You are on page 1of 10

PERJANJIAN PERSEFAHAMAN

MEMORANDUM PERSEFAHAMAN

ANTARA

( NAMA )
( IC NO )

DENGAN

SGI GLOBAL VENTURE SDN BHD

AMEERRINA & PARTNERS 1 SGI Global Venture Sdn Bhd


PERJANJIAN PERSEFAHAMAN

MEMORANDUM PERSEFAHAMAN

ANTARA

( Nama )

DENGAN

SGI GLOBAL VENTURE SDN BHD

Memorandum Persefahaman ini diperbuat pada 02 hb Febuari 2020

DI ANTARA

(NAMA), (selepas ini dirujuk sebagai “( MR. X”) seorang PEMBELI yang dilantik dan
mempunyai alamat di ( ALAMAT ) dan termasuk wakil sah dan penerimahaknya yang sah;

DENGAN

SGI GLOBAL VENTURe SDN BHD,, (selepas ini dirujuk sebagai “SGIGV”) di bawah
nama dan alamat seperti di dalam Akta Syarikat 1965 yang dilampirkan dan yang
mempunyai ; selepas ini dirujuk sebagai “Pihak” secara berasingan dan “Pihak-pihak”
secara bersama.

BAHAWASANYA:-

A. SGIGV merupakan sebuah syarikat yang sentiasa berusaha untuk memperkasakan


dan memperkuatkan keupayaannnya di dalam pelbagai bidang khidmat perniagaan
dan telah mengambil pelbagai inisiatif bagi melengkapkan kecemerlangan dan telah
memasuki pelbagai perancangan kerjasama dengan pihak-pihak yang lain bagi
memperkasakan kecemerlangan itu;

B. Pihak-pihak berhasrat untuk memasuki memorandum persefahaman ini bagi


menyatakan niat masing-masing dan bagi mengadakan suatu asas bagi kerjasama
antara pihak-pihak berdasarkan kepada terma-terma yang terkandung di dalam
memorandum persefahaman ini.

AMEERRINA & PARTNERS 2 SGI Global Venture Sdn Bhd


PERJANJIAN PERSEFAHAMAN

PIHAK-PIHAK TELAH MENCAPAI PERSEFAHAMAN BERIKUT:-

ARTIKEL I

OBJEKTIF

Pihak-pihak, tertakluk kepada terma-terma memorandum persefahaman ini dan


undang-undang, peraturan dan polisi nasional yang berkuatkuasa dari semasa ke
semasa, akan berusaha untuk memperkuat dan memperkembangkan lagi kerjasama
atas asas suci hati, ekuiti dan manfaat bersama.

ARTIKEL II

BIDANG KERJASAMA

1. Setiap pihak tertakluk kepada undang-undang, peraturan dan polisi nasional yang
berkuatkuasa dari semasa ke semasa berkaitan dengan hal-ehwal pelbagai
kepakaran, akan berusaha mengambil langkah-langkah yang perlu bagi
menggalakkan kerjasama dalam pelbagai bidang.

2. Setiap pihak bersetuju dengan pecahan yang dibincangkan dan segala terkandung
yang dilampirkan di sini adalah dipersetujui secara sebulat suara dan tiada pertikaian

Melalui perjanjian ini, SGI GLOBAL VENTURE SDN. BHD. bersetuju berkerjasama ……
sebagai …………..

Tafsiran:
i. SGI Global Venture Sdn. Bhd. merupakan syarikat yang menghasilkan dan
memasarkan produk …………….
ii. ( NAMA ) merupakan …….. yang bernaung di bawah SGI Global Venture Sdn.
Bhd. dan di lantik sebagai ……..
iii. SGI Global Venture Sdn. Bhd. juga syarikat yang menjalankan segala urusan
promosi dan pemasaran bagi produk ………

Jangkamasa:
AMEERRINA & PARTNERS 3 SGI Global Venture Sdn Bhd
PERJANJIAN PERSEFAHAMAN

i. SGI Global Venture Sdn. Bhd. bersetuju untuk berkerjasama ( NAMA ) sebagai
…………….. untuk jangkamasa Dua (2) tahun atau dua puluh empat (24)
bulan berkuatkuasa dari tarikh perjanjian ini dimeterai sehingga genap jangka
masa tersebut.
ii. Penambahan tempoh lantikan sebagai …………………. hendaklah dibuat di atas
persetujuan kedua-dua belah pihak.

Modus Operandi:
i. ( Nama ) dilantik sebagai……………. produk keluaran SGI Global Venture Sdn.
Bhd.
ii. SGI Global Venture Sdn. Bhd. di benarkan menggunakan nama dan gambar
( Nama ) untuk mempromosikan produk ……………..
iii. ….…………. adalah produk …………… khusus yang menggunakan nama
( Nama ) sebagai …………….

