You are on page 1of 56

Hak cipta terpelihara 2019.

Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan semula,


disimpan untuk pengeluaran atau ditukarkan ke dalam sebarang bentuk atau dengan
sebarang alat juga pun, sama ada dengan cara elektronik, gambar serta rakaman dan
sebagainya tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik hak cipta.

Diterbitkan di Malaysia oleh:

PUSAT STRATEGI
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi
Selangor Darul Ehsan
Malaysia

Dicetak di Malaysia oleh:

UKM CETAK
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi
Selangor Darul Ehsan
Malaysia
Jawatankuasa Pemikir & Pembangunan
Pelan Strategik UKM 2019-2021

Abdul Wahid Omar Mohd Zaidi Omar


Mohd Hamdi Abd Shukor Fariza Md Sham
Mohd. Marzuki Mustafa Wan Zawiah Wan Zin
Mohd Ekhwan Toriman Razak Husin
Abdul Wahab Mohammad Ina Yasin
Othman A. Karim Norini Mohamad
Imran Ho Abdullah
Nor Ghani Md Nor
Ishak Yussof

Urus setia
Saidi Ismail
Zaimi Makhtar
Nor Saribon Ramli
Firli Amin Ismail
Zanudin Md. Daud
Hanafiah Omar
Suriani Shuhatdi
Ahmad Syakir Saad
Muhammad Amirul Abdul Razak

Penyunting
Ishak Yussof
Mohd Zaidi Omar
Fariza Md Sham
Wan Zawiah Wan Zin

Pereka Grafik
Barudin Baharin
KANDUNGAN
PERUTUSAN
• Menteri Pendidikan Malaysia, Pengerusi dan Naib Canselor UKM 1
PENGENALAN
……………………………………………………..… 4
TERAS 1 : PENYELIDIKAN
……………………………………………………..… 8
TERAS 2 : AKADEMIK
……………………………………………..………… 15
TERAS 3 : ANTARABANGSA
…………………………………………………..…… 24
TERAS 4 : BAKAT
………………………………………………..……… 31
TERAS 5 : KEWANGAN
………………………………………………..……… 38
BIBLIOGRAFI, PENGHARGAAN & SINGKATAN 46
……………………………………………..…………
PERUTUSAN

“Selari dengan visi kita iaitu untuk mengembalikan wibawa


universiti awam dan pengajian tinggi melalui peningkatan kualiti
dan penekanan nilai sebagai teras pendidikan, kita telah
menggariskan 4 hala tuju khusus bagi Universiti Awam dan
Pengajian Tinggi. Empat hala tuju tersebut ialah: (1) Kualiti, (2)
Autonomi, (3) Kolaborasi dan (4) Pengantarabangsaan.”

Sumber: Amanat Menteri Pendidikan Malaysia 2019

YB Dr. Maszlee Malik


Menteri Pendidikan Malaysia

“Untuk membolehkan kita mencapai wawasan untuk menjadi


universiti terkehadapan yang mendahului langkah masyarakat dan
zamannya, adalah penting semua warga UKM menerapkan dan
mengamalkan nilai-nilai teras UKM, iaitu Keserakanan, Akauntabiliti,
Merit, Inovasi dan Integriti (KAMII).”

YBhg. Tan Sri Abdul Wahid Omar


Pengerusi UKM

“Tema pilihan bagi ucapan Bicara Perdana Naib Canselor ialah “Kualiti Teras
Kebitaraan Universiti.” Justeru perkara utama yang sangat sentral dan akan mendasari
hala tuju UKM adalah aspek kualiti. Saya penuh yakin, kita tidak akan tersilap
sekiranya kita mendokong elemen kualiti terutama dari sudut penyelidikan, akademik
dan pengantarabangsaan.

Faktor terpenting yang akan menjayakan hasrat ini tidak lain dan
tidak bukan, adalah warga UKM sendiri. Oleh yang demikian,
usaha pembangunan dan penyerlahan bakat, baik dari peringkat
pengurusan, ahli akademik, para pegawai, staf sokongan dan
para pelajar, akan diberikan tumpuan khusus.”

Sumber: Perutusan Naib Canselor UKM Mac 2019

YBhg. Prof. Ir. Dr. Mohd Hamdi Abd Shukor


Naib Canselor UKM

PELAN STRATEGIK UKM 2019-2021 1


Falsafah
Paduan antara iman kepada Allah dengan ilmu yang bermanfaat serta gabungan antara teori
dengan amal adalah dasar utama bagi perkembangan ilmu, proses pembinaan masyarakat
terpelajar dan pembangunan Universiti.

Visi
UKM bertekad menjadi Universiti terkehadapan yang mendahului langkah masyarakat dan
zamannya bagi membentuk masyarakat dinamik, berilmu dan berakhlak mulia.

Misi
Menjadi Universiti terpilih yang memartabatkan Bahasa Melayu serta mensejagatkan ilmu
beracuan budaya kebangsaan.

Nilai
Keserakanan, Akauntabiliti, Merit, Inovatif dan Integriti

PELAN STRATEGIK UKM 2019-2021 2


NILAI UKM

PELAN STRATEGIK UKM 2019-2021 3


PENGENALAN

Sejak UKM ditubuhkan pada tahun 1970, perubahan landskap pendidikan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa
telah banyak mencorak perkembangan UKM. Perubahan sosioekonomi, globalisasi dan kehendak pihak berkepentingan
serta berhadapan dengan era Revolusi Industri ke-4 (4IR) menuntut UKM melihat kembali hala tuju serta mengolah
strategi yang sesuai untuk terus menjadi universiti yang relevan dan terkehadapan.

UKM perlu peka, sentiasa mengikuti perubahan dan perkembangan semasa, dan menjangkakan perubahan yang akan
berlaku pada masa akan datang. Tindakan awal perlu direncanakan untuk menjadikan UKM sebagai pilihan utama
masyarakat tempatan dan global. Aspek inilah yang dituntut dalam visi penubuhan UKM yang bertekad menjadi
Universiti terkehadapan yang mendahului langkah masyarakat dan zamannya dengan menjadikan inovasi sebagai
budaya dalam kalangan warganya. Bagi mencapai visi ini, warga UKM perlu melangkah sederap ke hadapan, seia dan
sekata.

PELAN STRATEGIK UKM 2019-2021 4


UKM perlu mengimbau kembali sejarah penubuhannya agar strategi yang direncanakan tidak tersasar daripada matlamat
asal. UKM ditubuhkan atas hasrat dan kehendak rakyat yang mahukan sebuah universiti “kebangsaan” diwujudkan di
negara ini. Oleh itu, warga UKM perlu sentiasa memastikan semangat kebangsaan dan hasrat rakyat terus dihayati dan
diperjuangkan.

Hasrat UKM untuk menjadi sebuah universiti yang “Mengilham Harapan, Mencipta Masa Depan” perlu diterjemahkan
melalui tindakan yang jelas untuk menghasilkan impak bermakna. Bersesuaian dengan hasrat ini, UKM menyusun lima
(5) Teras sebagai Pelan Strategik UKM 2019 - 2021.

