You are on page 1of 15

1.

0 Pengenalan

Secara umumnya, dapatan penyelidikan yang telah dibentangkan oleh ahli akademik iaitu yang
bernama Haryati Shafii, Sharifah Meryam Shareh Musa, & Zakila Abd Rahman (2019) telah
menunjukkan bahawa institusi keluarga sebenarnya adalah sangat signifikan untuk pembangunan
kendiri dari pelbagai aspek seperti sahsiah, tingkah laku serta ketrampilan kendiri. Keterangan
ini juga dipersetujui oleh Rahimah, J. (2015) dan beliau juga mengatakan bahawa keluarga yang
bahagia merupakan kekunci yang penting untuk pembangunan kendiri yang sihat terutamanya
dari segi emosi dan juga rohani. Ahli akademik ini juga memberikan definisi terhadap istilah
keluarga sebagai seunit ataupun institusi yanbg paling kecil dan juga asas dalam membentukkan
sebuah masyarakat dan seterusnya untuk sebuah negara. Dalam perkataan yang lain, pengurusan
sekolah adalah sangat penting untuk membentuk dan menghasilkan sebuah masyarakat yang
cemerlang serta membina di masa hadapan.

Pada masa yang sama, pandangan yang telah diberikan oleh Saedah A. Ghani, Salhah Abdullah,
Sharifah Mariam Syed Akil (2014) juga menunjukkan bahawa banyak masalah dan isu yang
relevan dengan keluarga kerap kali berlaku dalam negara ini dan semua ini telah menjejaskan
keharmonian dan kedamaian di antara ahli keluarga. Contohnya, pertelingkahan yang berlaku di
antara ayah dan anak, abang dengan adik dan sebagainya. Pandangan ini juga mendapatkan
persetujuan daripada Ali, Erni Eryanti (2015) dan beliau juga mengatakan bahawa banyak faktor
yanbg menyebabkan berlakunya masalah-masalah serta isu yang relevan dengan kekeluargaan
ini. Antara faktor yang dimaksudkan termasuklah pengaruh daripada media masa, kawan-kawan
serta tekanan kehidupan (sama ada tekanan dari pembelajaran, akademik, kerja ataupun
kewangan). Sehubungan dengan itu, pengurusan keluarga yang berkesan adalah sangat signifikan
untuk menwujudkan dan mengekalkan hubungan yang harmoni di antara ahli keluarga.
Sesungguhnya, suatu penyelidikan akan dirancangkan dan dilakukan terhadap institusi keluarga
dalam negara Malaysia di mana aspek yang akan dikajikan termasuklah jenis-jenis struktur
keluarga yang wujud dalam masyarakat Malaysia serta bagaimana pihak sekolah berupaya untuk
mempertingkatkan serta mengukuhkan hubungan kekeluargaan yang wujud di kalangan murid
sekolah dengan ahli keluarga dan seterusnya berupaya untuk mengurangkan isu-isu kekeluargaan
yang semakin wujud dalam masyarakat tempatan.
2.0 Penjelasan Institusi Keluarga dan Jenis-Jenisnya

Menurut penafsiran yang diberikan oleh Arcus, M. E., Schvaneveldt, J. D., & Moss, J. J. (2015),
istilah keluarga boleh dijelaskan dalam pelbagai bentuk serta makna yang berlainan. Beliau juga
mengatakan bahawa institusi keluarga yang wujud dalam negara Malaysia sebenarnya boleh
dikategorikan dalam pelbagai kategori yang berlainan juga. Maka, tafsiran institusi keluarga dan
jenis-jenisnya akan diterangkan dengan jelas dan terancang dalam bahagian kertas kajian ini.
Contoh yang sesuai akan digunakan untuk menyokongkan perbincangan yang dilakukan ini.

Saedah A. Ghani, Salhah Abdullah, Sharifah Mariam Syed Akil (2014) telah mendefinisikan
institusi keluarga sebagai suatu kumpulan individu yang memiliki hubungan sama ada dari segi
hubungan darah, perkahwinan, mahupun angkat yang mendiami di dalam rumah yang sama. Di
dalam keluarga ini, mereka akan memainkan peranan sosial yang berbeza antara peranan sosial
yang dimaksudkan termasuklah suami, isteri, anak, adik, kakak, abang dan lain – lain. Semua
peranan yang dimainkan ini mempunyai hubungan di antara satu sama lain.

