You are on page 1of 8

LEMBAGA PEPERIKSAAN

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA


ARAS 8, BLOK E11, KOMPLEKS KERAJAAN PARCEL E
62604 PUTRAJAYA

PEPERIKSAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA


TAHUN 2018

LAPORAN PRESTASI UJIAN

PENDIDIKAN MORAL

1225/1

DISEDIAKAN OLEH:

ENCIK MEZUKI BIN ABDULLAH

KETUA PEMERIKSA (P1300)

23 JANUARI 2019

0
1. PEPERIKSAAN : PEPERIKSAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA

2. MATA PELAJARAN : PENDIDIKAN MORAL

3. KOD KERTAS : 1225/1

4. TARIKH : 22 NOVEMBER 2018

5. MASA : 2 JAM 30 MINIT

6. KERTAS SOALAN

6.1 Format

Format soalan sama seperti format soalan tahun 2010.

Perkara Bahagian A Bahagian B


(Struktur) (Esei)
Bilangan soalan 8 soalan 3 soalan
Jumlah markah 80 20
Analisis – 50% Analisis – 50%
Wajaran kontruk Kefahaman – 30% Kefahaman – 30%
Pengetahuan – 20% Pengetahuan – 20%
Cakupan konteks Mencakupi semua bidang Mencakupi semua bidang
pembelajaran tingkatan 4 pembelajaran tingkatan 4
dan 5 dan 5
Aras kesukaran
Rendah (R)
Sederhana(S) R:S:T R:S:T
Tinggi(T) 2:3:5 2:3:5

BAHAGIAN A

Dalam Bahagian A terdapat lapan soalan struktur. Calon wajib menjawab semua
soalan
Masa yang dicadangkan ialah 1 ½ jam.
Markah yang diperuntukkan adalah sebanyak 80 markah.

BAHAGIAN B

Dalam bahagian B pula, terdapat tiga soalan esei. Calon dikehendaki memilih dua

1
soalan sahaja. Masa yang dicadangkan bagi menjawab soalan bahagian ini ialah 1
jam . Markah yang diperuntukkan adalah sebanyak 20 markah.

Soalan satu berasaskan berkaitan dengan nilai perkembangan diri, soalan dua
berasaskan nilai berkaitan dengan kekeluargaan, soalan tiga berkenaan nilai
berkaitan dengan alam sekitar, soalan empat berkaitan dengan nilai patriotisme,
soalan lima berasaskan nilai berkaitan dengan hak asasi manusia, soalan enam
berasaskan nilai berkaitan dengan perkembangan diri, soalan tujuh berasaskan nilai
demokrasi, soalan lapan mengemukakan nilai berkaitan dengan keamanan dan
keharmonian, soalan sembilan berkaitan dengan nilai perkembangan diri, soalan
sepuluh berasaskan nilai berkaitan perkembangan diri dan soalan sebelas berkaitan
nilai keamanan dan keharmonian.

2
Masa

Masa 2 jam 30 minit yang diperuntukkan adalah mencukupi untuk menjawab soalan
yang dikemukakan.

Arahan

Arahan umum di bahagian hadapan kertas soalan, arahan bagi setiap bahagian dan
arahan bagi setiap soalan adalah jelas dan membantu calon dalam membuat
pemilihan soalan untuk dijawab.

Pemarkahan

Markah yang diterakan pada akhir setiap soalan adalah jelas dan membantu calon
dalam merangka pembahagian masa bagi menjawab setiap soalan.

Cakupan soalan berdasarkan sukatan mata pelajaran.

Kecakupan item-item merangkumi semua objektif mata pelajaran dan kandungan mata
pelajaran.
Soalan-soalan yang dikemukakan menepati hasil pembelajaran yang dibina dengan
menyepadukan penggunaan nilai dengan situasi yang dikemukakan, kemahiran berfikir
aras tinggi(KBAT), KBKK dan pengisian kurikulum.