PELAN STRATEGIK UKM 2019-2021 5


Pelan Strategik UKM 2019 - 2021 telah digubal dengan berasaskan pencapaian semasa UKM serta mengambil kira
sekitaran setempat dan global dengan pelbagai tuntutan dan realiti perubahan masyarakat. Sebelum Pelan Strategik UKM
digubal, beberapa pertemuan telah diadakan dengan staf akademik di fakulti dan institut, pengurusan dan profesional,
pelaksana serta pelajar. Tujuan pertemuan adalah untuk mendengar pandangan serta membincangkan isu-isu yang perlu
difokuskan serta diselesaikan. Setelah mendapat semua input hasil pertemuan tersebut, siri perbincangan bersama pihak
Pengurusan Tertinggi Universiti serta Pusat Strategi UKM diadakan bagi merangka draf awal Pelan Strategik UKM 2019-
2021. Setelah melalui siri perbincangan dalam merangka idea awal Pelan Strategik UKM, maka pada 10 April 2019 Pelan
Strategik UKM 2019-2021 telah dilancarkan secara rasminya dalam Program Bicara Perdana Naib Canselor UKM.

Pelan Strategik UKM 2019-2021 yang berkonsepkan House of Quality menggariskan lima (5) teras utama yang menjadi
paksi bagi melonjakkan lagi UKM di peringkat tempatan dan antarabangsa selaras dengan visi dan misi UKM yang
bertemakan “Kualiti Teras Kebitaraan Universiti.” Lima (5) teras tersebut ialah Penyelidikan, Akademik, Antarabangsa,
Bakat dan Kewangan. Lima (5) teras ini pula mengandungi 18 strategi yang menjadi fokus bagi mencapai kebitaraan UKM
dengan beberapa inisiatif yang telah dikenal pasti untuk kegemilangan UKM.

Pelan Strategik UKM 2019-2021 lahir daripada usaha berterusan pihak pengurusan tertinggi universiti dalam menetapkan
hala tujunya dalam tempoh tiga tahun ke hadapan. Pelan ini boleh dijadikan panduan oleh warga UKM dalam mencapai
matlamat kecemerlangan dalam kerangka Universiti Penyelidikan.

Jika diselusuri sejarah, UKM sentiasa melakukan perubahan dan penambahbaikan dalam menetapkan pelan strategik
dan hala tujunya dengan merujuk perubahan kepimpinan dan kesesuaian masa serta zamannya. Hal ini kerana UKM
yang bertekad untuk mendahului langkah masyarakat dan zamannya, pelan strategik sentiasa perlu disemak dari semasa
ke semasa. Pada tahun 2000, Pelan Strategik UKM 2000-2020 telah digubal dengan mengambil kira sekitaran setempat
dan global serta pelbagai tuntutan dan realiti alaf baharu. Semakan pertama Pelan Strategik UKM tersebut telah dilakukan
pada tahun 2006 dengan memberi tumpuan terhadap petunjuk prestasi bagi mencapai hasrat UKM menjadi Universiti
Penyelidikan seperti yang telah termaktub dalam Pelan Strategik Perspektif 2006-2010.

Pada tahun 2009, Pelan Transformasi UKM dilancarkan apabila UKM diiktiraf sebagai Universiti Penyelidikan di Malaysia.
Selari dengan pelaksanaan Rancangan Malaysia Ke-10 yang mengambil pendekatan berasaskan keberhasilan utama,
UKM telah melihat kembali dan mengolah strategi yang telah digubal sebelum ini dalam konteks bidang keberhasilan
yang utama bagi UKM.

Semasa sambutan penubuhan UKM pada tahun 2014, enam (6) Bidang Keberhasilan Strategik (KRA) UKM telah
diumumkan secara rasmi. Tiga (3) KRA yang pertama merupakan keberhasilan yang memberikan impak dan manfaat
kepada pihak berkepentingan seperti pelajar, sarjana, masyarakat, industri serta kerajaan. Tiga (3) KRA seterusnya
berkaitan dengan kecekapan pengoperasian, penjanaan serta infrastruktur yang akan menjadi pemangkin atau pemacu
yang menyokong pencapaian sasaran tiga (3) KRA yang pertama.

Pada bulan April 2015, Kementerian Pendidikan Malaysia telah melancarkan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
(Pendidikan Tinggi) atau PPPM (PT) 2015-2025 untuk meningkatkan dan memartabatkan sistem pendidikan tinggi
negara. Pelan ini merupakan hasil kajian semula Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN) 2007-2020 serta
kesinambungan daripada Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia atau PPPM 2013-2025 bagi peringkat Prasekolah
hingga Pendidikan Lepas Menengah. PPPM (PT) merangkumi sepuluh (10) lonjakan yang memberikan penekanan pada
keberhasilan utama bidang pendidikan negara. Empat (4) lonjakan yang pertama ialah keberhasilan yang berkaitan
dengan kualiti graduan, kecemerlangan akademik, memperkasakan TVET dan meningkatkan pembelajaran sepanjang
hayat.

PELAN STRATEGIK UKM 2019-2021 6


Enam (6) lonjakan seterusnya memfokuskan kepada pemboleh atau pemangkin ekosistem pendidikan tinggi yang
melibatkan pembiayaan, tadbir urus, inovasi, pembelajaran dalam talian, pengantarabangsaan dan penyampaian.
Semua 10 lonjakan dalam PPPM (PT) telah dipetakan secara langsung kepada enam (6) KRA UKM. Bagi mencapai
sasaran yang ditetapkan, UKM telah merangka beberapa inisiatif KRA dan pelan tindakan untuk dilaksanakan oleh pusat
tanggungjawab (PTj) yang bersesuaian dengan PPPM (PT).

Dalam usaha meningkatkan lagi kecemerlangan sebagai sebuah universiti yang menjuarai pelbagai bidang, UKM telah
menggerakkan 18 inisiatif strategik yang melibatkan semua KRA mulai tahun 2018. Inisiatif ini dijenamakan sebagai
TEKAD 18. Dengan mengambil kira perubahan semasa dan pucuk pimpinan pada tahun 2019, Pelan Strategik UKM
2014-2025 yang berasaskan enam (6) KRA telah disemak semula. Sehubungan dengan itu, Pelan strategik baharu yang
sesuai dengan situasi semasa dan fokus universiti, iaitu Pelan Strategik UKM 2019-2021 telah dibangunkan.

Kronologi dan kesinambungan dalam merangka Pelan Strategik UKM jelas menunjukkan bahawa fungsi asas sebuah
Universiti Penyelidikan sentiasa didokong dan menjadi hala tuju utama. UKM sebagai institusi pendidikan tinggi yang
memiliki penyelidik dan staf akademik yang mantap serta sokongan ekosistem yang kondusif mampu melonjakkan UKM
ke arah universiti yang lebih cemerlang dan berkualiti. Dalam konteks ini, inisiatif dan tindakan daripada warga UKM,
selain yang tercatat dalam Pelan Strategik, sangat dialu-alukan dalam menjayakan usaha ini.
TERAS
PENYELIDIKAN
TERAS 1 : PENYELIDIKAN
Penyelidikan Berkualiti dan Berimpak 1
PENGENALAN
Sebagai universiti penyelidikan yang mampu bersaing di peringkat antarabangsa, UKM telah menetapkan penyelidikan
sebagai teras utama dalam Pelan Strategiknya. Bagi tujuan ini, sarjana UKM perlu memastikan ketekalan kualiti
penyelidikan yang memberi manfaat kepada masyarakat dan diiktiraf oleh penyelidik di peringkat kebangsaan dan
antarabangsa. Tiga strategi utama digariskan ialah pemerkasaan penyelidikan berimpak dan terkehadapan, memberi
tumpuan dan galakan kepada para sarjana UKM untuk menerbit dalam penerbitan berkualiti dan berimpak tinggi, dan
menyokong sarjana UKM dalam urusan penyeliaan pelajar pascasiswazah dengan peruntukan dana khas penyeliaan.
Dalam merealisasikan hasrat ini, sasaran ditumpukan kepada usaha untuk mendapatkan geran daripada industri dan
antarabangsa, di samping pemerolehan geran-geran penyelidikan yang lazim. Kualiti dan impak penyelidikan pula dapat
ditingkatkan dengan menggerakkan penyelidikan bersifat multidisiplin dan gegar gamat.