Di samping itu, dapatan penyelidikan yang telah dikemukakan oleh Ali, Erni Eryanti (2015) juga
menunjukkan bahawa keluarga juga boleh dijelaskan sebagai suatu set unit sosial yang terdiri
daripada ibubapa serta anak-anak mereka yang tinggal bersama – sama di dalam sebuah rumah
yang sama. Beluau berpendapat bahawa pasangan suami isteri yang belum lagi mempunyai anak
ataupun anak angkat masih tidak boleh dianggap sebagai sebuah keluarga. Dalam perkataan yang
lain, kewujudan hanya suami isteri belum lagi lengkap sebagai sebuah keluarga. Seperti yang
telah diterangkakn oleh Wan Mohd. Zahid Mohd. Noordin (2016), wujudnya empat jenis
struktur keluarga di dalam negara ini dan keempat-empat struktru keluarga yang dimaksudkan
termasuklah keluarga nukleus / asas, keluarga induk tunggal, ataupun luas dan juga keluarga
poligami. Semua struktur keluarga yang berlainan ini akan diterangkan dengan jelas dan
sistematik dalam bahagian kertas penyelidikan ini serta disokongkan dengan menggunakan
pelbagai contoh yang berkaitan.
2.1 Keluarga Asas

Menurut pandangan yang telah diberikan oleh Haryati Shafii, Sharifah Meryam Shareh Musa, &
Zakila Abd Rahman (2019), keluarga asas ataupun keluarga nukleus boleh dijelaskan sebagai
suatu struktur keluarga di mana hanya wujud individu yang penting sahaja dalam keluarga
tersebut. Antaranya ialah bapa, ibu, dan anak-anak mereka sahaja. Maknanya, mereka tidak
tinggal bersama-sama dengan ahli keluarga ataupun saudara mara yang lain di dalam rumah yang
sama. Malah, Wan Mohd. Zahid Mohd. Noordin (2016) juga menerangkan bahawa keluarga asas
ini merupakan bentuk keluarga yang paling ringkas di mana wujud dalam masyarakat Malaysia.
Struktur keluarga asas ini boleh ditunjukkan melalui rajah yang berikut:

IBU DAN BAPA

ABANG KAKAK ADIK ADIK


LELAKI PEREMPUAN

Rajah 1.0 Struktur Keluarga Nuklear / Inti / Asas


2.2 Keluarga Induk Tunggal

Pada asasnya, Rahimah, J. (2015) berpendapat bahawa keluarga induk tunggal merupakan
sebuah keluarga di mana salah seorang daripada ibu ataupun bapa tidak lagi mendiami bersama-
sama dengan ahli keluarga yang lain berikutan beberapa faktor yang utama. Antara faktor yang
mungkin menyebabkan keadaan ini adalah perpisahan di antara mereka, penceraian dan juga
kematian pasangan. Akan tetapi, dapatan penyelidikan yang telah dibentangkan oleh Arcus, M.
E., Schvaneveldt, J. D., & Moss, J. J. (2015) telah menunjukkan bahawa hubungan di antara ahli
keluarga di bawah struktur induk tunggal ini dikatakan masih erat dan kemungkiann lebih erat
berbanding dengan struktur keluarga yang biasa. Contoh struktur keluarga induk tunggal adalah
seperti yang dipaparkan dalam rajah yang berikut:

Bapa tunggal ATAU


Ibu tunggal

ABANG KAKAK ADIK ADIK


LELAKI PEREMPUAN

Rajah 2.0 Struktur Keluarga Induk Tunggal


2.3 Keluarga Sekunder

Pada asasnya, struktur keluarga yang sterusnya di mana akan diterangkan dan dibincangkan
dalam bahagian kertas kajian ini adalah keluarga sekunder di mana ia merupakan suatu bentuk
keluarga yang terdiri daripada individu-individu yang tidak memiliki talian hubungan darah di
antara satu sama lain. Malah, Ali, Erni Eryanti (2015) juga keluarga sekunder ini boleh
dibahagikan kepada dua bentuk yang utama, iaitu keluarga kembangan ataupun keluarga luas
dan juga keluarga poligami. Kedua-dua bentuk keluarga adalah seperti yang diterangkan berikut:

