You are on page 1of 31

Perkembangan Sistem Pendidikan di

Bab 1
Malaysia

Hasil Pembelajaran

 Menghuraikan sejarah perkembangan pendidikan di Malaysia


sebelum merdeka
 Menghuraikan sejarah perkembangan pendidikan di Malaysia
selepas merdeka dan masa kini
 Membanding beza sistem pendidikan sebelum dan selepas
merdeka daripada pelbagai aspek

Perkembangan Sistem Pendidikan di Malaysia

Sebelum Merdeka Selepas Merdeka Masa Kini

Laporan Rahman Talib Akta 1996


Pendidikan Pondok

Akta Pendidikan 1961 DPK 1999


Vernakular Melayu

Laporan Hussein Onn 1971 Sekolah Bestari


Vernakular Cina

Laporan Kabinet 1976 Pendidikan Wajib


Vernakular India

Vernakular Inggeris Status M/P Cina dan India

Laporan Pendidikan Sekolah Wawasan


Falsafah dan Pendidikan Di Malaysia

1.0 Pengenalan

Pendidikan merupakan elemen utama sesebuah negara bagi


pembangunan masyarakat terutama dari aspek ekonomi, politik
dan sosial. Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha yang
berterusan bagi meningkatkan pencapaian akademik pelajar
berteraskan konsep keseimbangan dari segi jasmani, emosi, rohani,
intelek dan sosial (JERIS).

Secara kronologi sistem pendidikan negara telah mengalami


evolusi sejajar dengan pembangunan negara. Evolusi pendidikan
telah melalui lima fasa iaitu Zaman Pramerdeka (sebelum 1957),
Zaman Pasca Merdeka (1957-1970), Zaman Dasar Ekonomi Baru
(1971-1990), Zaman Dasar Pembangunan Negara (1991-2000) dan
Zaman Dasar Wawasan Negara (2001-hingga sekarang).

Perkembangan Sistem Pendidikan di


1.1 Malaysia Sebelum Merdeka

Secara keseluruhan sistem pendidikan sebelum merdeka


dibahagikan kepada dua fasa iaitu sebelum dan semasa Zaman
Kolonialisme British. Sistem pendidikan sebelum Zaman
Kolonialisme British di Tanah Melayu dikatakan telah wujud sejak
zaman kegemilangan Empayar Melaka. Pendidikan pada zaman
tersebut adalah berteraskan agama Islam (Choong 2008).

1.1.1 Sistem Pendidikan Pondok

Pendidikan pondok adalah dalam bentuk bukan formal dan tidak


mementingkan perkembangan kognitif pelajar-pelajar. Pendidikan
ini dipercayai berkembang seiring dengan perkembangan agama
Islam pada abad ke 16. Corak pendidikan lebih tertumpu kepada
pengajaran kitab suci Al Quran, tingkah laku dan akhlak yang baik,
pengetahuan kerohanian dan seni mempertahankan diri.

2
Falsafah dan Pendidikan Di Malaysia

Pendidikan pondok ini terbahagi kepada tiga peringkat iaitu


peringkat pertama yang berpusatkan rumah-rumah guru dengan
menekankan kepada mengaji Al Quran dan Fardhu Ain daripada
guru-guru yang dikenali sebagai ulama. Peringkat kedua dilakukan
di masjid, surau dan madrasah pada waktu malam kerana guru-
guru bekerja pada waktu siang. Pelajarnya terdiri daripada pelajar
dewasa dalam kalangan lelaki dan perempuan. Pembelajaran
peringkat ini wujud kerana menampung bilangan pelajar yang
semakin bertambah. Pada peringkat ini, guru yang dikenali sebagai
ulama amat disanjung tinggi oleh masyarakat tempatan dan ada
kalanya guru-guru ini diundang ke istana untuk mengajar kaum
kerabat diraja.

Gambar 1.1 Pelajar-pelajar di Sekolah Pondok

Peringkat ke tiga sistem pendidikan pondok adalah


berpusatkan institusi agama atau juga dikenal sebagai sekolah
pondok yang ditubuhkan oleh para ulama Islam dan masyarkat
tempatan. Berhampiran dengan sekolah-sekolah tersebut, didirikan
rumah guru dan asrama sebagai kemudahan pelajar yang tinggal
jauh di pedalaman. Guru-guru yang terkenal mengajar di sekolah
pondok antara ialah Tok Husin, Tok Pulau Manis, Tok Kenali dan
lain-lain. Kebanyakan guru pondok mempunyai pengaruh yang
kuat dan mereka mengajar secara sukarela (Shahril 2005). Waktu
pembelajaran dilakukan selepas subuh, petang dan malam. Mata

3
Falsafah dan Pendidikan Di Malaysia

pelajaran yang diajar di peringkat ini adalah seperti Ilmu Tauhid, Al


Quran, Fiqah, Hadith, Nahu, Sufi, Tasawwuf dan Akhlaq, Bahasa
Arab dan tulisan Jawi. Terdapat buku rujukan yang terdiri
daripada Al Quran dan kitab-kitab seperti Hadis, Fiqah, Tauhid dan
Tasawwuf yang dibawa dari Mesir dan negara-negara Arab yang
lain.

Kaedah pembelajaran lebih tertumpu kepada mengeja dan


membaca berulang-ulang surah Al Quran sehingga pelajar dapat
menghafal surah-surah tersebut dengan lancar. Pembelajaran
Fiqah pula melibatkan pelajar menghafal hukum-hukum yang
berkaitan dengan syariat Islam. Pembelajaran seseorang pelajar
dianggap tamat, apabila empat atau lima kali khatam Al Quran.
Yuran pengajian tidak ditetapkan oleh pihak pentadbir. Pelajar
yang berasal daripada keluarga berkemampuan digalakkan untuk
membantu dengan cara menderma bagi meningkatkan kemudahan
infrastruktur sekolah pondok. Manakala menurut Wilkinson (1953)
dalam Shahril (2005) menyatakan pelajar yang kurang
berkemampuan akan membawa buah tangan seperti beras,
pakaian, tikar, bantal dan keperluan lain dari rumah mereka untuk
membantu guru mereka.

Gambar 1.2 Sekolah Pondok dan Asrama Sekolah Pondok

Kemasukan penjajah Barat tidak membawa apa-apa


perubahan kerana sekolah agama berfungsi seperti biasa tanpa ada
sebarang campurtangan daripada pihak penjajah. Keadaan ini
berlaku kerana sikap pihak penjajah British yang tidak ingin

4
Falsafah dan Pendidikan Di Malaysia

campur tangan dalam hal ehwal agama dan adat resam orang-
orang Melayu. Walau bagaimanapun, pengurusan sekolah-sekolah
agama yang ditubuhkan pada zaman penjajah adalah lebih kemas
pengelolaannya.

Namun kejatuhan Kesultanan Melayu Melaka di tangan


Portugis pada tahun 1511, telah membawa kepada kemasukan
sistem pendidikan yang berasaskan agama Kristian Mazhab Roman
Khatolik. Pendidikan bermazhabkan Protestant mula diperkenalkan
di Melaka apabila Belanda menguasai Melaka.

