You are on page 1of 19

TUGASAN KUMPULAN

HSM 3023
MALAYSIA : ABAD KE-19

TAJUK : SEJAUHMANAKAH KEWUJUDAN MASYARAKAT


BERBILANG KAUM MEMBERI KESAN KEPADA
POLARISASI KAUM DI TANAH MELAYU?
KUMPULAN B
NAMA PENSYARAH : Dr. YUNUS BIN SAUMAN@SABIN

NAMA NO.MATRIK
NURANISAH BINTI SAMSOH D20171078655
NUR SYAHIRA FAZLIN BINTI D20171078667
ADANAN
NUR ZURAINIE ATHIRAH BINTI D20171078671
ZAKARIDIN
NUSAFIQAH BINTI AZAMI D20171078643
WAN NUR ILLYANA BINTI ASMADI D20171078647
1.0 Pengenalan
Malaysia merupakan satu negara yang unik dimana ia merupakan satu negara yang
mempunyai banyak kaum yang didiami oleh Masyarakat Melayu, Cina dan India yang
merupakan tiga kaum utama negara Malaysia. Sejak mengecapi kemerdekaannya sejak
tanggal 31 Ogos 1957, banyak cabaran dan dugaan yang telah dilalui oleh negara dan yang
paling utama diantaranya adalah mewujudkan perpaduan dikalangan kaum yang pelbagai ini.
Walaubagamanapun, telah wujud polarisasi yang bermaksud sikap perkauman, yang menjadi
asas masalah utama perpaduan antara kaum atau etnik berbilang bangsa di nagara ini. Unsur-
unsur perkauman ini lebih ketara apabila dibandingkan dengan kesanggupan bagi mencapai
integrasi nasional. Antara kaum-kaum yang ada di Tanah Melayu pada waktu dahulu adalah
kaum Melayu, Cina dan India. Kaum Melayu merupakan penduduk tempatan di Tanah
Melayu manakala dua kaum ini iaitu Cina dan India telah dibawa masuk ke Tanah Melayu
dengan bantuan majikan-majikan mereka.

Cara kemasukan kedua-dua kaum ini adalah hampir sama iaitu lebih kepada peranan
majikan. Kaum Cina yang datang ke Tanah Melayu merupakan buruh yang dibawa masuk
oleh majikan mereka. Kaum Cina di bawa masuk melalui cara sistem kredit yang merupakan
sistem terawal dalam membawa imigran dari China ke Tanah Melayu. Orang yang tidak
mampu membayar tambang sendiri dibiayai secara hutang oleh seorang ejen. Mereka terikat
dengan perjanjian untuk bekerja bagi suatu tempoh masa sehingga hutang mereka dijelaskan.
Kumpulan imigran ini dikenali sebagai “singkheh” dan mereka menjadi bebas setelah habis
mambayar hutang tambang perjalanan mereka. Ejen atau orang tengah akan menggunakan
pelbagai cara sekalipun untuk membawa seberapa banyak rakyat.1 Selain itu, terdapat juga
buruh Cina datang ke Tanah Melayu melalui cara persendirian iaitu melalui bantuan rakan
atau ahli keluarganya ataupun dengan perbelanjaan sendiri. Ramai yang masuk melalui cara
ini apabila Kerajaan China memansuhkan undang-undang menyekat penghijrahan penduduk
pada tahun 1897. Sistem Kangcu pula telah diperkenalkan oleh Temenggung Ibrahim di
Johor untuk menggalakkan orang Cina berpindah dan menetap kekal di Johor. Di bawah
sistem Kangcu, orang Cina digalakkan masuk dan membuka ladang-ladang lada hitam,
gambir, kopi, teh, sayur-sayuran dan bunga cengkih.2 Seterusnya cara kemasukan buruh-

1
https://www.academia.edu/6542088/Kemasukan_buruh_dari_negeri_China_dan_India_yang_datang_ke_Ma
laysia_pada_abad_ke-19
2
Institute Pentadbiran Awam Negara .(1980). Negara Sejarah, Pentadbiran & Dasar-Dasar Pembangunan
Kuala Lumpur: Perpustakaan Negara Malaysia. Hlm 113
buruh India dibawa masuk untuk bekerja di Tanah Melayu adalah melalui sistem buruh
kontrak. Sistem ini dapat disamakan dengan sistem yang digunakan untuk mengambil orang
Cina iaitu sistem kredit. Mereka diwajibkan bekerja dengan majikan itu untuk satu tempoh
masa tertentu,biasanya lima tahun. Selain melalui sistem ini, buruh India juga turut diambil
bekerja melalui sistem Kangani. Sistem ini akan dikawal oleh seorang Kangani yang bekerja
dengan majikan dan akan menjalankan proses merekrut pekerja yang didapati berkebolehan.
Sistem Kangani berjaya menggalakkan kemasukan lebih ramai tenaga buruh India dan
kebanyakannya datang secara berkeluarga.3

British yang merupakan kuasa Barat yang besar sangat mempengaruhi polarisasi di
Tanah Melayu. Pemerintahan mereka pada masa itu mempunyai dasar yang mengekalkan
struktur kelas dan sosioekonomi kaum-kaum tertentu. Pihak British tidak menyediakan satu
sistem persekolahan yang bersepadu. Sebaliknya mereka membiarkan kewujudan system
pendidikan yang berbagai-bagai aliran termasuk aliran Inggeris, Melayu, Cina dan Tamil.
Tujuannya ialah untuk memenuhi keperluan sektor tertentu dalam ekonomi. Dasar ini
dikenali sebagai ‘dasar pecah dan perintah’. Kewujudan masyarakat berbilang kaum ini
memberikan kesan kepada polarisasi kaum di Tanah Melayu.

