You are on page 1of 9

Lihat gambar di bawah dengan teliti.

Huraikan pendapat anda tentang


lengkah-langkah untuk menghentikan gejala buli di sekolah.

Pendahuluan
Akhbar-akhbar utama – menyiarkan kejadian buli dalam kalangan pelajar – menjadi semakin hari semakin
serius – langkah-langkah drastik harus diambil untuk mengatasinya.

Isi 1
Pihak sekolah – memastikan sekolah kekal aman sebagai tempat belajar – mendisiplinkan pelajar sejak
kecil – menghukum pelajar yang terlibat dalam gejala buli.

Isi 2
Para guru – sensitif terhadap perubahan pelajar – menerima aduan pelajar secara serius – mengenal pasti
pelajar yang terlibat dan mengenakan tindakan disiplin

Isi 3
Murid-murid – mengelakkan diri daripada bersendirian – murid junior haruslah dilindungi oleh murid senior,
bukannya dibuli – memastikan pelajar selamat berada di sekolah
Penutup
Masalah buli dalam kalangan pelajar – dapat diatasi jika semua pihak bekerjasama bagai aur dengan
tebing – sekolah menjadi tempat menuntut ilmu yang kondusif.

…………………………………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………………………………
Aktiviti-aktiviti Untuk Mengisi Masa Lapang

Masa lapang yang tidak diisi dengan kerja-kerja yang berfaedah akan merugikan seseorang.
Sesungguhnya masa itu amat berharga seperti emas. Oleh itu, kita tidak harus membazirkan masa
dengan begitu sahaja. Terdapat beberapa aktiviti yang boleh kita lakukan untuk mengisi masa

Membaca
Membaca adalah aktiviti yang boleh kita lakukan apabila kita mempunyai masa lapang. Aktiviti
membaca banyak faedahnya kepada kita. Di samping dapat menambahkan pengetahuan, kita juga
dapat memperbaiki penguasaan bahasa dan menambahkan perbendaharaan bahasa. Antara bahan
bacaan yang sesuai dibaca pada masa lapang lalah akhbar, majalah dan buku-buku agama atau
motivasi.

Menanam Pokok Hiasan


Menanam pokok hiasan di halaman rumah juga merupakan aktiviti masa lapang yang baik.
Rumah yang dihiasi dengan tumbuh-tumbuhan akan mencantikkan lagi pemandangan rumah
tersebut. Di samping itu, udara di sekeliling rumah menjadi lebih bersih dan segar. Antara pokok
hiasan yang boleh ditanam ialah pokok bunga kertas, bunga raya dan pokok puding.

Beriadah
Di samping itu, aktiviti beriadah juga sesuai untuk mengisi masa lapang kita. Aktiviti beriadah
boleh kita lakukan di taman permainan atau di tepi pantai. Aktiviti riadah juga boleh mengeratkan
hubungan kekeluargaan dan memupuk nilai-nilai murni di kalangan ahli keluarga jika dilakukan
bersama-sama ahli keluarga. Antara aktiviti riadah lalah berjoging, menunggang basikal dan
berenang di tepi pantal. Dalam melakukan aktiviti riadah, aspek keselamatan perlu diutamakan.

Memancing Ikan
Masa lapang kita juga boleh diisi dengan memancing ikan. Di samping mengisi masa lapang,
aktiviti memancing juga membolehkan seseorang mendapat ikan untuk dijadikan makanan
keluarga. Lazimnya, aktiviti memancing juga membolehkan seseorang mempraktikkan nilai
kesabaran dalam kehidupan. Aktiviti memancing ikan boleh dilakukan di tepi pantai, di tepi
sungai dan di kolam. Jika dilakukan bersama keluarga, pasti hubungan kekeluargaan menjadi
semakin erat.

Menziarahi keluarga dan saudara-mara


Menziarahi keluarga dan saudara-mara juga merupakan aktiviti yang boleh kita lakukan pada
masa lapang. Kehidupan masa kini yang semakin sibuk menjadikan hubungan kekeluargaan
semakin longgar. Aktiviti menziarahi keluarga akan dapat merapatkan semula hubungan
kekeluargaan. Hari yang sesuai untuk aktiviti ziarah ialah pada hujung minggu atau cuti umum.
Aktiviti ziarah-menziarahi begini dapat mewujudkan keluarga bahagia.
SKEMA PEMARKAHAN

KRITERIA PENSKORAN KARANGAN RANGSANGAN


PERINGKAT MARKAH KRITERIA

 Karangan menepati tema bahan ransangan.