1.1.2 Sistem Pendidikan Zaman Kolonialisme British (1786-


1956)

Perkembangan sistem pendidikan di Tanah Melayu semasa zaman


penjajahan British telah diletakkan di bawah kelolaan penjajah
British. Pihak British telah menjalankan sistem pendidikan sekular
di Tanah Melayu secara menyeluruh. Pendidikan sekular membawa
maksud penekanan kepada konsep keduniaan, bersifat duniawi
dan tidak berkaitan dengan keagamaan. Matlamat utama sistem
pendidikan penjajah adalah semata-mata ingin memberi
pendidikan kepada segolongan rakyat bagi membolehkan mereka
memenuhi keperluan tenaga dan ekonomi.

Sekolah vernakular bermakna sekolah yang menggunakan


bahasa ibunda sebagai bahasa pengantar dalam pengajaran dan
pembelajaran. Sekolah-sekolah vernakular di Tanah Melayu ini,
telah dipecahkan kepada empat aliran iaitu sekolah vernakular
Melayu, sekolah vernakular Cina, sekolah vernakular Tamil dan
sekolah Inggeris (Noriati et al. 2014). Sekolah vernakular Melayu
terletak di kawasan perkampungan orang Melayu manakala
sekolah vernakular Cina pula kebanyakannya didirikan di kawasan
bandar manakala sekolah vernakular Tamil dibina jauh terpencil
di kawasan ladang getah (Najeemah 2005). Setiap sekolah juga
mempunyai kurikulum yang berbeza antara satu sama lain.
Sekolah-sekolah ini berkembang mengikut kehendak kumpulan
etnik pada ketika itu. Keadaan ini wujud akibat daripada dasar
pecah dan perintah yang diamalkan oleh penjajah British. Rajah 1.1

5
Falsafah dan Pendidikan Di Malaysia

menunjukkan sistem pendidikan yang dilaksanakan oleh pihak


British.

Rajah 1.1 Struktur Sistem Pendidikan Zaman Penjajah British


Sumber : Bock (1976) dalam Najeemah (2005)

Bilangan murid lelaki lebih tinggi di sekolah vernakular dan


sekolah Inggeris jika dibandingkan dengan murid perempuan.
Jumlah statistik perbandingan mengikut jantina dan aliran antara
murid lelaki dan murid perempuan dapat dilihat berdasarkan
Jadual 1.1

6
Falsafah dan Pendidikan Di Malaysia

Jadual 1.1 Jumlah murid di sekolah di Negeri-negeri Selat dan


Bersekutu pada tahun 1937 mengikut jantina dan aliran

Sekolah Bilangan Bilangan Jumlah


Lelaki Perempuan

Sekolah Vernakular Melayu 68 905 21 531 90 436


Sekolah Vernakular Cina 63 338 22 951 86 289
Sekolah Vernakular Tamil 14 866 7 775 22 641
Sekolah Inggeris (Kerajaan 30 317 13 654 43 971
dan Bantuan Separa)
Sekolah Inggeris 10 260 3 384 13 644
(Persendirian)
Jumlah 187 686 69 295 256 981

Sumber : Report of the Commission on Higher Education in


Malaysia 1939

i. Sekolah Vernakular Melayu

Penubuhan sekolah vernakular Melayu bermula pada tahun 1821


apabila tertubuhnya Sekolah Melayu Gelugur, diikuti Sekolah
Melayu Bayan Lepas dan Sekolah Melayu Ayer Hitam di Pulau
Pinang. Pada tahun 1856, dua buah lagi sekolah vernakular
Melayu dibuka iaitu di Teluk Belanga dan di Kampung Gelam,
Singapura.

Malangnya sekolah vernakular ini tidak mendapat sambutan


malah mendapat tentangan daripada ibu bapa kerana sekolah ini
tidak mengajar Al Quran (Shahril 2005). Bagi menarik minat lebih
ramai lagi anak-anak Melayu ke sekolah vernakular Melayu, pihak
British telah membuat perubahan dengan mengadakan
pembelajaran bagi pelajaran biasa di waktu pagi dan pelajaran Al
Quran pada waktu petang. Perubahan sesi pembelajaran ini telah
mendapat sambutan daripada masyarakat Melayu, bukan sahaja di
Negeri-Negeri Selat tetapi juga di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu
dan Johor termasuk Negeri Sembilan, Pahang, Perak dan Selangor
(Lihat Jadual 1.2).

7
Falsafah dan Pendidikan Di Malaysia

Jadual 1.2 Pertambahan bilangan sekolah rendah Melayu


(1872-1892)

Tahun Bilangan Sekolah Daftaran Murid


1872 16 596
1882 85 2230
1892 189 7218

Sumber : Sufean (1993)

Pendidikan yang disediakan di sekolah ini adalah sehingga


darjah lima sahaja dengan menggunakan Bahasa Melayu sebagai
bahasa pengantar. Sekolah aliran Melayu yang ditubuhkan ini
menekankan kepada kurikulum asas iaitu membaca, mengarang,
ejaan, menulis, ilmu kira-kira, ilmu alam dan latihan jasmani.
Bentuk kemahiran asas yang diajar pula ialah perkebunan dan
penternakan. Falsafah pendidikan berbentuk kemahiran sengaja
disalurkan mengikut dasar bagi mengekalkan masyarakat Melayu
sebagai kaum tani. Manakala anak-anak golongan bangsawan
dilayan dengan penuh istimewa dengan indoktrin budaya Inggeris
menerusi penubuhan Maktab Melayu Kuala Kangsar (MCKK) pada
tahun 1905. Guru-guru di sekolah vernakular Melayu ini hanya
lulus darjah 6 yang kemudiannya dinaik taraf dengan penubuhan
Maktab Perguruan Sultan Idris (SITC) pada tahun 1922. Kerajaan
British telah membayar elaun kepada guru-guru yang mengajar di
waktu pagi sementara elaun guru-guru agama ditanggung oleh ibu
bapa.

Secara umum, British berhasrat mengekalkan status quo


orang Melayu, sebagai petani dan nelayan, di samping mewujudkan
sektor pekerjaan baru yang berstatus rendah seperti peon, polis
dan kerani (Tukiman 2009). Orang Melayu hanya diberi pendidikan
asas selama enam tahun sahaja bagi mencapai tiga objektif yang
ditetapkan iaitu:

a) membekalkan kemahiran asas melalui Ilmu Hisab agar anak-


anak lelaki berupaya untuk mengendalikan urus niaga secara
kecil-kecilan;

8
Falsafah dan Pendidikan Di Malaysia

b) memupuk kesedaran mengenai kepentingan nilai-nilai murni


seperti kesucian peribadi, kebersihan persekitaran; dan
c) memastikan kefasihan Bahasa Inggeris dalam kalangan anak-
anak Raja.
(Choong 2008)

ii. Sekolah Vernakular Cina

Masyarakat Cina telah diberi kebebasan untuk menubuhkan


sekolah-sekolah mereka sendiri dengan menggunakan kurikulum,
guru-guru dan buku teks dari negara China. Penubuhan sekolah
sendiri dalam kalangan masyarakat Cina dilakukan bagi
memastikan pengekalan warisan budaya dan bahasa mereka.
Segala perbelanjaan bagi penubuhan sekolah ditanggung
sepenuhnya oleh pedagang-pedagang dan pemimpin Cina.