Objektif mata pelajaran Tingkatan 4:

i. Keluarga harmoni hidup sejahtera

ii. Rakyat mencintai negara

iii. Rakyat Setia, Negara Jaya

iv. Pengguna Bijak, Masyarakat Sejahtera

v. Kemajuan Negara Kebanggaan rakyat

vi. Kebebasan Mengikut Perlembagaan

3
Objektif mata pelajaran Tingkatan 5:

i. Amalan Keadilan Menjamin Kesejahteraan

ii. Pengurusan alam sekitar yang baik menjamin kelestarian alam sekitar dalam
kehidupan harian.

iii. Kerajinan Membawa Kejayaan.

iv. Bekerjasama Tonggak Kemakmuran.

v. Bijaksana Mengurus Alam

vi. Manusia Penyelamat Alam

vii. Hak Pengguna Dilindungi Bersama

Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Moral Sekolah Menengah mengandungi:

i. Penggunaan Nilai

Soalan-soalan yang dikemukakan merangkumi keseluruhan nilai yang


ditetapkan di dalam HSP.Fokus ditekankan kepada pengaplikasian nilai yang
tepat dengan situasi.

ii. Penguasaan fakta

Kemahiran berfikir dan mengaplikasi merupakan kemahiran yang terdapat


dalam HSP. Kemahiran berfikir dan mengaplikasi merujuk kepada keupayaan
murid menggunakan nilai berdasarkan situasi berkaitan dengan ilmu
pengetahuan dan pengalaman peribadi dengan menggunakan nilai berasaskan
situasi yang diberi

Walau bagaimanapun terdapat calon-calon yang tidak dapat menguasai


kemahiran mengingat dan menghuraikan idea dengan jelas.

iii. Pengisian Kurikulum

Pengisian Kurikulum terdiri daripada elemen yang mencantumkan nilai –nilai


utama utama dalam kehidupan masyarakat Malaysia dan perkembangan terkini
dalam kenegaraan, peraturan sosiobudaya,hubungan kekeluargaan dan alam
sekitar yang memberi penekanan selaras dengan matlamat negara untuk

4
membangunkan masyarakat madani.

iv. Pernyataan pendirian/cara /tindakan

Pernyataan pendirian calon terhadap sesuatu isu merupakan satu bentuk


penyoalan yang berbeza dari tahun-tahun sebelumnya.Calon perlu menyatakan
pendirian terhadap satu-satu isu dan perlu memberi alasan/sebab kenapa calon
membuat pendirian tersebut.Calon dilatih dari segi kematangan berhujah dari
aspek nilai moral.

v. Penerapan nilai –nilai moral

Penerapan dan pengamalan nilai nilai moral dalam diri calon merupakan satu
lagi bentuk perubahan dari segi bentuk soalan moral yang mirip kepada
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi. Calon bukan sahaja menyatakan nilai tetapi
menerapkan nilai yang dinyatakan ke dalam diri pelajar berdasarkan situasi
yang disoal dalam soalan.

vi. Penerapan unsur KBAT di dalam soalan menuntut calon untuk memahami
situasi yang diberikan dalam soalan dan mengaplikasikan pengalaman semasa
di dalam jawapan.

6.3 Kerelevanan soalan berbanding apa yang dipelajari calon.

. Item yang dikemukakan adalah releven dengan sukatan pelajaran Pendidikan Moral
Tingkatan 4 & 5 yang diajar oleh guru di bilik darjah. Semua perkara yang ditanya
adalah merupakan perkara yang penting untuk dikuasai oleh calon. Calon mempunyai
peluang sama rata untuk menjawab setiap item. Kebanyakan situasi yang
dikemukakan adalah berdasarkan pengalaman dalam kehiduapan harian calon.

Situasi soalan yang dikemukan kebanyakannya adalah soalan KBAT yang ditekan
oleh KPM.Namun sebahagian besar calon masih belum menguasai teknik menjawab
soalan KBAT.

Kebanyakan soalan adalah jelas dan mudah difahami oleh calon kecuali soalan esei
10 dan 11.

Soalan 3 fokus kepada teknologi hijau iaitu pengasingan sisa pepejal dan kitar semula
tetapi pelajar fokus menjawab kepada isu alam sekitar secara umum. Soalan 3 (b)
skop jawapan terlalu umum dan terlalu banyak cadangan.

Soalan 8 (d) i& ii tidak termasuk dalam kandungan buku teks pendidikan moral dan ini
tidak membantu pelajar untuk menjawab soalan fakta dengan baik.

Soalan 8 (c) mengelirukan pelajar. sepatutnya soalan berbunyi berikan atau nyatakan
kebaikan kerjasama antara negara-negara ASEAN tetapi pelajar kaitkan dengan
ancaman keselamatan bukan merujuk pada panduan dari soalan yang diberikan.

5
Manakala soalan 10 pula, Calon salah taksir kehendak soalan. Contohnya, calon
menjawab pendirian tetapi penerangan lebih kepada tindakan yang sepatutnya
diambil . Calon keliru dengan jawapan yang diberi samada wajar atau tidak wajar.