3
Ruslan Zainuddin (ed.),Mohd.Mahadee,Zaini Othman.(2010). Kenegaraan Malaysia Edisi Kedua. Selangor :
Oxford Fajar Sdn.Bhd. Hlm 64
1.0 Pendidikan

Kewujudan masyarakat berbilang kaum yang berhijrah daripada negara lain seperti orang
Cina, India serta Melayu nusantara telah mengubah corak pentadbiran sosial di Tanah
Melayu pada abad ke 19. Jumlah kedatangan penghijrah semakin bertambah pada zaman
penjajahan British. Situasi ini bermula di Negeri-negeri Selat dan kemudian ke Perak,
Selangor dan Negeri Sembilan.4 Kemasukan orang luar ke Tanah Melayu adalah dengan
menggunakan pelbagai kaedah. Salah satunya adalah melalui sistem Kredit Tiket yang
digunakan oleh orang Cina manakala orang India menggunakan Sistem Kontrak dan Sistem
Kangani. Kemasukan orang luar daripada negara lain telah mewujudkan masyarakat
berbilang kaum yang memberi kesan kepada polarisasi kaum di Tanah Melayu. Salah satu
kesan yang dapat dilihat adalah melalui pendidikan di Tanah Melayu.

Pada dasarnya, masalah polarisasi telah wujud di Tanah Melayu sejak zaman penjajahan
British lagi. Pemerintahan yang dilaksanakan oleh pihak British pada masa tersebut
mempunyai dasar yang mengekalkan struktur kelas dan sistem sosioekonomi kaum-kaum
tertentu. Pada peringkat awal, pendidikan dalam masyarakat di Tanah Melayu sebelum
kedatangan penjajahan British adalah tertumpu kepada pelajaran agama. Sistem pendidikan
lebih bersifat tidak formal dan berkembang seiring dengan kedatangan agama Islam di Alam
Melayu. Pendidikan tidak formal ini merupakan satu perkara yang wajib dipelajari oleh orang
Melayu di mana kaedah pengajaran dan pembelajaran yang digunakan adalah dengan
menghafal kitab-kitab dan ajaran guru. Kemudiannya, terdapat sistem pendidikan pondok
sebagai pusat pembelajaran dan tempat tinggal pelajar .Kanak-kanak diajar mengenal huruf
Jawi dan Mukadam kemudian diajar Al-Quran dan ajaran Islam yang lebih tinggi lagi.
Tenaga pengajar pula terdiri daripada ulama tempatan dan luar negeri. Dalam pada itu,
pembelajaran juga telah dijalankan di kawasan seperti masjid, surau dan rumah perseorangan.

Bagi memastikan kelangsungan penguasaan politik dan ekonomi, pihak British telah
melaksanakan dasar “pecah dan perintah” dalam pentadbiran. Pihak British telah
merancang untuk mewujudkan masyarakat berbilang kaum dan dasar diskriminasi agar
berlakunya kepincangan perpaduan antara kaum terbesar di Tanah Melayu iaitu kaum
Melayu, Cina dan India. Dasar yang telah dilaksanakan ini telah mewujudkan mewujudkan

4
Mohd Isa Othman, Sejarah Malaysia (1800-1963), Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd, hlm
171
sekolah vernakular yang menyebabkan masyarakat Melayu, Cina, dan India dipisahkan
mengikut sistem persekolahan yang berbeza. Hal ini secara tidak langsung telah
menyebabkan hubungan antara kaum disempadani dengan sistem pendidikan yang berlainan
sehingga hubungan mereka semakin renggang. Di samping itu, sekolah vernakular Melayu,
Cina, dan India mempunyai kepentingan dan peranan yang tersendiri, terutamanya bagi kaum
tertentu, iaitu sekolah Melayu hanya untuk kepentingan orang Melayu, sekolah Cina untuk
kepentingan orang Cina, dan sekolah Tamil untuk kepentingan orang India.

Dari segi pendidikan , kita dapat melihat adanya kesan polarisasi kaum di Tanah Melayu
diantara orang Cina, India dan Melayu. Terdapat perbezaan daripada sistem pendidikan yang
diamalkan dimana terdapatnya pengasingan sekolah-sekolah yang dibina di Tanah Melayu
mengikut kaum masing-masing. Pihak British tidak menyediakan satu sistem persekolahan
yang bersepadu. Sebaliknya mereka telah melaksanakan atau mewujudkan satu sistem
pendidikan yang berbagai-bagai aliran termasuklah aliran inggeris, Melayu, Cina dan Tamil
atau dikenali sebagai sekolah vernakular. Pelaksanaakan pendidikan yang berbeza-beza
mengikut aliran ini bertujuan untuk memenuhi keperluan sektor tertentu dalam ekonomi
zaman tersebut.

