You are on page 1of 5

1.

0 KONSEP

Murid Berkeperluan Khas (MBK) di Jepun diklasifikasikan kepada lima kategori iaitu
masalah penglihatan, masalah pendengaran, ketidakupayaan perkembangan,
ketidakupayaan fizikal, masalah kesihatan dan ketidakupayaan intelek. Mereka akan
ditempatkan di dalam tiga bentuk persekolahan yang berbeza iaitu sekolah pendidikan
berkeperluan khas, yang juga berperanan sebagai pusat resource dengan menyediakan
perkhidmatan kaunseling pendidikan, sokongan sekolah dan latihan guru. Bagi kelas
pendidikan berkeperluan khas pula, MBK di dalam kelas akan mengikuti pembelajaran dan
aktiviti bersama dengan murid arus perdana. Seterusnya adalah sekolah arus perdana yang
memiliki kelas inklusif. MBK yang diterima masuk kedalam kelas ini adalah murid dengan
tahap ketidakupayaan yang rendah atau sederhana sahaja. Murid ini diinklusifkan secara
penuh atau pun separa bergantung kepada tahap keupayaan masing-masing. MBK yang
ditempatkan dikelas pendidikan berkeperluan khas dan kelas inklusif disediakan dengan bilik
“resos” untuk membolehkan mereka mendapat bimbingan atau sokongan khas (perkhidmatan
berkeperluan khas). Pihak sekolah juga dibekalkan dengan pakar terapis pertuturan, terapis
fisio, terapis cara kerja, kakitangan pemakanan dan jururawat sekolah mengikut keperluan
individu berdasarkan tahap ketidakupayaan bagi menyokong pembelajaran mereka. Kelas
pendidikan berkeperluan khas dan kelas inklusif telah dilaksanakan sepenuhnya pendekatan
“joint activities and learning”. “Joint activities and learning” juga perlu dilaksanakan disekolah
biasa bagi membolehkan komuniti sekolah lebih memahami MBK.

2.0 DASAR

Garis dasar pendidikan Jepun telah menetapkan tempoh persekolahan wajib selama
sembilan tahun iaitu masing-masing enam tahun di sekolah rendah dan tiga tahun lagi
disekolah menengah rendah. Selaras dengan dasar ini, kerajaan menyediakan prasarana,
fasiliti, tenaga kerja,khidmat bantu dan reasonable accommodation yang berkaitan bagi
membolehkan ketersampaian pendidikan kepada rakyatnya. Reasonable accommodation
adalah kandungan atau kaedah pelajaran, sistem sokongan, dan kemudahan atau
kelengkapan yang disediakan bagi kemudahan MBK. Berdasarkan Konvensyen Mengenai
Hak Orang Kurang Upaya atau Convention on the Right of Person with Disability (CRPD),
kegagalan menyediakan reasonable accommodation dianggap sebagai diskriminasi.
Golongan pendidik mematuhi kurikulum yang disediakan dan merancangan pengajaran
secara fleksibel bagi menyesuaikan dengan kemampuan serta keperluan murid berdasarkan
matlamat yang telah ditetapkan. Selain daripada pengajaran sesuatu subjek,pendidikan khas
Jepun sangat memberi penekanan terhadap aktiviti yang menggalakkan kemampuan
berdikari. Sesi PdP menjadi lebih berkesan apabila guru membina atau menyediakan
persekitaran yang mudah berdasarkan ciri-ciri MBK iaitu mengutamakan pendekatan visual
berbanding mendengar,menyediakan bahan maujud berbanding lisan, pembelajaran
berasaskan aktiviti bermain dan melakukan pengulangan untuk memastikan pemahaman
murid.

3.0 MATLAMAT

Pendekatan PdP yang digunakan oleh badan pendidikan Jepun adalah secara
gabungan subjek iaitu mengajar secara kolektif sebahagian atau semua subjek yang
melibatkan elemen moral, aktiviti khas dan activities to promote independence. Subjek
activities to promote independence adalah sangat penting kerana ia bertujuan memberi
sokongan kepada pengetahuan, kemahiran, sikap dan tabiat yang diperlukan untuk
meningkatkan atau mengatasi masalah yang dihadapi MBK secara proaktif dalam
menghadapi pembelajaran dan kehidupan seharian. Ia juga bertujuan membina asas bagi
perkembangan minda dan tubuh MBK yang harmoni. Kandungannya terdiri daripada enam
segmen iaitu mengekalkan kesihatan, kestabilan psikologi,pembentukan hubungan manusia,
memahami alam sekitar, pergerakan badan dan komunikasi.

