You are on page 1of 5

1/18/2019 Portal Rasmi Jabatan Perkhidmatan Awam

(http://www.jpa.gov.my)

Laman Utama

SKIM PERKHIDMATAN & PERJAWATAN

BIDANG TUGAS DI BAHAGIAN PEMBANGUNAN ORGANISASI

1. APAKAH PERBEZAAN DI ANTARA “CONTRACT FOR SERVICE” (CFS) DENGAN CONTRACT OF SERVICE” (COF)?
Contract Of Service (COS)
COS mengguna pakai skim perkhidmatan, gred dan kadar gaji sebagaimana yang ditetapkan di dalam Perkhidmatan Awam.
Kaedah pembayaran dibuat dengan menggunakan peruntukan OS11000 / OS29000. Bagi kaedah pembayaran, terdapat dua (2)
jenis peruntukan yang diguna pakai iaitu:-
Peruntukan OS11000 - Lantikan kontrak yang menggunakan peruntukan OS11000 mengguna pakai perjawatan sedia ada.
Urusan pengisian tertakluk kepada Pihak Berkuasa Melantik seperti skim perkhidmatan gunasama yang dilaksanakan oleh
Bahagian Perkhidmatan di JPA.
Peruntukan OS29000 - Lantikan kontrak di bawah OS29000 tidak mengguna pakai perjawatan sedia ada. Walau bagaimanapun
lantikan tersebut bersandarkan kepada skim perkhidmatan dan gred jawatan serta kadar gaji yang digunakan dalam
perkhidmatan awam. Sebarang pewujudan di bawah OS29000 perlu merujuk kepada Bahagian Pembangunan Organisasi untuk
pertimbangan.
Contract For Service (CFS)
CFS tidak mengguna pakai sebarang skim perkhidmatan, gred jawatan, kadar gaji serta sebarang peraturan sebagaimana yang
ditetapkan dalam Perkhidmatan Awam. Pelantikan CFS dipohon kepada Kementerian Kewangan bagi menetapkan syarat-syarat
perkhidmatan yang tertentu.

2. Apakah perbezaan antara Kajian Penyusunan, Pengukuhan Perjawatan & Penubuhan Agensi Baru?
Penubuhan agensi baru merujuk kepada implikasi kajian yang melibatkan pertambahan jumlah agensi di dalam sektor awam.
Sebarang cadangan bagi penubuhan sesuatu agensi baru perlu dikemukakan ke Mesyuarat JKTT yang dipengerusikan oleh YBhg.
Ketua Setiausaha Negara. Sekiranya diluluskan, ianya akan melibatkan penambahan satu program baru di dalam waran
perjawatan.
Penubuhan Pejabat /Cawangan merujuk kepada penubuhan Pejabat /Cawangan yang juga membawa kepada perubahan/
pertambahan program di dalam waran perjawatan.
Kajian Penyusunan Organisasi melibatkan perubahan kepada struktur organisasi sedia ada di sesebuah agensi. Kajian ini
memerlukan asas permohonan yang melibatkan penyediaan Pelan Strategik Organisasi atau Langkah Penjenamaan Semula
daripada agensi. Kajian ini turut melibatkan perubahan aktiviti/program di dalam waran perjawatan.
Kajian Pengukuhan Perjawatan merupakan kajian yang melibatkan cadangan pewujudan jawatan tambahan/membuat perubahan
butiran tanpa melibatkan perubahan struktur organisasi sesebuah agensi. Ia juga tidak meminda kedudukan aktiviti /program di
dalam waran perjawatan.

3. Apakah kaedah-kaedah digunakan BPO dalam menimbang permohonan bagi perubahan gred jawatan dan pengukuhan
perjawatan?
Antara kaedah yang diguna pakai adalah seperti berikut:-
Relativiti dan Pariti
Kajian keperluan perjawatan agensi berdasarkan fungsinya melalui perbandingan dengan agensi yang lebih mantap dari
segi perjawatan.

Model
Satu struktur yang seragam dan lengkap sebagai rujukan dan panduan bagi permohonan perjawatan.

Wajaran
Teknik yang menggariskan elemen/ kriteria tertentu yang diberi nilaian/pemberat sebagai asas penetapan sesuatu
keputusan.

