You are on page 1of 2

SOALAN HBML2203 BAHAGIAN A ARAHAN

Bahagian A mengandungi SEPULUH soalan. Jawab SEMUA soalan. SOALAN Markah


1. Namakan DUA gaya pembelajaran dalam pengajaran dan pembelajaran bestari. ( 2 )
2. Kemahiran Berfikir terbahagi kepada dua jenis, iaitu Kritis dan Kreatif. Berikan DUA contoh
Kemahiran Berfikir Kritis dan Kreatif. ( 2 )
3. Membaca merupakan satu proses yang kompleks. Kemahiran ini melibatkan proses
komunikasi antara pembaca dengan penulis melalui tulisan. Nyatakan jenis kemahiran membaca
yang bertujuan untuk mendapatkan maklumat. ( 2 )
4. Berikan DUA peranan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam pendidikan. ( 2 )
5. Senaraikan DUA jenis pembelajaran dalam pengajaran dan pembelajaran bestari. ( 2 )
6. Berdasarkan teori konstruktivisme, pengetahuan dibina secara aktif oleh individu yang
berfikir. Berikan DUA konsep asas konstruktivisme. ( 2 )
7. Sekolah bestari ialah institusi yang direka semula daripada segi amalan pedagogi, pengajaran
dan pembelajaran. Berikan DUA komponen teras pedagogi bestari. ( 2 )
8. Strategi mediatif ialah proses mengaplikasikan pengetahuan sedia ada untuk menyelesaikan
masalah, membuat keputusan, andaian, inferens dan hipotesis. Nyatakan DUA pendekatan yang
boleh guru gunakan melalui strategi ini. ( 2 )
9. Pembelajaran terarah kendiri ialah pembelajaran yang mendidik murid menjadi pelajar yang
berdikari. Matlamat utamanya adalah untuk membantu murid meningkatkan proses pembelajaran
terarah kendiri. Nyatakan DUA cara bagaimana matlamat ini boleh dicapai. ( 2 )
10. Pembelajaran yang berkesan dapat dicapai melalui pelaksanaan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran yang menggunakan strategi generatif, kontekstual dan mediatif. Berikan DUA
contoh aktiviti P & P menggunakan strategi generatif. ( 2 )

BAHAGIAN B ARAHAN Bahagian B mengandungi EMPAT soalan. Jawab TIGA soalan


SAHAJA. SOALAN
1. (a) Berikan EMPAT teori pembelajaran yang dipelopori oleh tokoh-tokoh penting.
(b) Pilih TIGA teori di atas dan huraikan dengan ringkas setiap teori tersebut. ( 8 ) ( 12 )
(Jumlah: 20)
2. (a) Pembelajaran Masteri ialah pembelajaran yang membantu murid mencapai dan menguasai
hasil pembelajaran melalui kualiti pengajaran dan pembelajaran. Jelaskan bagaimana strategi
pembelajaran masteri dilaksanakan di sekolah rendah.
(b) Huraikan peranan guru dalam pembelajaran masteri. ( 8 ) ( 12 ) (Jumlah: 20)
3. (a) Senaraikan LAPAN kecerdasan pelbagai yang anda pelajari.
(b) Berikan EMPAT contoh aktiviti bagaimana anda mengaplikasikan kecerdasan pelbagai
dalam pengajaran dan pembelajaran untuk murid sekolah rendah. ( 12 ) ( 8 ) (Jumlah: 20)

BAHAGIAN C ARAHAN Bahagian C mengandungi DUA soalan. Jawab SATU soalan


SAHAJA.
SOALAN 1. Mengumpul maklumat merupakan suatu kemahiran dalam kemahiran belajar.
Huraikan bagaimana guru melaksanakan aktiviti untuk membantu murid mengumpul maklumat
melalui cara-cara yang berikut:
(a) merujuk
(b) membaca dengan menggunakan teknik KWLH
(c) menyoal
(d) mencatat, iaitu melakar dalam bentuk grafik (Jumlah: 20)
2. Berdasarkan butiran di atas, bina satu Rancangan Pengajaran Harian (RPH) yang lengkap
yang mengintegrasikan Kemahiran Generik dan Kecerdasan Pelbagai.

You might also like