Dalam pada itu, terdapat tiga peringkat pendidikan iaitu pendidikan British rendah dan
menengah yang dihadiri oleh kanak-kanak bangsawan Melayu dan hartawan Cina dan India.
Seterusnya, terdapat sekolah Melayu dan peringkat seterusnya wujudnya sekolah vernakular
Cina dan India yang berdasarkan kepada negara asal masing-masing. Setiap jenis sekolah
mempunyai dasar dan hala tuju pengajaran dan kurikulum yang berbeza. Aliran sistem
pendidikan dan sekolah-sekolah yang berbeza ini telah melahirkan rakyat yang berbilang
kaum yang mempunyai ideologi yang berbeza.Akar kolonialisme budaya bukan sahaja wujud
dalam konteks pendidikan Inggeris tetapi lebih kukuh dan tebal sentimen perkauman melalui
pendidikan Cina dan Tamil. Hala tuju pendidikan semasa zaman penjajahan British bertujuan
untuk menyekat peluang orang Melayu daripada mengembangkan bakat mereka dan untuk
memisahkan mereka daripada perkembangan sosio-ekonomi negara. Pada keseluruhannya,
pendidikan di zaman tersebut ialah bersifat bebas atau laissez-faire kerana terdapat lima jenis
pendidikan yang telah diwujudkan dan tidak mempunyai keseragaman, iaitu Inggeris,
Melayu, Cina, Tamil dan agama Islam.
Sekolah-sekolah Melayu telah bermula pada tahun 1821 apabila Penang Free School
membuka cawangannya di Gelugor. Manakala pada tahun 1872, terdapat 16 buah sekolah
Melayu di Negeri-negeri Selat dengan jumlah pelajar sebanyak 427 orang. Pada awalnya,
masyarakat Melayu kurang memberi perhatian kepada sekolah Melayu kerana mereka lebih
gemar menghantar anak mereka ke sekolah agama. Tetapi pihak British telah mengambil
langkah untuk membolehkan anak-anak Melayu menguasai 3M iaitu membaca, menulis dan
mengira. Seterusnya, Sekolah Cina pula yang pertama ditubuhkan di Melaka pada tahun
1815. Rekod pada tahun 1829 telah menyebut terdapat tiga buah sekolah Hokian di Pekin
Street. Sekolah terawal ini melaksanakan pengajaran secara klasik dan belajar secara hafalan.
Sekolah-sekolah Cina dipengaruhi oleh fahaman Cina yang mengagung-agungkan pendidikan
dan budaya Cina tradisional. Tenaga pengajar dibawa masuk dari negara China bagi
benjalankan tugas mendidik murid-murid yang berbangsa cina.

Manakala sistem sekolah vernakular Tamil pula telah menggunakan bahasa-bahasa


menghantar mereka yang tersendiri seperti Tamil, Malayalam, Telega, Punjabi dan Hindu.
Pertubuhan Kristian juga telah menggalakkan perkembangan sekolah Tamil terutama di
Pulau Pinang, Perak, Selongor dan Johor. sekolah-sekolah Tamil disediakan di estet-estet
agar tenaga buruh bagi estet getah terjamin. Justeru itu, keadaan ini mengakibatkan kaum
india tidak berhubung dan berkomunikasi dengan kaum-kaum yang lain. Dengan ini, pihak
pemerintah British pada masa itu telah berjaya memisahkan rakyat mengikut kaum atau etnik
masing-masing. Perpecahan dan pengasingan secara tidak langsung telah berlaku dengan
wujudnya sekolah berasaskan kepada kepentingan budaya etnik dan bertunjangkan kepada
negara-negara asal kaum pendatang khususnya dari Benua India dan Tanah Besar Cina. Oleh
itu, selain kita melihat adanya perbezaan dari segi aliran sistem pendidikan, perbezaan sistem
pendidikan juga dapat dilihat daripada sudut kurikulum, sukatan mata pelajaran serta
matlamatnya yang berbeza. Perkara ini disebabkan pendidikan Cina dan Tamil
berorientasikan atau berkiblatkan negara asal mereka dimana cara pengajaran dan
pembelajaran banyak menggunakan kaedah daripada negara China dan India disamping
penggunaan bahasa penghantar yang menggunakan bahasa ibunda mereka. Keadaan ini
menyebabkan berlakunya interaksi sesama mereka sahaja yang hanya berkisar dalam
kalangan kaum yang sama.

Di samping itu, perbezaan ini menyebabkan tiada keseragaman dari segi identiti dan fahaman
kerana negara China mengamalkan fahaman komunisme dan silibus yang diambil daripada
negera China mempunyai unsur-unsur komunisme sebaliknya kaum lain juga mempunyai
fahaman mereka yang berlainan. Selain itu tidak terdapat satu bahasa pengantar yang
seragam telah menyebabkan setiap kaum hanya tahu bercakap dalam bahasa ibunda masing-
masing sahaja.Ini telah menyebabkan timbulnya pelbagai masalah yang telah menggugat
perpaduan kaum.Ini telah memberikan satu impak buruk dalam pembentukan perpaduan
kaum di Tanah Melayu.

Dalam pada itu, sekolah aliran Inggeris juga telah ditubuhkan di mana pihak British
membiarkan para mubaligh menguruskan hal-ehwal pendidikan. Bagi mereka tugas mendidik
adalah mengikut budaya barat kerana mereka menganggap tugas mentamadunkan anak
jajahan adalah “beban orang putih”. Sekolah mubaligh pertama yang ditubuhkan di Tanah
Melayu adalah di Melaka oleh Jusuits pada tahun 1548. Pada tahun 1787, Gereja Katolik
Pulau Pinang telah menubuhkan sekolah di Lebuh Cina. Pendidikan Inggeris sebenarnya
tidak menguntungkan kaum Melayu, Cina dan India.