Soalan 11 sepatutnya cara penyoalan mengelirukan calon. Soalan tersebut


merupakan soalan KBAT aras tinggi terutamanya untuk calon yang lemah. Soalan
adalah sukar bagi pelajar luar bandar kerana tiada kemudahan perkhidmatan GRAB
jadi calon mungkin sukar untuk menghuraikan jawapan.

6.4 Cakupan Peraturan Pemarkahan berdasarkan Sukatan pelajaran

Secara umumnya fakta-fakta dan huraian yang dinyatakan dalam peraturan


pemarkahan akur dengan sukatan pelajaran.

Penyediaan jawapan cukup luas dan memberi kelebihan kepada calon terutamanya
soalan esei.

Jawapan yang diberikan bagi soalan 5c terlalu umum dan tidak menjurus kepada
skema jawapan.

Cakupan huraian untuk soalan semua soalan struktur dan esei sangat baik dan jelas

Prinsip pembahagian markah

Dalam bahagian A, peruntukan markah ialah 80 markah, 10 markah bagi setiap


soalan dan Bahagian B, peruntukan 20 markah adalah sepadan dengan jawapan
yang diperlukan.

Agihan markah kekal seperti tahun lepas

Bahagian A dan B terbahagi kepada 6 peringkat iaitu:


 cemerlang (80 hingga 100 markah)
 kepujian (66 hingga 79 markah)
 baik (51 hingga 65 markah)
 memuaskan (36 – 50 markah)
 kurang memuaskan (21 – 35 markah)
 pencapaian minimum (01 – 20 markah)

Mencakupi semua jenis respons

Bahagian A, kriteria yang diberi keutamaan ialah aspek nilai, KBKK,amalan,


agensi,pelaksanaan dasar, perundangan, saranan merealisasikan program dan
menangani masalah.Bahagian B, kriteria yang diberi keutamaan ialah aspek
penggunaan nilai dalam situasi.

Bahagian A dan Bahagian B diperuntukan markah mengikut konstruk yang telah

6
ditetapkan bagi setiap soalan iaitu samada markah P, K atau N.

6.6 Arahan pemeriksaan

Secara keseluruhan peraturan pemarkahan mudah dipatuhi semasa memeriksa


kertas. Hal ini dapat dibuktikan apabila pemeriksa akur dengan kriteria penskoran.

Peraturan pemarkahan agak sukar dipatuhi khususnya pada soalan yang


melibatkan nilai kerana pernyataan nilai dan kata kunci nilai pada kategori yang
sama. Hal ini menyebabakan pemeriksa kurang akur dengan kriteria penskoran..

Peraturan pemarkahan bagi soalan esei juga agak mengelirukan kerana nilai
diambil kira dalam pemarkahan walaupun soalan tidak menjurus kepada nilai.

Peraturan permarkahan esei juga agak sukar dipatuhi semasa memeriksa kertas
jawapan kerana bagi jawapan yang melibatkan nilai. Di mana kata kunci ditambah
dengan kata sendiri yang tidak berulang akan diberi markah. Pemeriksa perlu lebih
berhati-hati untuk memberi markah kerana dibimbangi jawapan yang diberi
berulang.

Dari segi peraturan pemarkahan yang tiada had maksimum juga menyukarkan
pemeriksa untuk memeriksa kertas.

Penskoran yang melibatkan pemberian markah dalam bentuk pakej juga


menyukarkan pemeriksa menyemak kertas jawapan.

Penskoran ini tetap membantu pemeriksa dengan mudah untuk menetapkan tahap
kebolehan calon pada peringkat yang sesuai.

Kod penskoran (F/H) bagi nilai untuk soalan struktur dan esei diselaraskan sebagai
N kerana mengelirukan.

Kod penskoran (J) untuk soalan struktur dan hendaklah diselaraskan sama dengan
esei. Bagi huraian tiada masalah.

Kesilapan pada peraturan pemarkahan

Semua kesilapan yang dinyatakan telah dimurnikan semasa mesyuarat penyelarasan


bersama pegawai pembina.

Susunan skema cukup baik dan jelas.

Penggunaan helaian tambahan tidak perlu kerana ada calon menggunakan sedikit
sahaja buku jawapan dan selebihnya di atas helaian tambahan.Penggunaan buku
jawapan untuk menjawab soalan moral memang dah mencukupi.

You might also like