Penubuhan sekolah vernakular Cina ini bermula di Melaka


pada tahun 1815. Kebanyakan sekolah vernakular Cina yang
ditubuhkan ini telah menggunakan premis perniagaan, rumah
kediaman, bangunan tokong yang disumbangkan oleh orang
perseorangan atau persatuan yang mewakili suku kaum Cina
tertentu seperti Hakka, Hokkien dan lain-lain. Walau
bagaimanapun reformasi kebudayaan yang berlaku di negara China
pada tahun 1919 telah menyebabkan sekolah-sekolah Cina di
Tanah Melayu ini mula menggunakan Bahasa Mandarian sebagai
bahasa rasmi. Pengaruh politik Parti Nasional Koumintang telah
mula berkembang di sekolah-sekolah Cina di Tanah Melayu
(Shahril 2005). Keadaan ini telah menimbulkan rasa curiga pihak
British apabila ideologi kerajaan China yang anti-British ini telah
disebarkan dalam kalangan orang Cina melalui sekolah-sekolah
vernakular Cina. Pada tahun 1920, Enakmen Pendaftaran Sekolah
telah ditubuhkan bagi tujuan untuk mengawal perkembangan
sekolah-sekolah vernakular Cina ini.

Hala tuju pendidikan di sekolah-sekolah vernakular Cina


adalah lebih cenderung untuk meningkatkan kemahiran dan
penguasaan dalam bidang matematik, sains dan sebagainya.
Sekolah malam juga diadakan untuk memberi pendidikan kepada

9
Falsafah dan Pendidikan Di Malaysia

generasi tua. Sistem pendidikan aliran Cina boleh dibahagikan


kepada tiga peringkat iaitu :

Jadual 1.3 Sistem Pendidikan Cina


Jenis Sekolah Tempoh Pengajian
Sekolah Rendah Enam tahun
Sekolah Menengah Rendah (Junior Tiga tahun
Middle Three)
Sekolah Menengah Atas (Senior Middle Tiga tahun
Three)

Sumber :Choong 2008

Perkembangan pesat dari aspek pembinaan sekolah


vernakular Cina berlaku di Kuala Lumpur, Johor Bahru, Ipoh dan
Taiping. Terdapat empat jenis sekolah rendah Cina iaitu sekolah
rendah Cina yang dibiayai oleh Kerajaan Inggeris, sekolah rendah
Cina yang ditubuhkan oleh persatuan-persatuan suku kaum,
sekolah rendah Cina yang dibiayai oleh Kristian Mubaligh dan
sekolah rendah Cina persendirian yang ditubuhkan oleh individu
Cina atau persatuan-persatuan. Murid-murid di sekolah vernakular
Cina diajar dengan bahan-bahan klasik, mengira dengan
menggunakan sempoa, menulis tulisan Cina dan pembelajaran
secara hafalan (Noriati et al. 2014). Penubuhan sekolah menengah
Cina pertama di Tanah Melayu ialah di Singapura ada tahun 1913.

iii. Sekolah Vernakular Tamil

Sekolah vernakular Tamil mula didirikan di Seberang Prai, Perak,


Selangor dan Singapura atas daya usaha kumpulan Mubaligh
Kristian ataupun kerjasama daripada majikan ladang tempat
masyarakat India bekerja (Shahril 2005). Kehadiran pihak Inggeris
yang membuka ladang getah dan kopi secara besar-besaran turut
merancakkan lagi penubuhan sekolah vernakular Tamil di kawasan
ladang kepunyaan mereka. Sekolah-sekolah vernakular tersebut
termasuk :

10
Falsafah dan Pendidikan Di Malaysia

a) Sekolah Tamil di Pulau Pinang (1816);


b) Sekolah Anglo-Tamil di Melaka (1850) – wujud selama 10
tahun sahaja; dan
c) Sekolah St. Xavier Malabar di Singapura (1859).

(Choong 2008)

Pembinaan sekolah vernakular Tamil di kawasan ladang


khususnya di negeri Melaka, Negeri Sembilan, Seberang Perai dan
Utara Johor dilakukan dengan harapan pekerja akan tinggal disitu
dengan lebih lama (Sufean 1993). Selepas tahun 1900, pihak
British berusaha memberi bantuan kepada sekolah vernakular
Tamil di ladang-ladang dan di pekan-pekan. Jenis sekolah Tamil
yang terdapat ketika itu adalah seperti sekolah rendah Tamil
dengan bantuan Kerajaan Inggeris, sekolah rendah Tamil yang
diuruskan oleh pihak majikan, sekolah rendah Tamil yang
diuruskan sendiri oleh masyarakat India dan sekolah rendah Tamil
yang diuruskan oleh Persatuan Mubaligh Kristian.

Kurikulum yang diajar dan buku-buku teks yang digunakan


adalah bersumberkan dari negara asal mereka iaitu India.
Pendidikan asas selama enam tahun diberikan kepada orang India.
Walau bagaimanapun bilangan murid yang mendaftar di sekolah
vernakular Tamil sangat rendah. Keadaan ini berlaku akibat
daripada keadaan sekolah yang serba kekurangan dari segi
infrastruktur, buku teks dan tenaga pengajar. Kesedaran
masyarakat India terhadap pendidikan adalah rendah di samping
tarikan sekolah-sekolah Inggeris di kawasan-kawasan bandar,
telah menyebabkan peratus bilangan murid India yang belajar di
sekolah vernakular Tamil adalah kurang.

Hala tuju sistem pendidikan Tamil telah mengalami


perubahan apabila pemerintah Inggeris memberi bantuan dan
kemahiran. Buktinya, pada tahun 1925 Kod Buruh telah
diperkenalkan dengan mewajibkan setiap ladang menubuhkan
sekolah Tamil apabila terdapat lebih daripada 20 orang kanak-
kanak India dalam lingkungan umur persekolahan 7 hingga 14

11
Falsafah dan Pendidikan Di Malaysia

tahun. Pihak British juga telah menubuhkan sekolah Tamil di


kawasan-kawasan bandar bagi anak-anak pekerja di Jabatan Kerja
Raya dan Jabatan Keretapi. Selepas tamat persekolahan, mereka
akan menjadi buruh di ladang-ladang getah dan trek keretapi.
Pertubuhan Kristian juga membantu perkembangan sekolah-
sekolah Tamil terutama di Pulau Pinang, Selangor, Johor dan
Singapura.

iv. Sekolah Vernakular Inggeris

Penubuhan sekolah vernakular Inggeris adalah berteraskan


falsafah untuk memperkembangkan agama Kristian dan
menyebarkan ideologi penjajah Inggeris. Sekolah-sekolah ini
dikenali sebagai sekolah Mubaligh yang dikelolakan oleh mubaligh
Kristian yang terdiri daripada mazhab Anglican, Roman Khatolik
dan Methodist. Sekolah Inggeris terbahagi kepada tiga jenis iaitu
sekolah Free School yang mendapat bantuan daripada kerajaan,
sekolah Inggeris separa bantuan yang ditubuhkan serta dibiayai
oleh persatuan mubaligh dan sekolah Inggeris persendirian.