Kesan kepada sistem pendidikan yang berbeza aliran telah mengekalkan taat setia rakyat
pendatang kepada negara asal mereka dan menyekat kebangkitan semangat untuk maju di
kalangan orang Melayu. Sekolah vernakular Melayu, Cina, dan India dibiarkan berkembang
berasingan dengan bahasa pengantar yang berbeza-beza. Pendidikan vernakular mempunyai
ciri tersendiri sehingga ia menimbulkan masalah yang rumit di Tanah Melayu. Pendidikan
vernakular mempunyai empat ciri perbezaan yang ketara. Pertama, setiap jenis sekolah
dikhususkan hanya untuk sesuatu kaum sahaja, kedua tidak ada bahasa yang tunggal bagi
menghubungkan etnik-etnik di Tanah Melayu, ketiga setiap sekolah terpisah di kawasan
geografi yang berbeza dan keempat, kuruikulum sekolah berkenaan juga tidak selari.
Walaupun pada sasarnya kaum Cina dan India tinggal di Tanah Melayu tetapi semua yang
dipelajari adalah tentang budaya, sejarah, politik, dan ekonomi berdasarkan negara asal. Ini
menyebabkan tidak berlaku sosialisasi budaya antara pelajar yang menjadi aspek penting
dalam proses pendidikan.

Secara keseluruhannya, kewujudan masyarakat berbilang kaum telah memberi kesan kepada
polarisasi kaum di Tanah Melayu. Keadaan ini disebabkan pendidikan dan persekolahan yang
menanamkan ideologi yang berbeza yang menjadi masalah perpisahan dan ketidaksefahaman
antara kaum. Selain itu, kewujudan sistem pendidikan dalam zaman Inggeris telah
mewujudkan polarisasi di Tanah Melayu. Penubuhan sekolah-sekolah vernakular yang
berasaskan kepentingan kaum masing-masing ini telah membawa pemisahan yang sangat
ketara antara penduduk di Tanah Melayu.Sistem pendidikan yang bersifat perkauman yang
kuat ini menyebabkan polarisasi di Tanah Melayu begitu ketara sekali.Hal ini kerana, dasar-
dasar British yang memerintah Tanah Melayu telah mendorong lagi suasana polarisasi
ini.Faktor seperti politik, ekonomi, sosiobudaya dan agama pula telah merangsang lagi isu
polarisasi di Tanah Melayu khususnya di sebabkan oleh sistem pendidikan British yang telah
di amalkan. dasar pecah dan perintah juga telah menyebabkan perpaduan dan perasaan saling
ingin hidup bersama tidak berlaku di Tanah Melayu. Dasar ini telah menjadi strategi yang
paling berkesan dan efektif untuk menghalang kumpulan kecil di Tanah Melayu untuk
berinteraksi secara natural sesama kaum pada ketika pemerintahan British yang menjadi
tonggak utama goyahnya perpaduan antara kaum.

Kesimpulannya, kewujudan sistem pendidikan dalam zaman Inggeris ini telah mewujudkan
polarisasi di Tanah Melayu.Penubuhan sekolah-sekolah vernakular yang berasaskan
kepentingan kaum masing-masing ini telah membawa pemisahan yang sangat ketara antara
penduduk di Tanah Melayu sekaligus mewujudkan sifat perkauman yang kuat yang
menyebabkan polarisasi di Tanah Melayu begitu ketara sekali.

Oleh yang demikian, jelaslah bahawa kewujudan pelbagai kaum ini telah memberi kesan
yang negatif yang membawa polarisasi kaum di Tanah Melayu melalui sistem pendidikan
yang dilaksanakan pada zaman penjajahan British. Kesan yang jelas juga dapat dilihat dalam
aspek politik, ekonomi dan sosial yang telah diubah mengikut ramuan British demi
kepentingan pihak kolonial tanpa memikirkan tentang nasib masyarakat tradisional tempatan.
Akhirnya kedatangan British telah menyebabkan pelbagai impak yang berlaku kepada
masyarakat berbilang kaum di Tanah Melayu yang menjadi titik tolak berlakunya rusuhan
kaum pada 13 Mei 1969.
2.0 DARI SEGI KEPELBAGAIAN AGAMA DAN KEBUDAYAAN

Kewujudan masyarakat berbilang kaum telah memberikan kesan kepada polarisasi kaum
di Tanah Melayu terutama dari segi agama dan kebudayaan. Hal ini demikian kerana,
setiap kaum di Tanah Melayu mengamalkan agama dan kebudayaan masing-masing.

2.1 Agama kaum Melayu


Penduduk Melayu di Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak amnya menganut
agama islam. Agama islam telah dibawa masuk ke Tanah Melayu sejak abad ke-
14 atau ke-15. Pada zaman pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka memang
terkenal sebagai pusat pemerintahan yang berperanan penting dalam memastikan
penyebaran dan pengukuhan agama islam. Melaka merupakan negeri yang mula-
mula menerima Islam di Tanah Melayu pada abad ke-15M apabila rajanya yang
pertama memeluk Islam pada tahun 1414M.5 Orang-orang Islam hanya
merupakan kelompok-kelompok kecil yang hidup bersendirian dan tidak ada bukti
menunjukkan usaha pengembangan dan penyebaran Islam secara meluas dan
menyeluruh di Tanah Melayu melainkan hanya Melaka diperakui berperanan
bertindak menyebarluas Islam di rantau ini.6 Islam yang sampai ke Alam Melayu
telah membuka satu lembaran sejarah baharu iaitu zaman bertamadun dan
berkemajuan.7 Kesan paling ketara dengan kedatangan Islam ke dalam masyarakat
Melayu ialah bertukar agama daripada beragama Hindu atau Buddha atau
kepercayaan animisma kepada berakidah Islam yang mentauhidkan dan
menyembah Allah S.W.T. Kefahaman tauhid yang menjadi asas akidah Islam
berjaya meresap masuk ke dalam jiwa orang Melayu sehingga sukar untuk digugat
keislaman mereka.8 Oleh disebabkan itu, percubaan untuk memperluaskan agama
Kristian oleh penjajah ke atas orang Melayu tidak membuahkan hasil.