Jaminan:
i. SGI Global Venture Sdn. Bhd. dan ( Nama ) akan MENJAGA NAMA BAIK
kedua-dua belah pihak.
ii. ( Nama ) tidak mempunyai apa-apa LIABILITI terhadap produk …………..( Nama
) tidak akan bertanggungjawab di atas KERUGIAN yang dihadapi oleh pihak SGI
Global Venture Sdn. Bhd. dan produk ……………. semasa atau selepas tempoh
perjanjian ini.
iii. Sebarang kemusykilan atau masalah yang timbul melibatkan nama SGI Global
Venture Sdn. Bhd. dan ( Nama ) khususnya, disebabkan oleh kelemahan
pengurusan pihak SGI Global Venture Sdn. Bhd. , yang mendatangkan
keburukan dan kerugian kepada SGI Global Venture Sdn. Bhd. dan ( Nama ),
akan dipertanggungjawabkan kepada pihak SGI Global Venture Sdn. Bhd. untuk
menanganinya dan memulihkannya kembali dengan cara baik.

Kesefahaman:
i. Pihak SGI Global Venture Sdn. Bhd. hendaklah sentiasa memaklumkan kepada (
Nama ) perkembangan produk dari masa ke semasa.
ii. Sekiranya berlaku perselisihan faham antara kedua belah pihak hendaklah di
selesaikan dengan cara profesional.
iii. Segala cadangan, perubahan dan pindaan acara atau kontrak hendaklah
mendapat persetujuan bersama.

2. Bagi tujuan untuk melaksanakan kerjasama dalam bidang yang dinyatakan di


perenggan I, pihak-pihak akan memasuki suatu perjanjian yang mengikat tertakluk
kepada terma dan syarat yang akan dipersetujui oleh kesemua pihak dan
AMEERRINA & PARTNERS 4 SGI Global Venture Sdn Bhd
PERJANJIAN PERSEFAHAMAN

termasuklah persetujuan bagi peruntukan mengenai “kerahsiaan”, “penangguhan”,


“perlindungan harta intelek” dan “penyelesaian pertikaian” seperti yang terkandung di
Lampiran A.

ARTIKEL III

PERKIRAAN KEWANGAN

1. Memorandum persefahaman ini tidak akan menimbulkan apa-apa tanggungjawab


kewangan oleh suatu pihak kepada pihak yang lain.
2. Setiap pihak akan menanggung kosnya dan perbelanjaannya sendiri berkaitan
dengan memorandum persefahaman ini.

ARTIKEL IV

KESAN MEMORANDUM PERSEFAHAMAN

Memorandum persefahaman ini hanyalah bertujuan untuk merekodkan niat pihak-


pihak dan tidak menjadikannya, atau dihasratkan untuk menjadikannya, suatu
tanggungjawab di bawah undang-undang dan tidak akan menyebabkan apa-apa
proses perundangan timbul daripadanya dan tidak boleh dianggap sama ada secara
tersurat atau tersirat sebagai menjadikan apa-apa tanggungjawab sebagai mengikat
atau boleh dikuatkuasakan.

ARTIKEL V

PENAFSIRAN

AMEERRINA & PARTNERS 5 SGI Global Venture Sdn Bhd


PERJANJIAN PERSEFAHAMAN

Apa-apa yang terkandung di dalam memorandum persefahaman ini boleh ditafsirkan


sebagai suatu usahasama, rakankongsi atau suatu urusan perniagaan formal antara
pihak-pihak atau sebagai menjadikan suatu pihak sebagai agen kepada pihak yang
satu lagi.

ARTIKEL VI

KUATKUASA DAN TEMPOH

1. Memorandum persefahaman ini berkuatkuasa dari tarikh ianya ditandatangani dan


akan terus berkuatkuasa bagi tempoh dua (2) tahun.

2. Memorandum persefahaman ini boleh dilanjutkan bagi suatu tempoh dan hendaklah
dipersetujui secara bertulis oleh pihak-pihak.

ARTIKEL VII

(ALAMAT DAN NO TEL)


NOTIS
….…….

Apa-apa komunikasi di bawah memorandum persefahaman ini hendaklah dibuat


secara bertulis dalam Bahasa Kebangsaan atau Inggeris dan dihantar secara surat
berdaftar, atau secara elektronik ke alamat atau alamat mel elektronik atau nombor
faksimili SGIGV atau mengikut mana yang berkenaan, yang dinyatakan di bawah
atau di mana-mana alamat atau alamat mel elektronik atau nombor faksimili lain
(ALAMAT
seperti diberitahukan oleh satu pihak kepada DAN
pihak NO TEL)
yang satu lagi, dan dianggap
….….. dihantar ke alamat atau alamat mel
telah sempurna penyampaiannya sekiranya
elektronik, atau alamat mel elektronik atau nombor faksimili itu:-

Kepada
( NAMA ) :
AMEERRINA & PARTNERS 6 SGI Global Venture Sdn Bhd
PERJANJIAN PERSEFAHAMAN

