You are on page 1of 10

1

TAHAP KESEDIAAN PENGAJARAN PELAJAR IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN


KHAS UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
DALAM LATIHAN MENGAJAR

Kama Shaffeei, PhD


Universiti Pendidikan Sultan Idris
Kama@fpm.upsi.edu.my

Abstrak

Kajian ini bertujuan mengenalpasti tahap kesediaan pelajar ijazah sarjana muda bidang pendidikan
khas UPSI dalam mengikuti latihan mengajar di sekolah yang telah dipilih.Reka bentuk kajian
dilaksanakan secara kualitatif dengan menggunakan instrumen analisis dokumen, pemerhatian
dan temubual berstruktur.Sampel kajian melibatkan sembilan orang pelajar ijazah sarjana muda
bidang pendidikan khas semester enam, sesi dua 2018/2019, Fakulti Pembangunan Manusia
UPSI.Dapatan kajian menunjukkan kesediaan pelajar pelatih dalam penyediaan Rancangan
Pengajaran Harian (RPH) berada pada tahap sederhana dan ketrampilan pelajar sebagai seorang
bakal guru berada pada tahap baik.Implikasi kajian menunjukkan keperluan satu pembangunan
model ciri-ciri guru pendidikan khas dalam pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) di Program
Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) sekolah-sekolah Malaysia.

Kata kunci: kesediaan pengajaran, pelajar ijazah sarjana muda pendidikan khas, latihan mengajar

PENDAHULUAN

Profesion keguruan merupakan satu bidang kerjaya yang dipandang mulia oleh masyarakat
dan agama.Peranannya amat penting bagi masyarakat dan negara.Pendidikan Khas
merupakan salah satu pendidikan yang disediakan bagi murid berkeperluan khas belajar
sama ada di sekolah pendidikan khas, sekolah harian biasa mahupun di Program
Pendidikan Inklusif (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2019).
Pengajaran dan pembelajaran untuk murid pendidikan khas adalah berbeza
berbanding murid normal.Pengajaran murid pendidikan khas memerlukan strategi dan
pendekatan tertentu(Ford,1992) berdasarkan bakat,tahap dan keupayaan
mereka(Kama,2012).
Sehubungan dengan itu, Latihan Mengajar bagi guru pelatih penting bagi
menyediakan mereka benar-benar bersedia apabila mengajar murid berkeperluan khas
ataupun murid di aliran perdana.Matlamat latihan mengajar ialah untuk menyediakan
peluang kepada guru pelatih mengalami dan mengalikasikan ilmu pendidikan dalam konteks
sebenar di institusi pendidikan (Laporan Penyeliaan Latihan Mengajar UPSI, 2019).

Seminar Darulaman 2019 Peringkat Kebangsaan


22-23 OKTOBER 2019
2

PERNYATAAN MASALAH

Pengajaran berkesan adalah pengajaran yang membolehkan pelajar memperolehi


kemahiran, pengetahuan dan sikap yang ditetapkan.Seseorang guru perlu mempunyai
kemahiran menyampaikan pengajarannya dimana pengajaran yang berkesan adalah
dihasilkan melalui kualiti pengajaran guru (Abdul Ghani Abdullah et al. 2011).Dalam kontek
pendidikan khas dari semasa ke semasa, guru berhadapan dengan murid-murid yang
bermasalah pembelajaran seperti mana guru pendidikan khas. Namun begitu tidak
dinafikan masih ramai guru yang kurang mengetahui bagaimana murid itu perlu dibantu
bagi memastikan ia mendapat sesuatu yang boleh dipelajari di dalam bilik darjah.Tidak
semua teknik berkesan untuk semua murid dan guru perlu menggunakan pelbagai variasi
teknik bagi membantu murid dengan keperluan khas. (Jamila K.A.2006).

Guru berkualiti menurut Abdull Sukor Shaari (2008) ialah bermula dari pengajaran dan
pembelajaran yang mana guru haruslah memberikan penekanan kepada empat perkara
penting iaitu perancangan, penyampaian, penilaian dan dorongan.Selain itu keyakinan diri
dan motivasi yang tinggi juga perlu ada pada seseorang guru agar dapat membimbing dan
memotivasikan murid.