Gambar 1.3 : Penang Free School

Kebanyakan sekolah-sekolah Inggeris ini terletak di kawasan


bandar, mewajibkan murid-murid bukan beragama Islam untuk
mengikuti pelajaran agama Kristian dan penggunaan Bahasa
Inggeris sebagai bahasa pengantar. Sekolah Inggeris yang pertama

12
Falsafah dan Pendidikan Di Malaysia

di Pulau Pinang iaitu Penang Free School pada tahun 1816.


Pembinaan Free School ini dilakukan bagi menjamin keperluan
tenaga kerja separuh mahir (pegawai-pegawai pentadbir rendah)
seperti kerani dan juruteknik bagi jabatan-jabatan kerajaan. Murid
yang menuntut di sekolah ini dikenakan bayaran yuran dan
sekolah ini terbuka kepada semua murid tanpa mengira kaum.
Pendidikan Inggeris untuk anak-anak golongan bangsawan Melayu
mula diberi perhatian pada tahun 1905 apabila tertubuhnya
Maktab Melayu Kuala Kangsar yang menggunakan model
pendidikan Inggeris yang bercorak Grammar School di England.
Matlamat utama penubuhan sekolah ini adalah untuk melatih
anak-anak bangsawan berkerja dengan perkhidmatan British.

Gambar 1.4 : Maktab Melayu Kuala Kangsar

Pihak Inggeris juga telah memperkenalkan Special Malay


Class pada tahun 1930an bagi memberi lebih peluang kepada
pelajar-pelajar Melayu yang ingin melanjutkan pelajaran. Hal ini
telah memberi implikasi besar dalam hala tuju pendidikan
masyarakat Melayu kerana dapat menyedarkan orang Melayu dari
golongan bawahan untuk turut sama mendapatkan pendidikan
Inggeris. Bilangan murid di sekolah Inggeris di Negeri-Negeri
Bersekutu semakin bertambah terutama dari tahun 1919 hingga
1930 (Lihat Jadual 1.4).

13
Falsafah dan Pendidikan Di Malaysia

Jadual 1.4 Bilangan Murid di Sekolah Inggeris di Negeri-


Negeri Bersekutu

Peratus
Tahun Jumlah
Melayu Cina India Eurasian Lain-lain
1919 9 48 30 10 3 8446
1920 10 48 30 10 2 9208
1921 13 47 29 10 2 10105
1922 15 46 29 9 2 10450
1923 18 46 29 8 2 11594
1924 18 48 24 7 3 12806
1925 19 46 25 6 2 13768
1926 19 49 23 7 2 14509
1927 18 49 25 6 2 16283
1928 17 49 26 6 2 16185
1929 16 50 23 6 2 17113
1930 16 49 27 6 2 17997

Sumber : Sufean (1993)

Walau bagaimanapun, penjajahan Jepun ke atas Tanah


Melayu (1941-1946) telah membawa perubahan dalam sistem
pendidikan. Sekolah Vernakular Melayu dan Sekolah Vernakular
Tamil tetap diteruskan. Manakala sekolah vernakular lain
termasuk sekolah Inggeris telah diganti dengan sekolah Nippon-Go.
Kurikulum di sekolah Nippon-Go menekankan kepada lagu-lagu
klasik Jepun termasuk kebudayaan Jepun. Bahasa Jepun telah
dijadikan mata pelajaran tambahan. Pihak pemerintah Jepun telah
membubarkan pendidikan peringkat menengah aliran biasa dan
diganti dengan pendidikan vokasional dan teknikal, perikanan,
perhubungan, sains samudera, pertanian dan pembinaan.

14
Falsafah dan Pendidikan Di Malaysia

1.1.3 Laporan Cheeseman

Penjajahan semula British ke atas Tanah Melayu setelah Perang


Dunia Kedua telah menyedarkan penduduk Tanah Melayu
terutama orang Melayu mengenai kepentingan pendidikan dalam
meningkatkan ekonomi dan sosial hidup mereka. Situasi ini telah
membawa kepada tuntutan orang Melayu, orang Cina dan orang
India terhadap pihak Inggeris agar memperbaiki sistem pendidikan
terutama di sekolah-sekolah Melayu. Sehubungan dengan itu satu
laporan telah disediakan bagi meninjau dan melaporkan kurikulum
sekolah Inggeris dan sekolah Vernakular di Tanah Melayu.

Laporan tersebut telah disediakan oleh Mr H.R Cheeseman


iaitu Timbalan Pengarah Pendidikan pada tahun 1946 sebagai
langkah untuk membina semula sistem pendidikan di Tanah
Melayu selepas pendudukan Jepun. Antara cadangan yang
dikemukakan dalam laporan tersebut adalah :

a) murid-murid tidak perlu membayar yuran sekiranya mereka


hadir di sekolah vernakular pada peringkat rendah;
b) murid sekolah rendah berpeluang mempelajari Bahasa
Inggeris;
c) sekolah menengah terdiri daripada dua jenis sahaja; dan
d) pendidkan vokasional seperti yang termaktub dalam Laporan
Pelajaran 1938 hendaklah dilaksanakan dengan sepenuhnya.

Laporan Cheeseman bertujuan untuk memperbaiki sistem


pendidikan dan menyatukan aliran yang berlainan dalam sukatan
pendidikan (Kamaruzzaman 2011).Walau bagaimanapun cadangan-
cadangan dalam Laporan Chesseman ini tidak dilaksanakan kerana
kerajaan terpaksa membina semula sekolah-sekolah yang telah
musnah semasa peperangan berlaku.

1.1.4 Laporan Barnes

Pada tahun 1950, satu Jawatankuasa yang dipengerusikan oleh L.J


Barnes telah diwujudkan bagi mengkaji dan memperbaiki
pendidikan untuk orang Melayu. Laporan ini berpendapat

