You are on page 1of 2

Pokok Kari

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Pokok Kari atau nama saintifiknya Murraya Koenigii tergolong dalam Pokok Kari
keluarga Rutaceae.

Pokok Kari ialah sejenis pokok renek dengan ketinggian antara 0.9
hingga 6 meter. Ia sering ditanam di kawasan sekitar rumah untuk
kegunaan sebagai rempah dalam masakan terutamanya dalam masakan
kari. Daun kari mempunyai bau yang kuat dan mempunyai rasa agak
pahit.

Daun ini mempunyai banyak kegunaan bagi masyarakat India kerana ia


bukan sahaja digunakan dalam masakan kari, malah dalam masakan lain
seperti rasam, chutney , muruku dan sebagainya lagi. Berasal dari negara
India dan Sri Lanka tumbuhan ini akan hidup subur dalam zon tropika.

Tumbuhan ini agak lasak walaupun sebenarnya ia menyukai tanah yang


subur dan kaya dengan mineral. Bunganya kecil berwarna putih
kekuningan dan buahnya juga kecil berwarna hijau ketika muda dan ungu
setelah matang. Ia membiak melalui biji benih, keratan batang dan anak
yang tumbuh dari akarnya. Selain ditanam di halaman rumah kerana
daunnya ia juga ditanam sebagai tumbuhan hiasan.
Pengelasan saintifik
Galeri

Pokok kari Daun kari dekat Bunga pokok kari Buah pokok kari

Pautan luar
http://www.melur.com/myherba.asp?plant_id=78
Halaman Herba Gernot Katzer mengenai Pokok Kari (http://gernot-katzers-spice-pages.com/engl/Murr_koe.html?
spicenames=ms)
Kultur tumbuhan: Botani, sejarah, dan kegunaan Pokok Kari (http://www.plantcultures.org.uk/plants/curry_leaf_la
nding.html)
Senarai pokok
A-B-C-D-E-F-G-H-I-J-K-L-M-N-O-P-Q-R-S-T-U-V-W-X-Y
-Z

Diambil daripada "https://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Pokok_Kari&oldid=4399735"

Laman ini diubah buat kali terakhir pada 12:04, 2 Ogos 2018.

Teks disediakan dengan Lesen Creative Commons Pengiktirafan/Perkongsian Serupa; terma-terma tambahan
mungkin digunakan. Lihat Terma-Terma Penggunaan untuk butiran lanjut.

You might also like