You are on page 1of 6

Sistem Bunyi Bahasa Melayu

Bahasa Melayu mempunyai sistem bunyi yang tersendiri dan untuk


menguasai kemahiran bertutur dalam bahasa Melayu dengan baik dan
berkesan, seseorang pengguna bahasa perlulah mempunyai pengetahuan
yang mendalam tentangnya. 

Kajian bunyi lazimnya terbahagi kepada dua bidang, iaitu fonetik dan
fonologi. Fonetik mengkaji bunyi bahasa dari segi penyebutan dan
pendengaran atau sifatnya. Fonologi pula mengkaji bunyi-bunyi yang
berfungsi  dalam sesuatu bahasa.

ALAT PERTUTURAN DAN FUNGSINYA  

1. Bibir atas 11. Tengah lidah


2. Bibir bawah 12. Belakang lidah
3. Gigi atas 13. Akar lidah
4. Gigi bawah 14. Epiglotis
5. Gusi 15. Pita suara
6. Lelangit keras 16. Rongga tekak
7. Lelangit lembut 17. Rongga Hidung
8. Anak tekak 18. Rongga mulut
9. Hujung lidah 19. Rahang
10. Hadapan lidah 20. Tenggorok
 
FUNGSI ALAT PERTUTURAN 

Lidah

   Lidah ialah alat artikulasi yang terpenting dan paling aktif dalam
pengeluaran bunyi bahasa. Lidah terbahagi kepada  empat bahagian, iaitu
hujung lidah, tengah lidah, hadapan lidah, dan  belakang lidah. Pembahagian
ini membolehkan lidah membuat deskripsi pelbagai jenis penghasilan bunyi.
Bahagian hadapan lidah, tengah lidah dan belakang lidah penting dalam
pengeluaran bunyi-bunyi vokal, iaitu bunyi vokal hadapan, tengah dan
belakang. Hujung lidah merupakan bahagian paling aktif dan boleh
digerakkan ke mana-mana bahagian mulut untuk membuat penyekatan.  

Gigi 

   Gigijuga berperanan dalam penghasilan bunyi bahasa tetapi peranannya


tidaklah aktif. Kedudukannya yang statik dan sentiasa digunakan sebagai
penampan aliran udara dalam penghasilan bunyi. Penampan aliran udara
inilah yang menghasilkan bunyi. 

Bibir 

   Bibiradalah alat artikulasi yang terletak pada bahagian luar rongga mulut.
Bibir terdiri daripada otot-otot kenyal yang boleh dihamparkan dan
dibundarkan dan berperanan  mengeluarkan bunyi yang berbagai-bagai. Bibir
juga menjadi sempadan paling luar daripada rongga mulut. Bibir juga
berfungsi membuat sekatan kepada udara yang keluar daripada rongga
mulut. 

Gusi

   Gusi
merupakan bahagian yang embung dan menurun dari gigi ke bahagian
dalam rongga mulut. Organ ini digunakan sebagai daerah sebutan dengan
bantuan hujung lidah yang berfungsi membuat penyekatan. 

Lelangit 

   Lelangitdapat dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu lelangit keras dan


lelangit lembut.  Lelangit lembut menganjur dari sempadan lelangit keras
hingga ke akhir rongga mulut. Lelangit keras bermula dari sempadan gusi di
bahagian hadapan atas rongga mulut dapat diturunnaikkan untuk menutup
atau membuka saluran rongga tekak terus ke rongga hidung. Apabila
dinaikkan, rongga mulut akan terbuka dan udara akan keluar melalui rongga
mulut dan apabila diturunkkan, rongga mulut akan tertutup dan udara
terpaksa keluar melalui rongga hidung.  

Rongga Hidung 
   Terletak
di atas rongga mulut yang dipisahkan oleh lelangit. Rongga hidung
boleh dibuka atau ditutup, bergantung kepada keadaan sama ada anak tekak
dan lelangit lembut dinaikkan atau tidak.

