You are on page 1of 6

Huraikan dasar-dasar pembangunan yang telah dilaksanakan di Malaysia

Pengenalan
Konsep pembangunan ekonomi di Malaysia
Isi-isi Penting:
Dasar Pembangunan Luar Bandar
Berhasrat untuk melahirkan masyarakat luar bandar yang progresif, berilmu dan berintegriti di
samping mewujudkan kawasan luar bandar yang maju dan menarik. Objektifnya ialah Memastikan
supaya setiap penduduk luar bandar mempunyai minda dan sikap yang positif serta berdikari,
Mewujudkan masyarakat yang bersatu padu dan tinggal dalam persekitaran harmoni, indah, selamat
dan terpelihara alam sekitarnya dan menjadi tarikan kepada masyarakat bandar serta pelancong asing
Pada 10 April 1984, Tun Dr Mahathir Mohammad selaku Perdana Menteri telah memperkenalkan
Halacara Baru Pembangunan Kampung Dan Luar Bandar. Tujuannya adalah untuk meningkatkan taraf
hidup melalui pembasmian kemiskinan, menekankan penggunaan teknik teknik moden dan pelbagai
kemudahan untuk menambah pengeluaran petani-petani, menggalakkan penggeluaran berskala
besar dengan bimbingan dan latihan organisasi tertentu dan melibatkan perkidmatan sosial untuk
membaiki taraf hidup seperti projek perumahan awam, kemudahan pengangkutan, kesihatan,
pelajaran dan kemudahan rekreasi.
Program –program yang telah dilaksanakan
(a) Pembangunan Industri Kecil
(b) Penubuhan RIDA untuk merancang dan menyediakan rancangan pembangunan ekonomi luar
bandar
(c) Lembaga Kemajuan Tanah Pesekutuan – ditugaskan membuka tanah untuk penempatan baru
dan menambah hasil pertanian
(d) Kemententerian Pembangunan Negara dan Luar Bandar ditubuhkan untuk menyelaras projek
pembangunan luar bandar
(e) Kerajaan menyediakan bantuan kredit luar bandar
(f) Penubuhan FELCRA , MARDI dan RISDA
(g) Rancangan pembangunan Wilayah KETENGAH, KESEDAR
(h) Bahagian Industri Kampung untuk menggiatkan lagi program perindustrian di kampong
(i) Program-program pembangunan di bawah Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga
Negara
Dasar Ekonomi Baru (DEB)
DEB telah diperkenalkan oleh Tun Abdul Razak. Latar belakang ekonomi sebelum merdeka disebabkan
oleh pembangunan yang tidak seimbang – ekonomi dualism, jurang ekonomi antara kaum dan corak
kegiatan ekonomi mengikut kaum- mengakibatkan jurang antara kaum
Dilaksanakan untuk tempoh dua dekad ( 1970-1990) Objektif : memperbaiki kedudukan sosioekonomi
yang tidak seimbang antara kaum, mengurangkan dan menghapuskan kemiskinan tanpa mengira
kaum dan mempercepat proses penyusunan semula masyarakat
Dasar Pembangunan Negara
Dimulakan pada 3 Februari 1986 meliputi tempoh 10 tahun (1986-1995)
Matlamat penting ialah, menjadikan sektor perkilangan sebagai pemangkin pertumbuhan
perindustrian Negara, menggalakkan penggunaaan sepenuhnya sumber asli Negara dan
meningkatkan penyelidikan (R&D) teknologi tempatan sebagai asas
Dasar Perindustrian Negara
Terdapat 12 sektor dikenal pasti untuk diberi tumpuan iaitu sektor yang berasaskan sumber tempatan
getah, kelapa sawit, kayu kayan, masakan, kimia, logam bukan ferus dan galian bukan ferus dan sektor
industri yang bukan berasaskan sumber seperti elektrik,dan elektronik, peralatan pengangkutan,
mesin, kejuruteraan, logam-logam ferus, tekstil dan pakaian
Strategi yang telah dilaksanakan ialah Menyusun semula struktur galakan perindustrian yang sedia
ada, Mempelbagai eksport dan menggalakkan sektor gentian import, Menggalakkan penggunaan
barangan buatan Malaysia, Mempelbagaikan pasaran eksport termasuk mencari pasaran baharu di
negara-negara yang sedang membangun, Memperluaskan kegiatan industri ke kawasan-kawasan
yang kurang maju, Menggalakkan penyelidikan dan pembangunan oleh pihak awam dan swasta,
Menggalakkan industri berat dan Menggalakkan pertumbuhan perushaan kecil
Dasar Pertanian Negara
Dilancarkan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Musa Hitam ( Pengerusi Jawatankuasa Kabinet –
Dasar Pertanian Negara)
Objektif: garis panduan pembangunan pertanian untuk meningkatkan pendapatan daripada sumber
pertanian, menggariskan pendekatan bersepadu yang tidak berasaskan satu komoditi,memaksimakan
pendapatan pengusaha, bertujuan untuk memaju dan meningkatkan hasil serta mutu komoditi
Strategi:
(a) Pembukaan tanah baharu, pembangunan institusi, perkhidmatan sokongan pertanian dan
pembangunan sosial.