26 – 30  Idea releven dengan tema bahan ransangan dan dihuraikan dengan
jelas dan matang.
 Bahasa gramatis dari segi kata dan ayat. Penggunaan tanda baca
CEMERLANG (28 – 30)
betul dan tepat. Ejaan mengikut Sisitem Ejaan Rumi Baharu. Penggunaan
kosa kata luas dan tepat.
(26 – 27)  Wacananya lengkap. Unsur bahasa yang digunakan bervariasi dan
menggunakan ungkapan yang menarik.

KRITERIA PENSKORAN KARANGAN RESPONS TERBUKA

PERINGKAT MARKAH KRITERIA

 Idea yang relevan mengikut tugasan, dihuraikan dengan jelas


dan matang, disertakan dengan contoh yang sesuai.
 Penggunaan pelbagai jenis ayat majmuk yang gramatis.
 Penggunaan pelbagai jenis katayang luas dan tepat.
 Penggunaan kosa kata luas yang tepat.
80 – 100  Ejaan dan tanda baca yang betul.
CEMERLANG (90 – 100)  Laras bahasa sesuai dengan tugasan.
(80 – 89)  Penggunaan unsur bahasa bervariasi.
 Gaya bahasa menarik dari segi keindahan bahasa dan
penggunaan ungkapan seperti peribahasa, pantun, cogan kata atau frasa.
 Pengolahan menarik dan berkesan serta pemerenganan sesuai.
 Wacana lengkap dan terdapat kesinambungan idea yang jelas
antara perenggan.

Masyarakat pada alaf milenium ini amat mudah untuk mendapat maklumat melalui Internet.
Berdasarkan pernyataan berkenaan huraikan kebaikan Internet dalam kalangan masyarakat kini.

Saban hari penggunaan Internet semakin digemari oleh setiap lapisan masyarakat di negara kita. Tahukan
anda bahawa penggunaan Internet di negara kita ibarat cendawan tumbuh selepas hujan kerana pertambahan
penggunaannya amat ketara sama ada di kawasan bandar mahu pun di kawasan luar bandar. Penggunaan Internet
juga bertambah dalam kalangan rakyat di negara kita disebabkan wujudnya rangkaian jaringan sosial seperti Facebook,
Friendster, My Space dan Tagged dalam Internet yang semakin meluas. Bahkan, negara kita tersenarai dalam sepuluh
negara yang paling banyak menggunakan jaringan sosial iaitu Facebook. Sedar atau tidak, penggunaan Internet juga
telah sampai di segenap desa apatah lagi selepas wujudnya teknologi ‘3G’ dan "4G". Apa yang pasti, kajian telah
menunjukkan bahawa satu daripada sepuluh buah rumah di negara kita menggunakan kemudahan Internet untuk
pelbagai tujuan. Jadi, sudah terang lagi bersuluh bahawa pelbagai manfaat dapat diperoleh daripada kemudahan
penggunaan Internet dalam kalangan masyarakat sekaligus mengubah ajakan paradigma masyarakat dalam era
teknologi maklumat kini kerana maklumat berada di hujung jari.

Mari kita melebarkan lensa perbincangan dengan mengupas kebaikan penggunaan Internet dalam kalangan
masyarakat kini. Pertama kita gunakan minda pelajar kelas pertama dalam memperinci tajuk perbincangan pertama
dengan kata kunci Internet bermanfaat untuk mencari dan mengumpul maklumat dalam masa yang singkat. Hal ini
kerana dalam era globalisasi ini segala maklumat sama ada formal atau tidak formal telah dimuat naik dalam rangkaian
Internet oleh pelbagai pihak dengan cepat sehingga mengalahkan media cetak seperti surat khabar. Dalam soal ini,
pengguna hanya perlu menaip sahaja maklumat yang dikehendaki dalam carian enjin google atau yahoo dan segala
maklumat yang diperlukan akan tertera di skrin komputer. Malah, setiap maklumat yang kita perlu dapat kita peroleh
menggunakan pelbagai sumber yang boleh dipercayai keesahannya. Sebagai contoh, jika kita ingin mencari maklumat
berkenaan berita terkini di akhbar, kita akan memperoleh banyak maklumat kerana hampir semua akhbar telah dibuka
atas talian seperti Utusan Malaysia Online, Berita Harian Online, Malaysia Kini dan News Strait Times. Malahan, pelajar
juga boleh mendapat maklumat mengenai berita terkini berlaku di dunia kerana dengan Internet kerana dunia ibarat
tanpa sempadan. Perkara ini secara tidak langsung memudahkan kita mengumpul maklumat daripada pelbagai sumber
dan kita juga akan memperoleh berita terbaru kerana dalam media mungkin berita berkenaan masih belum
disiarkan. Contohnya, kita akan mengetahui peristiwa seperti bencana tsunami yang pernah berlaku di Acheh dan
Jepun, serangan Israel ke atas negara kecil iaitu di Palestin. Justeru, pada zaman milineum ini bergantung kepada
seseorang pelajar untuk mencari maklumat dan sekiranya mereka malas berbuat demikian mereka boleh diibarat
seperti katak di bawah tempurung. Oleh itu, kita dapat membuat kesimpulan bahawa mencari maklumat akan menjadi
lebih mudah dengan menggunakan kemudahan Internet.

