You are on page 1of 6

SEKOLAH KEBANGSAAN NANGA LAWIH, SPAK

95700 BETONG, SARAWAK

KERTAS CADANGAN
KEJOHANAN ASAS PETANQUE
SEMPENA HARI KOKURIKULUM DI
SEKOLAH KEBANGSAAN NANGA LAWIH

TARIKH DICADANG:
20 SEPTEMBER 2019

BERTEMPAT DI:
GELANGGANG PETANQUE SEKOLAH KEBANGSAAN NANGA LAWIH
95700 BETONG, SARAWAK

DIANJURKAN OLEH:
KELAB PETANQUE SEKOLAH KEBANGSAAN NANGA LAWIH
1.0 PENDAHULUAN
Kejohanan ini diadakan bagi memberikan pendedahan kepada warga sekolah
berkenaan permainan Petanque yang sememangnya kurang menjadi pilihan orang
ramai ketika melakukan aktiviti riadah ataupun bersukan. Melalui pendedahan
sebegini, bakat-bakat baharu diharapkan dapat dicungkil dalam kalangan murid
seterusnya berusaha akan menjadikan mereka seorang atlet yang berjaya dalam
sukan ini kelak. Tambahan lagi, kejohanan ini diadakan juga untuk mengeratkan lagi
hubungan silaturahim antara para murid dengan warga sekolah.

2.0 NAMA PROGRAM


Kejohanan Asas Petanque

3.0 MOTTO
‘Serlahkan Bakatmu’

4.0 PENGANJUR
Kelab Petanque SK Nanga Lawih

5.0 TARIKH DAN MASA PERLAKSANAAN


20 September 2019

6.0 TEMPAT
Gelanggang Petanque SK Nanga Lawih

7.0 MATLAMAT
Matlamat utama kejohanan ini diadakan adalah untuk melahirkan insan yang
seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.

8.0 OBJEKTIF
Program ini bertujuan:
a) Untuk memberikan pendedahan kepada warga sekolah mengenai asas dan
kemahiran permainan Petanque.
b) Untuk mencungkil bakat baru dalam kalangan murid.
c) Untuk mendedahkan gaya hidup sihat dalam kalangan warga sekolah.

9.0 JUMLAH PESERTA YANG MENYERTAI KEJOHANAN INI


Bil Warga sekolah (orang) Jumlah
1.
1. Guru-guru =4 30 orang
2. Staf Sokongan = 4
3. Murid-murid = 22

10.0 ATURCARA / TENTATIF PROGRAM


MASA ATURCARA / CATATAN
TENTATIF
1330 - 1350 Pendaftaran para Dikendalikan oleh AJK Cenderamata, Sijil
peserta dan Pendaftaran
 Guru-guru
 Staf sokongan
 Murid-murid
1350 - 1400 Ketibaan hakim Ustaz Abu Bakar Bin Kidam dan Encik Ali
jemputan Borhan Bin Bohari
1400 - 1420 Taklimat ringkas Pengenalan kepada asas Petanque
berkenaan permainan  Cara membaling boule dan jack
Petanque oleh Encik  Cara mendapatkan mata
Ali  Cara mengukur kedudukan boule
daripada jack
1420 - 1425 Pembahagian Terdiri daripada 4 kumpulan (guru-guru, staf
kumpulan sokongan dan murid-murid) iaitu;
- Merah
- Hijau
- Biru
- Kuning
1430-1600 Permainan Petanque Sesi 1
dijalankan
1600-1615 Berehat Jamuan ringan diadakan
 Donut dan karipap
 Teh
1615-1800 Permainan diteruskan Sesi 2
1800-1815 Penutupan permainan Cenderamata akan diberikan kepada hakim
Petanque dan sesi jemputan iaitu, Ustaz Abu Bakar Bin Kidam
bergambar diadakan dan Encik Ali Borhan Bin Bohari

11.0 ANGGARAN PERBELANJAAN


Bil Perkara Unit Harga Jumlah Catatan
(RM)
Seunit
(RM)
1 Air Mineral 2 7.00 14.00 Mizon
2 Teh 1 3.00 3.00 Teh Lipton
3 Makanan 60 0.30 18.00
4 Kertas sijil 18 0.60 10.80
5 Cenderamata 1 20.00 40.00
Hamper (makanan ringan)
a. Johan 1 50 140.00
b. Naib Johan 1 40
c. Tempat ke- 3 1 30
d. Tempat ke- 4 1 20
JUMLAH: RM225.80

