You are on page 1of 10

1103/2 SMJK PHOR TAY

UJIAN 1 2020
Tingkatan 5 BAHASA MELAYU Masa : 1 ½ jam

Kertas ini mengandungi tiga soalan. Jawab semua soalan. Jawaban bagi Soalan 2(a), dan
Soalan 2(b), berdasarkan teks Komponen Kesusasteraan Melayu Tingkatan 5.
Soalan 1 : Rumusan
[30 markah]

Baca petikan di bawah dengan telitinya. Kemudian buat satu rumusan tentang kesan-kesan
negatif penggunaan Internet dan langkah-langkah untuk membendung
penyalahgunaannya. Panjang rumusan anda hendaklah tidak melebihi 120 patah
perkataan.

Kelebihan utama Internet berbanding dengan media lain ialah keupayaannya


memberikan maklumat tanpa sekatan. Internet membolehkan masyarakat memperoleh dan
menyebarkan maklumat dengan bebas. Internet bukan sahaja menjelaskan konsep
demokrasi maklumat, malah dapat mengubah cara manusia berkomunikasi. Perubahan cara
komunikasi inilah yang menerbitkan krisis dalam aspek keselamatan maklumat dan aspek
tanggungjawab.

Sesungguhnya, pengenalan Internet menimbulkan perdebatan dalam pelbagai isu.


Penyebaran bahan imperialisme yang dapat meruntuhkan nilai-nilai budaya dan moral
sesuatu bangsa jelas menunjukkan bahawa Internet mudah dikaitkan dengan perkara-perkara
yang mendatangkan pelbagai keburukan. Internet merupakan media yang membolehkan
sesiapa sahaja menerbitkan bahan kepada masyarakat dunia dengan kos yang sangat murah.
Hakikat ini telah menyebabkan kerajaan-kerajaan di seIuruh dunia cuba mengawal media
baru ini. Keupayaan rangkaian canggih ini menyebarkan imej digital menyebabkan Internet
sering dijadikan wahana untuk menyebarkan bahan tidak bermoral secara talian terus.

Di samping itu, Internet digunakan juga untuk menyebarkan pelbagai judul buku
yang diharamkan di sesetengah negara. Malah, penerbit buku di seluruh dunia
mempersoalkan pelanggaran hak cipta yang banyak dilakukan dalam Internet. Selain itu,
rangkaian ini juga digunakan untuk menyebarkan iklan yang mungkin tidak diterima oleh
media lain, kerana iklan itu melanggar kod etika pengiklanan seperti mengeksploitasikan
wanita dan menarik cita rasa kanak-kanak. Kebebasan penyebaran maklumat ini,
menyebabkan Internet digunakan untuk menyebarkan fitnah dan khabar angin terhadap
kerajaan atau organisasi tertentu. Internet turut menimbulkan masalah perundangan terbesar
dalam undang-undang harta intelek dan kebebasan hak asasi.

1
Beberapa terbitan Ensiclopedia World Wide telah disebarkan melalui Internet tanpa
izin pemegang hak ciptanya. Perbuatan tersebut memang menyalahi undang-undang, tetapi
perkara ini telah berlaku dalam ruang siber dewasa ini. Kebimbangan terhadap Internet turut
tertumpu terhadap kegiatan jenayah ekonomi dan penipuan dalam transaksi talian terus.
Internet menjadikan sempadan geografi semakin tidak jelas. Internet sering mencabar
amalan budaya dan moral. Menyedari hakikat ini, banyak negara berusaha mengambil
Iangkah-Iangkah yang sewajarnya bagi memerangi penyalahgunaan internet.

(Dipetik dan diubah suai daripada‘Penggunaan


Internet: Kesan kepada Pengguna’ oleh Salmah Ali
Majalah Siswa, Jun 2012)

Soalan 2 : Pemahaman
[18 markah]

Soalan 2 (a) – Petikan Cerpen


Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya
dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Kehadiran Tuan Booth dan keluarga, serta lima belas keluarga buruh estet
keturunan India serba sedikit merubah wajah kampung kami.
Jalan yang dulunya tanah merah batu lada, sudah dikejapkan; tak lagi becak kala musim
hujan, dan kurang berkeladak pada musim kemarau.
Tuan Booth yang murah senyuman itu, lama-kelamaan menjadi sebahagian panorama
kampung. Walaupun lelaki kulit putih yang gemar berseluar pendek dan bertopi bulat itu
terkenal kerana kemurahan senyumannya, kawasan kebun getah, estet pekerja serta banglo
kolonialnya tetap asing kepada kami.
Cuma sejak kematian Wak Sadir, anaknya, Ahmad Mutawakkil, yang sudah yatim piatu itu
menjadi satu-satunya anak kampung yang sentiasa keluar masuk ke pekarangan estet Tuan
Booth.
“Eloklah ... paling tidak, dia bekerja dengan Orang Putih tu, belajar mencari makan sendiri.”
Begitulah pandangan kami. Walaupun hasil getah Tuan Booth setiap tahun nampaknya
sangat menjadi, kami tetap bertani secara tradisi.
Di kebun, berselerak pokok pisang yang ditanam, berselang-seli dengan ubi kayu dan
keledek. Sawah pula, laksana lautan emas kala musim menuai. Kami tetap orang kampung
yang dulu, yang hidup atas dua matlamat - rezeki dan ibadat.

