You are on page 1of 2

MINIT MESYUARAT KELAB CATUR

SK LKTP ULU PENGGELI


2009

Tarikh : 15.01.2010
Hari : Jumaat
Masa : 10.20 pagi
Tempat : Tahun 6 Arif
Kehadiran : 38/35

AGENDA 1 : UCAPAN ALUAN

1. Guru Penasihat Kelab Catur, En. Abdul Manan bin Ngahiman mengucapkan
selamat datang kepada ahli kelab catur bagi tahun 2010.
2. Beliau mengucapkan syabas dan tahniah kepada ahli kelab catur yang terpilih
untuk mewakili sekolah ke pertandingan catur peringkat zon rengam layang dan
daerah kluang bagi tahun 2009.
3. Pada tahun ini, adalah diharapkan masih terdapat murid yang dapat mewakili
sekolah dalam pertadingan catur peringkat zon dan juga daerah kluang.

AGENDA 2 : PERLANTIKAN JAWATANKUASA BAGI TAHUN 2010.

1. Ahli jawatankuaa yang akan dilantik terdiri daripada ahli kelab catur bagi tahun
2010.
2. Jawatan yang akan dipertandingkan adalah, Pengerusi, Naib Pengerusi,
Setiausaha, Penolong Setiausaha, Bendahari, Penolong Bendahari dan 4 orang
ahli jawatankuasa.
3. Setelah diadakan pemilihan, butiran jawatankuasa adalah seperti dilampirkan.

AGENDA 3 : AKTIVITI BAGI TAHUN 2010.

1. Perjumpaan bagi kelab catur pada tahun 2010 akan diadakan pada hari rabu
mengikut giliran yang telah ditetapkan.
2. Butiran aktiviti/ program adalah seperti lampiran.
AGENDA 4 : HAL-HAL LAIN.

1. En Azirul bin Ali Daud berharap ahli kelab catur berlatih bersungguh-sungguh
semasa aktiviti dijalankan.
2. En Tg Zainudin bin Tg Abdullah menyatakan, kehadiran semasa aktiviti adalah
dititikberatkan, dan berharap ahli kelab catur dapat menimba seberapa banyak
kemahiran semasa aktiviti dijalankan.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 11.50 pagi.

Disediakan oleh,

……………………………………
( NUR AZREEN BINTI IBRAHIM )
Setiausaha,
Kelab Catur 2010,
SK LKTP Ulu Penggeli, Kkluang.

Disemak oleh,

……………………………………….
( ZULHELMI BIN ABDUL RASHID )
Pengerusi,
Kelab Catur 2010,
SK LKTP Ulu Penggeli, Kluang.

Disahkan oleh,

…………………………………………
( ABDUL MANAN BIN NGAHIMAN )
Guru Penasihat,
Kelab Catur 2010,
SK LKTP Ulu Penggeli, Kluang.

You might also like