12.0 JAWATANKUASA INDUK / PELAKSANA


12.1 JAWATANKUASA INDUK
12.1.1 Penasihat: Guru Besar SK Nanga Lawih, Encik Dreman Anak Akat
12.1.2 Penyelaras: Encik Arween Sanjee Anak Ragai
12.1.3 Pengerusi: Felicia Ferada Anak Matthew
12.1.4 Naib Pengerusi: Easterina Olivya Anak Jilan
12.1.5 Setiausaha: Loretta Anak Ron
12.1.6 Bendahari: Eltherty Jata Anak Philip
12.2 JAWATANKUASA KERJA
12.2.1 Cenderemata, sijil dan pendaftaran: Angelen Luan Anak Enggang
Odylya Endu Anak Etam
12.2.2 Fotografi dan dokumentasi: Ayinna Senna Anak Melina
Vanida Anak Keliong
12.2.3 Peralatan: Jacklin Anak Ramli
Nomie Anak Unting
Jering Anak Belu
12.2.4 Makanan: Christina Lenti Anak Chandi
Orshilla Simba Anak Auther Ambau
12.2.5 Kebersihan: Evelyne Simba Anak Ugas
Feldarina Jerry
Batrece Sulah Anak Sanggin
12.2.6 Pengacara Majlis: Emelly Menty Anak Francis

12.3 BIDANG TUGAS MENGIKUT JAWATAN MASING-MASING


TUGAS BIDANG TUGAS
Pengerusi  Membentuk Jawatankuasa Pelaksana
 Mempengerusikan dan mengendalikan mesyuarat
Naib Pengerusi  Mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa sekiranya
Pengerusi tidak dapat menghadirkan diri semasa
mesyuarat berkenaan dengan mandat yang
diperuntukkan oleh Pengerusi.
 Mengawasi dan menentukan segala program atau
perancangan agar berjalan dengan lancar seperti yang
telah dirancangkan
Setiausaha  Menguruskan hal surat menyurat
 Menyelaras dan menyeliakan persiapan jawatankuasa
program
 Menyediakan bahan mesyuarat
 Menyediakan laporan
Bendahari  Menyediakan anggaran perbelanjaan
 Membeli bahan cenderamata
Cenderamata, Sijil dan  Menyediakan cenderamata kepada pihak jemputan
Pendaftaran  Menyediakan sijil penyertaan
 Menguruskan hal-hal pendaftaran
Fotografi Dan  Mengambil gambar sebelum, semasa dan selepas majlis
Dokumentasi  Menyediakan laporan akhir program.
Peralatan  Menyediakan peralatan yang digunakan dalam
permainan Petanque
Makanan  Merancang dan mengatur menu seperti yang telah
dibincangkan.
 Menganggar perbelanjaan makanan.
 Menghidangkan makanan dan minuman.
 Memastikan makanan yang disediakan mencukupi.
Kebersihan  Memastikan gelanggang bersih sebelum dan selepas
kejohanan.
Pengacara Majlis  Menyediakan teks / skrip pengacara majlis.
 Sentiasa bersedia dari masa ke semasa khususnya dari
segi kesihatan, ketepatan masa, penampilan diri, suara
dan maklumat yang berkaitan dengan majlis berkenaan
 Menyediakan pembantu pengacara majlis sekiranya
berlaku sesuatu kecemasan

13.0 PENUTUP
Semoga program ini mendapat kerjasama daripada semua pihak serta
mampu berjalan dengan lancar. Kejohanan ini diharapkan juga dapat menyerlahkan
bakat baru dalam diri murid terutamanya mereka yang lemah dalam bidang pelajaran.
Selain itu, program ini juga diharapkan dapat memberikan pendedahan dan kesedaran
kepada murid-murid mengenai permainan petanque dan memupuk minat mereka
dalam bidang sukan. Tambahan lagi, permainan ini juga merupakan satu aktiviti dalam
pengamalan gaya hidup sihat. Sekurang-kurangnya para murid dapat mengisi masa
lapang mereka dengan perkara yang lebih berfaedah serta memberi pengalaman
baharu dalam diri mereka.

‘SERLAHKAN BAKATMU’

Disediakan oleh, Disemak oleh:

........................................................... .........................................................
(FELICIA FERADA ANAK MATTHEW) (ENCIK ARWEEN ANAK RAGAI)
Pengerusi Kelab Petanque, Penyelaras Program,
SK Nanga Lawih Kejohanan Asas Petanque

Tarikh: Tarikh:
Diluluskan oleh:

.............................................................
(ENCIK DREMAN ANAK AKAT)
Guru Besar,
SK Nanga Lawih

Tarikh:

You might also like