You are on page 1of 5

MANUAL PENGGUNAAN KIT LBS

1. Murid dibahagikan kepada dua kumpulan. Satu kumpulan mempunyai


bilangan seramai 3-4 orang ahli.

2. Guru mengagihkan kit kepada setiap kumpulan. Aktiviti diteruskan


mengikut kumpulan dan pengunaan kit dilakukan secara bergilir-gilir.

3. Setiap kit LBS mempunyai 4 jenis ‘jigsaw puzzle’ yang berbeza-beza. Satu
kumpulan akan menggunakan satu kit sahaja pada satu masa. Namun,
penggunaan keempat-empat ‘jigsaw puzzle’ dan proses membina litar boleh
dilakukan secara serentak.

4. Setiap kit LBS mempunyai 4 set litar, ianya merangkumi 2 set litar bersiri
dan 2 set litar selari.

5. Komponen yang dibekalkan didalam setiap set(di dalam plastik) ialah:

 8 sambungan wayar berserta klip buaya

 4 mentol berserta pemegang mentol

 2 suis

 3 sel kering berserta pemegang sel kering

6. Arahan di bawah iaitu dalam bentuk aktiviti dilaksanakan mengikut stesen :

Rajah 1 : Pengagihan Kit


ARAHAN PENGGUNAAN KIT

1) Mencantumkan ‘jigsaw puzzle’ (gambar litar bersiri/selari dalam bentuk


simbol).

 Murid mencantumkan ‘jigsaw puzzle’ iaitu gambar litar dalam bentuk


simbol.

2) Membina litar elektrik (bersiri/selari) berdasarkan cantuman ‘jigsaw


puzzle’ iaitu gambar litar dalam bentuk simbol.

 Murid perlu melakukan perbincangan untuk menentukan samaada


kelengkapan yang disediakan dalam kit tersebut sesuai disambung
sebagai litar bersiri atau selari.

Rajah 2 : Proses Membina Kit


 Kesemua komponen yang disediakan perlu disambungkan untuk
melengkapkan litar masing-masing. Guru mengumpulkan semula ‘jigsaw
puzzle’ iaitu gambar litar dalam bentuk simbol setelah murid selesai
memasang litar elektrik.

Rajah 3 : Contoh Litar bersiri dan selari

3) Melakar gambarajah litar elektrik (bersiri/selari) menggunakan simbol.

 Murid perlu melakar gambarajah litar elektrik dalam bentuk simbol secara
individu menggunakan lembaran kerja yang disediakan oleh guru.
Rajah 4 : Contoh Gambar Lakaran Litar Bersiri Dan Selari Dalam Bentuk
Simbol

4) Semakan jawapan.

 Murid boleh menyemak jawapan dan membuat refleksi kefahaman


dengan berpandukan kepada cantuman ‘jigsaw puzzle’ iaitu gambar litar
dalam bentuk simbol semasa aktiviti 1 secara kendiri.

 Setelah murid selesai melakarkan gambar litar dalam bentuk simbol dan
menyemak jawapan, murid perlu meleraikan semula sambungan litar dan
‘jigsaw puzzle’.

*** setelah murid selesai menyelesaikan kesemua arahan tersebut,


murid dikehendaki menukar stesen di meja kumpulan lain. Murid perlu
mengulang semula arahan 1-4 bagi litar yang berbeza.

*** PERHATIAN : Cara guru membezakan jenis litar yang dibina murid :

Di bawah kotak ‘jigsaw puzzle berwarna hitam yang mempunyai cebisan


corak berkilau merupakan litar selari, manakala litar bersiri tiada corak.
Lembaran kerja

LITAR ELEKTRIK LENGKAP

(LITAR BERSIRI DAN LITAR SELARI)

NAMA :

KELAS :

Soalan /
Stesen STESEN A STESEN B

Jenis litar
(2 markah)

Lakarkan
gambarajah
litar
mengguna
kan simbol
(8 markah)

Jumlah
Markah

You might also like