You are on page 1of 10

PROPOSAL PENYELIDIKAN (SARJANA)

TAJUK CADANGAN:

PENGURUSAN KEWANGAN DI SEKOLAH RENDAH

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

PENYELIA CADANGAN

DR HASHIM BIN JUSOH

DISEDIAKAN OLEH

MOHD NIZAMUDIN BIN MOHD PAUZI


ISI KANDUNGAN

1.0 PENGENALAN

2.0 LATAR BELAKANG MASALAH KAJIAN

3.0 PERSOALAN KAJIAN

4.0 OBJEKTIF KAJIAN

5.0 KEPENTINGAN KAJIAN

6.0 SKOP KAJIAN

7.0 KAJIAN-KAJIAN LEPAS

8.0 METODOLOGI KAJIAN

9.0 PROSEDUR KAJIAN

10.0 RUJUKAN CADANGAN

11.0 PENUTUP
1.0 PENGENALAN

Bidang kewangan merupakan salah satu bidang pengurusan yang penting di sesebuah
organisasi seperti sekolah. Terdapat 4 jenis kumpulan kewangan yang diurus oleh pihak
sekolah iaitu Kumpulan Kewangan Kerajaan,Kumpulan Wang Awam ,Kumpulan Wang
Asrama dan Kumpulan Kewangan yang diurus melalui eSPKB dibawah terletak dibawah
seliaan Jabatan Akauntan Negara Malaysia. Kesemua kumpulan kewangan ini perlu diurus
dengan efektif bagi memastikan setiap sen peruntukan yang diterima sama ada dari pihak
kerajaan atau dari komuniti dibelanja dan diurus mengikut arahan perbendaharaan yang
ditetapkan dan pekeliling kewangan yang sedang berkuatkuasa. Kecekapan dalam pengurusan
kewangan ini merupakan intipati utama PPPM 2013-2025. Juteru, adalah menjadi KPI utama
pihak pengurusan sekolah untuk mencapai pengurusan berstatus cemerlang dalam pengurusan
kewangan untuk keempat kumpulan kewangan tersebut Bagi mencapai hasrat dan impian itu
semua pihak di sekolah ini perlu memahami dan menghayati KPI itu dan seterusnya menyusun
strategi yang sesuai bagi mencapai impian tersebut.

2.0 LATAR BELAKANG MASALAH KAJIAN

Menurut Surat Pekeliling Perbendaharaan Bil. 2 tahun 1996 Ketua Audit Negara
membangkitkan kelemahan-kelemahan pengurusan kewangan dan akaun dalam laporannya
setiap tahun. Kelemahan-kelemahan ini timbul kerana Arahan Perbendaharaan dan lain-lain
peraturan yang terkandung dalam Akta Prosedur kewangan 1957 (pindaan 1972), pekeliling-
pekeliling dan surat-surat Pekeliling Perbendaharaan tidak dipatuhi sepenuhnya. Walaupun
terdapat kemajuan, pematuhan kepada pekeliling ini masih tidak memuaskan. Namun
demikian ada sesetengah sekolah tidak dapat mengamalkan pengurusan kewangan dengan
baik. Ini disebabkan pihak sekolah tidak dapat mengagihkan sumber kewangan yang
diperuntukan oleh pihak kerajaan dengan baik. Oleh yang demikian kajian ini akan
membincangkan cara untuk menguruskan sumber kewangan sekolah dengan baik.
3.0 PERSOALAN KAJIAN

Masalah pengurusan kewangan sering berlaku di sekolah. Pengurus sekolah kurang memahami
akauntabiliti terhadap pengurusan kewangan yang melibatkan proses memperolehi,
mengagihkan, menggunakan dan mengawal sumber-sumber kewangan untuk menambahbaik
pengurusan kewangan sekolah serta mencapai matlamat yang ditetapkan dalam pengurusan
kewangan. Pengkaji merumuskan beberapa persoalan yang perlu dikaji berkenaan proses
kewangan yang berlaku di sekolah. Di antara persoalan utama yang akan dikaji adalah seperti
berikut:

(i). Apakah amalan pengurusan kewangan sekolah Guru Besar sekolah-sekolah kebangsaan
Kuala Lumpur berlandaskan tata cara pengurusan kewangan yang betul?

(ii). Apakah masalah-masalah yang dihadapi oleh Guru Besar sekolah- sekolah kebangsaan
Kuala Lumpur semasa mengurusan kewangan sekolah?

(iii). Apakah kelemahan-kelemahan yang dihadapi oleh Guru Besar sekolah sekolah
kebangsaan Kuala Lumpur dalam pengurusan kewangan berdasarkan laporan audit kewangan?