Nisbah Perjawatan
Perkadaran di antara beban tugas dengan jumlah perjawatan yang diperlukan

http://www.jpa.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=1219&lang=ms 1/5
1/18/2019 Norma Perjawatan Portal Rasmi Jabatan Perkhidmatan Awam
Piawaian/standard yang digunakan bagi menentukan perjawatan dan struktur organisasi yang diperlukan mengikut fungsi
/peranan yang telah ditentukan bagi sesuatu agensi itu.

Antara kaedah utama yang perlu dipertimbangkan dalam melaksanakan kajian adalah seperti berikut:
Kajian Perubahan Gred Kajian Pengukuhan
Jawatan Perjawatan
Perbandingan Setara Nisbah perjawatan
Model Perjawatan Model Perjawatan
Wajaran Norma Perjawatan
4. Apakah Perbezaan Antara Gred Utama dan Gred Khas ?
Gred Utama dan Gred Khas tergolong di dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi namun dibezakan mengikut peranan berikut:
Gred Utama – Jawatan yang menjalankan fungsi pengurusan dan penggubalan dasar. Contoh: Ketua Pengarah di sesebuah
Jabatan.
Gred Khas – Jawatan yang mengiktiraf kepakaran dan pengalaman dalam bidang-bidang khusus, tidak memainkan peranan
ataupun menjalankan tugas yang bersifat pengurusan dan strategik. Contoh: Pakar Perubatan di Hospital.

5. Mengapakah “Jawatan Terbuka” masih diperlukan di dalam perkhidmatan awam?


Jawatan Terbuka diwujudkan bagi membolehkan pengisian dibuat oleh mana-mana skim perkhidmatan yang mempunyai kemahiran
/kepakaran yang diperlukan dalam menjalankan sesuatu tugas. Ia turut membuka peluang kemajuan kerjaya bagi organisasi yang
bersifat tertutup memandangkan pengisian jawatan tersebut adalah bersifat fleksibel. Walau bagaimanapun pewujudan Jawatan
Terbuka ini tidak boleh digunakan bagi tujuan kenaikan pangkat dan pengesahan Jawatan. Bagi tujuan pengesahan kenaikan
pangkat penyandang, permohonan perlu dikemukakan kepada BPO bagi menukar taraf jawatan tersebut kepada tertutup.

6. Agensi Y (agensi tertutup) telah memaklumkan kepada JPA hanya terdapat dua (2) jawatan Akauntan diwujudkan pada
gred W48 dan gred W41. Ini situasi ini menyukarkan pegawai di gred W41 untuk dinaikkan pangkat. Apakah langkah yang
wajar diambil oleh JPA bagi menyelesaikan masalah ini?
Terdapat dua (2) isu utama di dalam persoalan ini iaitu isu pengambilan kakitangan bagi mengisi jawatan pada gred kenaikan
pangkat dan penyelesaian isu gred sisipan di agensi Y.
Isu I (Pengisian Jawatan Pada Gred Kenaikan Pangkat – W48)
Apabila agensi dibekalkan dengan jawatan kenaikan pangkat, Agensi terbabit perlu mengemukakan permohonan kepada BPO
menerusi cawangan skim perkhidmatan bagi memohon kelulusan pengambilan kakitangan bagi mengisi jawatan di gred terbabit. Ia
bagi memastikan pegawai yang dilantik berkelayakan menikmati faedah persaraan.
Isu II (Ketiadaan Gred Sisipan)
Gred sisipan merujuk kepada lapisan gred bagi sesuatu skim perkhidmatan bagi memberi peluang kemajuan kerjaya kepada
penyandang seperti gred 44,48,52 dan 54. Berdasarkan kepada kes di atas, terdapat tiga (3) syor yang boleh dicadangkan kepada
Agensi Y iaitu:
Memfleksikan jawatan sedia ada dengan gred jawatan kenaikan pangkat seperti Akauntan, Gred W41/W44;
Melaksanakan kenaikan pangkat ke gred sisipan menerusi kaedah Khas Untuk Penyandang iaitu Akauntan. Gred W41 berada
di post W48; atau
Mewujudkan jawatan gred sisipan baru iaitu pewujudan jawatan Akauntan, Gred W44.
Walau bagaimanapun, semua syor yang dinyatakan perlu mempunyai asas yang kukuh untuk dipertimbangkan oleh JPA seperti
wujud pertambahan beban tugas, wujud perubahan skop tugas dan sebagainya.