Seterusnya mari kita memperinci perbincangan selanjutnya dengan kata kunci penggunaan jalur lebar dapat
menyelesaikan pelbagai urusan seharian seperti membayar bil dan urusan perbankan Kini, kehidupan masyarakat kita
terutama mereka yang tinggal di bandar sangat sibuk dek tekanan tempat kerja dan kesesakan lalu lintas sebelum serta
selepas pulang dari pejabat. Jadi, kesuntukan masa yang dialami ini amat menyusahkan apabila mereka hendak
menguruskan hal-hal berkaitan rumah tangga dan pembayaran pelbagai bil. Oleh sebab itu, masyarakat di bandar
sering mengalami tekanan kehidupan atau stress yang membelenggu kehidupan mereka seharian. Justeru, masyarakat
milenium mereka perlu sedar akan kemudahan yang telah disediakan oleh pelbagai agensi sama ada agensi kerajaan
mahupun swasta dalam meringankan bebanan dan masa. Bak kata pepatah, masa itu emas, sekiranya kita tidak
memotongnya masa akan memotong kita. Oelh sebab itu satu cara untuk menyelesaikan masal pembayaran bil dalam
kehidupan seharian adalah dengan penggunaan Internet. Justeru, pembayaran bil dan urusan perbankan boleh
dilakukan pada bila-bila masa sama ada sambil minum kopi dan berbual bersama-sama ahli keluarga di rumah, atau
dipejabat. Perkara ini dapat dibuktikan apabila banyak bank seperti Maybank, CIMB Bank, Agro Bank dan RHB Bank
menyediakan perniagaan secara ‘online’ di Internet kepada para pelanggan untuk memindahkan wang ke dalam akaun
lain dan menyimpan wang secara ‘online’, begitu juga dengan pembayaran bil kad kredit. Pembayaran bil elektrik, bil
air dan bil telefon juga dapat dibayar dengan penggunaan Internet di rumah melalui laman web kerajaan iaitu myeg.com.
Pendek kata, kita dapat menguruskan pembayaran bil dan urusan perbankan di rumah melalui Internet sekaligus
menjimatkan masa kita.

Di samping itu, manfaat penggunaan Internet di rumah dapat memudahkan kita berkomunikasi di antara jarak
jauh dan dekat malah merentasi lautan seantero dunia. Hal ini kerana terdapat pelbagai kemudahan yang disediakan
di Internet untuk tujuan komunikasi. Malah, syarikat gergasi telekomunikasi berlumba-lumba membuka laman web
mereka untuk memudahkan pengguna berkomunikasi di Internet. Berkomunikasi di Internet bukan sahaja melibatkan
suara orang yang dihubungi malah kita dapat bersua muka dan melihat wajah kenalan atau individu yang baru kita
kenali dengan hanya duduk di kerusi dan mengadap komputer serta tangan bermain dengan tetikus melalui beberapa
klik. Perkara ini amat memberi kebaikan kepada ahli keluarga yang jauh meninggalkan keluarga untuk bekerja dan
belajar di luar negara seperti di Asia Barat dan Eropah. Oleh sebab itu dengan penggunaan Internet hubungan ahli
keluarga yang jauh dapat dipererat dengan menggunakan Internet. Mereka hanya perlu mengakses aplikasi ‘yahoo
mesengger’ untuk berkomunikasi bagi melihat wajah dan mendengar suara ahli keluarga yang jauh bagi melepaskan
kerinduan. Tambahan pula, gajet telefon sekarang seperti ipad dan telefon pintar lain boleh diaplikasi sebagai akses
kemudahan Internet dan ini mempermudah komunikasi antara masyarakat berlaku dengan mudah. Tuntasnya,
penggunaan Internet amat bermanfaat dalam kalangan masyarakat untuk mereka berkomunikasi jarak jauh.