15
Falsafah dan Pendidikan Di Malaysia

sekiranya keempat-empat jenis sistem persekolahan vernakular


diteruskan, maka tidak ada harapan bagi semua rakyat berbilang
kaum di Persekutuan Tanah Melayu dididik dan bergaul bersama
(Kamaruzzaman 2011). Laporan ini telah mengesyorkan agar
seluruh sistem pendidikan dirombak semula dengan
mencadangkan :

a) matlamat pendidikan ke arah membentuk satu rupa bangsa


berasaskan pelbagai kaum;
b) sekolah-sekolah Melayu, Cina dan Tamil ditukarkan secara
beransur-ansur kepada sekolah kebangsaan;
c) sekolah kebangsaan hanya menggunakan Bahasa Inggeris
atau Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar pada peringkat
sekolah rendah. Salah satu bahasa ini akan digunakan secara
meluas sebagai bahasa kedua;
d) pengajaran agama menggantikan pengajaran Jawi di sekolah
untuk mengurangkan beban ibubapa yang terpaksa
menghantar anak-anak mereka ke kelas agama pada waktu
petang;
e) pelajaran Bahasa Cina dan Bahasa Tamil akan disediakan jika
terdapat 15 orang murid atau lebih yang ingin mempelajari
bahasa ibunda mereka;
f) murid-murid berumur 6-12 tahun yang menerima pendidikan
di sekolah kebangsaan diberi pendidikan percuma;
g) pembinaan sekolah vokasional yang moden;
h) kurikulum menekankan kepada mata pelajaran seperti Sains,
Seni Perusahaan dan Sains Rumah Tangga;
i) pentadbiran dana kewangaan sekolah kebangsaan perlu
ditanggung oleh Penguasa Pelajaran Setempat dan kerajaan;
j) penubuhan Jemaah Nazir Persekutuan; dan
k) pembinaan maktab perguruan berasrama untuk pemegang
Sijil Persekolahan.

Cadangan-cadangan yang dikemukakan dalam Laporan


Barnes ini telah mendapat tentangan hebat daripada kaum Cina.
Mereka berpendapat yang laporan ini merupakan usaha
menghapuskan bahasa dan kebudayaan mereka.

16
Falsafah dan Pendidikan Di Malaysia

1.1.5 Laporan Fenn Wu

Laporan ini disediakan oleh Jawatankuasa yang diketuai oleh Dr


Fenn dan Dr Wu. Laporan ini dijalankan untuk mengkaji
pandangan masyarakat Cina yang menganggap Laporan Barnes
berhasrat menghapuskan bahasa dan budaya orang Cina
(Kamaruzzaman 2011)

Hasil kajian menunjukkan masyarakat Cina tidak bersetuju


jika sekolah hanya mengutamakan dua bahasa sahaja. Orang Cina
bersedia menerima Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris sebagai
bahasa pengantar tetapi ingin mengekalkan penggunaan bahasa
ibunda mereka sebagai identiti budaya. Laporan Fenn Wu telah
mencadangkan agar Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa
Cina dijadikan bahasa pengantar di sekolah-sekolah vernakular.

1.1.6 Ordinan Pelajaran 1952

Dua laporan yang bercanggah menyebabkan kerajaan menubuhkan


Jawatankuasa Khas. Pada tahun 1951, Jawatankuasa Khas ini
membentangkan laporan yang kemudiannya dikuatkuasakan
sebagai Ordinan Pelajaran 1952.

Jawatankuasa Penasihat Pusat ini diwujudkan untuk


mengkaji cadangan Laporan Barnes dan Laporan Fenn Wu serta
mencari jalan tengah untuk menyelesaikannya. Pembentukkan
Jawatankuasa ini telah menghasilkan Ordinan Pelajaran 1952 yang
mencadangkan :

a) sistem pendidikan sekolah kebangsaan dilaksanakan melalui


pengenalan Bahasa Inggeris secara beransur-ansur di
sekolah-sekolah Melayu;
b) Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris mula dikuatkuasakan di
sekolah-sekolah Cina dan Tamil;
c) sekolah jenis kebangsaan Inggeris dikekalkan;

17
Falsafah dan Pendidikan Di Malaysia

d) pendidikan agama diadakan pada waktu persekolahan untuk


pelajar-pelajar yang beragama Islam sama ada di kawasan
sekolah atau di kawasan lain yang berhampiran; dan
e) sekolah-sekolah vokasional diperkembangkan.

Ordinan Pelajaran merupakan usaha kerajaan dalam


memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat berbilang kaum,
namun dalam realitinya, murid-murid ini telah diasingkan dalam
sistem persekolahan vernakular masing-masing. Murid pelbagai
kaum ini tidak berpeluang bergaul sesama mereka.

1.1.7 Penyata Razak 1956

Setelah penguatkuasaan Ordinan Pelajaran 1952, Kerajaan British


telah menubuhkan satu jawatankuasa yang dikenali sebagai
Jawatankuasa Mengkaji Semula Dasar Pelajaran. Jawatankuasa ini
diketuai oleh Tuan Hj Abdul Razak b Hussein iaitu Menteri
Pelajaran Persekutuan Tanah Melayu.

Tujuan jawatankuasa ini ditubuhkan adalah untuk


menyemak dasar pendidikan Persekutuan Tanah Melayu dan
membina sistem pendidikan kebangsaan serta mengkaji semula
struktur pendidikan negara. Laporan jawatankuasa ini dikenali
sebagai Penyata Razak 1956. Antara cadangan laporan adalah:

a) Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa


pengantar utama;
b) Bahasa Inggeris, Bahasa Cina dan Bahasa Tamil menjadi
bahasa pengantar bagi sekolah jenis kebangsaan;
c) dua jenis sekolah yang terbuka kepada semua etnik iaitu
sekolah-sekolah rendah yang menerima bantuan atau
persendirian dan sekolah-sekolah menengah yang menerima
bantuan atau persendirian;
d) sistem pendidikan sekolah menengah terdiri daripada Sekolah
Menengah Rendah (SMR) dan Sekolah Menengah Atas (SMA)
dan Pra Universiti;
e) semua peperiksaan berpusat dan sama;

18
Falsafah dan Pendidikan Di Malaysia

f) guru-guru sekolah rendah dan menengah yang berkelayakkan


g) semua guru diletakkan di bawah satu perkhidmatan
profesional; dan
h) penubuhan Jemaah Nazir Persekutuan.
(Kamaruzzaman 2011)

Usaha untuk melaksanakan satu sistem pendidikan


kebangsaan telah bermula dengan penubuhan Sekolah Tuanku
Abdul Rahman di Ipoh, Sekolah Dato’ Abdul Razak di Seremban
dan Sekolah Tun Fatimah di Johor Bharu. Walau bagaimanapun
usaha untuk menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar
tidak dikuatkuasa serta merta. Murid yang memasuki sekolah
rendah kebangsaan diberi tempoh satu tahun (Kelas Peralihan)
untuk belajar Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar (Choong
2008).

Perkembangan Sistem Pendidikan di


1.2 Malaysia Selepas Merdeka

Sistem pendidikan pada zaman ini masih berorientasikan sistem


yang telah tercatat di dalam Laporan Razak. Sistem pendidikan
negara mula mencapai tahap reformasi secara beransur-ansur.

1.2.1 Laporan Rahman Talib

Pada tahun 1960, satu Jawatankuasa Penyemak Dasar Kerajaan


telah diwujudkan untuk mengkaji semula Dasar Pelajaran
Kebangsaan yang terkandung dalam Penyata Razak. Jawatankuasa
ini juga berperanan dalam membuat penambahbaikan dan
perubahan kepada sistem pendidikan di Persekutuan Tanah
Melayu mengikut situasi pada masa itu.