PELAN STRATEGIK UKM 2019-2021 9


TERAS 1 : PENYELIDIKAN
Penyelidikan Berkualiti dan Berimpak

STRATEGI
Dalam Teras Penyelidikan, UKM telah menetapkan tiga (3) strategi utama bagi menghasilkan penyelidikan berkualiti dan
berimpak.
1
STRATEGI 1 :
Perkasa Penyelidikan Berimpak dan Terkehadapan

SASARAN
INISIATIF KETUA TINDAKAN PENERAJU
2019 2020 2021

Memfokuskan TNC 1. Menubuhkan Unit Geran Antarabangsa


kepada HEPI di CRIM
permohonan 2. Menambah baik garis panduan,
geran luar peraturan dan tatacara pengurusan
bukan projek luar (Pekeliling CRIM Bil. 1/2019:
konvensional Garis Panduan Pengurusan Projek
Dana Luar)
3. Mendapatkan potongan cukai dua (2)
RM40juta RM45juta RM50juta
kali bagi geran industri (Pekeliling CRIM
(Geran (Geran (Geran
Bil. 3/2019: Pengiktirafan CRIM sebagai
A/bangsa) A/bangsa) A/bangsa)
Institut Penyelidikan yang Diluluskan
mengikut Seksyen 34B Akta Cukai CRIM
Pendapatan 1967)
RM30juta RM35juta RM40juta
4. Membuat hebahan berkala mengenai
(Geran (Geran (Geran
maklumat dana luar dalam laman web
Industri) Industri) Industri)
5. Mengadakan sesi perkongsian dan
amalan terbaik dalam kalangan staf
akademik yang pernah menerima dana
luar
6. Menyediakan seed money kepada
penyelidik yang telah melepasi peringkat
tapisan terakhir sebelum mendapatkan
geran antarabangsa

Menggerakkan TNC 1. Menggalakkan staf akademik


penyelidikan HEPI menjalankan penyelidikan translasi yang 10 15 20
multidisiplin boleh memberi manfaat kepada (Penyelidi- (Penyelidi- (Penyelidi- IDEA-UKM
bidang sains masyarakat, kerajaan dan usahawan: kan Gegar kan Gegar kan Gegar
dan sains Gamat) Gamat) Gamat)
sosial  Mewujudkan Garis Panduan dan
pendekatan baharu penyelidikan 25 30 35
translasi (Produk (Produk (Produk PIK
 Mengenalpasti profil penyelidik UKM Pengko- Pengko- Pengko-
dan bidang kepakaran melalui Sistem mersialan) mersialan) mersialan)
Sarjana UKM
20 25 30
(Kertas (Kertas (Kertas CRIM
Polisi) Polisi) Polisi)

PELAN STRATEGIK UKM 2019-2021 11


2
STRATEGI 2 :
Penerbitan Berkualiti Berimpak Tinggi

SASARAN
INISIATIF KETUA TINDAKAN PENERAJU
2019 2020 2021

Insentif TNC 1. Menubuhkan Unit Lonjakan 4,000 4,200 4,400 CRIM


penerbitan HEPI Penerbitan, Penerbit UKM (makalah) (makalah) (makalah)
10% teratas Jurnal Jurnal Jurnal
2. Membangunkan garis panduan insentif
dan Q1 – Terindeks: Terindeks Terindeks
penerbitan bagi penghasilan jurnal Q1
Q4
– Q4
2,000 2,200 2,500
3. Mengenal pasti penulis prolifik untuk (makalah) (makalah) (makalah)
dilantik menjadi penceramah dan Jurnal Q1 – Jurnal Jurnal
berkongsi pengalaman menerbitkan Q4 Q1 – Q4 Q1 – Q4
dalam jurnal berkenaan
4. Menerbit bersama dengan penyelidik 1,200 1,400 1,600
tersohor yang dibawa ke UKM (makalah) (makalah) (makalah)
Jurnal Q1 & Jurnal Jurnal
5. Menyediakan maklumat tentang jurnal Q2 Q1 & Q2 Q1 & Q2
yang diindeks untuk bidang sains dan
sains sosial 40,000 45,000 50,000
Sitasi Sitasi Sitasi

300 325 350 PENERBIT


Buku Buku Buku UKM
Penyelidi-kan Penyelidi- Penyelidi-
kan kan

Penerbitan TNC 1. Mengenalpasti projek bersama


jurnal/buku HEJIM industri/komuniti
penyelidika
2. Mengadakan sesi perkongsian/bengkel
n bersama
penerbitan bersama
industri
industri/agensi/pemegang taruh *1 *3 *5 UCTC
/komuniti
*bilangan penerbitan buku oleh penerbit
tersohor

PELAN STRATEGIK UKM 2019-2021 12


3
STRATEGI 3 :
Peruntukan Penyelidikan kepada Penyelia Pascasiswazah

SASARAN
INISIATIF KETUA TINDAKAN PENERAJU
2019 2020 2021

Insentif TNC HEPI 1. Menyediakan Garis Panduan Tabung


penyelidikan Agihan Penyelidikan (TAP)
50% daripada
yuran 2. Mendaftarkan kod peruntukan dalam
pengajian SMPU dan UFASt berdasarkan jumlah
*1985 *2085 *2190
dipulangkan pelajar pascasiswazah
(Sarjana) (Sarjana) (Sarjana)
kepada
penyelia *Bilangan pelajar baharu CRIM
dalam bentuk
*465 *490 *515
geran
(PhD) (PhD) (PhD)
penyelidikan
untuk tujuan
penyelidikan
pelajar

PELAN STRATEGIK UKM 2019-2021 13


TERAS 1 : PENYELIDIKAN
Penyelidikan Berkualiti dan Berimpak

KESIMPULAN
Indikator pencapaian yang telah ditetapkan dalam Pelan Strategik UKM merupakan sasaran yang boleh dicapai dan diukur.
Sasaran bagi teras pertama ini berlandaskan data dan keupayaan warga UKM serta dengan hasrat agar penyelidikan UKM terus
terkehadapan untuk bersaing di peringkat antarabangsa. Misalnya, sasaran peningkatan tinggi dalam perolehan geran
penyelidikan dan penerbitan berimpak bakal meningkatkan daya saing UKM dalam teras penting ini.
TERAS
AKADEMIK
TERAS 2 : AKADEMIK
Pemerkasaan Pengajaran
dan Pembelajaran
2
PENGENALAN
Sesuai dengan peredaran masa, perubahan ekonomi, sosial dan masyarakat serta kehendak pihak berkepentingan, UKM
perlu peka dengan perubahan dan bertindak awal untuk memastikan UKM sentiasa relevan. Oleh itu, amat tepat sekali
apabila UKM meletakkan akademik sebagai teras kedua dengan penumpuan pada usaha pemerkasaan pengajaran dan
pembelajaran sebagai satu fokus penting . Bagi teras ini, tiga strategi telah menjadi sasaran utama, iaitu pemerkasaan
siswa-siswi UKM, pemerkasaan proses semakan kurikulum yang ditawarkan serta pelaksanaan proses maklum balas
pengajaran yang menyeluruh dan berkesan. Bagi merealisasikan strategi ini, pelbagai inisiatif, tindakan serta sasaran
telah digariskan dan dikenal pasti hasil maklum balas daripada warga UKM serta pelbagai pihak berkepentingan. Antara
inisiatif yang telah dikenal pasti ialah amalan pembelajaran aktif secara berkesan serta penyediaan bilik kuliah yang
kondusif bagi membantu proses pembelajaran berkenaan. UKM juga akan memastikan semakan program dijalankan
dengan teliti bagi menjamin kualiti program adalah tinggi dan terus relevan. Oleh itu, UKM menyasarkan semakan
program melibatkan penilai luar antarabangsa dari universiti ternama yang berpengalaman dalam aspek pengurusan
program akademik.