Negara kita sedang mengorak langkah untuk menjadi negara maju, justeru Kementerian Pelajaran Malaysia
sentiasa meningkatkan mutu pendidikan negara dengan dengan memperkenal pelbagai kemudahan seperti Sistem
Aplikasi Peperiksaan Sekolah (SAPS) yang memudahkan ibu bapa melihat keputusan anak mereka diInternet sama
ada untuk mengetahui keputusan ujian bulanan dan peperiksaan. Melalui capaian Internet ini ibu bapa akan mudah
mendapat keputusan peperiksaan anak secara cepat dan berkesan. Seterusnya, ibu bapa boleh membuat langkah
susulan bertemu dengan para pendidik di sekolah untuk mengetahui keputusan anak mereka dengan lebuh lanjut.
Selain itu program pengajaran dan pembelajaran secara maya sedang diaplikasi oleh Kementerian Pelajaran Malaysia
dengan memudahkan guru dan pelajar untuk berinteraksi melaui capaian Internet. Sistem berkenaan yang dikenali
sebagai Frog Vle merupakan satu sistem pembelajaran berasaskan web yang menyerupai dunia pembelajaran sebenar
dengan mengintegrasikan konsep pendidikan konvensional dengan kaedah maya. Sebagai contoh, guru-guru dapat
memberi tugasan, ujian dan menyemak tugasan secara maya, sementara pelajar dapat menghantar tugasan dan
menyemak markah menerusi VLE. Ibu bapa boleh berkomunikasi dengan pihak sekolah manakala pentadbir sekolah
boleh menguruskan kalendar sekolah dan mewar-warkan notis sekolah melalui Internet. Justeru, pembelajaran kini
boleh berlaku di mana-mana sahaja dan sudah pasti pembelajaran secara berterusan akan memantapkan lagi prestasi
pelajaran dan anak-anak akan lebih tertarik belajar secara interaktif. Malahan ibu bapa juga mampu mengetahui prestasi
pembelajaran anak mereka sebagai sokongan Sistem Aplikasi Peperiksaan Sekolah (SAPS) yang diguna pakai
sekarang. Tegasnya, Kementerian Pelajaran Malaysia kini berusaha membuat Transformasi Pendidikan Negara ke araf
pendidikan bertaraf dunia agar pendidikan negara kita boleh duduk sama rendah berdiri sama tinggi dengan pendidikan
negara maju di dunia.

Akhirnya, sebagai pelajar berminda kelas pertama saya ingin menggunakan kata kunci bahan-bahan bloger di
Internet yang dikendalikan oleh guru-guru pakar dalam mata pelajaran mampu memperkasakan kemahiran pelajar
dalam mata pelajaran terutama pelajar yang akan menghadapi peperiksaan awam. Hal ini terbukti apabila guru-guru
yang bertanggungjawab, berdedikasi berusaha untuk membantu pelajar menguasai kemahiran pelajar dalam mata
pelajaran berkenaan. Bukan itu sahaja, guru-guru berkenaan juga membuka ruang kepada pelajar untuk berinterksi di
lamam web seperti bmspmet, mohdramsul.blogspot, mohdrazak.bogspot, dan sebagainya dengan aplikasi chatrool,
face book, dan pelbagai aplikasi lain agar pelajar boleh sentiasa berhubung, sama ada untuk bertanya hal berkaitan
kemahiran yang sukar pelajar kuasai. Malangnya, pelajar tidak mengambil kesempatan untuk menggunakan
kemudahan yang ada untuk tujuan penguasaan terhadap kemahiran berkenaan. Tambahan pula, guru-guru pakar
berkenaan tidak mengenakan bayaran kepada pelajar untuk meningkatkan kemahiran mereka dalam penguasaan
kemhiran tatabahasa, komsas, dan penulisan karangan. Usaha tangga kejayaan, setiap usaha akan ada balasannya,
begiutlah ungkapan pepatah Melayu yang membawa maksud sekiranya pelajar berusaha apa sahaja yang mereka
usahakan, akhirnya mereka akan menerima hasilnya. Justeru, terbukti Internet banyak memberikan kebaikan kepada
peajar terutamapelajar yang bijak menggunakan aplikasi ini untuk tujuan meningkatkan kemahiran dalam pembelajaran.

