You are on page 1of 3

SYARAT-SYARAT PENCALONAN BAGI PINGAT

1. KURNIAAN PINGAT IBRAHIM SULTAN PANGKAT KEDUA (P.I.S. II)

1.1. Pegawai Tadbir Negeri Johor/Pegawai Tadbir Agama:

1.1.1. Telah berkhidmat dengan Kerajaan Negeri Johor


sekurang-kurangnya 15 tahun dengan cemerlang. Ketua-
ketua Jabatan hendaklah menunjukkan bukti
kecemerlangan ini misalnya, kenaikan pangkat,
penyertaan dalam latihan dan kursus yang diiktiraf,
sumbangan perkhidmatan sukarela dalam Badan-badan
bukab Kerajaan atau masyarakat,

1.1.2. Bersih daripada tuduhan jenayah atau tindakan


tatatertib.

1.1.3. Telah dinaikkan pangkat ke Gred 44.

2.1. Kakitangan Kerajaan Negeri:

2.1.1. Telah berkhidmat dengan Kerajaan Negeri Johor


sekurang-kurangnya 15 tahun dengan cemerlang. Ketua-
ketua Jabatan hendaklah menunjukkan bukti
kecemerlangan ini misalnya, kenaikan pangkat,
penyertaan dalam latihan dan kursus yang diiktiraf,
sumbangan perkhidmatan sukarela dalam Badan-badan
bukab Kerajaan atau masyarakat,

2.1.2. Calon hendaklah berusia tidak kurang daripada 50


tahun.

2.1.3. Bersih daripada tuduhan jenayah atau tindakan


tatatertib.

2.1.4. Telah dinaikkan pangkat ke Jawatan Kanan.

3.1. Ketua Kampung, Imam Kampung, Naib Kadi:

3.1.1. Ketua Jabatan hendaklah mengemukakan salinan surat


perlantikan Ketua Kampung dan sumbangannya dengan
cemerlang terhadap masyarakat. Ketua Kampung juga
hendaklah berkhidmat tidak kurang 15 tahun tidak
termasuk jawatan yang disandang sebelumnya.

1
3.1.2. Salinan tauliah Naib Kadi atau Imam Kampung hendaklah
disertakan. Mereka juga hendaklah berkhidmat tidak
kurang dari 15 tahun dengan cemerlang.

3.1.3 Berusia tidak kurang daripada 50 tahun.

4.1. Ahli-ahli Bukan Kerajaan (NGO):

4.1.1. Berusia tidak kurang daripada 50 tahun.

4.1.2. Bukti jasa dan perkhidmatan mereka dan


keberkesanannya terhadap masyarakat dalam tempoh
perkhidmatan tidak kurang daripada 20 tahun.

5.1. Ketua-Ketua Jabatan Persekutuan:

5.1.1. Telah berkhidmat di Negeri Johor tidak kurang 8 tahun.


Ini disebabkan Pegawai-pegawai Persekutuan sering
bertukar.

5.1.2. Berusia tidak kurang daripada 50 tahun.

6.1. Anggota Pasukan Polis DiRaja dan Angkatan Bersenjata:

6.1.1. Telah berkhidmat di Negeri Johor tidak kurang 10


tahun.

6.1.2. Berusia tidak kurang daripada 50 tahun.

6.1.3. Mereka sekurang-kurangnya berpangkat Sarjan atau


setaraf dengannya.

7.1. Ahli-Ahli Parti Siasah:

7.1.1. Berusia tidak kurang daripada 50 tahun.

7.1.2. Mengambil bahagian aktif dalam Jawatankuasa sekurang-


kurangnya 17 tahun di peringkat Cawangan.

7.1.3. Ada bukti sumbangannya yang berkesan kepada parti


dan masyarakat.

7.1.4. Bukti taat setia kepada parti, misalnya tidak melompat


antara satu parti dengan parti yang lain.

2
2. KURNIAAN PINGAT LAMA DAN BAIK DALAM PERKHIDMATAN (PLP)

2.1. Kakitangan Kerajaan yang telah berkhidmat dengan cemerlang


dan taat setia kepada Kerajaan Negeri Johor selama tidak
kurang daripada 25 tahun.

2.2. Usia tidak kurang dari 55 tahun.

2.3. Ketua Jabatan hendaklah mengemukakan bukti perkhidmatan


seperti kenaikkan pangkat, menghadiri kursus atau latihan yang
diiktiraf, bersih dari tuduhan-tuduhan jenayah, sumbangan
sukarela kepada masyarakat.

3. KURNIAAN PINGAT IBRAHIM SULTAN PANGKAT KETIGA (P.I.S. III)

3.1. Berusia tidak kurang 50 tahun.

3.2. Berkhidmat dengan Kerajaan tidak kurang 20 tahun dengan


baik dan taat. Bukti perkhidmatan hendaklah dikemukakan
oleh Ketua Jabatan.

3.3. Tiada tuduhan jenayah atau tindakan tatatertib.

3.4. Sumbangan perkhidmatan sukarela kepada masyarakat.

4. KURNIAAN PINGAT JASA DAN BAIK DALAM PEKERJAAN (PJP)

4.1. Kurniaan biasanya kepada Pegawai dan Anggota Askar Timbalan


Setia Negeri di atas limpah perkenan Duli Yang Maha Mulia
Baginda Tuanku.

PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN JOHOR


JOHOR BAHRU.

You might also like