5
Abdullah Ishak (1990), Islam Di Nusantara (Khususnya Di Tanah Melayu), Petaling Jaya: Al-Rahmaniah,
hlm. 70-71
6
Dasuki Haji Ahmad (1986), Ikhtisar Perkembangan Islam, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka,
hlm. 515.
7
Muhammad Zaki Badawi (1962), Latarbelakang Kebudayaan Penduduk-penduduk di Tanah Melayu, Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm. 37.
8
Wan Abdullah bin Hj. Wan Mahmood (1997), Tamadun Islam Dan Tamadun Alam Melayu Serta
Sumbangannya kepada Dunia, Shah Alam: Pusat Pendidikan Islam ITM, hlm. 223.
2.2 Agama kaum Cina

Orang Cina di Tanah Melayu merupakan kaum yang kedua besar di negara ini.
Agama yang dipegang oleh masyarakat Cina ialah agama Buddha.
Walaubagaimanapun, ajaran Konfuciunisme dan Taoisma juga penting kepada
masyarakat Cina. Disebabkan oleh kemasukkan ramai imigran Cina ke Tanah
Melayu, maka mereka berhak mengamalkan kepercayaan agama mereka sendiri
yang telah lama mereka amalkan sejak zaman nenek moyang mereka lagi. Tema
utama dalam ajaran Konfuciunisme ialah “Preservatuon Of The State And The
Preservation Of The Family” atau dalam perkataan ialah “Hao”. Hal ini jelas
dilihat daripada beberapa perayaan yang masih kekal sehingga hari ini iaitu Ching
Meng. Oleh kerana dalam ajaran Konfuciunisme amat mementingkan Hao, maka
untuk mendapatkan anak adalah penting supaya menjadi warisan keluarga dengan
ini perkahwinan adalah digalakkan supaya mendapat anak secara sah. Selain itu,
ajaran Konfucianisme ini tidak dianggap sebagai satu agama yang berunsurkan
ketuhanan tetapi merupakan prinsip-prinsip hidup yang baik. Ajaran ini
menekankan perasaan perikemanusian terhadap orang lain dan harga diri.9
Taosima merujuk kerada “Tao” yang bermakna “way” atau “Principle” iaitu jalan
kepada yang wujud. Daripada “Tao” wujud dua prinsip “Yin” dan “Yang”. Dalam
ajaran Taoisme, percaya bahawa seseorang itu boleh menjadi dewa selepas mati
sekiranya dia mati mengikut jalan kehidupan yang betul sebelum mati.

9
Shamsul Amri Baharuddin.2012.Modul Hubungan Etnik,Bangi:Universiti Kebangsaan Malaysia, hlm. 165
2.3 Agama kaum India
Agama yang dianuti oleh kaum India sepanjang abad ke-19 ialah agama
Hindu. Agama Hindu merupakan agama utama yang dianuti oleh kaum India. Hal
ini demikian kerana, pengaruh agama Hindu telah lama bertapak di Tanah Melayu
sebelum kemasukkan imigran India. Agama yang wujud sejak awal abad ke-8
S.M ini juga dikenali sebagai dengan nama agama Brahma. Penganut agama
Hindu ini mempercayai banyak tuhan. Bagi masyarakat kaum India, setiap
kekuatan alam semula jadi sama ada mendatangkan faedah atau membahayakan
adalah tuhan yang diharapkan pertolongan oleh mereka. Kitab Veda merupakan
kitab yang menjadi panduan dalam masyarakat pengamal agama Hindu. Kitab-
kitab ini mengandungi riwayat hidup, amalan-amalan politik, kebudayaan, tempat,
pakaian, minuman dan sebagainya. Kesan kehadiran awal agama Hindu di Tanah
Melayu dapat dibuktikan dengan penemuan kesan binaan Hindu lama di Lembah
Bujang, Kedah.10 Orang India menjalankan upacara keagamaan mereka di kuil
yang terdapat di Tanah Melayu. Kebanyakan kuil yang terdapat di Tanah Melayu
berada di kawasan perladangan kerana kaum India menetap di kawasan
perladangan yang merupakan kegiatan ekonomi utama mereka di Tanah Melayu.

2.4 Kebudayaan kaum Melayu, Cina dan India di Tanah Melayu.


Setiap kaum yang terdapat di Tanah Melayu mempunyai kebudayaan masing-
masing terutama dari segi pemakaian, adat resam dan lain-lain lagi. Bagi kaum
Melayu cara pemakaian mereka adalah dengan mengenakan Baju Kurung bagi
kaum wanita manakala Baju Melayu bagi kaum lelaki. Selain itu, bagi kaum Cina
Cheongsam merupakan lambing pemakaian mereka dan warna merah merupakan
warna bagi kaum Cina tersebut. Bagi kaum India, Sari merupakan identity kaum
tersebut. Dari sudut makanan, terdapat pelbagai jenis makanan yang terdapat di
Tanah Melayu mengikut kaum masing-masing.