2.3.1 Keluarga Luas (Extended)

Seperti yang telah diterangkan oleh Wan Mohd Zahid Mohd Noordin (2016), keluarga luas ini
sebenarnya merupakan sebuah keluarga yang terdiri daripada keluarga nukleus ataupun asas
serta saudara mara yang lain (extended family members). Saudara mara lain yang dimaksudkan
termasuklah datuk, nenek, ibu saudara, bapa saudara, sepupu dan juga anggota keluarga yang
lain dan tinggal bersama-sama. Keterangan ini telah mendapatkan persetujuan daripada Rahimah,
J. (2015) dan beliau telah mengatakan bahawa ahli keluarga di bawah keluarga luas ini perlulah
berinteraksi dengan semua pihak ataupun saudara mara yang lain dan bukanlah terhad kepada
ahli keluarga nukleus sahaja. Mereka akan menjalinkan hubungan yang baik dengan generasi
pertama, kedua, ketiga, keempat dan seterusnya. Sesungguhnya, mereka juga akan memberikan
sokongan di antara satu sama lain supaya kehidupan harian daripada dijalankan dengan lebih
mudah.

Pada masa yang sama, penjelasan yang telah diberikan oleh Arcus, M. E., Schvaneveldt, J. D., &
Moss, J. J. (2015) telah menunjukkan bahawa keluarga luas ataupun kembangan ini boleh
dikatakan bermula sejak zaman dahulu di mana kebanyakan pasangan orang dewasa akan tinggal
dengan generasi muda semasa mereka berumur dan menjadi sebagai datuk, nenek, dan
sebagainya. Untuk zaman sekarang, anak yang berkahwin akan menjemput isteri mereka tinggal
bersama-sama dengan ibubapa dan abang adik serta kakak mereka untuk membentukkan sebuah
keluarga kembangan ataupun luas ini. Konsep keluarga kembangan adalah seperti yang
ditunjukkan dalam rajah berikut;

DATUK DAN
NENEK

Keluarga Pakcik 1 Keluarga Pakcik 2 Keluarga Pakcik 3

Anak Anak Anak

Anak Anak Anak

Anak Anak Anak

Rajah 3.0 Struktur Keluarga Kembangan / Luas


2.3.1 Keluarga Poligami

Untuk keluarga poligami ini, pandangan yang telah diberikan oleh Saedah A. Ghani, Salhah
Abdullah, Sharifah Mariam Syed Akil (2014) menunjukkan bahawa keluarga poligami ini
merupakan suatu bentuk keluarga di mana suami kepada keluarga ini memiliki dua orang isteri
pada masa yang sama. Akan tetapi, keadaan ini sebenarnya tidak dibenarkan di dalam negara
Malaysia kecuali masyarakat Islam dalam keadaan yang tertentu sahaja dan mestilah mengikuti
syarat-syarat yang telah ditetapkan untuk konteks masyarakat Malaysia. Rahimah, J. (2015) juga
mengatakan bahawa interaksi yang wujud di antara ahli keluarga adalah lebih tertumpu kepada
adik beradik dari ibu yang sama sahaja. Struktur untuk keluarga poligami adalah seperti yang
dipaparkan dalam rajah yang berikut:

SUAMI

ISTERI 1 ISTERI 2

Anak Anak

Anak Anak

Anak Anak

Rajah 4.0 Struktur Keluarga Poligami


2.0 Cadangan Bagaimana Sekolah dapat Membantu Mengukuhkan Hubungan
Kekeluargaan dan Sekaligus Mengurangkan Isu – Isu Kekeluargaan

Sememangnya tidak boleh dinafikan bahawa ia bukanlah suatu tugasan yang mudah untuk
menwujudkan sebuah keluarga yang aman dan damai dalam masyarakat sekarang berikutan
kewujudan pelbagai masalah dan isu yang relevan dengan kekeluargaan. Keterangan ini telah
mendapatkan persetujuan daripada Wan Mohd. Zahid Mohd. Noordin (2016) dan beliau juga
berpendapat bahawa semua pihak mempunyai tanggungjawab untuk membimbing sikap sayang
kepada ahli keluarga untuk seseorang individu sejak kecil lagi termasuklah pihak sekolah.
Sejajar dengan itu, perbincangan yang dilakukan dalam seksyen ini akan memberikan fokus
terhadap cara-cara bagaimana pihak sekolah memainkan peranan untuk membantu mengukuhkan
hubungan kekeluargaan yang wujud dalam secara langsung mengurangkan isu yang relevan
dengan kekeluargaan ini. Perbincangan ini akan disokongkan dengan menggunakan contoh yang
sesuai.

