You are on page 1of 19

SULIT

PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH MUKAH


SARAWAK

UJIAN PRA UPSR 1 2016


SAINS 018/1
Kertas 1
Mac
1 jam Satu jam

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan.

2. Kamu dikehendaki menjawab semua soalan.

3. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan iaitu A, B, C dan D. Bagi setiap
soalan, pilih satu jawapan sahaja.

Hitamkan jawapan kamu pada kertas jawapan objektif yang disediakan.

4. Serahkan kertas jawapan objektif kepada pengawas peperiksaan pada akhir peperiksaan.

__________________________________________________________________
Kertas soalan ini mengandungi 19 halaman bercetak dan 1 halaman tidak bercetak.
[Lihat halaman sebelah
018/1 2016 Guru Sains Daerah Mukah SULIT
SULIT 2 018/1

1 Apakah fungsi gigi geraham manusia?

A Memotong makanan

B Menghadam makanan

C Mengoyakkan makanan

D Menghancurkan makanan

2 Rajah 1 menunjukkan tiga jenis haiwan.

Rajah 1

Apakah ciri sepunya bagi haiwan-haiwan seperti dalam Rajah 1?

A Berkaki

B Bersisik

C Bersayap

D Bercengkerang

[Lihat halaman sebelah


018/1 2016 Guru Sains Daerah Mukah SULIT
SULIT 3 018/1

3 Rajah 2 menunjukkan satu proses yang dilakukan oleh manusia.

Rajah 2

Antara berikut, yang manakah betul tentang proses yang ditunjukkan dalam Rajah 2?

A Proses ini disebut sebagai menghembus nafas

B Semasa proses ini, dada turun dan mengempis

C Semasa proses ini, dada naik dan mengembang

D Gas yang disedut masuk ialah gas karbon dioksida

4 Seekor belalang masih hidup walaupun kepalanya direndam dalam air selama 3 minit.
Pernyataan manakah adalah betul tentang belalang berdasarkan maklumat ini?

A Belalang bernafas seperti ikan

B Belalang bernafas melalui kulitnya yang lembap

C Belalang bernafas melalui spirakel yang terdapat pada abdomennya

D Belalang bernafas melalui liang stoma yang terdapat pada abdomennya

5 Cahaya matahari adalah salah satu keperluan asas tumbuhan. Bahagian tumbuhan yang
manakah akan bertukar menjadi kuning jika tiada keperluan asas ini?

A Akar

B Daun

C Buah

D Batang

[Lihat halaman sebelah


018/1 2016 Guru Sains Daerah Mukah SULIT
SULIT 4 018/1

6 Maklumat yang berikut menunjukkan tabiat pemakanan tiga haiwan yang berlainan, P, R
dan S.

Haiwan R memakan haiwan P


Haiwan S memakan haiwan R
Haiwan P memakan tumbuhan Q

Antara rantai makanan yang berikut, yang manakah benar?

A PRQS

B SPQR

C QPRS

D RQSP

7 Rajah 3 menunjukkan satu rantai makanan.

sayuran belalang burung pipit ular

Rajah 3

Apakah yang akan berlaku jika lebih banyak ular datang ke habitat itu?

A Bilangan belalang berkurang

B Bilangan sayuran bertambah

C Bilangan burung pipit berkurang

D Bilangan burung pipit bertambah

8 Tumbuhan yang manakah dipadankan dengan agen pencaran yang betul?

Jenis buah/ biji benih Agen pencaran

A Pong-pong Angin

B Kacang panjang Air

C Kemuncup Haiwan

D Mangga Mekanisme letupan

[Lihat halaman sebelah


018/1 2016 Guru Sains Daerah Mukah SULIT
SULIT 5 018/1

9 Rajah 4 menunjukkan empat jenis bijih benih yang berlainan.

P Q R S

Rajah 4

Biji benih yang manakah dipencarkan melalui mekanisme letupan?