7. Sebuah agensi berkanun mendakwa terdapat beberapa penyandang yang sudah berkhidmat lama tetapi masih tidak
dinaikkan pangkat. Ini kerana tiada jawatan di gred kenaikan pangkat. Apakah nasihat yang boleh diberi kepada agensi?
Agensi dinasihati agar membuat permohonan perjawatan baharu khususnya pada gred kenaikan pangkat. Kajian bagi pewujudan
jawatan di gred kenaikan pangkat tidak akan dipertimbangkan sekiranya tiada pertambahan beban tugas yang setara dengan gred
yang dipohon. JPA menerusi BPO juga tidak mengesyorkan kaedah pewujudan Jawatan Khas Untuk Penyandang (KUP) sebagai
jalan penyelesaian terhadap isu perjawatan di agensi Badan Berkanun berdasarkan faktor-faktor berikut:
Kuasa pewujudan jawatan KUP bagi agensi berkanun hanya boleh dipertimbangkan oleh Lembaga Kenaikan Pangkat yang
turut diwakili oleh pihak Kementerian Kewangan dan JPA;
Pewujudan jawatan KUP tanpa justifikasi beban tugas yang setara boleh memberi kesan terhadap mutu produktiviti sesebuah
organisasi; dan
Pewujudan jawatan KUP yang dibuat tanpa pertimbangan yang teliti boleh menyebabkan berlakunya masalah kecacatan
struktur di dalam organisasi sesebuah agensi.

8. Puan Suhana seorang Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi), Gred N17 yang memangku Gred N22. Puan Suhana telah
memohon supaya diletakkan sebagai Khas Untuk Penyandang (KUP). Adakah permohonan beliau layak dipertimbangkan?
Jawatan Khas Untuk Penyandang (KUP) hanya akan dibuat oleh Jabatan Perkhidmatan Awam apabila penyandang telah dinaikkan
pangkat dan tidak ada jawatan yang sesuai bagi menampung penyandang tersebut. Di dalam kes di atas, jawatan KUP Pembantu
Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N22 tidak dapat diwujudkan kerana jawatan hakiki penyandang masih pada gred asal walaupun
penyandang memangku jawatan Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N22.
http://www.jpa.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=1219&lang=ms 2/5
1/18/2019 Portal Rasmi Jabatan Perkhidmatan Awam
9. Apakah maksud:
Agensi dengan saraan diasingkan dan dibebaskan
Agensi dengan saraan diasingkan tetapi tidak dibebaskan
Agensi dengan saraan diasingkan merujuk kepada agensi berkanun di yang ditubuhkan bawah peruntukan Akta Parlimen/Enakmen
Negeri.
Agensi dengan saraan diasingkan dan dibebaskan bermaksud agensi bebas menentukan hala tuju organisasi termasuk
menguruskan sumber pendapatan, saraan (gaji dan pampasan) dan sumber manusia (perkhidmatan dan perjawatan) tanpa
perlu merujuk kepada kelulusan Agensi Pusat seperti JPA. Contoh: Lembaga Urusan Tabung Haji (LUTH), Kumpulan Wang
Simpanan Pekerja (KWSP).
Agensi dengan saraan diasingkan tetapi tidak dibebaskan bermaksud agensi masih lagi tertakluk kepada kelulusan Agensi
Pusat dalam menentukan urusan perjawatan dan skim perkhidmatan. Satusatunya agensi yang masih terlibat adalah Lembaga
Hasil Dalam Negeri (LHDN)