(b) Membangunkan kawasan-kawasan melalui MADA, KADA dan perbadanan-perbadanan
pembangunan wilayah
(c) Meningkatan penyelidikan melalui institusi seperti PORIM, MARDI, RRI
(d) Meningkatkan mutu persembahan dan pembungkusan , pengenalan kepada sistem gred, penstabilan
harga dan pengukuhhan kemudahan infrastuktur dengan bantuan FAMA dan LPP
Huraikan sumbangan Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj dalam konteks perjuangan dan
pembangunan Negara Malaysia.
Pengenalan
Putera kepada Sultan Abdul Halim, Sultan Kedah ke-24. Dilahirkan pada 8 Februari 1903. Anak
Melayu pertama berkelulusan University Of Cambridge, England. Merupakan Perdana Menteri
Malaysia yang Pertama.
Dikenali sebagai Bapa Kemerdekaan
Isi-isi Penting:
Sumbangan Politik
1) Penentangan terhadap Malayan Union
2) Menerajui kepimpinan UMNO
3) Memperjuangkan kemerdekaan
4) Mengemukakan idea pembentukan Malaysia
5) Mengasaakan PERKIM ( Pertubuhan Kebajikan Islam)
6) Membantu dalam penubuhan OIC pada tahun 1969
Sumbangan Ekonomi
1) Kerajaan Perikatan di bawah pimpinan beliau melancarkan Rancangan Malaya Pertama
2) Menubuhkan Kementerian Pembangunan Negara dan Luar Bandar pada tahun 1959
Sumbangan Sosial
1) Melancarkan projek pembangunan seperti pembinaan Masjid Negara, Stadium Negara, Muzium
Negara, Bangunan Parlimen dan lain-lain
2) Menganjurkan pembentukan jawatankuasa pendidikan untuk mengkaji pembentukan dasar
pendidikan kebangsaan
3) Mencadangkan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan
Huraikan Sumbangan Tun Abdul Razak bin Dato Hussein
Pengenalan
Beliau Dilahirkan pada 11 Mac 1922 di Pekan, Pahang. Anak sulung kepada Orang Kaya Indera
Shahbandar Datuk Hussein. Lulusan daripada Lincoln’s Inn di London. Menjadi Perdana Menteri yang
Kedua pada 22 September 1970
Diberi gelaran Bapa Pembangunan
Isi-isi Penting:
Sumbangan Politik
1) Salah seorang yang menyertai rombongan kemerdekaan pada tahun 1956
2) Memperluaskan gabungan perikatan (umno-mic-mca) kepada parti-parti lain seperti gerakan,
dan ppp
3) Banyak melakukan perubahan dalam angkatan tentera seperti alat kelengkapan, melancarkan rela
dan skim rukun tetangga
4) Mengubah dasar luar dari pro-barat dan anti-komunis kepada dasar berkecuali
5) Menjadi pengarah mageran untuk menyelesaikan masalah perkauman selepas rusuhan 1969
6) Melancarkan rukun negara pada 31 ogos 1970
7) Mewakili malaysia menjalin hubungan dan rundingan malaysia-indonesia selepas peristiwa
konfrantasi
Sumbangan Ekonomi
1) Di bawah seliaan beliau Kementerian Pembangunan dan Luar Bandar telah mewujudkan Bilik
Gerakan Negara di Kuala Lumpur untuk menyelaraskan program di peringkat bandar, daerah dan
kampung, mengawasi FELDA, FELCRA
2) Melancarkan Dasar Ekonomi Baru pada tahun pertama pentadbirannya sebagai Perdana Menteri
3) Memulakan pelan pembangunan yang komprehensif yang dikenali sebagai Rancangan Malaysia Lima
Tahun
4) Menubuhkan agensi-agensi untuk membantu penduduk luar bandar seperti Lembaga Beras dan Padi
Negara, Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah ( RISDA), Lembaga Kemajuan
Ikan Malaysia dan sebagainya
5) Memperkenalkan Rancangan Buku Merah dan Buku Hijau
Sumbangan Sosial
1) Sebagai Menteri Pendidikan telah memperkenalkan Penyata Razak
2) Mengusahakan penubuhan sistem pendidikan kebangsaan demi untuk mewujudkan perpaduan
dalam kalangan masyarakat berbilang kaum
3) Meneruskan usaha Tunku Abdul Rahman dalam sistem pendidikan dengan menubuhkan Maktab
Rendah Sains Mara pada tahun 1972
Penutup
Apa-apa yang berkaitan
Huraikan sumbangan Tun Hussein bin Onn
Pengenalan
Beliau Dilahirkan peda 12 Februari 1922 di Johar Bharu. Anak kepada Dato Onn Jaafar, lulusan
undang-undang dari Lincoln’s Inn, London. Menjadi Perdana Menteri yang Ketiga pada 15 Januari
1976.
