You are on page 1of 1

SUBJEK DAN PREDIKAT

SUBJEK DAN PREDIKAT

Tentukan subjek dan predikat bagi ayat di bawah.

1. Petani itu membajak sawahnya setiap hari.


2. Samsul menjawat jawatan baharu di syarikat ayahnya.
3. Anak Pak Hashim yang tampan itu menjadi guru sementara di Sekolah Kebangsaan Langgar.
4. Rumah kediaman yang baharu dibeli oleh Badrul terletak di Kampung Mawar dalam daerah
Bachok.
5. Banyak remaja merokok kerana meniru perbuatan ibu bapa mereka.
6. Badan kita sukar mengeluarkan toksik apabila kekurangan air.
7. Nelayan-nelayan itu mengandar dua bakul ikan ke jeti untuk dijual kepada peraih.
8. Pokok periuk kera hidup di kawasan yang kurang subur di tanah tinggi.
9. Nilai mata wang berubah-ubah mengikut pasaran semasa.
10. Harimau yang garang itu telah membaham lembu Pak Uteh yang ditambat di tepi hutan itu.
11. Hujan lebat telah menyebabkan berlakunya banjir kilat.
12. Bulu kucing kesayangan Dolly itu sungguh lebat dan panjang.
13. Bapa saudara saya akan menebang sebatang pokok kelapa.
14. Guru disiplin sedang memarahi pelajar lelaki yang membuat bising.
15. Doktor yang berkaca mata tebal itu sedang menjalankan pembedahan.
16. Murid- murid sedang membersihkan kawasan sekolah.
17. Saya sedang membaiki kereta kesayangan ayah.
18. Dia memasukkan surat itu ke dalam sampul surat.
19. Ayah membaiki kereta yang rosak.
20. Saya sedang melipat baju.
21. Arnab ialah haiwan yang comel.
22. Awak belum menjelaskan yuran sekolah.

You might also like