10. TERDAPAT TIGA ORANG CALON TELAH DILANTIK KE JAWATAN PENOLONG PEGAWAI SAINS GRED C27. SEORANG CALON MEMILIKI
KELAYAKAN DIPLOMA SAINS DARIPADA UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UITM), SEORANG CALON MEMILIKI KELAYAKAN DIPLOMA TEKNOLOGI
MAKMAL DARIPADA UNIVERSITI SAINS MALAYSIA MANAKALA SEORANG LAGI CALON MEMILIKI KELAYAKAN DIPLOMA TEKNOLOGI GETAH DAN
PLASTIK DARIPADA UITM. PERSOALANNYA, BERAPAKAH GAJI PERMULAAN YANG SEWAJARNYA DITERIMA OLEH KETIGA-TIGA CALON
TERSEBUT?
Di dalam Sistem Saraan Malaysia (SSM), skim perkhidmatan Penolong Pegawai Sains telah menetapkan bahawa syarat lantikan ke
jawatan Penolong Pegawai Sains Gred C27 adalah seperti berikut:
Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (Gaji permulaan pada Gred C27: P1T1); atau
Diploma Sains (Gaji permulaan pada Gred C27: P1T1); atau
Diploma Teknologi Makmal (Gaji permulaan pada Gred C27: P1T5); atau
Diploma Kimia Industri atau Mikrobiologi (Gaji permulaan pada Gred C27:P1T6).
Oleh itu, gaji permulaan bagi calon-calon dengan kelayakan Diploma Sains dan Diploma Teknologi Makmal adalah masing-masing
ditetapkan pada P1T1 dan P1T5. Sementara itu, oleh kerana kelayakan Diploma Teknologi Getah dan Plastik adalah diiktiraf setaraf
dengan Diploma Kimia Industri, maka gaji permulaan bagi calon dengan kelayakan tersebut adalah pada P1T6.
Dengan pemansuhan kaedah Jadual Gaji Matriks semasa pelaksanaan kenaikan gaji pegawai awam Persekutuan di bawah SSM
melalui Pekeliling Perkhidmatan Bil. 1 Tahun 2012, maka gaji permulaan bagi skim perkhidmatan Penolong Pegawai Sains berkuat
kuasa mulai 1 Januari 2012 adalah seperti berikut:
Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (Gaji permulaan pada Gred C27: P1 RM1373.11 ); atau
Diploma Sains (Gaji permulaan pada Gred C27: P1 RM1373.11); atau
Diploma Teknologi Makmal (Gaji permulaan pada Gred C27: P1 RM1673.91); atau
Diploma Kimia Industri atau Mikrobiologi (Gaji permulaan pada Gred C27: P1 RM1749.12).
11. Adakah terdapat sumber rujukan berkaitan perbandingan pangkat Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera
Malaysia (ATM) dan Awam berpandukan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 25 Tahun 2009?
Meskipun PDRM dan ATM merupakan sebahagian daripada perkidmatan awam di Malaysia, namun ia merupakan perkhidmatan
yang unik kerana ia melibatkan elemen-elemen Arahan dan Kawalan yang lebih ketat dan kompleks berbanding dengan
perkhidmatan awam lain. Sehubungan itu, tidak boleh dibuat perbandingan antara perkhidmatan PDRM dan ATM dengan
perkhidmatan awam yang lain.

12. Apakah definisi dan tujuan Kelayakan Masuk Pelbagai (KMP) diwujudkan di dalam sesuatu skim perkhidmatan?
KMP membolehkan Pihak Berkuasa Melantik (PBM) membuat pengambilan dari kalangan calon-calon dengan pelbagai bidang atau
peringkat kelayakan akademik. Tujuan utama KMP diwujudkan adalah bagi membolehkan perolehan modal insan yang kompeten
dan berprestasi tinggi bagi memenuhi keperluan perkhidmatan awam. Kategori KMP adalah seperti berikut:
KMP Bidang Akademik atau profesional (cth.: sains, ekonomi, Ahli Penuh Institut Akauntan Malaysia dll.);
KMP Peringkat Kelayakan Akademik (cth.: Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana dll.).