Kesimpulannya, penggunaan Internet mendatangkan pelbagai manfaat berguna kepada masyarakat. Oleh itu,
masyarakat di negara kita perlu memanfaatkan penggunaan Internet kerana melalui penggunaan Internet segala
maklumat berada di hujung jari anda. Apa yang pasti, Internet mampu memberikan seribu satu macam kemudahan
kepada pengguna jika digunakan sebaiknya. Dalam era serba moden ini, penggunaan Internet seakan tidak dapat
dipisahkan lagi dengan kemajuan negara sekarang. Jadi, pihak kerajaan perlu mendidik masyarakat menggunakan
Internet bagi melahirkan generasi celik IT sekaligus setanding dengan masyarakat negara maju lain seperti Jepun
demi mencapai wawasan 2020. Selain itu, ibu bapa juga tidak ketinggalan perlu mendidik anak-anak mempelajari
Internet di rumah kerana melentur buluh biarlah daripada rebungnya. Akhirul kalam, tidak dapat dinafikan bahawa
kemudahan Internet di rumah memberi pelbagai faedah kepada kita.
HOW [HIGHER ORDER WORDS]

Akur – bersetuju Menuding jari – menyalahkan orang lain


Aspirasi – cita-cita/keinginan Menyarankan – mencadangkan
Bejat – gawat Menyuntik – memberi
Bergegas – membuat sesuatu dengan cepat Meraikan – menjayakan/merayakan
Bergelandangan – berpelesiran Meranapkan – menghancurkan
Bermaharajalela – berleluasa Merealisasikan – menjadi kenyataan
Dana – modal Merencatkan – menggagalkan
Diksi – pemilihan kata Mutakhir – terkini
Diagnosis – mengenal pasti Nadi – penggerak
Dinamis – berdaya saing Nafsi – mementingkan diri sendiri
Diuar-uarkan – dicanangkan Nasi belum menjadi bubur – belum terlambat
Duri dalam daging – sesuatu yang Norma – adat
menyakitkan Pancaroba – keadaan yang kacau
Emansipasi – hak kebebasan Panji – lambang kedaulatan/bendera
Falsafah – pemikiran Perdana – utama
Fasilitator – pemudah cara Perisai – pertahanan
Fenomena – perkara Persada – arena/gelanggang
Fleksibel – mudah diubah suai Perspektif – tanggapan
Global – dunia seluruhnya Reformasi – perubahan
Hedonisme – hidup terlalu bebas Releven – sesuai
Iltizam – harapan tinggi Seyugia – harus/patut
Imej – penampilan Seantero – seluruh
Impak – kesan Senario – keadaan
Ironi – keadaan pertentangan Sesi – tempoh masa
Julung-julung – kali pertama Tampil – keluar
Karisma – penampilan Tonggak – asas/dasar
Kental – kuat Total – menyeluruh
Kemelut – masalah Tragis – sedih
Keunggulan – keistimewaan Tuntasnya – keseluruhannya
Kepupusan – kehilangan
Kerakusan – haloba/gelojoh
Ketandusan – tidak ada
Kewibawaan – keupayaan
Khazanah – harta benda
Kolot – ketinggalan zaman/kuno
Komitmen – kesungguhan
Konflik jiwa – pergolakan jiwa
Konkrit – kukuh
Kontemporari – sesuai dengan keadaan
Konotasi – idea yang dimaksudkan
Konvensional – cara lama
Kritikal – serius
Kudus – suci
Lumrah – kebiasaan
Manifesto – pendirian
Maslahat – faedah
Membarahi – melanda
Membolosi – memasuki secara haram
Mencanai – melahirkan
Mencungkil – mencari
Mengaibkan – memalukan
Mengundang – menjemput supaya datang
Menjana – menghasilkan
Salah satu dari faidah bersukan adalah kegiatan sukan dapat mengbantu mengekalkan kesihatan
fizikal dan otak. Kehidup zaman modenisme ini menggunakan banyak tenaga dalaman dan fikiran. Golungan
profesyenal di alaf baru sering berlumba untuk meningkat sumber ekonomi diri dan keluarga sehinga
meabaikan kegiatan fizikal akibat kurangan waktu untuk tujuan tersebut. Kesibukkan lapisan semua
masyarakat ini membawa pada masalah kesihatan fizikal dan mental. Penglibatan golongan kanak , remaja
dan orang dewasa dalam pelbagai-bagai kegiatan sukan dapat menselesaikan pelbagai masalah kesihatan.
Kegiatan sukan merupakan langkah awal seperti kata pepatih “sediakan hujan sebelum payung” di dalam
mengawal obeisiti, pensakit serius seperti badan tinggi, diabetis dan penyakit jantung. Kegiatan sukan juga
dapat membantu mereka yang mengidap penyakit untuk kembali pulih. Bahkan juga penglibatan
masyarakat dalam bidang sukan juga mampu mentangani ketegangan fikiran dan meringankan bebanan
mental. Sesungguhnya kegiatan sukan dapat melancarkan perjalanan darah, mengurangkan lemak yang
kelebihan di dalam salur darah dan jantung, membantu pengumuhan dan membuang sisa-sisa yang tidak
diperlukan oleh badan. Jikasekiranya, aktiviti bersukan menjadi amalan masyarakat, sudah pasti bilangan
pesakit kronik negara dapat dikurangkan kerana tubuh badan yang cerdas, melahirkan otak yang cergas.
Sayugia, mencegah lebih baik dari mengubati. Tegasnya, penglibatan masyarakat di dalam bidang sukan
merupa usaha efaktif dalam lahirkan masyarakat yang sehat.