(iv). Bagaimanakah kaedah untuk mengatasi kelemahan-kelemahan pengurusan kewangan


sekolah yang dicadangkan oleh Guru Besar sekolah-sekolah kebangsaan Kuala Lumpur.
4.0 OBJEKTIF KAJIAN
Tujuan kajian ini adalah menyentuh tentang ilmu pengurusan kewangan yang patut dimahir
oleh setiap pemimpin dalam pengurusan organisasi sekolah mereka. Selain itu kajian ini juga
menekankan cara-cara yang patut diamalkan dalam pengurusan kewangan. Kajian ini juga
bertujan membantu pihak pentadbir sekolah serta para guru untuk mengetahui cara membuat
belanjawan secara sistematik supaya dapat mengelakkan belanja melebihi daripada
peruntukan sebenar. Melalui kajian ini pemimpin sekolah dapat mengamalkan pengurusan
kewangan dengan baik.

Objektif kajian ini antaranya ialah:

(i). Mengenalpasti sama ada amalan pengurusan kewangan sekolah Guru Besar sekolah-
sekolah kebangsaan di Kuala Lumpur berlandaskan tata cara pengurusan kewangan yang betul

(ii). Mengenal pasti masalah-masalah yang dihadapi oleh Guru Besar kebangsaan di Kuala
Lumpur semasa mengurusan kewangan sekolah

(iii). Mengenal pasti kelemahan-kelemahan yang dihadapi oleh Guru Besar sekolah-sekolah
kebangsaan kebangsaan di Kuala Lumpur dalam pengurusan kewangan berdasarkan laporan
audit kewangan

(iv). Mengenalpasti kaedah untuk mengatasi kelemahan-kelemahan pengurusan kewangan


sekolah yang dicadangkan oleh Guru Besar sekolah-sekolah kebangsaan kebangsaan di Kuala
Lumpur

5.0 KEPENTINGAN KAJIAN


Kajian ini dijalankan untuk mengetahui masalah yang dihadapi oleh pemimpin sekolah semasa
mengamalkan pengurusan kewanagan sekolah. Selain itu kepentingan kajian ini adalah untuk
membantu para pemimpin sekolah serta para guru supaya mereka dapat mengamalkan
pengurusan kewangan dengan baik.
6.0 SKOP KAJIAN

Kajian ini dilakukan ke atas Guru-guru Besar sekolah rendah kebangsaan di Kuala Lumpur .
Kajian ini dilakukan dengan meninjau dan mengenal pasti amalan pengurusan kewanagan
sekolah dan bagaimana guru besar menghadapi isu dan kelemahan, serta cadangan-cadangan
untuk mengatasinya.

Penyelidik telah memilih 5 buah Sekolah Kebangsaan dari Kuala Lumpur berdasarkan laporan
prestasi audit Sekolah Tahun 2018. Lima buah sekolah yang terpilih mencapai prestasi sijil
Audit berteguran Kurang memuaskan, Sijil Audit Memuaskan dan Sijil Audit Baik. Subjek
kajian ini terdiri daripada 5 orang Guru besar yang terpilih secara persampelan tidak rawak
dan dari 5 buah sekolah terpilih. Di samping itu, kajian ini juga terbatas mengkaji amalan
pengurusan kewangan sekolah sahaja manakala bidang lain tidak akan dibincangkan dalam
kajian ini.

7.0 KAJIAN-KAJIAN LEPAS

Secara Amnya, terdapat kajian yang telah dihasilkan oleh ahli-ahli akademik dan sarjana
mengenai budaya pengurusan kewangan di sekolah. Antaranya adalah kajian mengenal pasti
amalan pengurusan kewangan sekolah dalam kalangan pengetua dan guru besar. Kajian
mengenai pengurusan kewangan di sekolah rendah dan menengah di Malaysia oleh Shahril@
Charil bin Hj Marzuki (2005) ialah pengurusan kewangan di sekolah di Malaysia berkait rapat
dengan sistem lantikan pengetua dan guru besar.

Menurut Azizi Hj. Yahaya, Shahrin Hashim dan Yusof Boon (t.t) menekankan bahawa
pemimpin sekolah menghadapi masalah dalam mengamalkan pengurusan kewangan dengan
baik. Sistem perlantikan pengetua tidak berdasarkan latihan dan kepakaran. Mereka dilantik
tidak diberikan kursus, tetapi belajar mentadbir secara cuba jaya. Pengetua banyak bergantung
kepada kerani yang berpengalaman dalam hal-hal berkaitan dengan pengurusan kewanagn di
sekolah. Oleh sebab pengetua kurang berpengalaman, maka terdapat sekolah-sekolah ang tidak
menyediakan belanjawan sekolah.
Menurut pandangan Maszurla Adam (t.t) dalam (Reynolds et al,2001 dan Borman et al.2000)
mengatakan jika sesebuah sekolah ingin mencapai ke tahap kecemerlangan, pengurusan
kewangan perlu dilaksanakan dengan cekap dan berkesan kerana banyak kajian menemui
perkaitan yang rapat di antara kejayaan sesebuah sekolah dengan jumlah wang yang diurus dan
digunakan secara bijaksana.