10
Nik Hassan Shuhaimi Nik Abdul Rahman.2012.Zaman Proto Sejarah di Malaysia,Bangi:Universiti Kebangsaan
Malaysia, hlm. 159
3.0 ASPEK SOSIAL

Malaysia merupakan sebuah negara yang terdiri daripada masyarakat yang berbilang
kaum, agama, dan budaya. Sebelum abad ke-19, majoriti masyarakat di negeri-negeri Melayu
berbangsa Melayu yang berasal dari Kepulauan Melayu. Komposisi masyarakat berubah
dengan kedatangan imigran dari negeri Cina dan India yang bermaustatin di negeri-negeri
Melayu. Kedatangan mereka disebabkan pelbagai faktor .

Kemasukan imigran asing dari China dan India ke Tanah Melayu sebagai buruh-
buruh lombong dan ladang telah dibawa masuk tanpa had11. Hal ini membawa keuntungan
yang banyak kepada British dalam pengeluaran bijih timah dan juga hasil pertanian tanpa
memikirkan keadaan masyarakat di Tanah Melayu. Pada masa itu, jumlah migrasi telah
mengatasi penduduk asal di Tanah Melayu. Jelas di sini, dasar yang dilaksanakan oleh British
telah menimbulkan masalah polarisasi etnik di Tanah Melayu di mana kaum Melayu
tertumpu di kawasan kampung-kampung bekerja sebagai petani, pesawah, nelayan dan
pertukangan. Selain itu, kaum Cina pula tertumpu di kawasan bandar dan bekerja di kawasan
lombong dan melibatkan diri dalam perniagaan runcit. Manakala, etnik India turut tertumpu
di kawasan estet dan ladang-ladang serta bekerja sebagai penoreh, buruh binaan dan lain-
lain12.

Oleh sebab terasing dari segi penempatan dan jenis pekerjaan, interaksi atau
pergaulan antara etnik amat kurang ataupun sememangnya tidak berlaku. Hal ini demikian
kerana masing-masing bergerak dalam kawasan yang berkaitan dengan kegiatan ekonomi
masing-masing. Perkara ini adalah penting bagi British yang berusaha menghalang
kewujudan perpaduan antara kaum. British amat menyedari jika perpaduan antara kaum dapat
dilaksanakan, maka hal ini boleh menyukarkan pentadbiran mereka. Hal ini jelas merupakan
gambaran pada tonggak dasar kolonialisme British sendiri iaitu dasar pecah dan perintah 13.
Berdasarkan Dasar Pecah dan Perintah yang berbeza terhadap setiap suku dalam etnik, setiap
negeri, daerah mahupun dalam pentadbiran maka setiap etnik ini akan dilayan secara
berbeza-beza.

11
Barbara Watson Andaya and Leonard Y. Andaya, A History of Malaysia, Kuala Lumpur, 1979, hlm. 269.

12
Shamsul Amri Baharuddin, Modul Hubungan Etnik, Tihani Cetak Sdn.Bhd., 2017, hlm. 69.

13
Barbara Watson Andaya and Leonard Y. Andaya, A History of Malaysia, Kuala Lumpur, 1979, hlm. 211.
Semasa zaman pendudukan Jepun, masyarakat Tanah Melayu telah dilayan secara
tidak begitu baik berbanding dengan orang-orang Melayu. Keadaan ini berikutan Jepun yang
pernah berperang dengan China sebelum ini menyebabkan perasaan saling mendendami
antara satu sama lain masih segar dalam ingatan. Layanan berat sebelah ini telah menyemai
perasaan permusuhan antara orang-orang Melayu dengan orang Cina14.

Bagi pihak Jepun, setiap kaum mempunyai kepentingannya sendiri. Oleh itu, dasar
Jepun terhadap kaum di Tanah Melayu adalah berbeza-beza. Pihak Jepun telah
mengutamakan orang Melayu terutamanya golongan elit sebab ingin mendapat sokongan
daripada mereka. Dengan itu, lebih ramai orang Melayu dilantik dan diambil untuk bekerja
dalam perkhidmatan kerajaan terutamanya dalam bidang pentadbiran awam, polis, tentera.
Dasar Pro-Melayu menubuhkan pertubuhan seperi KERIS untuk memperjuangkan
kemerdekaan15.

Jepun berbaik-baik dengan orang India demi ingin mendapatkan sokongan daripada
orang India dalam usahanya menawan India. Walaupun Jepun membantu dalam penubuhan
Liga Kemerdekaan India dan Tentera Nasional India serta Kerajaan Buangan India iaitu Azad
Hind, tetapi orang India juga tidak terlepas daripada kerahan buruh paksa serta penyeksaan,
penderitaan dan kebuluran sepertimana yang dialami oleh orang Cina. Manakala bagi kaum
Cina, layanan orang Jepun terhadap orang Cina di Tanah Melayu turut bersikap kasar dan
keras serta melakukan kezaliman ke atas orang Cina di Tanah Melayu. Dasar anti-Cina
bertambah lagi disebabkan oleh penglibatan orang Cina di MPAJA (Malayan People’s Anti
Japanese Army) dan Parti Komunis Malaya yang begitu giat menentang Jepun16. Oleh sebab
layanan yang buruk terhadap orang Cina daripada pihak Jepun, maka kebanyakan orang Cina
telah berpindah ke kawasan pinggir hutan untuk mengelakkan kekejaman tentera Jepun.

