You are on page 1of 8

1.

Rajah di bawah menunjukkan dua kumpulan haiwan

Kumpulan 1 Kumpulan 2

Bezakan cara haiwan-haiwan dalam kumpulan 1 dan kumpulan 2 melindungi diri daripada musuh

Kumpulan 1 Kumpulan 2
A. Menggulungkan diri Hidup dalam kumpulan
B. Mempunyai racun Mempunyai tanduk
C. Mempunyai lapisan luar yang keras Lapisan kulit yang tebal
D. Mempunyai kaki yang banyak Berlari dalam bentuk zigzag
ARAS: APLIKASI

2. Berikut merupakan maklumat tentang haiwan X

Haiwan X tinggal di padang pasir

Berdasarkan maklumat di atas, bincangkan ciri yang dimiliki oleh haiwan X.

A. Mempunyai bulu yang tebal untuk melindungi diri daripada ribut pasir

B. Mempunyai lapisan lemak yang tebal untuk tahan rintangan haba

C. Haiwan X akan berendam di dalam oasis apabila panas melampau

D. Mempunyai bonggol untuk menyimpan lemak

ARAS: APLIKASI
Haiwan Cara Penjagaan Bilangan
Telur
Tidak menjaga 80 – 200 Biji
dan melindungi
telur

Nyamuk
Menjaga dan 5-10 Biji
melindungi telur

Ayam

Rajah 3

3. Berdasarkan rajah 3 di atas, bagaimanakah nyamuk mengekalkan kemandirian spesiesnya walaupun


tidak menjaga dan melindungi telurnya?

A. Telur nyamuk diselaputi oleh lendir yang membuatkan telur-telur melekat antara satu sama lain

B. Nyamuk menyembunyikan telur dengan bertelur di dalam air

C. Nyamuk bertelur dengan banyak

D. Nyamuk menyembunyikan telur di bawah daun

Aras: Analisis
Situasi X Situasi Y

Rajah 4.1 Bushfire di Australia Rajah 4.2: Koala yang dehidrasi yang sedang
dirawat
Berikutan bencana Bushfire yang melanda
Australia baru-baru ini, lebih daripada 5.9 juta "Sehingga 30% koala di rantau ini mungkin
hektar atau 59000 kilometer persegi telah terbunuh, kerana sehingga 30 peratus habitat
terbakar di seluruh enam negeri di Australia, mereka telah musnah," Menteri Persekitaran
yang mana hampir separuh daripada saiz Persekutuan Australia
Semenanjung Malaysia
“Kehidupan liar di Australia berisiko mati
kelaparan kecuali kerajaan menyediakan bekalan
makanan” -Persatuan Veterinar Australia”
.

4. Sekiranya situasi X dan Y di atas semakin berleluasa tanpa sebarang inisiatif dilakukan, ramalkan
apakah yang akan terjadi?

I. Tumbuhan dan Koala akan kehilangan habitat

II. Tumbuhan dan Koala tidak dapat meneruskan kemandirian spesies

III. Tumbuhan dan Koala akan pupus

A. I -> II -> III

B. I -> III -> II

C. II -> I -> III

D. II -> III -> I

Aras: Sintesis
Berikut merupakan satu rantaian makanan yang terdapat dalam sebuah habitat

Pada tahun 2019, bilangan tikus dikatakan meningkat 2 kali ganda daripada bilangan seterusnya. Berikut
merupakan jadual bilangan bagi haiwan yang terdapat di dalam rantaian makanan tersebut

Tahun Padi (batang) Tikus (ekor) Ular (ekor) Burung Helang (ekor)
2018 400000 3000 500 100
2019 398000 6000 600 120
Perbezaan 400000 – 399000 6000-3000 = 600 – 500 = 120 – 100 = 20
antara tahun = 1000 3000 100

Berdasarkan rantaian makanan dan jadual tersebut, rumuskan mengapa hal ini terjadi sedemikian?