Berdasarkan penelitian pengkaji, mendapati kurangnya kajian yang mendalam


berkaitan tajuk kajian ini khususnya berkaitan kualiti pengajaran guru pendidikan khas di
Program Pendidikan Khas Integrasi(PPKI).Secara umumnya tidak semua guru mengetahui
dan mampu melaksanakan amalan pengajaran yang berjaya dalam pengajaran
mereka.Sehubungan itu, kajian perlu dilakukan untuk memastikan bakal-bakal guru
bersedia mengajar dan dapat meningkatkan kualiti pengajaran guru pendidikan khas
khususnya.

OBJEKTIF KAJIAN

1. Mengenalpasti tahap kesediaan guru pelatih dalam aspek penyediaaan


rancangan Pengajaran Harian (RPH).
2. Mengenalpasti tahap kesediaan guru pelatih dalam aspek ketrampilan diri dan
sahsiah.

PERSOALAN KAJIAN

Selaras dengan objektif kajian tersebut, dua persoalan kajian dikemukakan iaitu

1. Sejauh manakah tahap kesediaan guru pelatih dalam aspek penyediaaan


rancangan Pengajaran Harian (RPH)?
2. Sejauh manakah tahap kesediaan guru pelatih dalam aspek ketrampilan diri dan
sahsiah?

Seminar Darulaman 2019 Peringkat Kebangsaan


22-23 OKTOBER 2019
3

METODOLOGI

Reka bentuk kajian dilaksanakan secara kualitatif dengan menggunakan instrumen


analisis dokumen, pemerhatian dan temubual berstruktur.Sampel kajian
melibatkan sembilan orang pelajar ijazah sarjana muda bidang pendidikan khas
semester enam, sesi dua 2018/2019,Fakulti Pembangunan Manusia UPSI.Lokasi
kajian ialah di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur,Negeri Sembilan,Perak dan
Kedah.Jadual 1 menunjukkan analisis data dalam pelaksanaan kajian.

Jadual 1 Analisis Data Pelaksanaan Kajian


Alat Analisis Dapatan
Kajian Data
Analisis Semakan Buku RPH.
Dokumen Rekod
Mengajar dan
Rancangan
Pengajaran
Harian.
Pemerhatian Penyeliaan Skor Sesi
Pengajaran PdPc
berdasarkan sebanyak
RPH yang dua kali
disediakan. Penampilan
pelajar
Temubual Temubual Persediaan
Berstruktur selepas sesi mengajar
pengajaran Bahan bantu
dilaksanakan mengajar

DAPATAN KAJIAN

Objektif Satu: Tahap kesediaan guru pelatih dalam aspek penyediaan rancangan
Pengajaran Harian (RPH).Jadual dibawah menunjukkan dapatan analisis dokumen
penulisan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) semasa latihan mengajar.

(i) Analisis Dokumen


Jadual 2 di bawah menunjukkan Analisis Dokumen Rancangan Pengajaran Harian
(RPH) yang menyatakan empat swampel guru pelatih berada pada tahap baik
dalam penulisan RPH berbanding lima orang sampel yang berada pada tahap
sederhana.

Seminar Darulaman 2019 Peringkat Kebangsaan


22-23 OKTOBER 2019
4

Jadual 2 Analisis Dokumen Rancangan Pengajaran Harian (RPH)

S Tahap Dapatan
a Persediaan i)Objektif
m (25%) ii) Perancangan
p i)Persediaan 1. isi kandungan
e RPH 2.strategi
l 3.KBKK/Kemahira
Skala: n
23-25- Sangat Bahasa/Nilai/Kem
Baik ahiran Proses
20-22- Baik Sains
15-19- iii)Pentaksiran
Sederhana
11-14-
Memuaskan
6-10 – Kurang
Memuaskan
0-5 – Sangat
tidak
memuaskan

Skor
1 21 Baik
2 21 Baik
3 21 Baik
4 20 Baik
5 19 sederhana
6 19 sederhana
7 19 sederhana
8 19 sederhana
9 19 sederhana

(ii) Pemerhatian

a)Aspek Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc)


Jadual 3 menunjukkan Aspek Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) guru
pelatih dalam sesi latihan mengajar.Dapatan menunjukkan seramai enam orang
sampel berada pada tahap memuaskan,dua orang pada tahap sederhana dan
seorang sahaja pada tahap baik.