(A) Menwujudkan aktiviti yang relevan dengan kekeluargaan di sekolah

Seperti yang telah dikemukakan oleh Arcus, M. E., Schvaneveldt, J. D., & Moss, J. J. (2015),
sekolah seharusnya memberikan peluang kepada murid-murid supaya berinteraksi dengan
ibubapa ataupun ahli keluarga yang lain melalui perlibatan mereka dalam pelbagai aktiviti
sukaneka yang dianjurkan. Ia adalah sangat penting dan mendapatkan persetujuan daripada Ali,
Erni Eryanti (2015) di mana beliau sendiri telah mengatakan bahawa aktiviti seperti sukaneka
adalah sesuai untuk membolehkan ibubapa menjalinkan hubungan yang lebih baik serta erat
dengan anak-anak mereka. Pada masa yang sama, beliau juga mencadangkan pihak sekolah
supaya menganjurkan aktiviti kesukanan seperti Hari Sukan dan Hari Keluarga untuk
memberikan peluang kepada murid-murid menyertai aktiviti ini bersama-sama dengan ahli
keluarga mereka. Cadangan ini juga disokong oleh Saedah A. Ghani, Salhah Abdullah, Sharifah
Mariam Syed Akil (2014) dan beliau berpendapat bahawa perlibatan diri dalam aktiviti sukan ini
akan memberikan suatu platform yang berguna kepada murid-murid untuk bekerjasama dengan
ahli keluarga dalam usaha memenangi pertandingan tersebut. Dengan itu, hubungan mereka
dengan ahli keluarga akan menjadi lebih erat lagi di masa hadapan.
(B) Penerapan Nilai Kekeluargaan Melalui Proses Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) di
dalam Bilik Darjah

Sementara itu, Saedah A. Ghani, Salhah Abdullah, Sharifah Mariam Syed Akil (2014) juga
mengatakan bahawa sekolah seharusnya menerapkan pelbagai nilai yang murni terutamanya nilai
yang berhubung kait dengan kekeluargaan di kalangan murid-mruid sekolah melalui proses
pengajaran dan pembelajaran (PdP) di dalam bilik darjah. Contohnya, guru boleh menerapkan
nilai seperti sayang kepada ahli keluarga melalui pengajaran dan pembelajaran (PdP) dalam mata
pelajaran Bahasa Melayu serta Bahasa Inggeris di dalam bilik darjah. Semua nilai murni yang
relevan dengan kekeluargaan ini boleh diterapkan dan ditekankan kepada murid-murid dari masa
ke semasa oleh guru. Pandangan yang telah diberikan oleh Haryati Shafii, Sharifah Meryam
Shareh Musa, & Zakila Abd Rahman (2019) juga menunjukkan bahawa penerapan nilai
kekeluargaan melalui proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) dalam bilik darjah adalah lebih
berkesan berbanding dengan cara-cara yang lain di sekolah dan guru sewajarnya melakukanya
dengan lebih kerap lagi.

(C) Mengadakan Sesi Perbincangan dengan Ibubapa di Sekolah


Selain daripada itu, dapatan penyelidikan yang telah dibentangkan oleh Ali, Erni Eryanti (2015)
juga menunjukkan bahawa sekolah seharusnya mengadakan pelbagai sesi perbincangan yang
membina bukan sahaja dengan murid-murid di sekolah tetapi juga perlulah melibatkan ibubapa
untuk mendapatkan tahap keberkesanan yang maksimum. Beliau juga mengatakan bahawa
masalah seperti pencapaian dalam akademik kadang kala juga boleh menyebabkan berlakunya
pertelingkahan di antara ibubapa dengan anak-anak mereka. Oleh yang demikian, ia adalah
sangat penting untuk kedua-dua pihak iaitu ibubapa dan juga anak-anak saling faham memahami
di antara satu sama lain untuk mengelakkan berlakunya masalah pertelingkahan yang berlaku di
mana seterusnya menjejaskan keharmonian dan juga kerohanian dalam sesebuah keluarga.
Contohnya, pihak sekolah boleh mengadakan sesi PTI iaitu Parent Teaching Interview untuk
berbincang dengan ibubapa tentang anak-anak mereka dan perbincangan ini bukanlah hanya
terhad dari segi pencapaian akademik tetapi juga akan melibatkan tingkah laku dan perasaan
yang ditunjukkan oleh seseorang murid tersebut. Dengan itu, ibubapa akan lebih memahami
anak-anak mereka.
(D) Guru Menjadi Contoh untuk Murid-Murid di Sekolah

