. New York: McGraw Hill, sila baca secara kritis keseluruhan kadungan muka
surat tersebut.
a. Jelaskan unsur utama yang menjadi teras kepada pembangunan kualiti dalam
pengurusan organisasi.

b. Sila rujuk Gambarajah 3.1 muka surat 87 (Forces of Destruction), berdasarkan analisis
anda bagaimanakah kuasa-kuasa tersebut boleh menjejaskan kualiti pengurusan
organisasi pendidikan dan jelaskan apakah aspek-aspek yang perlu diberikan perhatian
untuk melakukan transformasi dalam pengurusan pendidikan.
6. Sila rujuk muka surat 105 hingga 149, Orsini, J. N. (2013). Leadership principles from the
father of quality. New York: McGraw Hill, tumpukan pembacaan kepada keseluruhan bab
tersebut;
a. Senaraikan kesemua 14 langkah peningkatan yang dikemukakan oleh Edward Deming.

1. 8.
2. 9.
3. 10.
4. 11.
5. 12.
6. 13.
7. 14

b. Bagi setiap langkah tersebut huraikan secara terperinci aspek-aspek; 1) pengertian


konsep 2) prosedur pelaksanaan dan 3) implikasi ke atas pengurusan proses organiasi
(Pendidikan).
7. Edward Deming dalam konteks pengurusan kualiti organisasi telah menjelaskan secara
konseptual dan praktis, berhubung dengan isu-isu yang bersifat operasional berkaitan dengan
aliran perkhidmatan. Dengan merujuk kepada muka surat 151 hingga 191, buku Orsini, J. N.
(2013). Leadership principles from the father of quality. New York: McGraw Hill, sila
bincangkan secara kritis;
a. Sistem dan pengurusan sistem
b. Manusia sebagai sebahagian daripada sistem
c. Prinsip pengurusan dalam konteks kualiti dan keberkesanan
d. Kepimpinan dan pengurusan manusia

You might also like