Jadual 3 Aspek Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc)


S Tahap Dapatan
a Pencapaian Skala:
m PdPc(60%) 55-60(sangat
p i)Persediaan baik)
e Perkembang 50-54 (baik)
l an 46-49
(sederhana)
30-45
(memuaskan)
26-29(kurang
memuaskan)

Seminar Darulaman 2019 Peringkat Kebangsaan


22-23 OKTOBER 2019
5

21-25(Sangat
kurang
memuaskan)
16-20(perlu
bimbingan)

1 51 Baik
2 44 Memuaskan
3 45 Memuaskan
4 44 memuaskan
5 46 sederhana
6 45 memuaskan
7 45 memuaskan
8 45 memuaskan
9 46 sederhana

Objektif Dua: Tahap kesediaan guru pelatih dalam aspek ketrampilan diri dan
sahsiah.
(i) Pemerhatian
Jadual 4 menunjukkan Analisis Pemerhatian Latihan Mengajar Guru Pelatih aspek
ketrampilan diri dan sahsiah.Hasil dapatan menunjukkan bahawa aspek
ketrampilan diri dan sahsiah berada tahap baik.
Jadual 4 Analisis Pemerhatian Latihan Mengajar Guru Pelatih aspek ketrampilan
diri dan sahsiah
S Penampilan/S Dapatan/skala
a ahsiah(10%) 1-sangat lemah
m (Penampilan 2-lemah
p diri dan ciri-ciri 3-sederhana
e professional) 4-baik
l 5- sangat baik

Skor
1 4 baik
2 4 baik
3 4 baik
4 4 baik
5 4 baik
6 4 baik
7 4 baik
8 4 baik
9 4 baik

(ii) Temubual Berstruktur


Temubual berstruktur dilaksanakan selepas proses PdPc berjalan. Setiap sampel
memberi respon dalam temubual yang diberikan.Dapatan temubual adalah seperti
skrip di bawah:
Jadual 5[a] menunjukkan Analisis Temubual Berstruktur Guru Pelatih dalam PdPc.
Dapatan menunjukkan bahawa guru pelatih pada mulanya berasa gugup dalam
memulakan sesi pengajaran.Walau bagaimanapun, mereka dapat melaksanakan

Seminar Darulaman 2019 Peringkat Kebangsaan


22-23 OKTOBER 2019
6

PdPc sehingga selesai.Penambahbaikan perlu dilakukan oleh sampel kajian


supaya pengajaran selanjutnya akan dapat membnatu lebih lagi kefahaman
kepada murid berkeperluan khas dan keyakinan kepada sampel kajian.
Jadual 5[a] Analisis Temubual Berstruktur Guru Pelatih dalam PdPc
Soalan (1) Penyelidik: Apakah perasaan pelajar selepas melaksanakan proses
pdpc
Sampel Dapatan Transkrip Temubual
(S)
S1 “Saya rasa lega….walaupun tadi ada lupa
langkah-langkah pengajaran…gugup la dr.
kama…hahaha… Tapi saya cuba juga selesaikan
pdpc walaupun ada kekurangan di mana-mana.”
S2 “Saya rasa lega…. Saya rasa dag laksanakan
pdpc dengan baik....walaupun ada kekurangan di
masa sesi perkembangan isi pelajaran tadi.”
S3 “Saya rasa gugup tadi dr. kama lega…. lupa
langkah-langkah pengajaran… Tapi saya cuba
juga selesaikan pdpc …”
S4 “Saya rasa lega….hmmm… Tapi saya cuba juga
selesaikan pdpc ..walaupun tadi terpaksa
mengurus murid berkefungsian rendah”
S5 “Saya rasa lega…. Tapi saya cuba juga
selesaikan pdpc ..walaupun tadi ada murid hyper
suka kacau kawan dia…”
S6 “Saya rasa lega…. Tapi saya cuba juga
selesaikan pdpc ..walaupun tadi ada murid hyper
suka kacau kawan dia…”
S7 “Saya rasa lega … Tapi saya cuba juga
selesaikan pdpc ..walaupun ada set induksi tadi
tertinggal ..terus ke isi pengajaran….”
S8 Saya rasa lega…. Tapi saya cuba juga selesaikan
pdpc ..walaupun ada tadi lupa aktiviti
pengukuhan…”
S9 “Saya rasa lega…. Tapi saya cuba juga
selesaikan pdpc ..walaupun ada kekurangan di
mana-mana…dan tadi ada sangkut dipermulaan
pengajaran.”