PELAN STRATEGIK UKM 2019-2021 16


TERAS 2 : AKADEMIK
Pemerkasaan Pengajaran dan Pembelajaran

STRATEGI
Dalam Teras Akademik, UKM telah menetapkan 3 strategi utama bagi memperkasakan pengajaran dan pembelajaran.
4
STRATEGI 4 :
Perkasa Siswa-siswi

SASARAN
INISIATIF KETUA TINDAKAN PENERAJU
2019 2020 2021

Pembelajaran TNC 1. Melahirkan pensyarah yang 10% 25% 50% PENGA-


aktif HEAA mengamalkan pembelajaran aktif JARAN
UKM
2. Melahirkan pensyarah yang diiktiraf 2 3 5
dalam pembelajaran aktif di peringkat
kebangsaan/antarabangsa

Reka bentuk TNC Menyediakan bilik kuliah untuk 26 *30 *40 PENGA-
baharu bilik HEAA pembelajaran aktif JARAN
kuliah *kumulatif UKM

Penguasaan TNC Pendekatan CLIL (content and language


Bahasa HEAA integration) dan coaching diperkenalkan 1 3
Inggeris dalam kursus Program Pengajian kursus kursus
*13 CITRA UKM
*Satu kursus setiap fakulti setiap setiap
program Program

Melaksanakan ujian Praintervensi &


Pascaintervensi kepada pelajar
• Pelaksanaan ujian Praintervensi
kepada pelajar pada Semester 1,
Sesi 2019/2020. - *50% *80% CITRA UKM

*Peratus kenaikan satu aras dalam ujian


pascaintervensi)

PELAN STRATEGIK UKM 2019-2021 18


4
STRATEGI 4 :
Perkasa Siswa-siswi

SASARAN
INISIATIF KETUA TINDAKAN PENERAJU
2019 2020 2021

Penguasaan TNC 1. Meningkatkan program mobiliti ke luar 120 130 140


Bahasa HEPA negara yang menggunakan Bahasa
Inggeris Inggeris sepenuhnya

2. Meningkatkan penglibatan pelajar di 50 60 70


dalam aktiviti pengucapan awam dan
aktiviti lain yang sesuai menggunakan
Bahasa Inggeris
HEP-UKM
3. Meningkatkan penggunaan Bahasa 25 35 45
Inggeris dalam sesi Bicara Tuntas

4. Mengadakan kelas/program Bahasa *20 *30 *40


Inggeris di Kolej yang menyasarkan
pelajar yang memperoleh MUET band
2 dan ke bawah
*pelajar per kolej

Memastikan TNC 1. Mengemas kini pangkalan data tempat


tempat latihan HEJIM latihan industri (SLAI)
industri yang 2. Meningkatkan kerjasama dan
terbaik dan keterlibatan dengan pihak industri /
efektif alumni
3. Memberikan galakan kepada pelajar
untuk ke pogram sangkutan mulai
tahun 1 *3 *5 *7 PHI
4. Mengadakan perkongsian amalan
terbaik latihan industri
5. Menggunakan platform digital yang
disediakan oleh pihak Industri seperti
TiGREss dan Xremo
*program sangkutan berstruktur dengan
industri

Memperkasa- TNC 1. Meningkatkan program pertukaran


kan program HEJIM pelajar
mobiliti 2. Meningkatkan kolaborasi dengan UKM
*300 *350 *450
outbound universiti tersohor di luar negara GLOBAL
berkualiti *bilangan pelajar outbound setiap tahun

PELAN STRATEGIK UKM 2019-2021 19


4
STRATEGI 4 :
Perkasa Siswa-siswi

SASARAN
INISIATIF KETUA TINDAKAN PENERAJU
2019 2020 2021

Meningkatkan TNC Memastikan kebolehpasaran graduan UKM melalui:


kebolehpasaran HEJIM UKM
siswa-siswi UKM • penganjuran Finishing School di fakulti KARIER
melalui • pelaksanaan profil kerjaya dan program
pelaksanaan intervensi di fakulti
program *83% *85% *90%
perkembangan TNC • Keterlibatan alumni dalam perkongsian maklumat ALUMNI-
kerjaya pelajar HEPA dan pengalaman kerjaya UKM
terkini
*SKPG KPM & alumni

Memperkasa- TNC Memastikan graduan menjadi usahawan selepas *5% *7% *10% UKM
kan program HEAA menamatkan pengajian CESMED
keusahawanan
*SKPG KPM & alumni

PELAN STRATEGIK UKM 2019-2021 20


4
STRATEGI 4 :
Perkasa Siswa-siswi

SASARAN
INISIATIF KETUA TINDAKAN PENERAJU
2019 2020 2021

Memperkasa- TNC 1. Melahirkan atlet dalam kalangan pelajar UKM yang 10 12 14


kan Kokurikulum HEPA mewakili negara ke peringkat antarabangsa

2. Melahirkan penerima anugerah sukan dalam - 1 2


kalangan pelajar di peringkat kebangsaan / PUSAT
antarabangsa SUKAN

3. Mengenal pasti sukan sasaran juara bagi UKM 1 1 1


Bola Golf Ping
Sepak Pong

4. Melahirkan pelajar yang mahir dalam aktiviti 3 5 10 HEP-UKM


pengucapan awam dalam pelbagai bahasa untuk
mewakili Universiti di peringkat kebangsaan dan
antarabangsa (contoh: debat, pidato, mooting dan
lain-lain)
1 2 3 KESATRIA-
5. Menghasilkan terbitan buku karya pelajar berkaitan UKM
dengan kebudayaan dan kesenian
80% 90% 100%
6. Meningkatkan penglibatan pelajar dalam badan
beruniform
4
STRATEGI 4 :
Perkasa Siswa-siswi

SASARAN
INISIATIF KETUA TINDAKAN PENERAJU
2019 2020 2021
Memberdaya- Proses pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar 70% 80% 90% HEP-UKM
kan (MPP) diuruskan sepenuhnya oleh pelajar
kepimpinan
pelajar

Menganjurkan aktiviti berimpak oleh pelajar


*300 *320 *340 HEP-UKM
*Bilangan program
TNC
HEPA
Melahirkan penerima anugerah kepimpinan 5 7 8 HEP-UKM
pelajar di peringkat kebangsaan /
antarabangsa (cth: Tokoh Siswa
Kebangsaan)

Melibatkan pelajar dalam program


kepimpinan peringkat antarabangsa (cth: 30 40 50 HEP-UKM
Australia Young Leadership Forum)

Melibatkan pelajar dalam International


150 160 170 HEP-UKM
Academic Society (cth: Golden Key)

5
STRATEGI 5 :
Perkasa Semakan Kurikulum

SASARAN
INISIATIF KETUA TINDAKAN PENERAJU
2019 2020 2021

Melantik TNC Melibatkan penilai luar antarabangsa yang - *25% *50% KUALITI
penilai luar HEAA berpengalaman dalam pengurusan program UKM
yang akademik dan dari universiti ternama dalam
berwibawa semakan program
*Peratusan semakan program yang
melibatkan penilai luar antarabangsa