A P dan S

B P dan Q

C Q dan S

D R dan S

10 Antara hidupan berikut, yang manakah merupakan mikroorganisma?

P Q R S

A P dan R

B P dan S

C P, Q dan R

D Q, R dan S

[Lihat halaman sebelah


018/1 2016 Guru Sains Daerah Mukah SULIT
SULIT 6 018/1

11 Antara berikut, yang manakah dihasilkan dengan menggunakan bakteria?

A B

C D

12 Mengapakah makanan tahan lebih lama jika disimpan di dalam peti sejuk berbanding
disimpan pada suhu bilik?

A Nutrien makanan yang membeku melambatkan aktiviti mikroorganisma

B Keadaan gelap di dalam peti sejuk melambatkan pembiakan mikroorganisma

C Suhu yang rendah di dalam peti sejuk melambatkan pembiakan mikroorganisma

D Jumlah udara di dalam peti sejuk yang terhad melambatkan aktiviti mikroorganisma

13 Ciri interaksi yang manakah berkaitan dengan komensalisme?

A Kedua-dua spesies mendapat faedah

B Kedua-dua spesies tidak mendapat sebarang faedah

C Satu spesies mendapat faedah manakala spesies yang satu lagi menjadi mangsa

D Satu spesies mendapat faedah tanpa memberi kesan kepada spesies yang satu lagi

[Lihat halaman sebelah


018/1 2016 Guru Sains Daerah Mukah SULIT
SULIT 7 018/1

14 Sekumpulan murid menanam anak-anak pokok kacang yang sama saiz di dalam pasu
berisi tanah kerbun. Aidil meletakkan 3 anak pokok di dalam pasu X dan 6 anak pokok di
dalam pasu Y. Kedua-dua pasu diletakkan di tempat terbuka dan dibubuh baja serta
disiram air dalam kuantiti yang sama banyak.
Berikut merupakan ketinggian anak pokok yang dicatat oleh Aidil selepas 7 hari.

Purata ketinggian anak-anak pokok X ialah 10cm.


Purata ketinggian anak-anak pokok X ialah 5cm.

Antara berikut, graf yang manakah menunjukkan ketinggian anak pokok X dan Y?

A Ketinggian B Ketinggian
anak pokok anak pokok

Pasu Pasu
X Y X Y

C Ketinggian D Ketinggian
anak pokok anak pokok

Pasu Pasu
X Y X Y

15 Antara contoh berikut, yang manakah bukan merupakan persaingan antara haiwan
berlainan spesies?

A Kuda belang dan badak air bersaing untuk mendapatkan air

B Dubuk dan singa bersaing untuk mendapatkan makanan yang sama

C Gagak dan merpati bersaing untuk mendapatkan tempat tinggal yang sama

D Dua ekor ular jantan bersaing untuk mengawan dengan ular betina yang sama

[Lihat halaman sebelah


018/1 2016 Guru Sains Daerah Mukah SULIT
SULIT 8 018/1

16 Rajah 5 menunjukkan dua ekor gajah laut yang sedang bergaduh.

Rajah 5

Mengapakah haiwan itu berkelakuan demikian?

A Berebut air

B Berebut nutrien

C Berebut pasangan

D Menguji kekuatan

17 Konvensyen Tanah Lembap atau Ramsar telah menyediakan rangka kerja bagi
melindungi kawasan tanah lembap daripada musnah.

Apakah yang dapat dikaitkan maklumat tersebut?

A Pencemaran tanah

B Pemuliharaan alam

C Pemeliharaan alam

D Pembalakan kayu bakau

[Lihat halaman sebelah


018/1 2016 Guru Sains Daerah Mukah SULIT
SULIT 9 018/1

18 Rajah 6 menunjukkan satu spesies haiwan yang telah pupus.

Rajah 6

Bagaimanakah haiwan ini mengalami kepupusan?

A Kemusnahan habitat

B Diburu oleh manusia

C Kekurangan cahaya matahari

D Tiada pasangan untuk membiak

19 Rajah 7 menunjukkan salah satu langkah yang dilakukan oleh kerajaan bagi
meningkatkan bilangan haiwan yang terancam.

Rajah 7

Apakah yang akan berlaku sekiranya usaha yang dinyatakan pada rajah gagal
dilaksanakan?

A Spesies haiwan akan bertambah

B Masalah pencemaran semakin bertambah

C Aktiviti pembalakan haram semakin bertambah

D Bilangan haiwan semakin berkurang dan akhirnya mengalami kepupusan


[Lihat halaman sebelah
018/1 2016 Guru Sains Daerah Mukah SULIT
SULIT 10 018/1

20 Rajah 8 menunjukkan satu carta palang mewakili bilangan haiwan X di sebuah kawasan.

Rajah 8

Berdasarkan carta palang tersebut, mengapakah usaha pemeliharaan dan pemuliharaan


perlu dijalankan?