Kekejaman pihak Jepun terhadap orang Cina terbukti dengan pengenalan dasar Sook
Ching iaitu ‘dasar pembersihan’ yang telah menyebabkan beribu-ribu orang Cina mati yang
diperkenalkan pada secara sistematik 21 Februari oleh Kawamura-Oishi. Malahan Jepun
telah membuat penindasan yang kejam dengan merompak, membakar rumah dan kampung,
mengambil barang-barang orang cina, memeras hasil orang cina, merogol gadis-gadis cina
dan sebagainya. Dasar Jepun yang anti–Cina dan pro-Melayu telah membangkitkan

14
Barbara Watson Andaya and Leonard Y. Andaya, A History of Malaysia, Kuala lumpur, 1979, hlm. 264.

15
Ibid, hlm. 274.
.
16
Ibid, hlm. 302.
kemarahan orang Cina dan turut menyebabkan orang Cina sangat membenci Jepun kerana
menganggap orang Melayu sebagai penyokong Jepun terutama PETA turut menyebabkan
permusuhan semakin menebal antara orang Melayu dan orang Cina hingga mencetuskan
pergaduhan antara kaum17.

Jadi, apabila Jepun menyerah kalah, orang Cina yang kebanyakannya merupakan
anggota Bintang Tiga yang bernaung di bawah Parti Komunis Malaya telah mengambil
kesempatan sebelum ketibaan Inggeris untuk membalas dendam. Permusuhan kaum antara
kaum-kaum yang sangat hebat selama tempoh 14 hari. Hal ini membuktikan pendudukan
Jepun telah membawa kepada kesan negatif terhadap perhubungan kaum antara masyarakat
dan menjejaskan pepaduan antara kaum di Tanah Melayu18.

17
Shamsul Amri Baharuddin, Modul Hubungan Etnik, Tihani Cetak Sdn.Bhd., 2017, hlm. 53.
18
Barbara Watson Andaya and Leonard Y. Andaya, A History of Malaysia, Kuala lumpur, 1979, hlm. 257.
4.0 Kesan Terhadap Ekonomi Tanah Melayu

British telah memperkenalkan dasar pecah dan perintah semasa memerintah Tanah Melayu
sebelum merdeka. Dasar penjajah Inggeris yang mengamalkan konsep pecah dan perintah
merupakan satu tindakan yang telah menjadi punca kewujudan jurang antara kaum yang ada
di Tanah Melayu dari aspek ekonomi dan polarisasi kaum. Dasar pecah dan perintah ini
menjadi asas perlaksanaan dasar-dasar penjajah dalam bidang pendidikan, tanah, ekonomi
dan pekerjaan. 19

Seperti yang kita ketahui, masyarakat Tanah Melayu terdiri daripada kaum Melayu, Cina
dan India. Semasa pemerintahan British, kaum Melayu, Cina dan India telah dibahagikan
mengikut pengenalan ekonomi mengikut kaum masing-masing. Misalnya, orang-orang Cina
tinggal di kawassan bandar dengan menjalankan perniagaan. Ada juga yang tinggal di
kawasan lombong bijih timah dengan bekerja sebagai pelombong. Tanpa disedari, orang
Cinalah yang sebenarnya memiliki aset yang tinggi dalam ekonomi masyarakat Tanah
Melayu. Hal ini demikian kerana mereka menguasai ekonomi di bandar-bandar dan lebih
maju ke hadapan berbanding kaum Melayu dan India. Orang-orang Melayu pula tinggal di
luar bandar dan kawasan kampung. Mereka bekerja sebagai petani atau nelayan kecil. Tujuan
utama British meletakkan orang-orang Melayu di kawasan luar bandar adalah untuk
mengelakkan orang-orang Melayu maju seterusnya bangkit menentang British. Kaum India
pula kebanyakannya tinggal di ladang atau estet getah. Mereka bekerja sebagai buruh kasar
kerajaan dan pekerja di ladang-ladang getah.

Pada hakikatnya, kegiatan ekonomi orang-orang Melayu dan India bersifat sara diri. Hal ini
menyebabkan kedudukan ekonomi masyarakat bumiputera khususnya Melayu menjadi lemah
dan ketinggalan dari segi penguasaan ekonomi dan pendidikan. Corak penglibatan ekonomi
antara kaum dalam kegiatan ekonomi yang berbeza telah menyebabkan kedudukan
sosioekonomi mereka tidak seimbang. 20

Jika kita amati dengan teliti, peristiwa 13 Mei 1969 merupakan satu tragedi berdarah yang
meninggalkan banyak kesan terhadap politik, ekonomi dan sosial masyarakat Tanah Melayu.
Kesan kependudukan Jepun di Tanah Melayu merupakan salah satu faktor yang

19
Abdul Rahman Haji Ismail, 2007. Malaysia: Sejarah Kenegaraan dan Politik. Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm
268.
20
Ibid, hlmn 269-271.
menyumbang kepada berlakunya peristiwa berdarah ini. Selain itu, kesan peninggalan
penjajah Inggeris juga merupakan punca kepada peristiwa tersebut. Amalan diskriminasi
yang diamalkan oleh Inggeris dalam pentadbiran di Tanah Melayu dengan meletakkan setiap
kaum di kawasan yang berbeza telah merenggangkan lagi hubungan antara kaum di Tanah
Melayu. 21

Dari sudut ekonomi, peristiwa 13 Mei 1969 telah meninggalkan kesan negatif terhadap
masyarakat Melayu khasnya dan golongan bumiputera amnya. Pengenalan ekonomi
mengikut kaum ialah bukti yang menjawab persoalan ini. Pada ketika itu, orang Melayu
masih berada pada tahap yang rendah lagi untuk menguasai ekonomi Tanah Melayu. Mereka
telah ketinggalan dalam banyak perkara berbanding kaum lain yang sedia ada. Hal ini berlaku
kerana orang Melayu ditempatkan di kawasan luar bandar dengan bekerja sebagai petani atau
nelayan kecil.22 Dasar penjajah Inggeris yang mahu melihat Melayu berada pada takuk lama
menyebabkan perkara ini terjadi.