Jadual 5[b] menunujukkan Analisis Temubual Berstruktur Guru Pelatih dalam


PdPc.Kesemua sampel menyatakan bahawa objektif pengajaran dalam latihan
mengajar tercapai meskipun perlukan penambahbaikan pada masa akan datang
dan mempelajaridalam usaha meningkatkan kaedah pengurusan kelas.

Jadual 5[b] Analisis Temubual Berstruktur Guru Pelatih dalam PdPc


Soalan (2): Penyelidik: Adakah objektif pengajaran tercapai melalui proses pdpc
tersebut?

Sampel(S) Dapatan Transkrip Temubual


S1 “Tercapai dr.kama…tapi daripada lima orang
ini…hanya dua orang yang boleh mengikuti
langkah-langkah pengajaran sampai
penutup..tiga lagi terpaksa guna penggayaan
dan bimbinga n kerana mereka ‘low

Seminar Darulaman 2019 Peringkat Kebangsaan


22-23 OKTOBER 2019
7

function’….ikut keupayaan mereka.”


S2 “ Rasanya tercapai sebab murid dapat
mengikuti akativiti tadi dengan gembira”
S3 “Murid dapat bergerak bebas dan ikut aktivviti
yang saya rancang,Alhamdulillah tercapai”
S4 “Sukar juga pada mulanya kerana mereka
kena bantu sebab kelas ni majoriti ‘low
function’.tercapaui dengan bimbingan guru”
S5 “Alhamdulillah tercapai mengikut RPH yang
dirancang”
S6 “Tercapai kerana murid dapat mengikuti aktiviti
dan menyiapkan lembaran kerja tadi”
S7 “ Tercapai tapi perlu mengukuhan semual
pada sesi akan dating”
S8 “Tercapai mengikut RPH yang ditulis”
S9 “Tercapai objektif dengan bantuan guru.

Jadual 5[c] menunjukkan Analisis Temubual Berstruktur Guru Pelatih dalam


PdPc.Kesemua sampel menyatakan bahawa beberapa masalah dihadapi
antaranya,kesukaran mengajar murid berkefungsian rendah,pengurusan masa
dalam pengajaran dan keperluan meningkatan set induksi dalam pemulaan
pengajaran.

Jadual 5[c] Analisis Temubual Berstruktur Guru Pelatih dalam PdPc


Soalan (3): Penyelidik: Apakah masalah yang dihadapi dalam proses pdpc tadi?

Sampel(S) Dapatan Transkrip Temubual


S1 “Mengurus bilik darjah kerana murid ada
pelbagai tahap keupayaan…sederhana dan
rendah kebolehannya.”
S2 “Sukar mengurus murid berkefungsian
rendah..”
S3 “Set induksi perlu lebih menarik tadi…Tadi
kurang berkesan tapi akan perbaiki semula
nanti”
S4 “ Murid low “function’ sukar tumpu
pembelajaran dalam pdpc
S5 “setengah-setengah murid sukar bertutur dan
perlu bantuan pertuturan dari semasa ke
semasa”
S6 “Sukar mengurus murid berkefungsian
rendah..”
S7 “Sukar mengurus murid berkefungsian
rendah..”
S8 “Sukar mengurus murid berkefungsian
rendah..”
S9 “ Masa tak cukup….kena baiki semua”

Seminar Darulaman 2019 Peringkat Kebangsaan


22-23 OKTOBER 2019
8

Jadual 5[d] Analisis Temubual Berstruktur Guru Pelatih dalam PdPc aspek
penambahbaikan pengajaran.Guru Pelatih menyatakan bahawa keperluan
menambahbaik sesi pengajaran terutamanya aspek set induksi,perkembangan
pengajaran dengan sokongan Bahan Bantu Mengajar (BBM) dan perlu
bersesuaian dan relevan merujuk tahap keupayaan murid.

Jadual 5[d] Analisis Temubual Berstruktur Guru Pelatih dalam PdPc


Soalan (5): Penyelidik: Bagaimanakah membuat penambahbaikan dalam pdpc
yang akan datang?