Pita Suara

   Pita
suara terletak dalam ruang tenggorok (halkum) dan amat penting dalam
penghasilan bunyi. Proses pengeluaran suara berlaku dengan cara
memperluas dan mempersempit lubang yang terdapat di antara dua keping
selaput nipis berkenaan.

JENIS-JENIS BUNYI

Bunyi Vokal 

   Bunyivokal terhasil apabila udara keluar daripada rongga mulut tidak


mengalami sekatan atau himpitan.  Bunyi vokal juga dipengaruhi
oleh  pengaruh lidah, keadaan rongga mulut dan bentuk bibir.   

Kedudukan vokal-vokal dapat dilihat seperti berikut:


 

PENGHASILAN BUNYI VOKAL 

Vokal Depan Sempit   (i) 

    Untuk mengeluarkan bunyi vokal ini, depan lidah dinaikkan hingga hampir
menyentuh lelangit keras, sementara hujung lidah didekatkan pada gusi.

Lelangit lembut diangkat untuk menutup rongga hidung. Udara dari paru-paru
melalui rongga mulut sambil menggetarkan pita suara tanpa sekatan,
halangan atau himpitan yang boleh menyebabkan geseran kedengaran. Bibir
berada dalam keadaan terhampat. 

Contoh: bilik, titik, ipar, jari, cari 

Vokal Depan Separuh Sempit  (e) 

    Untuk menghasilkan bunyi ini depan lidah dinaikkan, tetapi tidaklah setinggi
membunyikan vokal (i). 

Contoh: kole, tauge, bendi, elok

Vokal Depan Separuh Luas 

   Untuk mengeluarkan  vokal ini depan lidah diturunkan sepertiga dari


kedudukan untuk mengeluarkan vokal ( e ). Kedudukan alat pertuturan adalah
sama  seperti semasa mengeluarkan bunyi  vokal (i) dan (e). 

Contoh: tauke, gelek, gesek, gerek

Vokal Depan Luas ( a) 

   Untuk mengeluarkan bunyi vokal ini,  depan lidah diturunkan serendah-


rendahnya. Lelangit lembut berkeadaan terangkat rapat ke belakang tekak
dan menutup rongga hidung.  Kedudukan alat pertuturan lain adalah sama
seperti menghasilkan vokal (i), dan (e). 

Contoh:  anak,  pandai, landai, anting, siapa, takat

Vokal Belakang Sempit (u) 

    Dihasilkan dengan mengangkat belakang lidah setinggi mungkin ke atas,


tetapi tidak menutup ruang aliran udara. Bentuk bibir dibundarkan. 

Contoh: ubat, ulat, undang, udang, ulang 

Vokal Separuh Sempit ( o ) 

    Dihasilkan dengan menurunkan belakang lidah 1/3 di antara tempat yang


paling tinggi dan tempat yang paling rendah. Keadaan bibir pula
dibundarkan. 

Contoh: obor, solo, polo, toko, orang  

Vokal Belakang Separuh Luas  

   Dihasilkan apabila belakang lidah diturunkan 1/3 daripada kedudukan


separuh sempit dan bentuk bibir turut dibundarkan. Vokal ini tidak terdapat
dalam bahasa Melayu.

Vokal Tengah   

   Dihasilkan dengan meletakkan lidah seperti biasa di lantai rongga mulut.


Bahagian tepi lidah dilengkungkan sedikit, manakala rongga mulut
berkeadaan sederhana luasnya. 

Contoh: enam, empat, kenduri, gerai 

DIFTONG   

    Gabungan bunyi vokal dinamakan diftong. Diftong terbentuk apabila


berlaku pengeluncuran bunyi-bunyi vokal. Satu vokal mengeluncur dari satu
vokal kepada vokal yang lain. Terdapat 3 jenis diftong. 
a. (ai):     sampai, salai, gulai, sungai, cuai, landai

b. (au):    lampau, silau, garau, surau, pukau

c. (oi):     amboi, dodoi,  adoi, sepoi, boikot.

You might also like