4.0 PERANAN PIHAK KERAJAAN

Kerajaan Jepun menubuhkan sebuah pusat kebangsaan dikenali sebagai Institut


Pendidikan Berkeperluan Khas Kebangsaan atau National Institute of Special Needs
Education (NISE). NISE ditubuhkan bagi menjayakan misi membangunkan pendidikan khas
yang menyumbang kepada sistem pendidikan inklusif dengan menjalankan penyelidikan
praktikal yang komprehensif mengenai pendidikan berkeperluan khas, melaksanakan latihan
guru, mengumpul dan menyebarluaskan maklumat yang relevan,serta menjalankan kempen
kesedaran awam. definisi ketidakupayaan yang dinyatakan dalam Peraturan Pendidikan di
Sekolah,

Guru-guru yang mengajar MBK secara berkumpulan terutamanya yang membabitkan


murid dengan tahap ketidakupayaan teruk dan ketidakupayaan fizikal di mana terdapat lebih
daripada seorang guru akan mengajar dalam sesebuah kelas dengan kadar seorang guru
untuk seorang ataupun dua orang murid. Di samping itu guru juga dibantu oleh pembantu
murid.Untuk menjadi seorang guru pendidikan khas di Jepun,seseorang pendidik perlu
mempunyai lesen asas berserta kelayakan tambahan dalam satu atau lebih bidang
pendidikan berkaitan murid kurang upaya.
5.0 KESIMPULAN

Kesimpulannya, tahap kesedaran mengenai kepentingan pendidikan, termasuk pendidikan


khas di Jepun sangat tinggi. Masyarakat jepun sedar hanya pendidikan dapat melahirkan
modal insan yang berilmu pengetahuan dan berkemahiran tinggi bagi meneruskan
kelangsungan hidup serta membangunkan negara, dimana jepun yang merupakan sebuah
negara bukan pengeluar sumber semulajadi dunia. Oleh itu, ia perlu mengeksploitasikan
semaksimum mungkin sumber manusia atau modal insan dalam kalangan rakyatnya agar
bekerja keras bagi mengharungi cabaran globalisasi yang datang kepada mereka
Lampiran
Rujukan

Ahmad, N. A. (2014). PENGURUSAN PROGRAM PENDIDIKAN INKLUSIF BAGI MURID


BERMASALAH PEMBELAJARAN: KAJIAN SECARA NARATIF INKUIRI.
Management Research Journal, 3, 38-52. Retrieved from
http://ejournal.upsi.edu.my/index.php/MRJ/article/view/1477

Chris Forlin, Norimune Kawai & Satoshi Higuchi (2015) Educational reform in Japan towards
inclusion: are we training teachers for success?, International Journal of Inclusive
Education, 19:3, 314-331, DOI: 10.1080/13603116.2014.930519

Song, J. (2016), INCLUSIVE EDUCATION IN JAPAN AND KOREA – JAPANESE AND


KOREAN TEACHERS’ SELF‐EFFICACY AND ATTITUDES TOWARDS INCLUSIVE
EDUCATION. J Res Spec Educ Needs, 16: 643-648. doi:10.1111/1471-3802.12324

Salleh, S. F. (2018). MASALAH PENGAJARAN GURU DALAM PROGRAM PENDIDIKAN


INKLUSIF DI SEKOLAH. Asian People Journal (APJ), 1(2), 243-263. Retrieved from
https://journal.unisza.edu.my/apj/index.php/apj/article/view/88

Yamamoto, T., & Moriwaki, K. (2019). Japanese Systems to Support Inclusive Education for
Children Requiring Medical Care, Current Status of Such Support, and Related
Challenges—Based on the Results of Surveys Involving Departments of Education
Supporting their Enrollment in General Schools. Children, 6(3), 39. doi:
10.3390/children6030039

You might also like