Sampel(S) Dapatan Transkrip Temubual


S1 “Saya kena rancang pengajaran dan lihat
kebolehupayaan murid agar tidak terlalu tinggi
aras pengajaran dan yang penting objektif
tercapai serta murid faham apa yang diajar
mengikut tahap kebolehupayaan mereka?”
S2 “ perlu pelbagai aktiviti”
S3 “Set induksi menarik…”
S4 “Aktiviti pelbagai”
S5 “ Aktiviti pengukuhan dapat bantu kefahaman
murid”
S6 “ BBM perlu menyokong PdPc”
S7 “ Alat bantu mengajar perlu sesuai “
S8 “ Alat bantu mengajar perlu sesuai…. bantu
PdPc“
S9 “Perlu aktiviti menarik.”

PERBINCANGAN

Objektif Satu: Tahap kesediaan guru pelatih dalam aspek penyediaan


rancangan Pengajaran Harian (RPH).
Dapatan kajian menunjukkan bahawa kesediaan guru pelatih masih berada pada
tahap sederhana.Sampel kajian memperlihatkan analisis dokumen penulisan
Rancangan Pengajaran Harian (RPH) semasa latihan mengajar lima daripada
sembilan sampel kajian berada tahap sederhana.Manakala, empat orang lagi
perlu bimbingan walaupun berada dalam tahap yang baik.RPH perlu disediakan
dengan baik sebagai panduan guru pelatih meningkatkan kualiti pengajaran yang
baik.
Dapatan temubual menunjukkan guru pelatih perlu meningkatkan
penguasaan pengajaran dengan memperbaiki set induksi, perkembangan
pengajaran dan menambah bahan bantu mengajar yang sesuai bagi mencapai
objektif pengajaran.Kepelbagaian pendekatan pengajaran perlu bagi membantu
murid berkeperluan khas terutama ‘low function’ dalam menguasai isi
pembelajaran.Aspek yang paling penting dalam kualiti pengajaran merupakan
apa yang bermain dalam pemikiran pelajar. Sebagai contoh, guru mesti
mengemukakan maklumat dengan cara teratur, (Kallison 1986), memberikan
perhatikan kepada setiap topik baru (Smith dan Cotton 1980), menggunakan
bahasa yang jelas dan mudah (Land 1987), menggunakan banyak imej dan
contoh yang jelas (Hiebert et al. 1991, Mayer & Gallini 1990), dan sering
menyatakan nilai-nilai utama dan penting (Maddox dan Hoole 1975). Menurut
Haslina (2009), sememangnya tidak ada model pengajaran yang terbaik yang
boleh dicontohi oleh semua guru kerana pengajaran guru akan dipengaruhi oleh

Seminar Darulaman 2019 Peringkat Kebangsaan


22-23 OKTOBER 2019
9

pelbagai faktor seperti suasana pengajaran, latar belakang murid dan matlamat
pengajaran yang berbeza.
Guru Pelatih perlu mengetahui pendekatan pengajaran yang sesuai bagi
membantu murid berkeperluan khas ini untuk membantu mereka dalam
pembelajaran dan mengatasi masalah tingkah laku mereka.Ini selaras dengan
Nurahimah dan Rafisah (2010) menyatakan dalam usaha menjadi guru yang
berkesan, pengetahuan tentang kandungan isi pelajaran dan pedagogi sahaja
tidak mencukupi dimana ia perlu ditambah dengan cara penyampaian pengajaran
guru yang menarik serta difahami murid.

Objektif Dua: Tahap kesediaan guru pelatih dalam aspek ketrampilan diri
dan sahsiah.
Hasil pemerhatian, Tahap kesediaan guru pelatih dalam aspek ketrampilan diri
dan sahsiah berada di tahap yang baik.Dapatan kajian menunjukkan bahawa
kesemua guru pelatih memahami kepentingan sahsiah dan penampilan diri yang
baik dapat membantu dan memberi keyakinan diri guru pelatih.Kementerian
Pendidikan Malaysia (2019) menyatakan kompetensi pembangunan guru perlu
ditekan dan latihan guru akan dipertingkatkan dari semasa ke semasa demi
memastikan pendidikan guru sebagai profesion utama pilihan pelajar.

