You are on page 1of 4

SOALAN OBJEKTIF

1. Berapakah cakupan pembahasan dalam sosiolinguistik?


A. 2
B. 3
C. 4
D. 5

2. Istilah sosiolinguistik digunakan pertama sekali oleh seorang guru


bernamaHarver Currie pada tahun _____ .
A. 1950
B. 1951
C. 1952
D. 1953

3. Ramai linguis meyakini ____________ sebagai pelopor pengkaji sosiolinguistik.\


A. Panini
B. Ferdinand de Saussure
C. Dell Hymes
D. Fishman

4. Apakah Fishman telah kata tentang sosiolinguistik?


A. sosiolinguistik merupakan ilmu yang mengkaji bahasa daripada segi
hubungan antara latar ( setting , peserta ( participant ), tajuk
perbincangan, fungsi sesuatu interaksi, bentuk perhubungan dan nilai-
nilai yang dipegangoleh ahli-ahli yang terlibat dalam pertuturan terhadap
sesama sendiri
B. jenis kajian yang termasuk bawahkajian sosiolinguistik merangkumi
spektrum topik yang agak luas dan topik-topik tersebut dapat
dikelompokkan kepada empat kelompok utama, iaitu interaksi faktor-
faktor sosial dengan bahasa atau dialek dalam skala besar, penggunaan
sebenar bahasa, bahasa dalam konteks sosialnya, dan penerapan
pengetahuan linguistik kepada masalahsosial.
C. sosiolinguistik menempatkan kedudukan bahasa dalam hubungannya
dengan pemakaiannya dalammasyarakat, sehingga bahasa dipandang
sebagai sistem sosial dan sistem komunikasi,serta merupakan bahagian
dari masyarakat dan kebudayaan tertentu.
D. sosiolinguistik itu ialah bidang yang mengkaji ciri-ciri variasi bahasa, ciri-
ciri fungsi variasi ini dan ciri-ciri penutur yang menggunakannya apabila
ketiga-tiga unsur ini berinteraksi, berubah danmengubah satu sama lain
dalam sesuatu masyarakat bahasa.

5. Sosiolinguistik, namanya berasal daripada gabungan perkataan_____________.


A. sosio + linguistik
B. sosiol + linguistic
C. sosiol + linguis
D. sosial + linguistik

SOALAN SUBJEKTIF
1. A) Apa itu sosiolinguistik?
B) Nyatakan masalah sosiolinguistik yang sering muncul.

SOALAN ESEI
1. Nyatakan dan huraikan cakupan pembahasan dalam sosiolinguistik.
JAWAPAN
SOALAN OBJEKTIF

1. B
2. C
3. A
4. D
5. A

SOALAN SUBJEKTIF

1. A) Sosiolinguistik adalah kajian interdisipliner yang mempelajari pengaruh


budaya terhadap cara suatu bahasa digunakan

B) Masalah Sosiolinguistik yang sering muncul:

 Masyarakat Bahasa
 Bahasa, Dialek dan Idiolek
 Ragam Bahasa
 Reperetoire bahasa
 Fungsi masyarakat bahasa
 Etnografi komunikasi
 Sikap Bahasa
 Perencanaan Bahasa

SOALAN ESEI

1. Ada beberapa cakupan pembahasan dalam sosiolinguistik termasuklahdialektologi dan


sosiolinguistik. Dialektologi adalah kajian tentang dialek yang lebihmemerhatikan fokus
dan cognates daripada kebiasaan verbal yang menggunakan pendekatan diakronis. Di
samping itu, sosiolinguistik memiliki kecenderungan untuk mengadaptasi pendekatan
sinkronis yang menghubungkan bentuk pilihan penutur bahasadengan kriteria
ekstralinguistik, serta memerhatikan kelompok sosial dan variabel bahasayang
digunakan. Cakupan kedua, retorika dan sosiolinguistik. Retorika bertujuan untuk
menentukan metode meyakinkan yang paling baik untuk kemudian
bertugasmenjelaskannya. Di pihak lain, sosiolinguistik adalah deskripsi dan tujuan yang
memuatkeahlian-keahlian berbahasa. Perbezaan lain adalah, retorika berfokus pada
fungsi persuasif bahasa, sementara sosiolinguistik berfokus pada kajian teks dan lisan
yang berhubungan dengan apa sahaja topik dan tujuan. Cakupan ketiga pula
sosiolinguistik mikro dan makro. Pendekatan sosiolinguistik mikro menekankan pada
individu dalaminteraksinya dalam kelompok kecil dan informal, sedangkan pendekatan
sosiolinguistik makro menekankan pada level interaksi antara kelompok yang lebih
besar.Sosiolinguistik mikro memperhitungkan karakteristik individu yang
membezakannyadengan individu lain, sebaliknya sosiolingustik makro
memperhitungkan distribusi perbezaan bahasa dalam masyarakat dan hubungannya
dengan faktor usia, jenis kelamin, pendidikan, pekerjaan dan etnik penutur yang diteliti.

You might also like