(Dipetik daripada cerpen “Ahmad Mutawakkil”


karya Zainal Rashid Ahmad dalam antologi
Sejadah Rindu, Sasbadi Sdn. Bhd.

i) Bagaimanakah kehidupan orang kampung seperti yang digambarkan dalam petikan?


[2 markah]
2
ii) Sekiranya anda Tuan Booth, apakah yang akan anda lakukan untuk mendekati orang-
orang kampung? [3 markah]

iii) Huraikan satu persoalan yang terdapat dalam petikan di atas dan satu persoalan lain
daripada keseluruhan cerpen tersebut.
[4 markah]

Soalan 2 (b) – Petikan Cerpen


Baca sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat anda sendiri.
Pesan Lelaki Kecil Kepada Gadis Kampus

Kuhantar kau mengecapi angin baharu


udara lain dari kampung bendang kuningmu
bumantara asing dari yang sering kaumesrai
yang sama sekali berbeza
dengan suasana suntimu
kaunikmatilah angin dan udara ilmu itu
memesrai azimat dan tangkal
dari tangga gading

Kulepaskan kau menjadi burung putih


dengan sayap berkembang
menongkah awan perak dan kabut dingin
mengenal kalimat hujan dan bilah petir
menyelit antara sembilu nasib
dan waras akal

Di awan kampus yang sarat ilmu


hadir sihir angin bernafas api
di pohon kampus yang tegar status
berceracak selumbar noda mengabur fikir
di padang kampus yang hijau pertimbangan
tumbuh gunung ego menghalau pekerti

Pandai-pandailah kau terbang


menongkah awan mulus dan kabus dingin
jangan kau pulang
dengan percikan duka dan balutan luka
di sayapmu yang patah.
Sazalee Yacob
(Antologi Sejadah Rindu)
Dewan Bahasa dan Pustaka

3
i) Berikan maksud rangkai kata bumantara asing dari yang sering kaumesrai.
[2 markah]
ii) Pada pendapat anda, bagaimanakah cara untuk kita menyesuaikan diri apabila berada di
tempat baharu? Nyatakan tiga cara.
[3 markah]
iii) Huraikan dua persoalan yang terdapat dalam sajak di atas.
[4markah]

Soalan 3 : Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa


[18 markah]
Jawab semua soalan

a) Tukarkan ayat aktif di bawah kepada ayat pasif tanpa mengubah maksud asalnya.

i) Persatuan Pengakap Malaysia telah menyeru semua rakyat untuk menderma kepada
mangsa banjir di Kelantan.

ii) Kita sepatutnya menyokong usaha kerajaan untuk mengurangkan inflasi di negara kita.

iii) Ibu bapa perlu mendengar nasihat para guru agar dapat mengatasi masalah disiplin
pelajar.
[6 markah]
b) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan
imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Anda tidak boleh
menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu
kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin petikan itu semula.

i) Pengusaha makanan di restaurant perlu menjaga kebersihan diri dan peralatan memasak
untuk mengelakan keracunan makanan.

ii) Jabatan Hutan mengwartakan hutan simpan di setiap negeri bagi melestarikan
keindahan alam semulajadi di kawasan berkenaan.

iii) Setiap pelajar yang cermelang perlu berusaha menambah ilmu pengetahuan dan
pengalaman dalam bidang yang diminat dari semasa ke semasa.
[6 markah]

4
c) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah
dan satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu.
Anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan penggunaan kata atau
istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin petikan itu semula.

i) Pengambilan pekerja mengikut jantina di dalam persatuan itu berdasarkan had yang
ditetapkan oleh syarikat.

ii) Pelajar diharapkan bahawa bersabar kerana pihak pentadbiran sekolah akan membasmi
masalah kerosakan tandas itu dengan segera.

iii) Goreng pisang Kak Kiah selesai dimakan oleh ketiga-tiga orang budak itu.
[6 markah]

Kertas soalan tamat

Disediakan oleh : Disemak oleh: Disahkan oleh

………………… ……………….. ………………


(SEVALINGAM DEVARAJAN) (MECCA HJ. YACOB) ( GOH LEAN SEE)
Ketua Panitia Bahasa Melayu Ketua Bidang Bahasa

5
1103/2

6
SMJK PHOR TAY
SKEMA UJIAN 1 2017
Tingkatan 5 BAHASA MELAYU Masa : 1 ½ jam

7
i) Berikan maksud bumantara asing dan yang sering kaumesrai. [2 markah]
ii) .Pada pendapat anda, bagaimanakah cara untuk kita menyesuaikan diri apabila berada di
tempat baharu?[3
Pada pendapat saya, cara untuk menyesuaikan diri apabila berada di tempat baharu
termasuklah mempelajari budaya setempat. Selain itu, kita hendaklah bergaul mesra dengan
masyarakat setempat. Akhirnya, menghormati masyarakat di tempat baharu.
iii) Huraikan dua persoalan yang terdapat dalam sajak di atas. [4 ]

8
Dua persoalan yang terdapat dalam sajak di atas ialah Perbezaan antara kehidupan di desa
dengankehidupan di kampus. Seterusnya, keberanian seorang bapa yang melepaskan
anak gadisnya untukmenimba ilmu di menara gading. Akhirnya, kehidupan di kampus
yang penuh dengan cabaran.

9
10

You might also like