Dikenali sebagai Bapa Perpaduan
Isi-isi Penting:
Sumbangan Politik
1) Menyelesaikan kemelut politik di Kelantan pada tahun 1977
2) Menghapuskan amalan rasuah dalam kalangan kaki tangan kerajaan dan kepimpinan UMNO
3) Membentuk KUB ( Koperasi Usaha Bersatu ) untuk menggalakkan penyertaaan kaum Melayu
dalam bidang perniagaan
4) Mengukuh dan memperbesar angkatan bersenjata akibat krisis kejatuhan Vietnam ke tangan
komunis
5) Berusaha mengukuhkan perpaduan dalam kalangan ahli UMNO
Sumbangan Ekonomi
1) Melancarkan Rancangan Malaysia Ketiga pada tahun 1976
2) Pembukaan tanah secara besar-besaran di bawah program pembangunan wilayah yang
dilaksanakan oleh agensi seperti KEJORA, KETENGAH, DARA dan KESEDAR
3) Menggalakkan kaum Melayu dan golongan bumiputera lain dalam pemilikan modal dan saham
dengan mengumumkan pindaan hak milik Skim Amanah Nasional dikendalikan oleh
Yayasan Pelaburan Bumiputera
Sumbangan Sosial
1) Semasa menjadi Menteri Pelajaran, pada tahun 1970 menjadikan Bahasa Melayu sebagai syarat
wajib lulus dalam peperiksaan awam.
2) Memperkenalkan sistem kuota dalam kursus iktisas di universiti tempatan
3) Memulakan langkah dalam penubuhan Universiti Pertanian Malaysia
4) Melancarkan Lembaga Perpaduan Negara
5) Merasmikan PEMADAM untuk menghadapi ancaman dadah
Penutup
Apa-apa yang berkaitan
Huraikan sumbangan Tun Dr Mahathir bin Mohammad dalam konteks pemodenan Negara malaysia
Pengenalan
Beliau Dilahirkan pada 20 Disember 1925 di Kedah. Anak bongsu daripada sembilan adik beradik.
Beliau merupakan Lulusan Kolej Perubatan King Edward VII, Universiti Malaya, Singapura.
Pada tahun 1976 menjadi Timbalan Perdana Menteri. Menjadi Perdana Menteri keempat pada tahun
1981. Dikenali sebagai Bapa Pemodenan
Isi-isi Penting:
Sumbangan Politik
1) Orang pertama mendaftar sebagai ahli apabila UMNO ditubuhkan
2) Memperkenalkan kempen Bersih, Cekap dan Amanah dan Kepimpinan Melalui Teladan
3) Memperkenalkan Dasar Pandang ke Timur untuk meningkatkan produktiviti
4) Memperkenalkan idea wawasan 2020
Sumbangan Ekonomi
1) Menolak konsep pasaran bebas “laissz faire” dan menganjurkan ekonomi terkawal agar tidak
dimonopoli oleh pihak-pihak tertentu
2) Melancarkan program penswastaan dan dasar pensyarikatan pada tahun 1983
3) Memperkenalkan dasar sogoshosha
4) Melancarkan dasar perindustrian negara
5) Berjaya mengawal masalah kegawatan ekonomi pada tahun 1997
Sumbangan Sosial
1) Memperkenalkan Program Pengurusan Kualiti Menyeluruh ( TQM)
2) Memperkenalkan Dasar Komunikasi Negara pada tahun 1994, mengasaskan Pusat Kajian Angkasa
Lepas dan menubuhkan Planetarium Negara
3) Melancarkan satelit milik Malaysia – MEASAT 1 pada tahun 1995
4) Melancarkan Koridor Raya Mutimedia (MSC)
5) Pembinaan KLIA dan Menara Kembar Petronas dan membangunkan Putrajaya
Penutup

You might also like