You are on page 1of 2

1. Nyatakan 6 strategi pengajaran yang digunakan untuk modifikasi tingkahlaku?

1) Pengajaran pembezaan
2)Pengajaran timbal balik
3) Pengajaran “scaffolding”
4)Menggunakan teknologi (TMK)
5) Kecerdasan pelbagai tahap (multilevel)
^) Pengajaran multisensori

2. Bagaimana anda memodifikasi bahan, aktiviti, tugasan dan peperiksaan supaya


memenuhi keperluan pelajar yang berbeza-beza di dalam kelas anda?

1. Nyatakan objektif pelajaran

- Objektif pelajaran membantu pelajar tahu apa yang mereka sedang berusaha untuk
dicapai. Sebagai contoh menyampaikan objektif untuk pelajaran tertentu di dalam kelas atau
meminta pelajar menulis atau memasukkan objektif pelajaran dalam buku nota mereka.
Guru juga perlu rujuk kepada objektif pengajaran semasapelajaran itu sendiri.

2. Pilihan tugasan

- Dalam bilik darjah tradisional, mungkin ada satu cara untuk pelajar menyelesaikan
tugasan. Ini mungkin satu esei atau lembaran kerja. Dengan rekabentuk pembelajaran
sejagat, terdapat banyak pilihan. Sebagai contoh, pelajar mungkin dapat membuat komik
atau menyanyi untuk mempernampakkan apa yang mereka tahu

3. Menyediakan ruang kerja yang fleksibel

- Rekabentuk pembelajaran sejagat menggalakkan fleksibiliti dalam persekitaran


pembelajaran. Ini termasuk ruang untuk kerja individu yang selesa dan tenang, kerja
kumpulan kecil atau besar. mereka boleh memilih untuk memakai ‘’earbuds’’ atau fon kepala
semasa kerja individu sekiranya mereka perlu penyesuaian untuk ruang kerja yang bising.
4. Maklum balas yang kerap

- Dengan rekabentuk pembelajaran sejagat, setiap hari guru akan memberikan maklum
balas mengenai pencapaian pelajar. Pada akhir pelajaran, guru boleh berbincang dengan
pelajar secara individu tentang pencapaian objektif pengajaran. Pelajar digalakkan untuk
menaakul samanada tindakan yang mereka buat di dalam kelas dan sama ada mereka
mencapai objektif. Sekiranya pelajar gagal mencapai objektif, pelajar digalakan untuk berfikir
bagaimana mereka ingin mencapai objektif mereka.

5. Menggunakan teks digital dan audio

- Rekabentuk pembelajaran sejagat menekankan bahawa akses kepada pengetahuan


adalah sangat penting untuk pelajar, hal ini dimana sekiranya mereka dihalangkan untuk
mengakses pengetahuan, mereka tidak akan dapat belajar. Oleh itu, dalam bilik darjah
rekabentuk pembelajaran sejagat, bahan boleh diakses oleh semua pelajar. Pelajar
mempunyai banyak pilihan untuk membaca, termasuk bahan bercetak, digital seperti video
dan tek digital dan sebagainya. Untuk teks digital, terdapat pilihan untuk pembesaran teks
ataupun pilihan warna dan kontras skrin. Selain itu, video juga mempunyai sarikata untuk
membantu mereka faham
 

You might also like