I. Bilangan padi paling kurang terjejas kerana tumbuhan kekal mendapatkan makanan daripada matahari

II. Bilangan padi paling kurang terjejas kerana padi tersebut dapat menjaga kemandirian spesiesnya
dengan baik

III. Bilangan tikus yang meningkat secara drastik akan menjejaskan keseimbangan ekosistem

IV. Bilangan ular tidak meningkat terlalu ketara kerana walaupun bilangan tikus meningkat, ular masih
dimakan oleh helang

A. I dan IV

B. I dan III

C.II dan III

D. II dan IV

Aras: Sintesis
6. Berikut merupakan satu siratan makanan yang terdapat dalam satu habitat padang rumput.

Apakah yang akan terjadi sekiranya bilangan burung hantu meningkat dalam siratan makanan itu?

Burung Pipit Kumbang Kura-Kura Pokok Bunga


A. Berkurang Berkurang Bertambah
B. Bekurang Bertambah Berkurang
C. Bertambah Berkurang Bertambah
D. Bertambah Berkurang Berkurang
Aras: Analisis
7. Dalam satu siratan makanan, haiwan X merupakan pengguna primer, haiwan Y merupakan pengguna
sekunder manakala haiwan Z merupakan pengguna tertier.

Pada tahun 2019, haiwan Y pupus kerana dilanda penyakit. Berikut merupakan data populasi haiwan X
dan Y yang diambil pada tahun 2020

Tahun Populasi Haiwan X (ekor) Populasi Haiwan Z (ekor


2019 50000 5000
2020 100000 1000

Berdasarkan situasi di atas, apakah kepentingan siratan makanan yang dapat kamu rumuskan?

I. Siratan makanan memastikan kemandirian haiwan

II. Siratan makanan mengurangkan populasi spesies haiwan lain terutamanya haiwan primer dan
sekunder

III. Siratan makanan memastikan keseimbangan populasi dalam suatu habitat

IV. Siratan makanan menyebabkan kekurangan sumber makanan

A. I dan II

B. II dan III

C. II dan IV

D. III dan IV

Aras: Sintesis

8. Rajah 9 menunjukkan daun pisang yang bergulung semasa hari panas.

Rajah 8

Apakah inferens keadaan ini?

A. Untuk mengekalkan suhu pokok

B. Untuk mengurangkan kehilangan air

C. Supaya pokok tidak tumbang apabila ditiup angin

D. Sebagai penyamaran untuk mengelak daripada dimakan oleh haiwan


Aras: Analisis

9. Pernyataan di bawah merupakan ciri-ciri sejenis tumbuhan.

 Bercangkuk
 Mempunyai biji kecil yang keras
Antara berikut, apakah agen pencaran tumbuhan tersebut?

A. Haiwan atau manusia

B. Mekanisma letupan

C. Angin

D. Air

Aras: Aplikasi
10. Mak Limah merupakan seorang pekebun. Beliau menanam pokok keembung di tamannya. Setelah
dua minggu, Mak Limah mendapati pokok keembung tersebut membiak di tempat yang tidak
sepatutnya. Mak Limah juga mendapati pokok keembung tersebut mempunyai saiz yang sama dengan
pokok keembong telah lama ditanamnya.

Rajah 10 di bawah menunjukkan kawasan pokok keembung yang telah ditanam sebelum satu minggu
dan selepas satu minggu

Sebelum Dua Minggu Selepas Dua Minggu

Rajah 10

Berdasarkan situasi di atas, apakah kepentingan pencaran biji benih kepada kemandirian spesies yang
dapat kamu rumuskan?

I. Pencaran biji benih dapat membolehkan tumbuhan untuk berpindah ke tempat baru untuk
mengembangkan spesies

II. Pencaran biji benih boleh menyebarkan penyakit wabak di kalangan spesies tumbuhan yang sesak

III. Pencaran biji benih boleh menambahkan kesesakan tumbuhan

IV. Pencaran biji benih mengurangkan persaingan antara tumbuhan induk dengan biji benih baru

A. I dan II

B. I dan IV

C. II dan III

D. II dan IV

You might also like