You are on page 1of 8

PANDUAN MENGISI BORANG PERMOHONAN UNTUK BERKAHWIN

--------------------------------------------------------------------------------------------

1. Pendahuluan

1.1 Setiap perkahwinan yang akan dilangsungkan hendaklah terlebih dahulu


mendapat kebenaran daripada Pejabat Agama Islam Daerah atau Mahkamah
Syariah.

1.2 Permohonan Untuk Kebenaran Berkahwin perlu mengikut peraturan-


peraturan yang telah ditetapkan oleh Enakmen Undang – Undang Keluarga
Islam 2005.

2. Borang Permohonan

2.1 Pemohon hendaklah mengunakan Borang 1


(Permohonan Untuk Kebenaran Berkahwin) yang boleh didapati :

a) Di Pejabat Agama Islam Daerah.


b) Muat Turun melalui laman sesawang Jabatan Agama Islam Pahang di
alamat http://jaip.pahang.gov.my

3. PANDUAN MENGISI BORANG

Pemohon hendaklah melengkapkan semua maklumat-maklumat yang terkandung


dalam borang permohonan kebenaran berkahwin (Borang 1) berdasarkan kepada
kesesuaian jantina seperti yang dinyatakan di dalam borang.

Perkara-perkara penting yang perlu diambil perhatian oleh pemohon semasa


mengisi borang adalah seperti berikut :

3.1 MAKLUMAT PEMOHON


3.1.1 Pemohon hendaklah menandakan jantina pemohon di petak yang
disediakan.

3.1.2 Jika pemohon menandakan jantina lelaki, maklumat pemohon di


para “A”adalah lelaki dan maklumat pasangan di para “B” adalah
perempuan.

3.1.3 Jika pemohon menandakan jantina perempuan, maklumat


pemohon di para “A” adalah perempuan dan maklumat pasangan
di para “B” adalah lelaki.

3.2 UMUR

3.2.1 Pemohon lelaki hendaklah berumur genap 18 tahun dan


perempuan hendaklah berumur genap 16 tahun semasa
permohonan dikemukakan ke Pejabat Agama Islam Daerah.

Contoh: Seorang Pemohon lelaki telah mengemukakan


permohonan ke Pejabat Agama Islam Daerah pada 25 Febuari
2010. Tarikh lahir pemohon ialah 14 Mac 1992.Umur Pemohon
pada tarikh permohonan tersebut ialah 17 tahun 11 bulan 13
Hari. Pemohon masih dikira belum genap umur 18 tahun.

3.2.2 Jika umur pemohon masih belum mencapai umur yang tersebut
di atas, permohonan akan dilanjutkan ke Mahkamah Syariah.

3.2.3 Pemohon akan dikehendaki oleh Mahkamah Syariah untuk


mengisi “ Borang Permohonan Berkahwin Di bawah Umur
( Subseksyen 18(1)(a))”.

3.2.4 Pemohon dinasihatkan supaya mendapatkan terlebih dahulu


“Borang Permohonan Berkahwin Di bawah Umur ( Subseksyen
18(1)(a))” di Mahkamah Syariah untuk dikemukakan bersama
dengan “Borang permohonan kebenaran Berkahwin” dari Pejabat
Agama Islam Daerah ke Mahkamah Syariah .
3.3 MAKLUMAT WALI

3.3.1 Pemohon hendaklah memastikan wali yang betul mengikut


susunan wali yang dinyatakan di atas.

3.3.2 Perpindahan wali ke wali yang berikutnya hanya disebabkan


oleh kematian /belum baligh / tidak siuman /atau sebab-sebab
yang dibenarkan oleh hukum syarak.

3.3.3 Jika wali telah meninggal dunia, pemohon hendaklah


mengemukakan salinan sijil mati wali setiap susunan DAN
salinan Surat Perakuan Nikah Ibubapa bagi pemohon anak
perempuan sulong atau wali adik beradik lelaki yang sulong.

Contoh 1: Jika pemohon anak perempuan yang sulong, wali


yang ada adalah datuk. Pemohon hendaklah mengemukakan
salinan sijil mati bapa DAN salinan Surat Perakuan Nikah
Ibubapa.

Contoh 2: Jika pemohon anak perempuan yang sulong, wali


yang ada adalah adik beradik lelaki. Pemohon hendaklah
mengemukakan salinan sijil mati bapa, datuk DAN salinan
Surat Perakuan Nikah Ibubapa.
Contoh 3: Jika pemohon seorang perempuan, wali pemohon
adalah abang sulong. Pemohon hendaklah mengemukakan
salinan sijil mati bapa, datuk DAN salinan Surat Perakuan
Nikah Ibubapa.

3.3.4 Sekiranya gagal mengemukakan salinan sijil mati / salinan Surat


Perakuan Nikah Ibubapa, pemohon hendaklah membawa dua
orang saksi ke Pejabat Agama Islam Daerah untuk pengesahan
semasa pemohon menghantar borang permohonan.

3.3.5 Jika wali pemohon belum baligh DAN di bawah umur 15 tahun
Qamariah, pemohon hendaklah membawa dua orang saksi ke
Pejabat Agama Islam Daerah untuk pengesahan wali pemohon
belum baligh semasa menghantar borang permohonan.

3.3.6 Permohonan kebenaran berkahwin akan dilanjutkan ke


Mahkamah Syariah jika :

a) Wali tidak dapat dikesan ( wali ghaib).