Jawatankuasa ini diketuai oleh En Abdul Rahman Talib


selaku Menteri Pendidikan. Syor-syor penyata ini adalah seperti
berikut:

19
Falsafah dan Pendidikan Di Malaysia

a) menyediakan pendidikan universal selama sembilan tahun


dengan menaikkan umur berhenti sekolah dari 9 ke 15 tahun;
b) pendidikan rendah secara percuma diberi kepada kanak-
kanak untuk semua aliran sekolah rendah mulai tahun 1962;
c) memperbanyakkan kemudahan pendidikan teknikal dan
vokasional;
d) Bahasa Melayu dijadikan bahasa kebangsaan;
e) semua peperiksaan awam hendaklah dijalankan dalam
Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu sahaja;
f) pendidikan akhlak (sivik) harus diadakan bagi murid-murid
bukan Islam;
g) sekolah Rendah Umum dan Sekolah Rendah Jenis Umum
ditukar menjadi Sekolah Rendah Kebangsaan dan Sekolah
Rendah Jenis Kebangsaan;
h) menyediakan program latihan guru;
i) menubuhkan Jemaah Nazir;
j) peperiksaan Penilaian Darjah 5 diwujudkan; dan
k) naik darjah automatik sehingga ke tingkatan 3.

Secara ringkas, Penyata Rahman Talib mencadangkan agar


menghapuskan semua sekolah rendah yang menggunakan bahasa
ibunda dan digantikan dengan sekolah kebangsaan dan jenis
kebangsaan dengan tujuan mencapai perpaduan nasional.

1.2.2 Akta Pendidikan 1961

Tujuan diwujudkan adalah untuk menubuhkan satu sistem


pendidikan kebangsaan yang akan memupuk perkembangan
kebudayaan, ekonomi dan politik. Akta Pelajaran 1961 yang
menggariskan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama
pada semua peringkat pendidikan serta penggunaan kurikulum
dan peperiksaan yang sama untuk semua murid (Akta Pendidikan
1961).

Aspek-aspek yang dibincangkan dalam bab ini tertumpu


kepada huraian bagi tahap pendidikan yang merangkumi tahap

20
Falsafah dan Pendidikan Di Malaysia

rendah, menengah rendah, menengah atas termasuk pendidikan


tahap tinggi (Lihat Jadual 1.5 )

Jadual 1.5 Akta Pendidikan 1961

Aspek Huraian

Tahap Terdiri daripada :


Pendidikan (i) Pendidikan tahap rendah
(ii) Pendidikan tahap menengah rendah
(iii) Pendidikan tahap menengah atas
(iv) Pendidikan di institusi pendidikan cth : kolej, maktab
perguruan dan lain-lain

Pendidikan (i) Wajib bagi semua kanak-kanak yang mencapai umur


rendah persekolahan
(ii) Diberi secara percuma
(iii) Ditawarkan di sekolah-sekolah kebangsaan dan
sekolah-sekolah jenis kebangsaan

Pendidikan Ditawarkan di sekolah-sekolah :


menengah (i) Menengah rendah biasa
(ii) Menengah atas biasa
(iii) Menengah atas trade
(iv) Menengah atas teknik
(v) Menengah atas vokasional
(vi) Menengah yang diluluskan oleh Menteri Pelajaran

Pendidikan (i) Ditawarkan jika terdapat 15 orang atau lebih murid


Islam yang beragama Islam
(ii) Diajar oleh guru-guru agama yang terlatih
(iii) Diadakan sekurang-kurangnya dua waktu seminggu
pada waktu persekolahan

Sumber : Choong (2008)

21
Falsafah dan Pendidikan Di Malaysia

1.2.3 Laporan Hussein Onn (1971)

Laporan ini diketuai oleh Hussein Onn adalah untuk menyediakan


pendidikan dasar bagi semua murid-murid yang berada dalam
lingkungan umur persekolahan dan ditempatkan di setiap sekolah
aliran Melayu, Inggeris, Cina dan Tamil. Laporan ini mencadangkan
agar :

a) Bahasa Melayu diiktiraf sebagai bahasa pengantar namun


kedudukan Bahasa Inggeris masih dipelihara;
b) masa mengajar Bahasa Inggeris ditambah dan guru-guru
diberi latihan untuk memperoleh pencapaian yang baik; dan

Laporan ini jelas menunjukkan pengiktirafan kerajaan


terhadap Bahasa Melayu dengan menjadikannya sebagai bahasa
pengantar. Namun kepentingan Bahasa Inggeris tetap diiktiraf dan
dijadikan bahasa kedua.

1.2.4 Laporan Kabinet 1976

Laporan ini telah diwujudkan pada tahun 1974 dengan


dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri ketika itu iaitu Dr.
Mahathir Mohammad. Tujuan utama laporan ini adalah untuk
menyatupadukan rakyat seperti yang terdapat pada Akta
Pendidikan 1961.

Secara khusus, laporan ini bertujuan untuk mengkaji semula


matlamat dan keberkesanan sistem pendidikan yang diamalkan
sekarang dengan tujuan memastikan keperluan tenaga manusia
negara dipenuhi dalam jangka pendek dan jangka panjang
(Laporan Mahathir 1976). Melalui laporan ini, penekanan telah
diberi kepada peranan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu, bahasa
komunikasi dan bahasa yang dapat menyatupadukan rakyat
Malaysia. Kursus-kursus yang berkaitan dengan Bahasa Melayu
untuk para guru, telah dikaji semula dan dibuat penilaian tentang
keupayaan guru yang mengikuti kursus tersebut.

22
Falsafah dan Pendidikan Di Malaysia

Manakala Bahasa Inggeris tetap menjadi bahasa kedua dan


diajar di institusi pendidikan dengan dua tujuan untuk
membolehkan murid-murid menggunakan bahasa tersebut dalam
kerja dan aktivitinya serta meningktkan kemahiran dan
pengetahuan murid untuk digunakan bagi tujuan pendidikan
tinggi. Secara umum, laporan ini mencadangkan beberapa syor
yang memberi tumpuan kepada :

a) memberi tumpuan kepada pendidikan 3m;


b) kedudukan Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua
dikekalkan;
c) tumpuan kepada aspek kerohanian yang kukuh dan unsur-
unsur disiplin yang tinggi;
d) penegasan kepada kurikulum ala Malaysia;
e) pendidikan menengah atas melalui dua jurusan iaitu
akademik dan vokasional; dan
f) melicinkan tatacara pengurusan pelajaran di dalam
meningkatkan mutu pelajaran secara keseluruhan.

Laporan ini juga menegaskan jenis warganegara Malaysia


yang ingin dibentuk melalui sistem pendidikan di Malaysia adalah :

“Mereka bukan sahaja perlu cekap bahkan perlu


berfikir dan bertindak dengan baik sama ada
secara sendiri mahupun secara beramai-ramai
dengan berpandukan punca-punca akhlak yang
mulia. Individu yang ingin dilahirkan daripada
sistem pendidikan negara perlu selaras dengan
pembangunan kemanusiaan”

Penyataan ini jelas mengambarkan yang tujuan sistem


pendidikan bukan sahaja tertumpu kepada perpaduan dan
pengeluaran sumber tenaga manusia tetapi berfokus juga kepada
pembentukkan keperibadian individu agar selaras dengan
pembangunan kemanusiaan.