Pada asasnya, tingkah laku yang ditunjukkan oleh seseorang guru di dalam bilik darjah ataupun
sekolah adalah sangat penting untuk menjejaskan gelagat yang akan diamalkan oleh murid-murid
di sekolah. Kenyataan ini telah mendapatkan persetujuan daripada Rahimah, J. (2015) di mana
dapatan penyelidikan yang telah dibentangkan oleh beliau telah menunjukkan bahawa murid-
murid akan memerhatikan tingkah laku guru dan dijadikan sebagai role model untuk dipelajari
dalam kehidupan harian. Oleh yang demikian, guru sekolah adalah dinasihatkan supaya
menunjukkan nilai-nilai yang murni di sepanjang masa mereka berada di sekolah. Antara nilai-
nilai murni yang dimaksudkan termasuklah bertolak ansur, peramah, hormat – menghormati dan
sayang menyayangi di antara satu sama lain. Sekiranya murid-murid berupaya untuk
mempelajari semua nilai murni ini, mereka tidak seharusnya akan menwujudkan masalah dan isu
dengan ahli keluarga. Oleh yang demikian, keluarga tersebut akan menjadi aman dan juga
harmoni.

(E) Memupuk Kepercayaan terhadap Nilai Dan Ajaran Agama di Sekolah

Untuk cadangan yang kelima, Saedah A. Ghani, Salhah Abdullah, Sharifah Mariam Syed Akil
(2014) telah mengatakan bahawa guru-guru dan juga pihak sekolah sewajarnya memupukkan
nilai keagamaan melalui ajaran agama ataupun aktiviti yang relevan dengan agama di sekolah
untuk tujuan menwujudkan hubungan keluarga yang aman dan harmoni. Beliau juga mengatakan
bahawa ajaran agama adalah suatu panduan yang begitu penting untuk membolehkan seseorang
individu menjalankan aktiviti kehidupan harian dengan berahklak dan juga berdisplin. Keadaan
ini sekaligus akan mengurangkan kemungkinan berlakunya pertelingkahan di kalangan ahli
keluarga. Contohnya, pihak sekolah boleh mempelawakan tokoh agama daripada pelbagai jenis
agama seperti Islam, Buddha, Hindu, Kristian, Bahai dan sebagainya untuk memberikan ceramah
keagamaan kepada murid-murid di sekolah. Sesungguhnya, penyertaan murid-murid ini dalam
ceramah agama yang dianjurkan ini adalah sangat penting untuk menasihatkan mereka supaya
lebih ingat atas jasa ibubapa dan mestilah menyayangi ahli keluarga mereka. Oleh yang demikian,
ia akan mengurangkan masalah dan isu yang relevan dengan kekeluargaan berlaku di kalangan
murid-murid sekolah ini.
3.0 Brosur Keluarga Bahagia untuk Murid-Murid Sekolah Rendah

Brosur keluarga bahagia untuk murid-murid sekolah rendah adalah seperti yang dipaparkan
dalam rajah yang berikut:
4.0 Kesimpulan

Secara kesimpulannya, institusi keluarga sebenarnya adalah sangat signifikan untuk


