You are on page 1of 5

1,709 pelajar sekolah menengah

positif dadah - AADK


Oleh Nurul Hidayah Bahaudin cnews@nstp.com.my

KAJANG: Seramai 1,709 pelajar sekolah menengah didapati positif


dadah dalam ujian saringan dilakukan Agensi Antidadah
Kebangsaan (AADK) di 178 kawasan berisiko tinggi pada Januari
hingga Oktober tahun lalu.

Ketua Pengarah AADK, Datuk Seri Zulkifli Abdullah, berkata


pihaknya melakukan saringan terhadap lebih 41,000 pelajar sekolah
menengah berusia antara 13 hingga 17 tahun di 178 kawasan
berisiko tinggi di seluruh negara.

“Daripada jumlah itu, 1,709 daripada mereka didapati positif dadah.


Kebanyakan mereka didapati menggunakan dadah jenis
methaphetamine kerana ia lebih murah dan senang didapati.

“Sarawak adalah lokasi mempunyai jumlah pelajar sekolah


menengah yang paling tinggi direkodkan positif dadah berdasarkan
ujian saringan dilakukan di 178 kawasan berisiko tinggi.,

“Malah, kami mendapati terdapat perubahan trend penggunaan


dadah jenis methaphetamine yang lebih tinggi iaitu sebanyak 61
peratus berbanding dadah lain selain penurunan penggunaan dadah
jenis opiat menurun sebanyak 30 peratus,” katanya pada sidang
media selepas melancarkan talian hotline AADK di Ibu Pejabat AADK
di Jalan Maktab, di sini, hari ini.

Dalam majlis itu, Zulkifli melancarkan talian hotline AADK yang


beroperasi 24 jam bagi membolehkan orang ramai menyalurkan
maklumat mengenai aktiviti penyalahgunaan dadah dengan
menghubungi talian 03- 89112233 atau 019-6262233.

Zulkifli berkata, pihaknya turut memberi tumpuan untuk


menjalankan pemeriksaan saringan terhadap kakitangan di agensi
awam dan swasta selaras dengan program Tempat Kerja Bebas
Dadah (TEKAD) yang dijalankan sebelum ini.
“Sebelum ini, kami ada melakukan pemeriksaan saringan di agensi
awam dan swasta, namun pada tahun depan, kami akan
mempergiatkan program berkenaan dalam usaha membantu
menyelamatkan kakitangan yang terjebak dengan dadah.

“Malah, AADK sendiri ada melakukan pemeriksaan saringan


terhadap kakitangan agensi ini membabitkan 2,841 kakitangan atau
57 peratus daripada jumlah keseluruhan kakitangan kami. Daripada
jumlah itu, empat kakitangan didapati positif dadah,” katanya.

Beliau berkata, daripada 178 kawasan berisiko tinggi itu, 86 lokasi


bertukar menjadi menjadi kuning, manakala lima lagi kawasan
bertukar menjadi hijau.

“Kami mengklasifikasikan kawasan berisiko tinggi kepada tiga


kategori iaitu merah yang membawa maksud paling tinggi, kuning
(sederhana) dan hijau (bersih).

“Daripada 178 kawasan berisiko tinggi itu, 87 kawasan masih lagi


merah. Kami akan teruskan tumpuan kepada kawasan hijau kekal
hijau, manakala kawasan kuning bertukar hijau selain menukar
kawasan merah kepada kuning,” katanya.
Tangani isu pelajar terlibat najis
dadah

GOLONGAN pelajar sekolah yang mempunyai masalah disiplin


mudah terdedah dengan penyalahgunaan dadah. Gambar hiasan

DADAH merupakan isu yang telah sekian lama menjadi barah,


bukan hanya kepada negara ini tetapi juga kepada masyarakat
global.
Penularan dadah jenis baharu yang dikenali sebagai New
Psychoactive Substance (NPS) menjadikan isu tersebut semakin
sukar untuk ditangani.