23
Falsafah dan Pendidikan Di Malaysia

1.3 Perkembangan Sistem Pendidikan Masa


Kini

Sistem pendidikan negara masa kini diperkasakan dan


dibangunkan melalui pelbagai cara agar mampu berdaya saing
diperingkat global. Hal tuju pendidikan negara telah
diperkukuhkan lagi dengan membawa beberapa perubahan melalui
pewujudan akta seperti Akta 1996.

1.3.1 Akta 1996

Akta 1996 dikenali sebagai Rang Undang-Undang Pendidikan (Akta


Pendidikan 1996). Akta ini juga dikenali sebagai Akta 550 dengan
tujuan memansuhkan Akta 1961. Akta ini telah mengemukakan
undang-undang baharu mengenai pendidikan bagi maksud
melaksanakan dasar pendidikan negara yang berasaskan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan (FPK) (Noriati et al. 2012).

Akta ini telah memantapkan lagi sistem pendidikan yang


meliputi semua peringkat persekolahan dari peringkat pra sekolah
hingga ke peringkat pendidikan tinggi dan meliputi semua kategori
sekolah iaitu sekolah kerajaan, sekolah bantuan kerajaan dan
sekolah swasta. Secara ringkas terdapat 16 bahagian yang
terangkum dalam Akta 1996 dengan tujuan untuk memperluaskan
lagi skop pendidikan negara melalui beberapa peruntukkan seperti :

a) kurikulum semua jenis dan kategori sekolah akan selaras


dengan kehendak negara apabila Kurikulum Kebangsaan
digunakan oleh semua pihak;
b) murid dari semua jenis dan kategori sekolah akan mengambil
peperiksaan yang ditetapkan oleh kerajaan. Ini akan
memudahkan pengukuran dilakukan terhadap pencapaian
murid-murid di sekolah;

24
Falsafah dan Pendidikan Di Malaysia

c) pendidikan Islam diperluaskan dan menjadi mata pelajaran


teras kepada semua kategori sekolah termasuk sekolah
swasta;
d) Menteri Pendidikan boleh menubuhkan dan menyelenggara
tadika. Keluarga yang kurang berkemampuan akan
berpeluang mendapat pendidikan prasekolah;
e) kualiti segala program pendidikan di peringkat tadika akan
dipertingkatkan dan diwajibkan menggunakan Garis
Panduan Kurikulum Prasekolah yang dikeluarkan oleh
Kementerian Pendidikan;
f) pendidikan teknik dan politeknik akan dipertingkatkan di
sekolah. Penukaran taraf sekolah vokasional ke sekolah
teknik. Politeknik boleh mengadakan program kerjasama
dengan mana-mana institusi, perbadanan atau organisasi
perindustrian dalam mengendalikan kursus-kursus yang
ditawarkan. Program berkembar juga boleh dilakukan di
peringkat politeknik bagi kursus diploma dan ijazah dengan
institusi-institusi pendidikan tinggi sama ada dalam negeri
atau luar negeri;
g) pendidikan guru diperkukuhkan dengan mengadakan
program pendidikan di peringkat sijil, diploma dan ijazah;
h) pendidikan swasta dikembangkan dengan lebih sistematik
dengan peruntukkan yang spesifik bagi mengawal taraf
pendidikan dan pengurusan institusi tersebut. Pengajaran
Bahasa Kebangsaan, Pengajian Malaysia dan Pendidikan
Islam atau Moral perlu diadakan bagi memupuk nilai-nilai
murni dan semangat cintakan negara;
i) pendidikan khas akan diberi perhatian yang lebih dengan
adanya peruntukan yang disediakan;
j) mengekalkan status quo sekolah rendah jenis kebangsaan
dan juga 60 buah sekolah Cina swasta. Unifed Examination
yang diambil oleh sekolah-sekolah ini serta lembaga pengelola
sekolah conforming dan sekolah mission dikekalkan; dan
k) memperuntukkan pengajaran bahasa suku kaum sekiranya
munasabah dan praktik diadakan. Kelas agama seperti bible
classes tidak diperlukan mendaftar di bawah Akta Pendidikan
1996.
(Syed Othman & Hasnan 2009 )

25
Falsafah dan Pendidikan Di Malaysia

1.3.2 Dasar Pendidikan Kebangsaan 1999

Dasar Pendidikan Kebangsaan merupakan satu dokumen yang


menggambarkan aspirasi kerajaan dalam menentukan hala tuju
pendidikan negara. Dasar ini menjadi teras serta sumber rujukan
dalam setiap program yang akan dirancang dan dilaksanakan.
Matlamat utama dasar ini adalah untuk melahirkan bangsa
Malaysia yang taat setia dan bersatu padu, melahirkan
warganegara yang berilmu, beriman, berakhlak mulia,
berketrampilan dan sejahtera dan menyediakan sumber manusia
untuk keperluan dan pembangunan negara.

1.3.3 Sekolah Bestari

Sekolah Bestari merupakan sekolah yang dilengkapi dengan segala


keperluan termasuk saluran pengajaran seperti komputer dan
kemudahan internet. Guru-guru dan murid-murid akan
menjalankan aktiviti pembelajaran dengan melibatkan pelbagai
teknik dan kaedah yang melibatkan tugasan yang terbuka,
perbincangan, kolaborasi, perbahasan dan lain-lain (Perkins 1992).

Sekolah Bestari adalah berorientasikan pembelajaran dan


bukan pengajaran iaitu berdasarkan hubungan guru sebagai
jurulatih, pelajar adalah pekerja (Fiske 1991). Penekanan beralih
dari pengajaran kepada pembelajaran. Sekolah Bestari merujuk
kepada cara yang paling bijak bagi memastikan setiap anak diberi
peluang yang sama bagi mencapai potensi diri (Nor Hayati 2003).
Matlamat Sekolah Bestari adalah seperti :

a) menggalakkan pelajar berdikari dalam proses memperoleh


pengetahuan dan mampu menjalankan pembelajaran
mengikut kadar pembelajaran sendiri, minat sendiri dan
menilai diri;
b) menyediakan pelajar agar cekap dalam teknologi maklumat
(IT);
c) mengubahkan budaya pendidikan yang selama ini
menitikberatkan peperiksaan;

26
Falsafah dan Pendidikan Di Malaysia

d) melahirkan pelajar lepasan sekolah yang mampu menangani


cabaran kehidupan dalam era teknologi maklumat di abad ke
21;
e) membentukan satu generasi warganegara Malaysia yang
berilmu, bertanggungjawab, berketrampilan, penyayang,
mempunyai nilai kekeluargaan dan peka terhadap
pemeliharaan alam sekitar; dan
f) menyediakan tenaga pekerja celik teknologi dan berpemikiran
kritis dan kreatif untuk industri tempatan Malaysia.