pembangunan kendiri dari pelbagai aspek seperti sahsiah, tingkah laku serta ketrampilan kendiri.
Perbincangan yang dilakukan dalam kertas kajian ini telah menunjukkan bahawa keluarga
bolehlah didefinisikan sebagai suatu kumpulan individu yang memiliki hubungan sama ada dari
segi hubungan darah, perkahwinan, mahupun angkat yang mendiami di dalam rumah yang sama.
Sesungguhnya, mereka akan memainkan peranan sosial yang berbeza antara peranan sosial yang
dimaksudkan termasuklah suami, isteri, anak, adik, kakak, abang dan lain – lain. Pada masa yang
sama, keluarga juga boleh dijelaskan sebagai suatu set unit sosial yang terdiri daripada ibubapa
serta anak-anak mereka yang tinggal bersama – sama di dalam sebuah rumah yang sama. Untuk
masyarakat Malaysia, wujudnya empat jenis struktur keluarga di dalam negara ini dan keempat-
empat struktru keluarga yang dimaksudkan termasuklah keluarga nukleus / asas, keluarga induk
tunggal, ataupun luas dan juga keluarga poligami. keluarga asas ataupun keluarga nukleus boleh
dijelaskan sebagai suatu struktur keluarga di mana hanya wujud individu yang penting iaitu
ibubapa dan anak – anak kandung mereka sahaja dalam keluarga tersebut. Manakala, keluarga
induk tunggal merupakan sebuah keluarga di mana salah seorang daripada ibu ataupun bapa
tidak lagi mendiami bersama-sama dengan ahli keluarga yang lain berikutan beberapa faktor
yang utama seperti penceraian dan juga kematian pasangan. Dalam pada itu, keluarga luas
ataupun kembangan merupakan sebuah keluarga yang terdiri daripada keluarga nukleus ataupun
asas serta saudara mara yang lain seperti datuk, nenek, ibu saudara, bapa saudara, sepupu dan
juga anggota keluarga yang lain dan tinggal bersama-sama. Selain itu, keluarga poligami ini
merupakan suatu bentuk keluarga di mana suami kepada keluarga ini memiliki dua orang isteri
pada masa yang sama. Dapatan penyelidikan yang dibentangkan dalam kertas kajian ini juga
menunjukkan bahawa pihak sekolah memainkan peranan yang sangat penting dalam usaha untuk
mengukuhkan hubungan kekeluargaan yang wujud dalam secara langsung mengurangkan isu
yang relevan dengan kekeluargaan ini. Antara peranan dan usaha yang dicadangkan dan boleh
digunakan oleh sekolah termasuklah menwujudkan aktiviti yang relevan dengan kekeluargaan di
sekolah, menerapkan nilai murni yang relevan dengan kekeluargaan melalui proses pengajaran
dan pembelajaran (PdP), mengadakan sesi perbincangan dengan ibubapa di sekolah, guru sendiri
menjadi contoh untuk murid-murid di sekolah dan memupuk kepercayaan terhadap nilai dan
ajaran agama di kalangan murid-murid melalui pelbagai aktiviti keagamaan seperti
mempelawakan tokoh agama daripada pelbagai jenis agama seperti Islam, Buddha, Hindu,
Kristian, Bahai dan sebagainya untuk memberikan ceramah keagamaan. Semua usaha ini dilihat
sebagai platform yang penting untuk menwujudkan hubungan kekeluargaan yang lebih kukuh di
antara murid-murid sekolah dengan ahli keluarga mereka.
5.0 Rujukan

Ali, Erni Eryanti. (2015). Penghayatan Nilai-Nilai Murni Ke Arah Pembentukan Disiplin Pelajar.
Prosiding Seminar Pendidikan JPPG.

Arcus, M. E., Schvaneveldt, J. D., & Moss, J. J. (2015). Handbook of Family Life Education:
The Practice Of Family Life Education. Newburry Park: California: SAGE Publication,
Inc.

Haryati Shafii, Sharifah Meryam Shareh Musa, & Zakila Abd Rahman. (2019). Pembangunan
Modal Insan Ke Arah Meningkatkan Kualiti Hidup Masyarakat. International Conference
on Human Capital Development (ICONHCD) 25-27 May 2019, Kuantan Pahang.

Rahimah, J. (2015). Pengaruh Faktor Terpilih Terhadap Efikasi Kendiri Guru Sekolah
Menengah Dalam Melaksanakan Pengajaran Kekeluargaan. Tesis Ijazah Doktor
Falsafah yang tidak diterbitkan, Universiti Putra Malaysia.

Saedah A. Ghani, Salhah Abdullah, Sharifah Mariam Syed Akil. (2014). Muslim Adolescents
Moral Value and Coping Strategy Among Muslim Female Procedia - Social and
Behavioral Sciences, 114, 427-433. Elsevier Ltd.

Wan Mohd. Zahid Mohd. Noordin. (2016). Ke Arah Pelaksanaan Nilai-Nilai Murni di dalam
KBSM: Falsafah Pendidikan Negara. Kertas kerja yang dibentangkan dalam Seminar
Nilai-nilai Murni Merentas Kurikulum Dalam KBSM di Universiti Kebangsaan Malaysia,
Bangi, Malaysia.

You might also like