Ini kerana, dadah yang mengandungi unsur NPS mudah dihasilkan


dan dijual dalam pelbagai bentuk termasuklah dalam bentuk gula-
gula dan minuman.Di negara ini, dadah seperti itu dikesan
dipasarkan pada harga serendah RM5 berbanding dadah jenis
sintetik yang dijual antara RM30 hingga RM50.Faktor tersebut
mungkin telah menarik minat golongan remaja dan pelajar sekolah
untuk mencubanya kerana ia boleh dibeli pada harga yang murah.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman,


Datuk Seri Mohmad Salleh baru-baru ini mendedahkan, seramai
679 pelajar telah ditangkap sepanjang tahun lalu atas kesalahan
terlibat dalam penyalahgunaan dadah.Kata beliau, walaupun jumlah
tersebut masih kecil jika dibandingkan dengan jumlah keseluruhan
pelajar di negara ini, namun ia satu perkara yang serius dan
membimbangkan.
Malah jelas Mohmad, isu berkaitan kesalahan dadah dalam
kalangan pelajar sukar untuk ditangani kerana trend kesalahan
yang sentiasa berubah-ubah dari tahun ke tahun.Mengulas lanjut
mengenainya, Penganalisis Jenayah, Kamal Affandi
Hashim berkata, sudah tiba masanya pihak berkaitan memikirkan
kaedah yang bersesuaian untuk menangani isu penyalahgunaan
dadah dalam kalangan pelajar.

Menurut beliau, dalam menangani isu tersebut, terdapat dua


elemen yang perlu diberi perhatian iaitu pencegahan dan intervensi.
“Dari sudut pencegahan, pihak berkuasa harus mencari mekanisme
terbaik dalam mengesan kehadiran dadah jenis baharu selain cara
untuk menghalang ia daripada memasuki dan dipasarkan di negara
ini.

“Selain itu, anggota masyarakat juga harus lebih aktif dengan


menyalurkan segala maklumat berkaitan penyalahgunaan dadah
sama ada berkaitan individu yang memasarkannya ataupun lokasi
ia dipasarkan,” katanya.Dalam konteks intervensi pula jelas beliau,
pihak yang berkaitan terutamanya Agensi Antidadah Kebangsaan
(AADK) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) harus mencari
penyelesaian terutamanya berhubung pemulihan pelajar yang
terlibat.

Rawatan

Menurut beliau, disebabkan pelajar sekolah merupakan individu


bawah umur dan tertakluk di bawah Akta Kanak-Kanak (Pindaan)
2016, mereka yang disahkan mengalami ketagihan dadah tidak
boleh ditempatkan di pusat pemulihan bersama-sama pesalah
dewasa.
“Jika tidak diberikan rawatan, kemungkinan besar mereka sukar
untuk dipulihkan daripada ketagihan.

“Oleh itu, sudah tiba masanya AADK dan JKM bekerjasama untuk
mewujudkan pusat rawatan pemulihan khas kepada pesalah bawah
umur yang mempunyai peranan sama seperti pusat pemulihan lain
yang ada di negara ini,” katanya.

Sementara itu, Pakar Psikologi, Dr. Maria Chong


Abdullah ketika dihubungi pula menjelaskan, faktor harga murah
bukanlah pendorong utama yang menyebabkan golongan pelajar
terjebak dengan penyalahgunaan dadah.

Jelas beliau, dari sudut psikologi, golongan remaja biasanya


memiliki ciri-ciri ingin tahu yang tinggi terhadap sesuatu perkara
dan mereka akan cuba melakukannya tanpa memikirkan kesannya.
“Disebabkan rasa ingin tahu itu sangat tebal dalam diri mereka, ia
telah mendorong ramai pelajar dan mereka yang berada di bawah
umur untuk cuba merasai dadah, lebih-lebih lagi apabila ia
ditawarkan dalam pelbagai bentuk seperti gula-gula dan minuman.
“Mungkin pada asalnya hanya ingin mencuba, tetapi lama-kelamaan
mereka mula ketagih,” katanya.

Jelas beliau lagi, faktor kawalan ibu bapa yang longgar juga turut
menyumbang kepada terjadinya masalah tersebut.
Menurut Maria, faktor lain yang menyumbang kepada penglibatan
pelajar dalam isu dadah ialah faktor sosial.

Katanya, disebabkan golongan remaja dan pelajar ketika ini terbiasa


dengan penggunaan gajet, teknologi komputer dan internet, mereka
sangat terdedah dengan pelbagai maklumat termasuklah berkaitan
jenis-jenis dadah yang ada di pasaran dan kaedah untuk
mendapatkannya.

Malah, pergaulan dengan rakan-rakan yang bermasalah juga akan


menyebabkan golongan pelajar terdedah dengan dadah.
Oleh itu katanya, golongan ibu bapa harus sentiasa memantau
pergerakan anak-anak mereka dan mengambil tahu setiap aktiviti
yang dilakukan agar tidak terlibat dengan sebarang aktiviti tidak
sihat termasuklah penyalahgunaan dadah.

You might also like