Professional Documents
Culture Documents
11. Segala nasihat dan teguran daripada ibu bapa dan pembaca akhbar ini kami hargai dalam
usaha meningkatkan mutu pendidikan di negara kita.
Kami menghargai segala nasihat dan teguran daripada ibu bapa dan pembaca akhbar ini dalam
usaha meningkatkan mutu pendidikan di negara kita.
12. Dahan-dahan pokok yang menghalang laluan kenderaan berat itu dicantas oleh beberapa
orang pekerja Jabatan Kerja Raya.
Beberapa orang pekerja Jabatan Kerja Raya mencantas dahan-dahan pokok yang menghalang
laluan kenderaan berat itu.
13. Untuk membanteras kemiskinan dalam kalangan rakyat berbagai-bagai cara telah dilakukan
oleh kerajaan.
Kerajaan telah melakukan berbagai-bagai cara untuk membanteras kemiskinan dalam kalangan
rakyat.
14. Kadar faedah yang tinggi ditawarkan oleh syarikat itu kepada pelabur yang ingin melabur
dalam projek yang dijalankan itu.
Syarikat itu menawarkan kadar faedah yang tinggi kepada pelabur yang ingin melabur
15. Barang-barang perhiasan yang diperbuat daripada tembaga itu digilapnya sehingga berkilat.
Dia menggilap barang-barang perhiasan yang diperbuat daripada tembaga itu sehingga berkilat.
16. Orang ramai telah diperingatkan oleh pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri agar menjelaskan
cukai pendapatan bagi tahun taksiran 2007 dengan segera.
Pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri mengingatkan orang ramai agar menjelaskan cukai
pendapatan bagi tahun taksiran 2007 dengan segera.
17. Masyarakat diseru oleh kerajaan agar berganding bahu dengan mereka untuk menghapuskan
kegiatan cetak rompak .
Kerajaan menyeru masyarakat agar berganding bahu dengan mereka untuk menghapuskan
kegiatan cetak rompak .
18. Lagu-lagu kegemaran pendengar selalu disiarkan oleh juruhebah kesukaan ramai itu sehingga
rancangan yang dikendalikannya sering mendapat sambutan yang menggalakkan.
Juruhebah kesukaan ramai itu selalu menyiarkan lagu-lagu kegemaran pendengar sehingga
rancangan yang dikendalikannya sering mendapat sambutan yang menggalakkan.
19. Ahmad diisytiharkan oleh Canselor Universiti Teknologi Malaysia sebagai Graduan Terbaik
Fakulti Kejuruteraan.
Canselor Universiti Teknologi Malaysia mengisytiharkan Ahmad sebagai Graduan Terbaik
Fakulti Kejuruteraan.
20. Segala aduan dan rasa tidak puas hati peserta terhadap pengendalian pertandingan itu
dipandang sepi oleh jawatankuasa pertandingan wau itu.
Jawatankuasa pertandingan wau itu memandang sepi segala aduan dan rasa tidak puas hati
peserta terhadap pengendalian pertandingan itu.