You are on page 1of 4

Dewasa ini, perkhidmatan bimbingan dan kaunseling memainkan peranan

penting dalam agenda pendidikan negara terutamanya bagi mencapai matlamat


Falsafah Pendidikan Negara dan menyambut cabaran Wawasan 2020. Pada
semester 7 ini, saya berpeluang untuk mengikuti kursus Bimbingan dan
Kaunseling Kanak-kanak. Saya berasa bersyukur kerana saya mendapat banyak
pendedahan tentang mata pelajaran ini dan saya sedar bahawa segala ilmu
yang saya timba ini dapat membantu saya untuk menjadi seorang guru yang
cemerlang pada masa akan datang nanti.

Sebagaimana yang kita sedia maklum, guru merupakan profesion yang


bertanggungjawab untuk mendidik anak bangsa. Tugas dan cabaran untuk
menentukan halatuju sebenar negara ke peringkat yang lebih tinggi dan maju
melalui pencapian dalam sistem pendidikan dipikul oleh guru. Berdasarkan
kepada Shahril@ Charil Mazuki, Zainun Ishak, Lee Pau Ping Dr. Saedah Hj. Siraj
(1988), seorang guru yang cemerlang mempunyai ciri-ciri yang mulia, progresif
dan saintifik, ingin meningkatkan aspirasi kebangsaan, memastikan
perkembangan setiap individu dan mengekalkan perpaduan, demokratik,
progresif dan masyarakat yang berdisiplin. Selain itu, ciri-ciri seorang guru yang
cemerlang boleh dinilai daripada beberapa aspek yang lain. Antaranya termasuk
peribadi, pengetahuan dan kemahiran, hasil kerja, komunikasi dan potensi
seseorang guru. Pendek kata, guru yang cemerlang ialah guru yang berupaya
menjana idea baru dan berkongsi idea tersebut bagi meningkatkan mutu
pendidikan negara serta berupaya memberi buah fikiran yang boleh membantu
peningkatan kualiti pengajaran di sekolah dan institusi.

Sebelum ini, saya tidak mempunyai pendedahan yang banyak terhadap


peranan guru di sekolah. Setelah mengikuti kursus ini, saya sedar bahawa
peranan guru sebenarnya merangkumi banyak aspek. Sebagaimana yang saya
faham dalam topik 3 iaitu peranan guru sebagai guru pembimbing, seorang guru
pembimbing memainkan peranan sebagai seorang tutor dan pembimbing,
Umumnya, guru yang cemerlang adalah guru yang mempunyai sahsiah yang
terpuji, berketrampilan dan berpegang teguh kepada etika perguruan dan etika
perkhidmatan awam serta peka dan prihatin terhadap keperluan murid. Setahu
saya daripada kursus ini, untuk menjadi seorang tutor yang berkesan, guru
bimbingan perlu menyediakan iklim pembelajaran yang kondusif dan selesa,
mengorganisasi dan menguruskan aktiviti kelas dengan sistematik dan
mengambil kira perbezaan individu murid dalam kelas. Dengan menjalankan
tindakan seperti yang dinyatakan di atas, saya dapat membantu murid mengatasi
masalak akademik yang dihadapi. Memang tidak dapat dinafikan bahawa setiap
individu akan menghadapi kesulitan dan wujud konflik dalam jiwa pada bila-bila
masa sahaja. Seseorang murid itu mungkin rasa kecewa, tersingkir malahan
berasa bosan dalam kehidupan dan pelajaran. Jadi, sebagai seorang bakal guru,
saya hendaklah pandai mengesan masalah-masalah pelajar yang boleh
menjejaskan pencapaian akademik mereka. Sekiranya saya dapat
mengaplikasikan peranan-peranan yang dinyatakan dalam topik 3 ini, saya
percaya bahawa saya dapat menjurus ke arah mencapai salah satu ciri guru
yang cemerlang iaitu seorang guru yang prihatin terhadap keperluan murid dan
mematuhi etika perguruan di mana guru itu bersikap sensitif terhadap
persekitaran kerja dan alam sekeliling.