13. Apakah situasi/keadaan yang membolehkan sesebuah jabatan itu memohon untuk mewujudkan jawatan Khas Untuk
Penyandang (KUP)?
Jawatan KUP ialah jawatan yang diwujudkan bagi mengekalkan atau menyesuaikan gred hakiki penyandang apabila berlaku
perbezaan dengan hakiki jawatan yang disandarkan. Jawatan yang diwujudkan itu adalah secara KUP dan akan dimansuhkan
sebaik sahaja penyandang meninggalkan jawatan tersebut. Situasi/keadaan yang membolehkan jawatan KUP ini dipohon ialah:
atas sebab-sebab kepentingan perkhidmatan iaitu:
penyandang jawatan tersebut dinaikkan pangkat sedangkan jawatannya tidak dinaik taraf; atau
jawatan yang disandang oleh pegawai berkenaan dinaikkan atau diturunkan tarafnya.
untuk menampung pegawai-pegawai yang mengisi jawatan-jawatan dalam perkhidmatan jumud; atau
berikutan dengan perubahan dalam dasar perkhidmatan Kerajaan hasil dari penguatkuasaan Surat Edaran JPA Bilangan 12
Tahun 2009-Pelaksanaan Kenaikan Pangkat Pegawai Kumpulan Sokongan Yang Telah Berkhidmat 15 Tahun dan Lebih Dalam
Skim Perkhidmatan dan Perkhidmatan Semasa.

14. Apakah tujuan menetapkan syarat kelulusan Bahasa Melayu?

http://www.jpa.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=1219&lang=ms 3/5
1/18/2019 Sebagai Bahasa Kebangsaan Malaysia, Bahasa Melayu merupakan
Portal mediumPerkhidmatan
Rasmi Jabatan komunikasi utama
Awamdi Malaysia. Sehubungan itu,
seseorang yang dilantik ke perkhidmatan awam perlu menguasai kemahiran pembacaan, pertuturan dan penulisan dalam Bahasa
Melayu supaya beliau boleh berkomunikasi secara berkesan dengan pelanggan. Penentuan tahap dan peringkat kelulusan Bahasa
Melayu bagi setiap skim perkhidmatan adalah berdasarkan kepada keperluan perkhidmatan. Tahap kelulusan yang digunapakai
adalah sama ada Kepujian atau Lulus manakala peringkat kelulusan adalah sama ada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM),
Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau Sijil Rendah Pelajaran (SRP). Namun begitu, bagi skim perkhidmatan yang menetapkan
syarat lantikan yang lebih rendah daripada PMR/SRP, syarat Bahasa Melayu yang ditetapkan hanyalah berkebolehan bertutur,
membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu dengan memuaskan.

15. Adakah proses pengambilan bagi jawatan-jawatan kritikal sebagai contoh Pegawai Perubatan turut dibekukan mengikut
surat edaran JPA.BPO(S) 71/3/4-2 Jld.3(17) bertarikh 20 Mei 2011?
Pihak Berkuasa Melantik (PBM) telah dimaklumkan mengenai isu pengambilan bagi jawatan-jawatan kritikal. Keseluruhan aspek
mengenai perkara ini akan dikaji bagi memastikan tidak berlaku kekurangan tenaga sektor awam dalam tempoh pembekuan
pengambilan ini. Tempoh pembekuan pengambilan baru ini berkuat kuasa mulai 20 Mei 2011 sehingga 31 Ogos 2011. Selepas
tempoh berkenaan, proses pengambilan adalah seperti biasa.

16. Definisi/ Terminologi Kumpulan Perkhidmatan yang sedang berkuat kuasa.


Pengurusan Tertinggi : Gred JUSA C – Turus I;
Pengurusan dan Profesional : Gred 41 – Gred 54;
Kumpulan Sokongan Berkelayakan Diploma/STPM : Gred 27 – Gred 40;
Kumpulan Sokongan Berkelayakan SPM : Gred 17 – Gred 26; dan
Kumpulan Sokongan Berkelayakan PMR/SRP dan ke bawah: Gred 1 – Gred 16.

17. ENCIK MIKHAIL MERUPAKAN SEORANG GRADUAN DARIPADA UNIVERSITY OF TOLEDO, OHIO, USA. BELIAU MEMILIKI KELAYAKAN AKADEMIK
BACHELOR OF SC. IN CHEMICAL ENGINEERING ENGINE (PROCESS DESIGN). BELIAU INGIN MEMOHON PEKERJAAN DALAM PERKHIDMATAN
AWAM NAMUN BELIAU PERLU MENYEMAK TERLEBIH DAHULU SAMA ADA NILAI TARAF KELAYAKAN BELIAU MEMENUHI SYARAT-SYARAT YANG
TELAH DITETAPKAN OLEH SKIM PERKHIDMATAN. APAKAH SALURAN YANG DISEDIAKAN OLEH JPA UNTUK SEMAKAN PENGIKTIRAFAN
KELAYAKAN AKADEMIK BAGI MAKSUD PELANTIKAN KE PERKHIDMATAN AWAM?
Pengiktirafan bagi sesuatu kelayakan akademik boleh disemak melalui laman Portal Unit Pengiktirafan Kelayakan
(http://pengiktirafan.jpa.gov.my/), Bahagian Pembangunan Modal Insan, JPA.