Contoh: Seorang pemohon perempuan telah tinggal bersama


keluarga angkat sejak lahir. Beliau dan keluarga angkat tidak
mengetahui tempat tinggal bapa kandung dan tidak
mengetahui samada bapa telah meninggal atau masih hidup.

b) Tiada wali nasab (tiada wali seperti susunan di atas).Contoh


saudara baru yang tidak mempunyai wali, anak tidak sah taraf,
dll.

c) Wali Enggan untuk menjadi wali.

Contoh: Seorang pemohon perempuan ingin berkahwin tetapi


tidak mendapat persetujuan wali atas sebab-sebab yang tidak
wajar mengikut hokum syarak.

3.3.7 Pemohon akan dikehendaki oleh Mahkamah Syariah untuk


mengisi “ Borang Permohonan Berkahwin Berwali Hakim
( Subseksyen 18(1)(c))”.

3.3.8 Pemohon dinasihatkan supaya mendapatkan terlebih dahulu


“Borang Permohonan Berkahwin Berwali Hakim ( Subseksyen
18(1)(c))” di Mahkamah Syariah untuk dikemukakan bersama
dengan “Borang permohonan kebenaran Berkahwin” dari Pejabat
Agama Islam Daerah ke Mahkamah Syariah .
3.3.9 Pemohon hendaklah memastikan wali telah menandatangani di
ruang disediakan.

3.3.10 Jika Wali tidak dapat hadir semasa majlis akad nikah dijalankan,
pemohon hendaklah melengkapkan Borang Izin dan Wakalah
( JAIP.US.15 ).

3.4 STATUS

3.4.1 Pemohon hendaklah menentukan status perkahwinan.

3.4.2 Jika status perkahwinan pemohon adalah beristeri atau duda


cerai hidup sedangkan bekas isteri masih dalam iddah, pemohon
hendaklah mendapatkan kebenaran berpoligami daripada
Mahkamah Syariah sebagai ganti akuan bujang yang disebutkan
di para “F” Borang Permohonan Kebenaran Berkahwin.

3.4.3 Jika status perkahwinan pemohon adalah janda atau balu,


pemohon hendaklah mengemukakan dokumen-dokumen
berkaitan yang dinyatakan di dalam senarai semak.
3.4.4 Jika status perkahwinan pemohon adalah Teruna/Dara/Thayyib
(perempuan yang pernah bersetubuh), pemohon hendaklah
mendapatkan pengesahan status seperti yang disebutkan di para
“F” Borang Permohonan Kebenaran Berkahwin.

3.4.5 Pengesahan majikan yang beragama Islam sahaja diperakui jika


pengesahan status ditandatangani oleh Majikan.

3.4.6 Jika status perkahwinan pemohon janda berhias (seorang


perempuan yang telah bercerai sebelum disetubuhi oleh
suaminya) yang belum habis iddahnya, hendaklah terlebih dahulu
membuat permohonan di Mahkamah Syariah.

3.4.7 Pemohon akan dikehendaki oleh Mahkamah Syariah untuk


mengisi “ Borang Permohonan Bernikah Perempuan Yang Bercerai
Tanpa Iddah / Janda Berhias) Subseksyen 18(1)(b))”.

3.4.8 Pemohon dinasihatkan supaya mendapatkan terlebih dahulu


“Borang Permohonan Bernikah Perempuan Yang Bercerai Tanpa
Iddah / Janda Berhias ( Subseksyen 18(1)(b))” di Mahkamah
Syariah untuk dikemukakan bersama dengan “Borang
permohonan kebenaran Berkahwin” dari Pejabat Agama Islam
Daerah ke Mahkamah Syariah .
3.5 PERMASTAUTINAN

3.5.1. Pemohon hendaklah mendapatkan pengesahan permastautinan


jika alamat sekarang tidak sama dengan kad pengenalan.

3.6 PENGESAHAN PENOLONG PENDAFTAR (WALI HAKIM)

3.6.1. Pemohon hendaklah mendapatkan pengesahan Penolong


Pendaftar (Wali Hakim) daripada tempat pemohon tinggal.
PERINGATAN.

1. Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar ke Pejabat


Agama Islam Daerah sebulan dari tarikh cadangan berkahwin.

2. Borang permohonan dianggap lengkap apabila telah mengisi semua maklumat


yang diperlukan dan menyertakan dokumen-dokumen yang dinyatakan di dalam
senarai semak.

3. Bagi Pemohon dan pasangan di dalam daerah yang sama borang permohonan
berkahwin hendaklah dikemukakan serentak ke Pejabat Agama Islam Daerah.

4. Kebenaran berkahwin akan dikeluarkan pada hari yang sama dengan


permohonan yang diterima oleh Pejabat Agama Islam Daerah.

5. Kebenaran berkahwin tidak dapat dikeluarkan pada hari yang sama dengan
permohonan yang diterima disebabkan perkara-perkara berikut:

5.1 Permohonan berkahwin yang dilanjutkan ke Mahkamah Syariah seperti


yang dinyatakan di para 3.2.2, 3.3.5 dan 3.4.5 panduan ini.

5.2 Gagal mengemukakan 2(dua) orang saksi seperti yang dinyatakan di para
3.3.4 panduan ini.

5.3 Gagal mengemukakan borang izin dan wakalah Wali sekiranya wali tidak
dapat hadir semasa majlis akad nikah dijalankan.

5.4 Borang wakalah tidak ditandatangani oleh Qadhi / Pendaftar di tempat


walinya tinggal.

5.5 Sebahagian maklumat tidak dilengkapkan seperti tiada tandatangan


pemohon/ wali /Wali Hakim dan lain-lain.

You might also like