You are on page 1of 4

LAPORAN PROGRAM PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM TUNAS KADET

REMAJA SEKOLAH (TKRS) SEKOLAH KEBANGSAAN IBAN UNION 2017.

Pada 1 dan 2 November 2017 yang lalu, Sekolah Kebangsaan Iban Union
Selangau melalui unit kokurikulum telah mengadakan program perkhemahan unit
beruniform Tunas Kadet Remaja Sekolah (TKRS) bertempat di padang sekolah.
Perkhemahan ini telah dijalankan selama dua hari satu malam. Program ini
merupakan kemuncak bagi perancangan tahunan yang telah dirangka unit
kokurikulum sekolah.

Objektif utama program perkhemahan ini dijalankan adalah sebagai


melengkapkan takwim tahunan unit beruniform. Selain itu, perkhemahan ini juga bagi
memberi pendedahan kepada murid aktiviti diluar bilik darjah disamping memberi
mereka pengalaman yang berguna. Murid juga dikehendaki mengaplikasikan segala
ilmu yang telah dipelajari sepanjang interaksi minggu kokurikulum yang telah
dijalankan. Selain itu, program ini juga dapat memupuk semangat kerjasama dalam
pasukan, melahirkan sifat berani dan bertanggungjawab dalam diri setiap peserta
disamping sikap cinta akan alam sekitar.

Seramai 9 orang murid melibatkan tahun 4,5 dan 6 telah terpilih menyertai
perkhemahan ini. Peserta terdiri daripada 3 orang murid lelaki dan 6 orang murid
perempuan. Seramai 7 orang guru merangkap fasilitator dan jurulatih telah diberikan
amanah bagi memastikan kelancaran program perkhemahan ini disamping merangka
aktiviti dan memantau keselamatan murid sepanjang perkhemahan berlangsung.

Pelbagai aktiviti telah dijalankan sepanjang program perkhemahan


berlangsung. Program dimulakan dengan sesi taklimat keselamatan yang telah
disampaikan oleh Cikgu Farhan dan Cikgu Firdaus. Peserta seterusnya bergerak ke
tapak perkhemahan dan bekerjasama memacakkan kayu bagi tujuan membuat pagar
kawasan perkhemahan dipantau oleh Cikgu Firster. Peserta seterusnya dibahagikan
kepada tiga kumpulan dan kemudiannya mendirikan khemah bersama kumpulan
masing-masing.

Pada sebelah malamnya, pelbagai aktiviti lain dijalankan antaranya


memperkenalkan nama kumpulan dan gaya kumpulan, ice breaking bagi memupuk
keyakinan diri berhadapan dengan khalayak ramai dan pelbagai jenis permainan
dalaman yang melibatkan semangat berpasukan dalam sesebuah kumpulan.
Aktiviti kemuncak pada malam itu adalah ‘pengembaraan Si buta’. Dalam
aktiviti ini, murid akan berjalan dalam satu barisan panjang sambil memegang bahu
rakan dihadapan mereka. Mata mereka akan ditutup dengan kain dan mereka perlu
mendengar arahan fasilitator dengan teliti. Aktiviti ini amat mencabar fizikal dan mental
mereka kerana mereka terpaksa merempuh pelbagai halangan tanpa dapat melihat
disamping menguji tahap keberanian mereka. Nilai kesyukuran turut diterapkan
kepada mereka kerana telah dilahirkan sebagai manusia yang sempurna dan dapat
merasai sendiri bagaimana sekiranya nikmat pancaindera mereka ditarik. Aktiviti
berakhir pada waktu tengah Malam.

Aktiviti keesokkan paginya bermula dengan senaman pagi yang diketuai oleh
Cikgu Farhan. Setelah peserta membersihkan kawasn persekitaran khemah, aktiviti
ikatan tali dijalankan dikelolakan oleh Cikgu Firster. Beberapa jenis ikatan telah
didedahkan kepada murid dan seterusnya murid membuat amali di kawasan jeti
sungai. Beberapa orang fasilitator kemudiannya memeriksa ikatan tali yang
dihasilkan.

Pada pukul 10pagi, upacara penutupan program perkhemahan berlangsung.


Majlis penutupan telah disempurnakan oleh guru besar Sekolah Kebangsaan Iban
Union, Cikgu Nyuwak Anak Slan. Semua para peserta, fasilitator dan pentadbir
sekolah bergambar kenangan. Peserta kemudiannya memulakan aktiviti menurunkan
khemah dan mengemas kawasan perkhemahan. Program berakhir jam 12 tengah
hari.

Laporan disediakan oleh

...........................................

( Muhammad Naqiuddin Bin Ismail )


Guru penasihat, Tunas Kadet Remaja
Sekolah Kebangsaan Iban Union
Selangau.
Gambar Aktiviti Sepanjang Program Perkhemahan Berlangsung

Para peserta perkhemahan berkumpul Para peserta membersihkan kawasan


dan taklimat keselamatan diberi sebelum perkhemahan dan bekerjasama
perkhemahan bermula. memacakkan kayu bagi membuat pagar
kawasan perkhemahan.

Para peserta bersama mendirikan Sesi ‘ice breaking’ dijalankan untuk


khemah. Sebanyak 3 buah khemah telah mewujudkan sikap yakin diri dan berani
didirikan.

.Aktiviti ‘Pengembaran Si Buta’ dijalankan Aktiviti permainan kecil pada waktu


pada waktu malam. malam
Aktiviti pagi dimulakan dengan senaman Sesi mempelajari jenis-jenis ikatan
pagi diketuai oleh Cikgu Farhan disampaikan oleh Cikgu Firster.

Latihan ikatan tali bagi mengaplikasi jenis Upacara penangguhan program


ikatan tali yang telah peserta pelajari. perkhemahan bagi tahun 2017

Upacara penyampaian sijil bagi setiap Para peserta, jurulatih dan pentadbir
peserta. sekolah bergambar sebagai kenangan.

You might also like