You are on page 1of 1

Bincangkan kepentingan teknologi dalam pengajaran sains.

sejauhmanakah ia
membantu pengajaran guru

Selamat Sejahtera DR dan rakan-rakan dalam kumpulan ini. Teknologi dalam pengajaran sains
membantu para guru dalam aktiviti pdpd. Menurut Alessi dan Trollip (2001), pembelajaran menerusi
ICT mempunyai banyak kelebihan. Antaranya adalah murid dapat mencapai bahan pembelajaran
pada bila-bila masa dan di mana jua mereka berada. Bahan pembelajaran boleh dirangkaikan
daripada sumber tambahan yang terdapat di seluruh dunia.Pelbagai bentuk saluran komunikasi
boleh digunakan bagi kegunaan guru dan murid.

Disini saya ingin membincangkan beberapa aplikasi yang sedang digunakan dalam dalam bidang
pendidikan.

 Plikers pula merupakan aplikasi yang mudah dan senang digunakan. Guru mempunyai akses
internet boleh membina soalan dan memaparkannya kepada murid. Murid akan menunjukkan
jawapan mereka menggunakan kad Plikers. Data imbasan akan dimuat naik kepada soalan dan
jawapan murid serta analisisnya boleh diperoleh secara real time.
 Quizizz juaga adalah aplikasi untuk membina kuiz interaktif. Kuiz yang dibina boleh dijadikan
kerja rumah untuk murid.
 Aplikasi Decision Roulette , dimana guru boleh mengolah pelbagai soalan atau apa sahaja yang
boleh dibina bersesuaian dengan pdpc.
 Aplikasi Kahoot, merupakan aplikasi online yang membolehkan guru membina kuiz interaktif
terdiri daripada soalan pelbagai pilihan.
 Padlet , merupakan satu platform untuk murid belajar secara bersama-sama atau kolaboratif.
Antara kelebihan Padlet ialah menyediakan ruang dimana guru boleh memberikan murid
sesuatu topic dan mereka boleh mengaksesnya untuk meletakkan nota, gambar, audio dan
video.

You might also like