Kepada
SGI GLOBAL VENTURE SDN BHD

Pernyataan-pernyataan di atas merupakan persefahaman yang dicapai antara


( Nama ) dan SGI GLOBAL VENTURE SDN BHD

Ditandatangani pada _________

Ditandatangani oleh dan bagi pihak

………………………………………………
( Nama )

Di hadapan: Di hadapan:

………………………………………… ……………………………
LEMBAGA PENGARAH LEMBAGA PENGARAH

LAMPIRAN A

ARTIKEL VIII

AMEERRINA & PARTNERS 7 SGI Global Venture Sdn Bhd


PERJANJIAN PERSEFAHAMAN

PERLINDUNGAN HARTA INTELEK

1. Perlindungan harta intelek hendaklah dikuatkuasakan selaras dengan undang-


undang dan peraturan Malaysia dan berdasarkan kepada apa-apa perjanjian
antarabangsa yang ditandatangani oleh pihak-pihak.

2. Penggunaan nama, logo dan atau lambang rasmi mana-mana pihak dan apa-apa
penerbitan, dokumen dan/atau kertas dilarang, sekiranya kebenaran bertulis tidak
diperoleh terlebih dahulu, oleh mana-mana pihak.

3. Tanpa menjejaskan perenggan I, hak harta intelek berkaitan apa-apa perkembangan


teknologi, produk dan perkhidmatan yang dijalankan:

i. secara bersesama oleh pihak-pihak atau keputusan perniagaan yang


diperolehi melalui aktiviti bersama, hendaklah dipunyai bersama oleh pihak-
pihak mengikut terma-terma yang akan dipersetujui kemudian nanti; dan

ii. secara tunggal dan berasingan oleh satu pihak atau keputusan perniagaan
yang diperolehi melalui usaha secara tunggal dan berasingan oleh satu
pihak, hendaklah dipunyai secara tunggal oleh pihak tersebut.

ARTIKEL IX

KERAHSIAAN

AMEERRINA & PARTNERS 8 SGI Global Venture Sdn Bhd


PERJANJIAN PERSEFAHAMAN

1. Setiap pihak hendaklah mengakujanji akan menjaga kerahsiaan dokumen, maklumat


dan apa-apa data yang diterima daripada, atau diberikan kepada, pihak yang lain
dalam tempoh pelaksanaan memorandum persefahaman ini atau apa-apa perjanjian
lain yang dibuat mengikut memorandum persefahaman ini.

2. Bagi tujuan perenggan I di atas, apa-apa dokumen, maklumat dan data termasuklah
apa-apa dokumen, maklumat dan data yang didedahkan oleh satu pihak (pihak yang
mendedahkan) kepada pihak yang satu lagi (pihak yang menerima) sebelum atau
selepas kuat kuasa memorandum persefahaman ini, yang melibatkan perkara
teknikal, perniagaan, pemasaran, polisi, tahu-bagaimana, kerahsiaan, perancangan,
pengurusan projek dan dokumen, maklumat, data dan/atau penyelesaian lain dalam
apa-apa bentuk, termasuk tapi tidak terhad kepada apa-apa dokumen, maklumat
atau data yang dinyatakan secara bertulis sahaja sebagai “Rahsia”, atau kerana
sifatnya, dihasratkan hanya untuk pengetahuan pihak yang menerima, atau
sekiranya diberikan secara lisan, diberi dalam keadaan rahsia atau sulit.

3. Kedua-dua pihak bersetuju bahawa peruntukan Artikel ini akan berterusan mengikat
pihak-pihak, walaupun memorandum persefahaman ini telah tamat.

ARTIKEL X

PENANGGUHAN

Setiap pihak memelihara hak, atas sebab keselamatan nasional, kepentingan nasional, atau
ketenteraman awam untuk menangguhkan sementara, sama ada keseluruhan atau
sebahagian perlaksanaan memorandum persefahaman ini yang mana penangguhan itu
hendaklah berkuatkuasa serta merta apabila pihak yang satu lagi diberitahu secara bertulis
mengenainya.

ARTIKEL XI

PENYELESAIAN PERTELINGKAHAN

AMEERRINA & PARTNERS 9 SGI Global Venture Sdn Bhd


PERJANJIAN PERSEFAHAMAN

Apa-apa perbezaan atau pertelingkahan antara pihak-pihak mengenai tafsiran dan/atau


pelaksanaan dan/atau penukaran apa-apa peruntukan memorandum persefahaman ini
hendaklah diselesaikan secara baik melalui perbincangan dan perundingan antara pihak-
pihak tanpa merujukkannya kepada pihak ketiga yang lain.

ARTIKEL XII

PEMBATALAN KONTRAK

Segala terma dan syarat yang terkandung dalam kontrak ini akan terbatal jika wakil di lantik
tidak menepati atau mengikuti syarat dan program yang di laksanakan oleh syarikat dan
menepati target dan perlaksanaan yang di janjikan oleh wakil di lantik.

AMEERRINA & PARTNERS 10 SGI Global Venture Sdn Bhd

You might also like