Oleh sebab itu, kerajaan telah merancang Dasar Ekonomi Baru (DEB) pada tahun 1971
bertujuan untuk mengimbangi kembali kedudukan ekonomi dan hubungan kaum di Malaysia.
Matlamat tersurat DEB ialah mencapai perpaduan negara dan integrasi nasional dan telah
digubah dalam konteks strategi serampang dua mata untuk mengurangkan dan akhirnya
membasmi kemiskinan dengan meningkatkan pendapatan dan menambah peluang-peluang
pekerjaan untuk semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum. Selain itu, DEB bertujuan
untuk mempercepatkan proses penyusunan semula rakyat Malaysia untuk memperbetul
ketidakseimbangan ekonomi supaya dapat mengurang seterusnya menghapuskan pengenalan
kaum mengikut fungsi ekonomi. 23

21
Khoo Kay Kim, 1991. Malay Society Transformation and Democratisation. Pelanduk Publications. Hlm. 125.
22
J. Kennedy, 1919. A History of Malaya. Kyle, Palmer. Hlm 387
23
Mahani Musa, 2000. Sejarah Malaysia. Universiti Sains Malaysia, hlm 41
5.0 Kesimpulan

Kesimpulannya, kewujudan masyarakat berbilang kaum sangat memberi kesan kepada


polarisasi kaum di tanah melayu. Terdapat juga kesan yang positif dan negative. Masyarakat
majmuk di Malaysia bermula apabila kemasukan migran daripada luar. Proses ini berterusan
sehingga penjajahan British di Tanah Melayu. Oleh itu, wujud masyarakat berbilang kaum,
ras, etnik dan bangsa di Malaysia. Kehadiran kelompok-kelompok ini menjadikan penjajahan
dan pemerintahan kuasa-kuasa asing seperti British dan Jepun meninggalkan implikasi
kepada negara secara tidak langsung. Termasuklah mempengaruhi populasi rakyat Malaysia
sehingga kini. Kewujudan masyarakat majmuk di negara ini dipercayai semakin ketara di
zaman pemerintahan British yang menggalakkan migrasi orang-orang Cina dan India ke
negara ini untuk bekerja sebagai buruh kasar. Dasar Pecah dan Perintah yang diamalkan oleh
pihak British telah memberi kesan yang amat besar kepada penyatuan kaum di negara ini. Hal
ini telah mengubah corak pentadbiran sosial di Tanah Melayu pada abad ke 19, muncul
kepelbagaian agama dan budaya di Tanah Melayu iaitu budaya Melayu, Cina dan India.
Aakhir sekali, hal ini menjadikan jumlah migrasi telah mengatasi penduduk asal di Tanah
Melayu.
6.0 Rujukan

Abdullah Ishak (1990), Islam Di Nusantara (Khususnya Di Tanah Melayu), Petaling Jaya:
Al-Rahmaniah,
hlm. 70-71

Abdul Rahman Haji Ismail, 2007. Malaysia: Sejarah Kenegaraan dan Politik. Dewan Bahasa
dan Pustaka, hlm 268.

Barbara Watson Andaya and Leonard Y. Andaya, A History of Malaysia, Kuala Lumpur,
1979, hlm. 211.

Dasuki Haji Ahmad (1986), Ikhtisar Perkembangan Islam, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
Dan Pustaka,
hlm. 515.

https://www.academia.edu/6542088/Kemasukan_buruh_dari_negeri_China_dan_India_yang
_datang_ke_Malaysia_pada_abad_ke-19

Institute Pentadbiran Awam Negara .(1980). Negara Sejarah, Pentadbiran & Dasar-Dasar
Pembangunan
Kuala Lumpur: Perpustakaan Negara Malaysia. Hlm 113

J. Kennedy, 1919. A History of Malaya. Kyle, Palmer. Hlm 387

Khoo Kay Kim, 1991. Malay Society Transformation and Democratisation. Pelanduk
Publications. Hlm. 125.

Mahani Musa, 2000. Sejarah Malaysia. Universiti Sains Malaysia, hlm 41

Mohd Isa Othman, Sejarah Malaysia (1800-1963), Utusan Publications & Distributors Sdn
Bhd, hlm 171

Muhammad Zaki Badawi (1962), Latarbelakang Kebudayaan Penduduk-penduduk di Tanah


Melayu, Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm. 37.

Nik Hassan Shuhaimi Nik Abdul Rahman.2012.Zaman Proto Sejarah di


Malaysia,Bangi:Universiti Kebangsaan Malaysia, hlm. 159

Ruslan Zainuddin (ed.),Mohd.Mahadee,Zaini Othman.(2010). Kenegaraan Malaysia Edisi


Kedua. Selangor : Oxford Fajar Sdn.Bhd. Hlm 6

Shamsul Amri Baharuddin.2012.Modul Hubungan Etnik,Bangi:Universiti Kebangsaan


Malaysia, hlm. 165

Wan Abdullah bin Hj. Wan Mahmood (1997), Tamadun Islam Dan Tamadun Alam Melayu
Serta
Sumbangannya kepada Dunia, Shah Alam: Pusat Pendidikan Islam ITM, hlm. 223.

You might also like