PELAN STRATEGIK UKM 2019-2021 22


6
STRATEGI 6 :
Proses Maklum Balas Pengajaran Menyeluruh

SASARAN
INISIATIF KETUA TINDAKAN PENERAJU
2019 2020 2021

Penilaian kualiti TNC Menambahbaik sistem penilaian kualiti


pengajaran HEAA pengajaran melibatkan 3 Penjuru (Ahli - 20% 50% PENGAJARAN
menyeluruh: Pengurusan PTJ, Keserakanan, Pelajar) UKM
• Ahli *peratus pensyarah (yang dinilai) terlibat
Pengurusan dalam proses penilaian
PTJ
• Keserakanan
• SPPP

TERAS 2 : AKADEMIK
Pemerkasaan Pengajaran dan Pembelajaran

KESIMPULAN
Dalam usaha pemerkasaan pengajaran dan pembelajaran di UKM, sudah tentu kualiti tenaga pengajar serta infrastruktur di UKM
turut perlu dipertingkatkan. Dalam hal ini, amat bertepatan sekali apabila UKM menyasarkan peningkatan pensyarah pakar dan
juara dalam pembelajaran aktif. Bagi tujuan ini, peruntukan kewangan yang banyak telah disediakan bagi menghasilkan bilik
kuliah dengan reka bentuk baharu yang kondusif untuk pelaksanaan pembelajaran aktif ini. Sasaran lain juga telah ditetapkan
dengan teliti, antara lain seperti peningkatan peratus kebolehpasaran graduan UKM serta peningkatan bilangan pelajar yang
menerima anugerah di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. UKM mengharapkan agar semua usaha ini berjaya
memperkasakan pengajaran dan pembelajaran di UKM.
TERAS
ANTARABANGSA
TERAS 3 : ANTARABANGSA

PENGENALAN
Pengantarabangsaan UKM 3
Selaras dengan peredaran masa, UKM sebagai sebuah institusi yang mempunyai teras nilai kebangsaan seharusnya
berupaya untuk menyerlah di peringkat global. Rentetan itu, usaha berkaitan dengan pengantarabangsaan perlu
dipertingkatkan. Untuk membantu meningkatkan kualiti aktiviti penyelidikan dan pengajaran, badan penasihat
antarabangsa perlu diwujudkan. Usaha ini akan diperkukuh dengan melantik profesor tersohor di peringkat antarabangsa
yang dapat membantu para penyelidik dan pensyarah untuk menghasilkan output penyelidikan yang bermutu dan
berimpak tinggi. Dalam masa yang sama, UKM juga perlu memperkukuh jaringan dengan universiti ternama di dunia
untuk mendapat manfaat yang lebih meluas. Di samping itu, langkah-langkah yang lebih strategik perlu dilakukan untuk
mempromosi program pengajian yang ditawarkan untuk menarik lebih banyak pelajar antarabangsa ke UKM, sama ada di
peringkat ijazah pertama mahupun di peringkat pascasiswazah.

PELAN STRATEGIK UKM 2019-2021 25


TERAS 3 : ANTARABANGSA
Pengantarabangsaan UKM

STRATEGI
Dalam Teras Antarabangsa, UKM telah menetapkan 4 strategi utama untuk menyerlahkan UKM di peringkat global.
7
STRATEGI 7 :
Melantik Badan Penasihat Antarabangsa

SASARAN
INISIATIF KETUA TINDAKAN PENERAJU
2019 2020 2021

Melantik TNC 1. Meneliti skim / TOR badan penasihat - 6 orang 6 orang STRATEGI-
badan HEJIM 2. Mengenal pasti senarai penasihat dan UKM
penasihat mengadakan kunjungan / meyakinkan
antarabangsa penasihat untuk bersama UKM (tempoh
lantikan 3 tahun)

8
STRATEGI 8 :
Lantik Profesor Antarabangsa Tersohor

SASARAN
INISIATIF KETUA TINDAKAN PENERAJU
2019 2020 2021

Melantik TNC 1. Menyediakan TOR untuk menjadi


profesor HEPI mentor. (Dinyatakan dengan jelas
tersohor tentang tugas untuk membantu dalam
peringkat penerimaan geran dan penulisan jurnal
antarabangsa home-run)
2. Memudah cara pelantikan profesor
*26 *24 **50 CRIM
tersohor yang dapat membantu dalam
melonjakkan penerbitan home-run dan
geran antarabangsa

*Bilangan lantikan profesor tersohor baharu


**Kumulatif

Scholar TNC Melantik Profesor Adjung / Pelawat 50 50 50 PHI


Exchange HEJIM antarabangsa

PELAN STRATEGIK UKM 2019-2021 27


9
STRATEGI 9 :
Tingkat Kemasukan Pelajar Antarabangsa

SASARAN
INISIATIF KETUA TINDAKAN PENERAJU
2019 2020 2021

Meningkatkan TNC Meningkatkan jumlah kemasukan PPD


jumlah HEPI dari luar negara
kemasukan
Penyelidik 1. Memberikan geran penyelidikan
Pasca kepada pelajar berkualiti di dalam dan
Doktoral di luar negara yang tiada penaja
(PPD) 2. Memberikan ganjaran penerbitan bagi
berkualiti dari PPD yang berjaya menerbitkan jurnal 25 30 40 CRIM
luar negara melebihi KPI penerbitan yang
ditetapkan
3. Memberikan ganjaran berbentuk
projek penyelidikan kepada PPD yang
berjaya membawa masuk PPD
berkualiti ke UKM

Peningkatan TNC Meningkatkan jumlah pelajar mobiliti


jumlah pelajar HEJIM inbound
mobiliti
inbound 1. Kolaborasi strategik dalam program
pertukaran pelajar di bawah pertubuhan UKM
400 450 600
antarabangsa dan universiti rakan GLOBAL
2. Sokongan perkhidmatan dan aktiviti
bagi pelajar antarabangsa

Alumni TNC Melantik ikatan/persatuan alumni UKM


sebagai ejen *1 *3 *5 PUSAT
HEAA sebagai wakil rasmi UKM dalam aktiviti
kemasukan SISWAZAH
promosi pelajar antarabangsa.
pelajar *Bilangan persatuan alumni
antarabangsa

Insentif TNC Menyediakan garis panduan pemberian 100% - - PUSAT


pelajar HEAA insentif kepada pelajar semasa yang SISWAZAH
membawa membawa pelajar antarabangsa baharu
pelajar
baharu

Pengambilan TNC HEAA Melatih staf untuk memudah cara


pelajar pengurusan pelajar antarabangsa/
baharu pengurusan perhubungan pelanggan/
komunikasi silang budaya/ Bahasa Inggeris
dan lain-lain *4,500 *5,000 *5,500 PKP

Pengambilan pelajar antarabangsa


*sasaran pelajar antarabangsa

PELAN STRATEGIK UKM 2019-2021 28


9
STRATEGI 9 :
Tingkat Kemasukan Pelajar Antarabangsa

SASARAN
INISIATIF KETUA TINDAKAN PENERAJU
2019 2020 2021

Tambah baik TNC HEAA 1. Meningkatkan Pengambilan Pelajar *80% 90% 95% PUSAT
proses • Mod Kerja Kursus: Keputusan SISWAZAH
pengambilan penerimaan/penolakan dalam
pelajar tempoh sepuluh (10) hari bekerja
bagi permohonan calon baharu
pelajar pascasiswazah yang
lengkap
• Mod Penyelidikan: Keputusan
penerimaan/penolakan dalam
tempoh satu (1) bulan bagi
permohonan calon baharu pelajar
pascasiswazah yang lengkap