Kesalahan ejaan Kesalahan Kesalahan bahasa Kesalahan kata


imbuhan istilah
LATIHAN :

1. Peneroka dalam sesuatu bidang ilmu mesti mempunyai ketelitian untuk mengelakan kesimpulan yang rapuh dan tidak
berpijak di atas fakta yang kukuh sehingga menghasilkan kajian yang salah.
2. Saban hari berita tentang peperangan memenuhi dada akhbar dan baca televisyen malah lagi pengkhabaran itu
berlaku di negara yang tiada daya untuk menentang kuasa penceroboh.
3. Lambakan industri produk kecil dan sederhana bukan sahaja memenuhi pasar raya di dalam negara tetapi juga dapat
menguasai ruang niaga di gedung terkemuka luar negara.
4. Kumpulan yang berpakaian kemas itu dipercayai terlibat dalam kegiatan mengutip derma secara haram bahawa
memperalatkan nama dan dimensi rumah kebajikan di ibu negara.
5. Ilmu pengetahuan yang dimiliki oleh kita harus dipupuk dan disebarkan supaya terus berkembang dan masyarakat
mendapat balasan daripadanya.
6. Jamuan yang diadakan secara besar-besaran akan membazir sedangkan baki makanan yang ketinggalan dibuang
begitu sahaja.
7. Jambatan Pulau Pinang Kedua akan menjadi pemangkin kepada kegiatan ekonomi khususnya kepada para pedagang
yang akan mendapat manfaat daripada kemudahan pelabuhan dan penyediaan kargo.
8. Wanita hendaklah melibatkan diri secara aktif di dalam bidang ekonomi untuk meningkatkan perolehan mereka dalam
pembangunan negara.
9. Rakyat masih dapat menyaksikan kegagahan dan kesetiaan pasukan polis dalam meneruskan tugas dan
tanggungjawab namun demikian terpaksa berhadapan dengan pelbagai rintangan.
10. Kerajaan tetap tegas dengan pendirian untuk memerangi rasuah sekalipun terpaksa melangkah arus lagipun hasrat
itu tetap dilaksanakan sehingga membuahkan kejayaan.
11. Rancangan Malaysia Kesepuluh dirangka, dirancang, dan akan dilaksanakan untuk memberikan kelebihan kepada
lapisan setiap masyarakat menerusi penekanan kepada pembangunan modal insan.
12. Kekotoran sumber air di negara ini amat menyentuh perasaan kita yang mana hal seumpama ini tidak pernah menimpa
negara kita sejak beberapa dekad yang lalu.
13. Semua penduduk-penduduk kampung berlarian ke pantai untuk menonton ikan dugong yang terdampar di situ.
14. Pokok yang berumur sahaja dibenarkan untuk ditebang oleh pembalak dalam pengurusan sistem perhutanan di
Malaysia.
15. Di dalam masyarakat moden hari ini, sukan dapat dijadikan jambatan untuk mewujudkan perpaduan.
16. Guru-guru yang mendidik di kawasan pedalaman diberi elaun tambahan sebagai insentif pada mereka.
17. Kami menggunakan nahu Kelantan bila bertutur sesama ahli keluarga.
18. Pertunjukan buku yang diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra itu mendapat sambutan yang menggalakkan dari
orang ramai.
19. Program Mengatasi Kemiskinan akan memberikan peluang pada golongan berpendapatan rendah untuk menambah
pendapatan dan memupuk nilai positif tentang kehidupan.
20. Sekalipun kenaikan harga minyak tidak begitu menyusahkan syarikat pengangkutan awam tetapi keuntungan yang
syarikat itu peroleh mungkin berkurang.
21. Pesakit diabetes dan alahan adalah antara masalah kesihatan yang dialami oleh sesetengah orang yang berpunca
dari amalan pemakanan yang tidak betul.
22. Rakyat Malaysia wajar menghormati pelancong asing untuk mengelakkan potensi negatif pihak luar terhadap rakyat
atau negara ini.
23. Seseorang yang mementingkan kesihatan akan menjalani pemeriksaan perubatan secara berkala untuk memastikan
bahawa ianya sentiasa sihat.
24. Kebanyakan peruncit bersikap tidak endah kepada kerugian pengguna kerana didorong oleh nafsu tamak untuk
menimba keuntungan.
25. Kerajaan membuat keputusan tidak akan membuat tambatan ringgit dengan kadar semasa Dolar Amerika di dalam
menghadapi konflik kewangan antarabangsa.
26. Penggunaan khidmat kiriman ringkas mencerminkan kecanggihan komunikasi di zaman teknologi maklumat.
27. Pendaratan tahi bintang di kawasan sawah padi itu telah menjadi buah mulut sejumlah besar penduduk- penduduk
berhampiran dengan kawasan kejadian.
JAWAPAN :