Sekolah Bestari merupakan satu Aplikasi Perdana Koridor


Raya Multimedia dan pelaksanaannya menekankan penggunaan
ICT sebagai pengupaya pedagogi dan pengurusan sekolah. Projek
ini dirintis pada tahun 1999 hingga 2002 di 88 buah sekolah yang
mana 82 buah adalah sekolah sedia ada dan enam buah dibina
baru iaitu SMK Putrajaya 1, SK Putrajaya 1, SK Putrajaya 2, SMK
Seri Bintang Utara, SK Seri Bintang Utara dan SK Seri Bintang
Selatan. Sekolah-sekolah ini dilengkapi kemudahan ICT termasuk
5,809 komputer. Komputer digunakan dalam pengajaran dan
pembelajaran khususnya Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains
dan Matematik. Sistem Pengurusan Sekolah Bestari digunakan
untuk meningkatkan kecekapan pengurusan serta menyokong
pengajaran dan pembelajaran.

1.3.4 Pendidikan Wajib

Pada tahun 2003, setiap ibu bapa perlu mendaftar anak mereka di
Tahun Satu di sekolah rendah sekiranya telah mencapai umur 6
tahun. Kementerian Pendidikan Malaysia telah melaksanakan
Dasar Pendidikan Wajib ini di bawah Seksyen 29A, Akta Pendidikan
1996 (Akta 550) mulai Januari 2003.

Kegagalan ibu bapa dalam memastikan anaknya mengikuti


pendidikan wajib merupakan satu kesalahan dari segi undang-
undang dan disabitkan kesalahan dengan dikenakan hukuman
denda tidak melebihi RM5,000 atau dipenjarakan tidak lebih 6
bulan atau kedua-duanya sekali.

27
Falsafah dan Pendidikan Di Malaysia

1.3.5 Status Mata pelajaran Bahasa Cina dan Bahasa Tamil

Mata pelajaran Bahasa Cina dan Bahasa Tamil telah dijadikan


sebagai mata pelajaran elektif di sekolah-sekolah kebangsaan pada
tahun 2005. Rasionalnya adalah kerana berlakunya pengurangan
bilangan murid-murid di sekolah-sekolah kerajaan. Sebab lain
akibat daripada peningkatan bilangan murid-murid bukan Cina di
sekolah-sekolah vernakular Cina. Keadaan ini juga telah
menyebabkan bilangan guru terlatih dalam pengkhususan Bahasa
Cina dan Bahasa Tamil dipertingkatkan lagi.

1.3.6 Sekolah Wawasan

Diwujudkan bagi mengeratkan perpaduan kaum di negara ini.


Sekolah ini berkonsep kepada tiga aliran iaitu Sekolah Kebangsaan,
Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Sekolah Jenis Kebangsaan
Tamil yang ditempatkan dalam satu kompleks. Kurikulum,
pentadbiran dan penggunaan bahasa pengantar adalah berbeza-
beza mengikut jenis sekolah. Perkongsiaan kemudahan sahaja
berlaku seperti penggunaan kantin, padang sekolah, dewan
sekolah, tempat perhimpunan, gelanggang permainan dan lain-lain.

1.4 Kesimpulan

Kerajaan telah melancarkan pelbagai pelan pendidikan dalam


usaha meningkatkan lagi kualiti pendidikan,. Pelaksanaan
pelbagaia jenis pelan pendidikan ini, diharapkan dapat memberi
peluang setiap warga negara Malaysia, memperolehi pendidikan
yang sama. Malah mampu mengembangkan potensi individu secara
menyeluruh dan bersepadu selaras dengan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan, meningkatkan kreativiti dan inovasi pelajar,
meningkatkan budaya ilmu, membudayakan sains dan teknologi,
pembelajaran sepanjang hayat, menyediakan sistem pendidikan
yang berkesan dan bertaraf dunia, menjadikan Malaysia pusat
kecemerlangan pendidikan, serta meningkatkan martabat
pendidikan di Malaysia pada peringkat antarabangsa.

28
Falsafah dan Pendidikan Di Malaysia

1.5 Perbincangan

Soalan Struktur

1. Laporan Cheeseman telah disediakan hasil daripada tuntutan


orang Melayu, orang Cina dan orang India terhadap pihak
Inggeris agar memperbaiki sistem pendidikan terutama di
sekolah-sekolah Melayu.

a) Nyatakan kandungan Laporan Cheeseman

b) Bincangkan implikasi daripada cadangan Laporan Razak

Soalan Esei

1
“Laporan Mahathir 1976 adalah bertujuan untuk
mengkaji semula matlamat dan keberkesanan
sistem pendidikan yang diamalkan sekarang
dengan tujuan memastikan keperluan tenaga
manusia negara dipenuhi dalam jangka pendek
dan jangka panjang …”

Huraikan cadangan-cadangan yang dikemukakan dalam laporan


tersebut dalam konteks pembangunan pendidikan bagi memenuhi
keperluan masa depan negara

29
Falsafah dan Pendidikan Di Malaysia

1.6 Rujukan

Akta Pendidikan. 1961. International Law Book Service, Kuala


Lumpur, 1984

Akta Pendidikan. 1996. International Law Book Service, Kuala


Lumpur, 1998

Choong Lean Keow. 2008. Falsafah dan Pendidikan di Malaysia.


Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Kuala Lumpur

Fiske, Edward B. 1991. Smart School, Smart Kids. New York : Simon &
Schuster.

Kamaruzzaman Yahya. 2011. Keberkesanan penggunaan pasarana


di kompleks sekolah wawasan Subang Jaya dalam usaha
menggalakan interaksi antara semua murid warga sekolah.
Unversiti Terbuka Malaysia

Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan


Dasar Pelajaran. Kementerian Pelajaran Malaysia. Kuala
Lumpur, 1988

Najeemah Mohd Yusof. 2005. Pola Interaksi Sosial Dalam Kalangan


Murid Pelbagai Etnik di sekolah menengah kebangsaan
sekitar Sungai Petani, Kedah. Tesis Dr Falsafah. Universiti
Sains Malaysia.

Nor Hayati Abd. Rashid & Chan Fong Mae. 2003. Applications Of
The Smart School Conceptual Model In Preschool Education.
Journal BTP Siri 5.Dis 2003.m/s 1-10.

Shahril @ Chahril Marzuki 2005. Mengurus dan Membiayai


Pendidikan di Malaysia. PTS Profesional. Sdn. Bhd

Sufean Hussien.1993. Pendidikan di Malaysia : Sejarah, Sistem dan


Falsafah. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur

30
Falsafah dan Pendidikan Di Malaysia

Tukiman Kassim. 2001. Hubungan Etnik pada Zaman Kolonial:


Perspektif Teori dan Praktikal. Universiti Teknologi Malaysia

Perkins, David. 1992. Smart Schools. Better Thingking and Learning


For Every Child.New York : The Free Press.

Report of the Commission on Higher Education in Malaysia.1939

Syed Othman Alhabshi & Hasnan Hakim. 2009. Dasar dan


Pelaksanaan Sistem Pendidikan. Universiti Tun Abdul Razak
(UNITAR) Kuala Lumpur

31

You might also like