18. Seorang Pembantu Tadbir (Kewangan) Gred W17 memiliki kelayakan diploma dalam bidang Perakaunan. Semasa
dilantik, beliau telah diberi penetapan gaji permulaan pada P1T1. Adakah pegawai layak diberi penetapan gaji permulaan
lebih tinggi mengikut kelayakan diploma dalam bidang Perakaunan yang dimiliki beliau iaitu pada P1T9?
Skim perkhidmatan Pembantu Tadbir (Kewangan) Gred W17 menetapkan syarat lantikan minimum pada SPM di samping dua
kelayakan lebih tinggi iaitu Sijil Perdagangan Malaysia dan Sijil Politeknik dalam bidang pengurusan perniagaan atau penyimpan
kira-kira. Sehubungan itu, sekiranya pegawai memiliki kelayakan tersebut maka beliau boleh diberikan gaji permulaan yang lebih
tinggi daripada P1T1 sepertimana dinyatakan di dalam skim perkhidmatan tersebut. Walau bagaimanapun, oleh kerana kelayakan
diploma bukan merupakan syarat lantikan ke jawatan berkenaan, maka pegawai tidak boleh diberikan gaji permulaan lebih tinggi
berdasarkan kelayakan diploma yang dimilikinya. Namun begitu, pegawai boleh memohon untuk mengisi jawatan Penolong
Akauntan Gred W27 melalui saluran pegawai sedang berkhidmat atau melalui kaedah Kenaikan Pangkat Secara Lantikan (KPSL)
dengan menggunakan kelayakan diploma perakaunan beliau kerana skim perkhidmatan Penolong Akauntan memperuntukkan
diploma dalam bidang pengajian perdagangan atau pengajian perakaunan sebagai syarat lantikan ke perkhidmatan tersebut.

19. Apakah syarat-syarat yang diperlukan bagi sesebuah jabatan/agensi membuat permohonan penambahan jawatan baru
akibat kekurangan pegawai yang kritikal
Sebarang permohonan untuk penambahan jawatan baru bagi sesebuah jabatan/ agensi perlulah mengambil kira arahan semasa
Kerajaan dan melalui kaedah penempatan semula (redeployment) atau secara tukar ganti (trade-off) dengan jawatan sedia ada.

20. Adakah pengiklanan kekosongan sesuatu jawatan seperti Pegawai Tadbir Gred N41 yang menetapkan syarat kelayakan
masuk ijazah sarjana muda, ijazah sarjana muda Kepujian atau Ijazah Sarjana Muda Undang-undang boleh diletakkan
syarat-syarat lantikan khusus/ spesifik seperti kelayakan ijazah sarjana muda Komunikasi?
Iklan kekosongan jawatan perlu menyatakan syarat lantikan sepertimana yang ditetapkan oleh sesuatu skim perkhidmatan yang
berkenaan. Oleh kerana skim perkhidmatan Pegawai Tadbir tidak menetapkan syarat lantikan khusus dalam bidang tertentu maka
Pihak Berkuasa Melantik tidak boleh menetapkan secara khusus bidang-bidang tertentu di peringkat ijazah sarjana muda di dalam
iklan jawatan tersebut. Walau bagaimanapun, tapisan secara pentadbiran boleh dibuat terhadap permohonan yang diterima.