1. KKI: Peneroka - Pengkaji KT: di atas - atas


2. KKI: perkhabaran - berita KT: malah - apatah
3. KKI: industri produk kecil - produk industri kecil KT: luar negara - di luar negara
4. KKI: dimensi - reputasi KT: bahawa - dengan
5. KKI: balasan - manfaat KT: dimiliki oleh kita - kita miliki
6. KKI: ketinggalan - bersisa KT: sedangkan - apabila
7. KKI: Jambatan Pulau Pinag Kedua - Jambatan Kedua Pulau
Pinang KT: penyediaan - perkhidmatan
8. KKI: perolehan - sumbangan KT: di dalam - dalam
9. KKI: kegagahan - kegigihan KT: namun demikian - walaupun/sekalipun
10. KKI: melangkah - menongkah KT: lagipun - namun
11. KKI: kelebihan - manfaat KT: lapisan setiap masyarakat - setiap lapisan masyarakat
12. KKI: Kekotoran - Pencemaran KT: yang mana - kerana
13. KKI: menonton - melihat KT: Semua penduduk-penduduk - Semua penduduk
14. KKI: berumur - matang KT: pengurusan sistem perhutanan - sistem pengurusan perhutanan
15. KKI: jambatan - landasan KT: di dalam - dalam
16. KKI: mendidik - mengajar KT: pada - kepada
17. KKI: nahu - dialek KT: bila - apabila
18. KKI: pertunjukan - pameran KT: dari - daripada
19. KKI: Mengatasi - Membasmi KT: pada - kepada
20. KKI: menyusahkan - menjejaskan KT: syarikat itu peroleh - diperoleh syarikat itu
21. KKI: Pesakit - Penyakit KT: dari - daripada
22. KKI: potensi - persepsi KT: atau - dan
23. KKI: perubatan - kesihatan KT: ianya - ia/dia
24. KKI: menimba - mengaut KT: kepada - tentang
25. KKI: konflik - krisis KT: di dalam - dalam
26. KKI: khidmat kiriman ringkas - khidmat pesanan ringkas KT: di - pada
27. KKI: pendaratan - kejatuhan KT: sejumlah besar penduduk-penduduk - sejumlah besar penduduk

You might also like