*permohonan selepas September


2019

2. Menguruskan visa dengan lebih *80% *90% *100 AKADEMIK


cekap dan mengikut tempoh masa UKM
yang ditetapkan.
*Peratusan penghantaran dokumentasi
lengkap ke imigresen mengikut tempoh

Tambah baik TNC Menambah baik dan menaik taraf 3 *6 *9 PUSAT


prasarana HEPA kemudahan di blok penginapan pelajar PERUMA-
kolej *Kumulatif HAN
PELAJAR

Perluas TNC Mempromosi UKM dengan kerjasama 1 2 4 ALUMNI-


jaringan HEPA semua jaringan alumni di luar negara (majlis (Persatua (Persatuan UKM
dengan ikatan n alumni alumni
alumni alumni antara- antara-
antara- Indonesia) bangsa) bangsa)
bangsa

PELAN STRATEGIK UKM 2019-2021 29


10
STRATEGI 10 :
Perkukuh Jaringan dengan Universiti Tersohor

SASARAN
INISIATIF KETUA TINDAKAN PENERAJU
2019 2020 2021

Meningkatkan TNC HEPI 1. Memperkukuhkan kerjasama dua hala


bilangan menerusi pemeteraian memorandum
jaringan persefahaman (MoU) dan
Universiti memorandum perjanjian (MoA) dalam
tersohor luar penyelidikan dengan aktiviti yang jelas
negara 2. Mengadakan jaringan antarabangsa
dengan 50 institusi terbaik luar negara
3. Mengadakan jaringan kerjasama
strategik dengan pelbagai rakan
kongsi serta penyertaan yang aktif
dalam rangkaian global dan persatuan
*50 *60 *80 CRIM
antarabangsa
4. Mengekalkan hubungan kerjasama
penyelidikan dan penerbitan dalam
kalangan penyelidik pasca doktoral
yang membuat sangkutan dengan
Universiti tersohor dan pensyarah
yang bergraduat dari universiti
tersohor

*Bilangan jaringan universiti tersohor luar


negara

TERAS 3 : ANTARABANGSA
Pengantarabangsaan UKM

KESIMPULAN
Elemen pengantarabangsaan menjadi semakin penting dalam era globalisasi, khususnya dalam konteks penarafan dan
kecemerlangan universiti. Pandangan tokoh ternama dunia dalam sektor industri dan akademik perlu diambil kira. Pelan Strategik
UKM (2019-2021) menyasarkan lantikan enam orang tokoh bertaraf dunia untuk menganggotai badan penasihat yang bakal
diwujudkan. Di samping itu, setiap fakulti/institut akan melantik sekurang-kurangnya dua (2) orang profesor tersohor di dunia
untuk bekerjasama dengan ahli masing-masing. Usaha ini diharapkan dapat memperkukuh jaringan dengan universiti ternama di
dunia, sekali gus dapat meningkatkan dana penyelidikan antarabangsa. Usaha pengantarabangsaan juga akan turut menyaksikan
peningkatan ketara dalam kemasukan jumlah pelajar antarabangsa ke UKM.

PELAN STRATEGIK UKM 2019-2021 30


TERAS
BAKAT
TERAS 4 : BAKAT

PENGENALAN
Penyerlahan bakat 4
Kecemerlangan dan kualiti sesebuah universiti bergantung pada kualiti warganya seperti staf akademik, pengurusan dan
profesional serta staf pelaksana yang dimilikinya. Peningkatan kualiti staf pula berhubung rapat dengan bakat dan potensi
staf yang berjaya dipupuk, disuburkan dan dicorakkan dalam budaya integriti, intelektual dan profesional. Setiap individu
memiliki keistimewaan yang tersendiri dan bakat semula jadi yang boleh digunakan oleh staf tersebut untuk meningkatkan
kreativiti dan inovasi dalam menjalankan tugas mereka. Kepelbagaian bakat dan potensi perlu diraikan dan dihormati oleh
universiti agar tiada staf yang berasa terpinggir, sebaliknya semangat keserakanan dan kerjasama berjaya
dibudayakan.Gabung jalin antara bakat, kompetensi, nilai dan etika dalam kalangan staf menjadi paksi kepada
kecemerlangan dan kualiti, seterusnya melonjakkan universiti di pentas antarabangsa. Teras ini telah menggariskan
empat (4) strategi utama untuk penyerlahan bakat, iaitu memperkasakan pensyarah baharu, memperkasakan peranan
kumpulan Pengurusan dan Profesional, laluan kerjaya bagi kumpulan pelaksana, dan melahirkan staf yang kreatif dan
inovatif. Setiap strategi tersebut mempunyai beberapa inisiatif dan sasaran pencapaian yang telah ditetapkan.

PELAN STRATEGIK UKM 2019-2021 32


TERAS 4 : BAKAT
Penyerlahan bakat

STRATEGI
Dalam Teras Bakat, UKM telah menetapkan 4 strategi utama bagi melahirkan bakat yang cemerlang.
11
STRATEGI 11 :
Perkasa Pensyarah Baharu

SASARAN
INISIATIF KETUA TINDAKAN PENERAJU
2019 2020 2021

Pemprofilan PENDAF- Menggunakan instrumen Inventori


berdasarkan TAR Penilaian Holistik (IPH) dan Alat Penilaian
kecenderu- Psikometrik Kakitangan Akademik 100% 100% 100% PROFESIONAL
ngan dan (APPiKA) bagi Pensyarah Baharu -UKM
keupayaan
(cth:
Pentadbiran,
Penyelidikan
&
Pengajaran)

Latihan formal TNC Memastikan pensyarah baharu (dalam


pengajaran HEAA tempoh percubaan) lulus latihan formal - 100% 100% PENGAJARAN
(cth: diploma pengajaran (Sijil Pengajaran Profesional) UKM
lanjutan
pengajaran)

Memudah PENDAF Menetapkan syarat kemasukan yang


cara -TAR lebih fleksibel sesuai dengan keperluan
pengambilan bidang kritikal *50% *75% *100% BSM
tenaga/ *peratusan lantikan tenaga
pensyarah/ pensyarah/pakar berdasarkan unjuran
pakar (cth: PTJ
HCTM, FGG)

Hubungan TNC 1. Menggalakkan sangkutan penyelidik *3 *5 *10 BSM


kerjasama HEPI pasca doktoral di universiti tersohor
dengan atau universiti yang menganugerahkan
universiti PhD kepada pensyarah
tersohor *bilangan PPD

2. Menggalakkan bilangan staf akademik 80 100 120 CRIM


mengikuti program sabatikal /
penyelidikan / kursus / latihan jangka
pendek (sekurang-kurangnya 2 minggu
atau 14 hari) di luar negara.