Antara pelbagai topik dalam kursus ini, saya amat tertarik dengan topik 4
iaitu teori-teori kaunseling. Terdapat banyak teori diperkenalkan dalam topik ini
dan setiap daripada teori tersebut adalah amat membantu saya yang berperanan
sebagai seorang bakal guru. Sebagai contohnya, teori modifikasi tingkah laku
dalam kaunseling tingkah laku. Setiap individu adalah berlainan dan tidak hairan
sekiranya murid-murid dalam kelas menampilkan sikap dan tingkah laku yang
berbagai-bagai jenis. Lantaran itu, saya rasa teknik modifikasi tingkah laku
sesuai dilaksanakan untuk menyelesaikan masalah tingkah laku murid-murid
dalam kelas. Dalam teknik modifikasi tingkah laku, pelbagai cara seperti
peneguhan positif, peneguhan negative, denda, ‘reverse psychology’, ‘shaping’,
‘token economy’, kontrak dan kawalan kendiri digunakan. Dalam konteks saya,
saya akan mengaplikasikan peneguhan positif kerana saya rasa cara ini amat
berkesan untuk memberi dorongan kepada pelajar supaya mereka mengekalkan
tingkah laku yang baik. Dalam situasi yang sebaliknya, saya perlu menggunakan
peneguhan negatif dan dendaan untuk berhadapan dengan pelajar yang
bertingkah laku masalah agar mereka menghentikan tingkah laku yang tidak
diingini. Tidak dapat dinafikan bahawa guru yang cemerlang merupakan
seseorang guru yang mampu mengenal pasti keperluan dan masalah
pembelajaran pelajar serta menyediakan program tindakan susulan. Maka,
dengan adanya ilmu pengetahuan yang saya timba dalam topik ini, saya
mempercayai saya berupaya memenuhi ciri seperti yang dinyatakan di atas dan
seterusnya menuju ke arah menjadi seorang guru yang cemerlang.

DI samping itu, saya mendapati bahawa topik 5 iaitu kemahiran asas


kaunseling sangat memanfaatkan saya agar saya berpotensi untuk menjadikan
seorang guru yang cemerlang. Saya telah belajar banyak kemahiran yang
diperlukan oleh seorang guru dalam topik ini. Antaranya termasuk kemahiran
membina hubungan dengan pelajar, kemahiran memberi perhatian, kemahiran
mendengar, kemahiran menyoal dan sebagainya. Sebagaiman yang kita tahu,
guru cemerlang ialah guru yang memiliki kemahiran komunikasi yang tinggi
secara ‘inter’ dan intra-personal’, serta berkemampuan menyampaikan idea dan
mesej dengan berkesan dalam pelbagai bentuk kemunikasi. Tanpa ada
penguasaan kemahiran mendengar dan menyoal yang baik, saya
berkemungkinan akan menyinggung perasaan pelajar dan menimbulkan
perasaannya yang tidak minat belajar, lebih-lebih lagi hal ini mungkin juga akan
mengakibatkan perasaan marah dan dengki pelajar terhadap saya. Maka, saya
akan menguasai kemahiran-kemahiran yang dinyatakan di atas dengan baik dan
mengaplikasikannya dalam proses pengajaran dan pembelajaran agar dapat
berkomunikasi dengan pelajar dalam keadaan yang menyenangkan dan selesa
bagi kedua-dua pihak. Saya sedar betapa pentingnya kemahiran-kemahiran ini
kepada saya untuk saya menjadi seorang guru yang dikatakan cemerlang.

Selain itu, tajuk yang berkaitan dengan nilai dan tanggungjawab kaunselor
dalam topik 5 telah memberi kesedaran kepada saya supaya saya dapat
mengamalkan nilai yang mulia dan melaksanakan tanggungjawab saya sebagai
seorang guru. Hal ini disebabkan seorang guru yang cemerlang merupakan guru
yang mempunyai sahsiah yang terpuji, berketrampilan dan berpegang teguh
kepada etika perguruan. Seseorang guru perlu tahu perkara-perkara yang boleh
dibuat dan perkara-perkara yang dilarang. Setelah didedahkan dengan ilmu
dalam topik ini, saya akan mengamalkan nilai dan sahsiah yang patut
ditampilkan oleh seorang guru dan cuba sedaya upaya saya untuk
melaksanakan tanggungjawab saya. Dengan ini, saya percaya saya mampu
mencapai hasrat untuk menjadi seorang guru yang cemerlang kelak nanti.

Memang tidak dapat dinafikan bahawa kursus bimbingan dan kaunseling


ini amat memanfaatkan saya. Walaupun sesetengah ilmu yang saya timba itu
adalah baru namum saya akan sentiasa mempraktikkannya. Bak kata pepatah,
“Alal bisa, tegal biasa.” Saya mempercayai suatu hari nanti saya pasti dapat
mengamalkannya dan seterusnya mengaplikasikan ilmu yang saya belajari
dalam sekolah dan memanfaatkan generasi yang akan datang. Saya berharap
agar hasrat untuk menjadi seorang guru yang cemrlang dapat tercapai nanti.

( 1004 patah perkataan )

You might also like