8.0 METODOLOGI KAJIAN


Metode pengumpulan data ialah kaedah mengumpul maklumat secara terperinci yang
diketahui atau telah dikumpulkan mengenai sesuatu dan seterusnya dijadikan asas untuk
membuat kajian secara analisis atau kesimpulan.

Terdapat dua bentuk kaedah penyelidikan dalam kajian ini iaitu penyelidikan kualitatif dan
kuantitatif. Penyelidikan kuantitatif pula adalah data yang diperolehi dalam bentuk angka atau
bilangan dan dikumpulkan dengan menggunakan kaedah-kaedah yang tertentu. Penganalisisan
data kuantitatif selalunya dilakukan dengan menggunakan kaedah statistik. Data-data yang
diperolehi di kemukakan dalam bentuk carta dan jadual. Dalam usaha mengumpul data yang
diperlukan, pengkaji menggabungkan beberapa metode dengan melakukan dua bentuk
penyelidikan utama iaitu Kajian Perpustakaan (Library Research) dan Kajian Lapangan (Field
Research).

a) Kajian Perpustakaan (Library Research)

Penyelidikan perpustakaan merupakan satu teknik yang digunakan oleh seseorang penyelidik bagi
mendapatkan data dan bukti melalui kajian ke atas dokumen dan rekod.

b) Kajian Lapangan (Field Research)

Pengkaji mengunjungi tempat kajian untuk membuat pengamatan secara langsung dengan lebih
jelas mengenai objek penelitian.
9.0 PROSEDUR KAJIAN

Kajian yang dirancangkan mengambil masa lebih kurang 18 bulan iaitu pada keseluruhan
kajian dari awal perancangan hinggalah ke penulisan laporan. Ia dapat dilihat dalam jadual 1

FASA TEMPOH GERAK KERJA


Berbincang dengan penyelia
Membuat sorotan literature & menambah baiki
1 4 BULAN proposal
Membentang proposal
Menyiapkan bab 1
Mengenal pasti responden & informan kajian yang
terlibat
Menyerahkan bab 1 kepada penyelia
2 4 BULAN Merangka set soal selidik dan temu bual
Menyiapkan bab 2
Menjalankan kajian rintis bagi set soal selidik
yang disediakan
Menyerahkan bab 2 kepada penyelia
Menyiapkan bab 3
Membaiki set soal selidik
Menyerahkan bab 3 kepada penyelia
3 5 BULAN Mengedarkan soal selidik kepada responden
Mengadakan temu bual dengan informan
Menganalisis soal selidik
menyiapkan bab 4
Menyerahkan bab 4 dan menyiapkan bab 5
Menyerahkan bab 5
4 5 BULAN Mencetak draf pertama & membuat pembaikian
Menyerahkan draf kajian untuk pemeriksaan dan
membuat pembaikian terhadap hasil pemeriksaan
10.0 RUJUKAN CADANGAN

Maszurla Adam, and Azuraida Shahadan, and Muhammad Faizal A. Ghani, and Shahrll Charil
Hj. Marzuki, (2008) Keberkesanan Pengurusan Kewangan Ke arah Membangunkan Modal
Insan.

Shahril@Charil Hj Marzuki, (2005) Pengurusan Kewangan di Sekolah Rendah dan Menengah di


Malaysia: Isu, Masalah dan Cadangan untuk Mengatasinya.

Kementerian Pendidikan Malaysia, Bahagian Kewangan. (1999). Garis panduan perakaunan dan
kewangan sekolah. Kuala Lumpur: Percetakan Nasional,

Kerajaan Malaysia. (1957). Akta acara kewangan 1957. Kuala Lumpur: Percetakan Negara.

Kerajaan Malaysia. (1990). Arahan perbendaharaan, bab 8. Kuala Lumpur: Percetakan NasionaI.

Kerajaan Malaysia. (1996). Akta pendidikan 1996. Kuala Lumpur: Percetakan Nasional.

Shahril Marzuki (1993). Pengurusan kewangan sekolah yang cekap dan berkesan: Satu kajian kes.
Jurnal Pendidikan, 15,71-82.

Shahril Marzuki (1999). Kepimpinan pengetua yang berkesan dalam pengurusan kewangan
sekolah bagi menghadapi alafbaru. Masalah Pendidikan, 22,77-94.

Zaidatol Akmaliah Lope Pihie (2001). Pentadbiran pendidikan. Petaling Jaya, Selangor: Fajar
Bakti

11.0 PENUTUP
Sumber kewangan adalah nadi yang penting kepada sesebuah organisasi. Bagi menguruskan
sumber kewangan di sekolah. Pemimpin sekolah perlu mempunyai ilmu pengurusan kewangan
supaya pengurusan sekolah dapat dijalankan dengan baik. Peruntukan wang kerajaan juga
perlu ditambahkan supaya pentadbiran sekolah berjalan dengan lancar. Amalan Pengurusan
kewangan yang cekap dan teratur dalam organisasi pendidikan dapat menjadikan sesebuah
organisasi mencapai kecemerlangan.

You might also like