A Untuk menambahkan bilangan haiwan

B Untuk mengurangkan aktiviti pembalakan

C Untuk menyelamatkan haiwan X daripada diburu

D Untuk menyelamatkan haiwan X daripada terus diancam kepupusan

21 Maklumat berikut menunjukkan susunan langkah dalam kaedah yang betul untuk
menyukat isipadu air.

Letakkan silinder penyukat di atas permukaan yang rata

Tuangkan air ke dalam silinder penyukat

Rekodkan bacaan isi padu air

Apakah langkah R?

A Goncang silinder penyukat sebelum membaca isi padu

B Tempatkan mata pada aras yang sama dengan meniskus

C Alihkan silinder penyukat ke tempat yang tinggi dan ambil bacaan

D Letak kertas warna di belakang silinder penyukat dan baca isi padu air

[Lihat halaman sebelah


018/1 2016 Guru Sains Daerah Mukah SULIT
SULIT 11 018/1

22 Rajah 9 menunjukkan dua segi empat tepat X dan Y.

X 2 cm

6 cm

Y 3 cm

4 cm

Rajah 9

Antara pernyataan berikut yang manakah tidak benar tentang Rajah 9?

A Luas segi empat tepat X dan Y adalah sama besar

B Luas segi empat tepat X lebih besar daripada luas segi empat tepat Y

C Perimeter segi empat tepat X lebih panjang daripada perimeter segi empat tepat Y

D Perimeter segi empat tepat X dan Y diperoleh dengan menambah semua panjang sisi

23 Kassim dan kawan-kawannya mengikuti aktiviti Pengakap di hutan. Mereka dikehendaki


untuk mencari ukuran ukur lilit sebatang pokok kayu balak. Bagaimanakah mereka dapat
mengukur ukur lilit pokok tersebut dengan tepat dan mudah?

A Menggunakan tali getah dan pembaris

B Mengukur menggunakan ukuran jengkal

C Mengukur menggunakan tali dan pembaris

D Menggunakan pita pengukur baju yang dibawa

[Lihat halaman sebelah


018/1 2016 Guru Sains Daerah Mukah SULIT
SULIT 12 018/1

24 Rajah 10 menunjukkan suatu sumber tenaga yang sedang digunakan pada satu alat.

Rajah 10

Apakah perubahan bentuk tenaga yang berlaku?

A Tenaga kimia tenaga haba tenaga cahaya

B Tenaga keupayaan tenaga kinetik tenaga bunyi

C Tenaga suria tenaga elektrik tenaga cahaya + tenaga haba

D Tenaga kimia tenaga elektrik tenaga cahaya + tenaga bunyi

25 Rajah 11 menunjukkan pembentukan bayang-bayang suatu objek.

Rajah 11

Apakah yang harus dilakukan untuk menjadikan bayang-bayang itu lebih besar?

A Gerakkan objek ke atas skrin

B Gerakkan objek supaya lebih dekat dengan skrin

C Gerakkan sumber cahaya agar lebih jauh daripada objek

D Gerakkan objek supaya lebih dekat dengan sumber cahaya


[Lihat halaman sebelah
018/1 2016 Guru Sains Daerah Mukah SULIT
SULIT 13 018/1

26 Maklumat berikut menunjukkan perbandingan kecerahan mentol T, U dan V.

Mentol T kurang cerah daripada mentol U

Mentol V lebih cerah daripada mentol U

Carta palang yang manakah yang betul menunjukkan perbandingan tersebut?

[Lihat halaman sebelah


018/1 2016 Guru Sains Daerah Mukah SULIT
SULIT 14 018/1

27 Rajah 12 menunjukkan sebuah landasan kereta api.

Celah

Rajah 12

Antara berikut yang manakah benar mengenai celah-celah landasan kereta api tersebut?

A Celah menjadi kecil apabila suhu meningkat

B Celah menjadi besar pada waktu tengah hari

C Bilangan celah bertambah pada waktu malam

D Saiz celah tidak berubah dengan perubahan suhu

28 Rentap ingin mengelap permukaan mejanya yang basah. Antara berikut, yang manakah
paling sesuai digunakan?

A Kain satin

B Kain nilon

C Kain kapas

D Kain sutera

29 Sebuah bot telah dibina dengan menggunakan kepingan besi. Apakah bahan yang paling
sesuai digunakan untuk membuat lapisan dalam bot agar bot tersebut dapat berfungsi
dengan lebih sempurna?

A Kayu

B Kapas

C Plastik

D Polisterina
[Lihat halaman sebelah
018/1 2016 Guru Sains Daerah Mukah SULIT
SULIT 15 018/1

30 Maklumat berikut menunjukkan sifat-sifat bahan X.

Bahan X

Mempunyai jisim
Mempunyai bentuk tetap
Mempunyai isipadu

Berdasarkan pernyataan di atas, apakah bahan X?