IMPLIKASI KAJIAN

Implikasi kajian menunjukkan keperluan satu pembangunan model ciri-ciri guru


pendidikan khas dalam pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) di Program
Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) sekolah-sekolah Malaysia.Model Guru
Pendidikan khas ini perlu holistik dan dapat membantu murid berkeperluan khas
menguasai pembelajaran mengikut tahap keupayaan masing-masing.

CADANGAN KAJIAN

Penyelidik mencadangkan beberapa penambahbaikan bagi memantapkan


pembelajaran dan pengajaran guru pelatih, di antaranya:
1) Penguasaan penulisan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) yang sesuai
dengan tahap keupayaan murid berkeperluan khas.
2) Keperluan bahan sokongan yang sesuai dalam memastikan objektif
pengajaran guru pelatih tercapai.
3) Peningkatan penampilan diri dan sahsiah guru pelatih dari semasa ke semasa
dalam memastikan profesion keguruan dihormati sebagai agen perubahan
membina anak bangsa.

KESIMPULAN

Kajian ini diharapkan dapat membantu pihak Institusi Pengajian Awam(IPTA)


memperkasa dalam penyediaan bakal-bakal guru yang berkualiti dan dapat
membantu Kementerian Pendidikan Malaysia dalam menterjemah objektif
pendidikan negara.

Seminar Darulaman 2019 Peringkat Kebangsaan


22-23 OKTOBER 2019
10

RUJUKAN

Abdul Ghani Abdullah, Abdul Rahman Abdul Aziz, Abdul Rashid Mohamed (2011).Humor dalam
pengajaran.Batu Caves, Selangor.PTS Publishing Sdn Bhd.

Abdull Sukor Shaari (2008), Guru Berkesan.UUM Press. Sintok.Univerisiti Utara Malaysia

Akhiar Pardi dan Shamsina Shamsudin(2010).Rancangan Pengajaran Harian dalam Pengajaran dan
Pembelajaran.Puchong.Penerbitan Multimedia Sdn Bhd.

David Kolb (1984).The Experiential Learning Cycle and Basic Learning Styles.

Ford,M.E (1992).Motivating Humans: goals,emotion and personal agency beliefs.Newbury Park.Saga


Publication.

Jamila K.A.Mohamed (2006).Pendidikan khas untuk kanak-kanak istimewa. Batu Ceves, Selangor.PTS
Profesional Publishing.

Kama Shaffeei(2012).Kajian Pelaksanaan Kemahiran Vokasional Terhadap Murid Bermasalah


Pembelajaran Di Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) Sekolah Menengah Negeri
Selangor.ProsidingPersidangan Antarabangsa Pendidikan Khas UPSI Tanjong Malim.Hotel
Mahkota Melaka.10-12 April 2012.

Kallison, J.M.(1986).Effects of lesson organization on achievement. American Educational Research


Journal 23(2): 337-347.

Kementerian Pendidikan Malaysia (2019).Ucap Utama Pelaksanaan Pendidikan Khas di Malaysia.Special


Education Internasional Conference (SEIC).Marriot Hotel, Putrajaya.

Kementerian Pendidikan Malaysia (2019).Perkembangan Sistem Pendidikan Negara kea rah Revolusi
4.0. Seminar Pendidikan Negara (SKEPEN2019).Universiti Kebangsaan Malaysia.

Nurahimah Mohd Yusoff dan Rafisah Osman (2010). Hubungan Kualiti Penyeliaan Pengajaran dan
Pembelajaran di Bilik Darjah dengan Efikasi Guru.Asia Pacific Journal of Educators and
Education, Vol.25,53-71

Land, M.L. (1987).Vagueness and clarity.In International Encyclopedia of Teaching and Teacher
Education, ed. M.J. Dunkin.New York: Pergamon.

Smith, L.R., and M.L. Cotton.(1980).Effect of lesson vagueness and discontinuity on student achievement
and attitudes. Journal of Educational Psychology 72: 670-675.

Universiti Pendidikan Sultan Idris (2019).Laporan Penyeliaan Latihan Mengajar,Panduan Pensyarah


Penyelia dan Guru Pembimbing.Pusat Latihan Mengajar dan Industri.

Seminar Darulaman 2019 Peringkat Kebangsaan


22-23 OKTOBER 2019

You might also like