PELAN STRATEGIK UKM 2019-2021 34


12
STRATEGI 12 :
Memperkasa Peranan Kumpulan Pengurusan
dan Profesional

SASARAN
INISIATIF KETUA TINDAKAN PENERAJU
2019 2020 2021

Program PENDAF- Melaksanakan sangkutan kohort pertama


sangkutan TAR (Menyemak semula kriteria kenaikan *5 *5 *5 PROFESIONAL
industri dalam pangkat) -UKM
dan luar *bilangan staf
negara
TNC Mengenal pasti industri tersohor *3 *5 *7 PHI
HEJIM (GLC/MNC) di dalam dan di luar negara
bagi program sangkutan
*bilangan industri

Program PENDAF- Melaksanakan program latihan berfokus


latihan TAR secara berperingkat mengikut skim dan *30% *50% *80% PROFESIONAL
berfokus gred. -UKM
(Memurnikan set kompetensi mengikut
gred dan skim)
*peratusan daripada setiap kelompok skim
dan gred

Mengetuai PENDAF Melahirkan staf kumpulan Pengurusan *6 *14 *15 BSM


pusat -TAR dan Profesional untuk mengetuai PTj
perkhidmatan terpilih
terpilih *bilangan staf

Mendapat- TNC Melahirkan staf kumpulan Pengurusan


kan geran HEPI dan Profesional untuk mengetuai Geran *12 *18 *24 BSM
penyelidikan Penyelidikan
(Mengenal pasti kumpulan Pengurusan
dan Profesional yang berupaya terlibat
dalam projek penyelidikan bersama staf
akademik)
*bilangan staf

PELAN STRATEGIK UKM 2019-2021 35


13
STRATEGI 13 :
Laluan Kerjaya bagi Kumpulan Pelaksana

SASARAN
INISIATIF KETUA TINDAKAN PENERAJU
2019 2020 2021
Skim PENDAF- Penambahbaikan pelaksanaan skim
perkhidmatan TAR perkhidmatan Time-Based di kalangan *24 *30 *35 BSM
Time-Based kakitangan yang layak
*bilangan staf yang layak

Program PENDAF- Pelaksanaan berperingkat mengikut skim


latihan TAR dan gred
berfokus (Memurnikan set kompetensi mengikut *30% *50% *80% PROFESIONAL
gred dan skim) -UKM
*peratusan daripada setiap kelompok skim
dan gred

Tukar lantik PENDAF Pelaksanaan tukar lantik dengan *83 *100 *100 BSM
-TAR mengenal pasti staf berpotensi
*bilangan staf yang layak

14
STRATEGI 14 :
Staf Kreatif dan Berinovasi

SASARAN
INISIATIF KETUA TINDAKAN PENERAJU
2019 2020 2021

Menggalakkan PENDAF 1. Mengadakan Hari Inovasi peringkat *30% *50% *70% BGP
program yang TAR universiti
meningkatkan *peratusan staf yang terlibat dalam
keupayaan projek
inovasi dalam
kalangan staf 2. Mengikuti latihan / kursus *10% *30% *50% PROFESIONAL-
UKM kemahiran pemikiran kreatif dan UKM
inovatif
*peratusan staf yang terlibat

TNC Memastikan peningkatan kemahiran 5 2 2 PUSAT


HEPA staf mengikut bidang kepakaran (Sijil (Diploma (Diploma KEBUDAYAAN
kebudayaan yang diiktiraf Kemahiran Kemahiran Lanjutan
Malaysia Malaysia Kemahiran
(SKM) (DKM) Malaysia
Tahap 3) Tahap 4) (DLKM)
Tahap 5)

PELAN STRATEGIK UKM 2019-2021 36


TERAS 4 : BAKAT
Penyerlahan bakat

KESIMPULAN
Staf yang berbakat dan inovatif merupakan suatu kelebihan bagi universiti untuk melonjakkan kecemerlangan. UKM sentiasa
merangka strategi untuk memberi peluang kepada staf untuk menyerlahkan bakat dan potensi serta meningkatkan kemahiran
melalui latihan dan penyediaan laluan kerjaya. Persekitaran kerja yang kondusif dengan mengamalkan nilai KAMII (Keserakanan,
Akauntabiliti, Merit, Inovatif dan Integriti) menjadi asas kepada peningkatan kualiti universiti.

PELAN STRATEGIK UKM 2019-2021 37


TERAS
KEWANGAN
TERAS 5 : KEWANGAN

PENGENALAN
Kelestarian Pendanaan 5
Kewangan merupakan satu daripada pemangkin utama dalam menyokong kelangsungan sesebuah organisasi. Dewasa
ini, dengan kos yang semakin meningkat, institusi pengajian tinggi perlu melipatgandakan usaha bagi memastikan
kelangsungan dan kecemerlangan universiti tidak terjejas. Kewangan yang mampan perlu dirancang oleh pihak
pengurusan dalam membiayai apa-apa aktiviti universiti dan kos yang berkenaan. Oleh hal yang demikian, dengan
kekangan peruntukan kewangan daripada kerajaan, universiti menghadapi cabaran untuk mencari sumber alternatif
kewangan bagi meneruskan penyampaian output yang berkualiti. Oleh itu, UKM telah mengambil inisiatif untuk
menjadikan aktiviti penjanaan sebagai satu agenda utama Universiti bagi menjamin kelestarian kewangan UKM.
Pendanaan yang merujuk pendekatan holistik untuk mengumpul dana melangkaui cara tradisional, seperti geran dan
bantuan kerajaan, perlu dirancang.

Teras Kewangan memfokuskan kepada “Kelestarian Pendanaan” yakni strategi universiti dalam menjana kewangan
secara optimum. Empat (4) strategi telah dirangka bagi mencapai objektif teras ini, iaitu meningkatkan pengambilan
pelajar berbayar penuh, meningkatkan kecekapan cabang perniagaan UKM, pengewangan aset, serta memperkasakan
wakaf dan endowmen.

PELAN STRATEGIK UKM 2019-2021 39


TERAS 5 : KEWANGAN
Kelestarian Pendanaan

STRATEGI
Dalam Teras Kewangan, UKM telah menetapkan 4 strategi utama bagi universiti menjana kewangan secara optimum.
15
STRATEGI 15 :
Tambah Jumlah Pengambilan Pelajar Berbayar Penuh

SASARAN
INISIATIF KETUA TINDAKAN PENERAJU
2019 2020 2021

Menjana PRO-NC 1. Meningkatkan bilangan pelajar Program


pendapatan (PENJANA Antarabangsa (UKMi)
AN & 2. Menambah bilangan program akademik *RM7j *RM18j *RM31j PKP
PRASARA baharu
NA) 3. Mengukuhkan sistem sokongan pengurusan
program

*tambahan berbanding tahun sebelumnya

Meningkatkan PRO-NC Melaksanakan kadar baharu yuran Program


yuran (PENJANA Siswazah Kerja Kursus mulai semester 2, sesi *RM5j *RM10j *RM17j JABATAN
pengajian AN & 2019/2020 BENDAHARI
PRASARA
NA) *tambahan berbanding tahun sebelumnya
16
STRATEGI 16 :
Tingkat Kecekapan Cabang Perniagaan UKM

SASARAN
INISIATIF KETUA TINDAKAN PENERAJU
2019 2020 2021

1. Menyemak semula keupayaan


bentuk perniagaan dan kelestarian
Memantapkan kewangan syarikat sedia ada
aktiviti 2. Mewujudkan perniagaan baharu
perniagaan 3. Meningkatkan kecekapan *RM5j *RM10j *RM15j UKMH
dan pengurusan syarikat
pengurusan PRO-NC
(PENJANA *tambahan berbanding tahun
AN & sebelumnya
PRASARA
NA) 1. Menyemak semula kadar caj
2. Menambah baik bilangan dan jenis
Meningkatkan
perkhidmatan
kecekapan
*RM9j *RM19j *RM29j HCTM
penjanaan
*tambahan berbanding tahun
HCTM
sebelumnya

Meningkat- PRO-NC 1. Meningkatkan sewaan Kemudahan RM200K RM220K RM242K KHAZANAH-


kan (PENJANA UKM
penjanaan AN &
melalui PRASARA
aktiviti dan NA) 2. Meningkatkan penganjuran Sukan RM250K RM275K RM302.5K PUSAT
kemudahan Luar (penjanaan melalui sewaan SUKAN
sukan UKM TNC kemudahan & penginapan dan
HEPA khidmat pegawai teknikal)