A Gelas

B Losyen

C Minyak

D Oksigen

31 T ialah suatu proses perubahan keadaan bahan.


Maklumat berikut adalah berkaitan dengan proses T.

T : Wap air berubah menjadi cecair

Antara berikut yang manakah merupakan contoh proses T.

A B

C D

[Lihat halaman sebelah


018/1 2016 Guru Sains Daerah Mukah SULIT
SULIT 16 018/1

32 Berikut merupakan petikan daripada lirik sebuah lagu kanak-kanak.

Hujan oh hujan, kenapa engkau turun?

Macam mana aku tak turun, katak panggil aku.

Proses yang manakah paling berkait rapat dengan petikan daripada lirik lagu Bangau oh
bangau di atas?

A Peleburan

B Pendidihan

C Kondensasi

D Pembekuan

33 Rajah 13 menunjukkan suatu pengelasan bahan.

Rajah 13

Bahan manakah yang mewakili X dan Y?

X Y
A Teh Cuka
B Cuka Serbuk pencuci
C Serbuk penaik Dadih
D Gula Kopi

[Lihat halaman sebelah


018/1 2016 Guru Sains Daerah Mukah SULIT
SULIT 17 018/1

34 Rajah 14 menunjukkan titisan air yang terbentuk pada permukaan luar gelas yang diisi
dengan jus limau dan ais. Titisan air itu diuji dengan kertas litmus biru dan merah.

Ais
Kertas litmus
Jus limau

Titisan air

Rajah 14

Apakah yang dapat diperhatikan?

A Kertas litmus merah bertukar biru

B Kertas litmus biru bertukar merah

C Kertas litmus merah dan biru bertukar putih

D Kertas litmus merah dan biru tidak berubah warna

35 Jadual dalam Rajah 15 menunjukkan masa yang diambil oleh planet W, X, Y dan Z untuk
beredar mengelilingi Matahari.

Masa yang diambil oleh planet untuk beredar


Planet
mengelilingi Matahari
W 12 tahun
X 29 tahun
Y 84 tahun
Z 165 tahun

Rajah 15

Antara pernyataan berikut, yang manakah benar tentang planet-planet W, X,Y dan Z?

A Planet W merupakan planet paling sejuk

B Planet Z merupakan planet yang paling sejuk

C Planet Z ialah planet yang paling dekat dengan Matahari

D Planet W ialah planet yang paling jauh daripada Matahari


[Lihat halaman sebelah
018/1 2016 Guru Sains Daerah Mukah SULIT
SULIT 18 018/1

36 Rajah 16 menunjukkan fasa-fasa bulan.

Rajah 16

Apakah fasa bulan pada X?

A Bulan sabit

B Anak bulan

C Bulan separa

D Bulan purnama

37 Rajah 17 menunjukkan bayang-bayang yang berbeza diperhatikan dalam satu hari.

U U

U U

Rajah 17

Berdasarkan Rajah 17, bayang-bayang yang manakah muncul pada jam 2:00 petang?

A K

B L

C M

D N
[Lihat halaman sebelah
018/1 2016 Guru Sains Daerah Mukah SULIT
SULIT 19 018/1

38 Rajah 18 menunjukkan kawasan P di atas permukaan Bumi.

Matahari

Rajah 18

Selepas Bumi berputar pada paksinya sebanyak setengah putaran lengkap, ramalkan
waktu yang dialami di kawasan P.

A Pagi
B Malam
C Tengah hari
D Tengah malam

39 Matthew sedang menjalankan penyiasatan tentang cara pembiakan tumbuhan. Dia ingin
memerhati struktur spora pada permukaan daun paku pakis dengan jelas. Alat yang
manakah paling sesuai digunakan olehnya?

A Teleskop
B Binokular
C Mikroskop
D Kanta pembesar

40 Penduduk sebuah kampung telah membina sebuah jambatan kayu untuk menyeberangi
sungai ke kampung mereka. Selepas setahun, didapati jambatan itu runtuh.
Mereka ingin membina sebuah jambatan baharu yang boleh bertahan lebih lama.
Apakah yang perlu mereka lakukan?

A Membina jambatan yang lebih lebar


B Membina jambatan daripada konkrit
C Membina jambatan yang lebih tinggi
D Membina jambatan yang lurus dan panjang

KERTAS SOALAN TAMAT

[Lihat halaman sebelah


018/1 2016 Guru Sains Daerah Mukah SULIT

You might also like