21. Kami merupakan penyandang yang berada di skim perkhidmatan Juruaudio Visual Gred N17. Bolehkah permohonan
pelarasan gaji dibuat mengikut kelayakan akademik lebih tinggi yang dimiliki sedangkan jawatan disandang hanya
memerlukan kelayakan SPM sahaja?
Skim perkhidmatan Juruaudio Visual merupakan antara 13 skim perkhidmatan yang terlibat dalam pelaksanaan Pekeliling
Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2011 – Kelayakan Sijil Kemahiran Malaysia Bagi Maksud Pelantikan Ke Perkhidmatan Awam yang
berkuat kuasa mulai 1 Januari 2011. Berdasarkan kepada pekelililng perkhidmatan tersebut, penyandang skim perkhidmatan
Juruaudio Visual yang memiliki kelayakan Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dan 3 adalah layak diberi pelarasan gaji berdasarkan
syarat-syarat yang ditetapkan dalam pekeliling perkhidmatan tersebut.
http://www.jpa.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=1219&lang=ms 4/5
1/18/2019 Portal Rasmi Jabatan Perkhidmatan Awam
22. Mohon pihak JPA memberi perhatian dan menilai semula skim-skim perkhidmatan yang masih lagi belum ditambah baik
seperti Penyelia Jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), berbanding Penyelia Asrama dan Penyelia Jurupakaian
yang telah dinaik taraf kepada Kumpulan Sokongan Berkelayakan SPM.
Setiap skim perkhidmatan dalam Perkhidmatan Awam Malaysia sentiasa ditambahbaik dari masa ke semasa selaras dengan
keperluan perkhidmatan dan perubahan skop fungsi bidang tugas sesuatu perkhidmatan tersebut. Oleh itu, JPA mengambil
perhatian atas permohonan tersebut dan akan mempertimbangkannya sekiranya ada kajian penambahbaikan skim perkhidmatan
berkenaan pada masa akan datang.
Cetak (/index.php?option=com_content&view=article&id=1219:skim-perkhidmatan-a-
perjawatan&catid=179&Itemid=435&tmpl=component&print=1&layout=default&page=&lang=ms)

(https://www.pmo.gov.my/) (http://www.mscmalaysia.my/) (http://www.eghrmis.gov.my/)

(http://www.intanbk.intan.my/iportal/index.php/ms/) (http://esilav2.jpa.gov.my/)

(https://myself.jpa.gov.my/) (http://www.jpapencen.gov.my/) (http://www.spa.gov.my/)

(http://www.jpm.gov.my/jpm2/) (https://www.facebook.com/puspanitajpa)

Dasar Keselamatan (index.php?


option=com_content&view=article&id=2546&Itemid=950&lang=ms)
| Polisi (index.php?
option=com_content&view=article&id=2547&Itemid=952) |
Penafian (index.php?
option=com_content&view=article&id=529:disclaimer-sp- TOPIK SEMASA
1436112823&catid=76:disclaimer&Itemid=66) | Peta Laman
(index.php?option=com_content&view=article&id=336:peta-laman- Objektif (/index.php?option=com_tags&view=tag&id=87:objektif&lang=ms) Fungsi (/index.php?
jpa&catid=125:peta-laman&Itemid=2) option=com_tags&view=tag&id=88:fungsi&lang=ms) Visi (/index.php?
Hakcipta © 2018 Portal Rasmi Jabatan Perkhidmatan Awam option=com_tags&view=tag&id=85:visi&lang=ms) Institut Pentadbiran Awam Negara (/index.php?
Dibangun dan diselenggara oleh Portalteam JPA option=com_tags&view=tag&id=118:institut-pentadbiran-awam-negara&lang=ms) Info Transformasi
(mailto:portalteam@jpa.gov.my). (/index.php?option=com_tags&view=tag&id=16:info-transformasi&lang=ms) sebutharga (/index.php?
Untuk pertanyaan atau aduan: Sistem Maklum Balas JPA
Perkhidmatan Tajaan option=com_cont
option=com_tags&view=tag&id=106:sebutharga&lang=ms)
(http://jpa.spab.gov.my/eApps/system/index.do)
dan Pinjaman (/index.php?
option=com_tags&view=tag&id=111:perkhidmatan-
Nota: Paparan terbaik menggunakan resolusi 1024 x 768, pelayar
Mozilla Firefox tajaan-dan-pinjaman&lang=ms) misi (/index.php? option=com_c
**Pengguna Internet Explorer sila gunakan versi Internet Explorer 9 option=com_tags&view=tag&id=86:misi&lang=ms)
ke atas (index.

Kemaskini Terakhir : 18 / 01 / 2019

http://www.jpa.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=1219&lang=ms 5/5

You might also like