PELAN STRATEGIK UKM 2019-2021 42


17
STRATEGI 17 :
Pengewangan Aset

SASARAN
INISIATIF KETUA TINDAKAN PENERAJU
2019 2020 2021

Melaksanakan PRO-NC 1. Melaksanakan RFP untuk mengenal 100% - -


projek UKM (PENJANA pasti model pembiayaan dan timeline KHAZANAH-
Health AN & komponen pembangunan UKM
Technopolis PRASARA 2. Melaksanakan projek UKM Health - *50% *100%
NA) Technopolis mengikut fasa
*peratus kemajuan projek hospital swasta
mengikut fasa

Meningkatkan penjanaan:
UKM 2030
1. Melaksanakan projek UKM 181- *RM2j *RM10j *RM16j
Pembangunan Tumpuan Baharu UKM KHAZANAH-
(Pembinaan Penginapan Komersial & UKM
Rekreasi)
2. Melaksanakan projek perumahan - *RM0.9j *RM1.8j
Bukit Puteri
*tambahan berbanding tahun sebelumnya

PELAN STRATEGIK UKM 2019-2021 43


18
STRATEGI 18 :
Perkasa Wakaf dan Endowmen

SASARAN
INISIATIF KETUA TINDAKAN PENERAJU
2019 2020 2021

Penubuhan PRO-NC Mengenal pasti agensi/ fakulti yang


kursi (PENJANA berpotensi untuk menerajui kursi,
endowmen AN & antaranya:
baharu PRASARA
NA) 1. Kursi Syeikh Othman RM5j - -
2. Kursi Dato’ Dr. Harun Din RM5j - - YAYASAN
3. Kursi Tok Kenali RM5j - - CANSELOR
4. Kursi Profesor Petronas Teknologi RM5j - -
Tenaga Hidrogen Lestari RM8j - -
5. Kursi Kecemerlangan RM1j RM1j RM1j
6. Kursi DYMM Yang Dipertuan Besar
Negeri Sembilan Tuanku Muhriz - RM15j -
7. Kursi Tersanjung Diraja DYMM Sultan - RM10j -
Nazrin Shah

Penambahan Menambah kutipan wakaf melalui:


kutipan wakaf RM1.5j RM12j RM12j YAYASAN
1. Projek pembinaan kompleks asrama CANSELOR
pelajar
2. Projek nombor plat kenderaan
3. Projek naik taraf prasarana PTJ
4. Alumni tersohor

Meningkatkan Mengenal pasti alumni/ individu/ industri RM0.3j RM0.5j RM1j YAYASAN
tajaan yang berpotensi CANSELOR
pendidikan Cth: Biasiswa Dr. Lee Siew Keong (SKG)

Meningkatkan 1. Mewujudkan pasukan mencari dana RM2j RM3j RM4j HCTM


endowmen/ 2. Menambah aktiviti pendanaan
sumbangan di (philantrophy)
HCTM

PELAN STRATEGIK UKM 2019-2021 44


TERAS 5 : KEWANGAN
Kelestarian Pendanaan

KESIMPULAN
Strategi yang telah digariskan dalam Teras ini menuntut kerjasama semua warga UKM. Perancangan yang teliti dalam
menjayakan semua inisiatif yang dikenal pasti dijangka akan mampu mencapai sasaran yang digariskan berdasarkan
pengalaman dan komitmen peneraju yang bertanggungjawab. Hasilnya, UKM akan mampu mengurangkan pergantungan pada
geran peruntukan kewangan daripada kerajaan.

PELAN STRATEGIK UKM 2019-2021 45


BIBLIOGRAFI,
PENGHARGAAN &
SINGKATAN
Bibliografi
 Amanat Menteri Pendidikan Malaysia 2019. Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia
 Fariza Md Sham, Ishak Yussof, Zaidi Omar & Wan Zawiah Wan Zain. 2018. Pelan Strategik UKM
2014-2025. Bangi: Penerbit UKM
 Laman Web Rasmi Universiti Kebangsaan Malaysia 2019
 Mohd Marzuki Mustafa, Fariza Md Sham, Mohammad Kassim & Masturah Markom. 2017.
Bidang Keberhasilan Strategik UKM. Bangi: Pusat Strategi UKM
 Pelan Strategik UKM 2000-2020.2010.Bangi: Penerbit UKM
 Pelan Strategik UKM:Perspektif 2006-2010. Bangi: Penerbit UKM
 Perutusan Naib Canselor UKM Mac 2019

PELAN STRATEGIK UKM 2019-2021 47


Penghargaan
 Ramalinggam A.Rajamanickam
 Jamia Azdina Jamal
 Shazli Ezzat Ghazali
 Faridah Jalil
 Sharifa Ezat Wan Puteh
 Nurhafilah Musa
 Rajan Munusamy
 Aini Aman
 Siti Aminah Osman
 Mokshin Tumin
 Abdul Rahman Mohd. Nordin
 Rohayu Abdul Ghani
 Yazrina Yahya
 Seluruh Warga UKM

PELAN STRATEGIK UKM 2019-2021 48


Singkatan
UKM - Universiti Kebangsaan Malaysia UKMH - UKM Holdings
TNC HEPI - Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Penyelidikan dan Inovasi) HCTM - Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM
TNC HEAA - Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Akademik dan Antarabangsa) KHAZANAH-UKM – Pusat Khazanah UKM
TNC HEPA - Timbalan Naib Canselor (Pelajar dan Alumni) SMPU - Sistem Maklumat Penyelidikan Universiti
TNC HEJIM - Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Jaringan Industri & Masyarakat) UFAST - Sistem Kewangan Universiti
PRO NC – Pro-Naib Canselor SPPP - Sistem Penilaian Pengajaran dan Penyeliaan
CRIM - Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Instrumentasi SLAI - Sistem Latihan Amali Industri
IDEA-UKM - Pusat IDEA UKM KPI – Key Perfomance Indicator
PIK - Pusat Inovasi Kolaboratif MUET - Malaysian University English Test
UCTC - Pusat Transformasi Komuniti Universiti GLC - Government-Linked
PHI - Pejabat Hubungan Industri MNC - Multinational Corporation
PENGAJARAN UKM - Pusat Pengajaran dan Teknologi Pembelajaran MOU - Memorandum of Understanding
CITRA UKM - Pusat Citra Universiti MOA - Memorandum of Association
UKM KARIER - Pusat Pembangunan Karier UKM FGG - Fakulti Pergigian
UKM GLOBAL - Pusat Hubungan Antarabangsa PhD - Doctor of Philosophy
ALUMNI-UKM - Pusat Perhubungan Alumni P&P – Pengurusan dan Profesional
UKM CESMED – UKM Pusat Pembangunan Keusahawanan & EKS RFP - Request for Proposal
HEP-UKM - Pusat Hal Ehwal Pelajar TOR - Terms of Reference
KESATRIA UKM - Pusat Kesatria Universiti
PRASARANA UKM - Prasarana UKM
KUALITI-UKM - Pusat Jaminan Kualiti
STRATEGI-UKM – Pusat Strategi UKM
PKP - Pusat Kembangan Pendidikan
PROFESIONAL-UKM - Pusat Pembangunan Profesional & Kepimpinan
BGP - Bahagian Governan & Pentadbiran
AKADEMIK UKM – Pusat Pengurusan Akademik

PELAN STRATEGIK UKM 2019-2021 49


Dokumen ini adalah dokumen terkawal.
Penyalinan tanpa kebenaran bertulis pengurusan UKM adalah tidak dibenarkan

You might also like