You are on page 1of 7

UNIT 3: PROSES HIDUP HAIWAN

(A) Berlindung daripada Musuh

1. Haiwan mempunyai ciri-ciri khas dan tingkah laku khas untuk


melindungi dirinya daripada musuh.
2. Terdapat 5 ciri khas dan 5 tingkah khas khas haiwan untuk melindungi
diri daripada musuh.
3. 5 ciri khas haiwan melindungi diri daripada musuh:
1. Berduri tajam
2. Bercangkerang keras
3. Bersisik keras
4. Bertanduk
5. Berbisa

4. 5 tingkah laku khas haiwan melindungi diri daripada musuh:

1. Menggulungkan diri
2. Menyammar
3. Memutuskan anggota badan
4. Memasukkan anggota badan
5. Hidup dalam kumpulan

5. Terdapat ciri khas lain:

1. Kuku tajam (ayam, helang)


2. Mengeluarkan bau busuk (skunk, kumbang, pepijat)
3. Mata palsu (kupu-kupu, ular kobra, ikan paus pembunuh)
4. Menyemburkan dakwat hitam ketika menghadapi musuh (sotong)

1
2
(B) Berlindung daripada Cuaca Melampau

1. Sesetengah haiwan tinggal di tempat yang sangat panas dan sejuk.


Cuaca melampau ini memerlukan haiwan mempunyai ciri dan tingkah
laku khas untuk melindungi dirinya.

(C) Kemandirian Spesies

1. Kemandirian spesies bermaksud keupayaan haiwan mengekalkan


spesies dan mengelakkan spesiesnya pupus.
2. Untuk mengekalkan spesiesnya, haiwan akan:
1. Beranak
2. Bertelur

3
(D) Haiwan Bertelur

1. Cara-cara haiwan yang bertelur:

4
(E) Haiwan Menjaga Anak

1. Setelah beranak dan telurnya menetas, haiwan mempunyai pelbagai


cara untuk menjaga anaknya.

(F) Kepentingan Kemandirian Spesies

1. Haiwan perlu menjaga telur anak-anaknya agar dilindungi daripada


musuh dan bahaya.
2. Ini akan memastikan haiwan tersebut terus hidup dan mengekalkan
spesiesnya bagi mengelakkan kepupusan.
3. Kalau anak dan telur mereka dibiarkan, anak dan telurnya akan:
1. Dibunuh dan dimakan oleh musuh.
2. Dikutip dan diambil oleh manusia.
3. Mati kerana kelaparan.

(G) Rantai Makanan

1. Rantai makanan ialah hubungan makanan antara hidupan.


2. Anak panah -> bermaksud “dimakan oleh”.
3. Contoh: Buah kelapa sawit -> tikus -> helang.

5
(H) Matahari, Pengeluar, dan Pengguna

1. Matahari merupakan sumber tenaga utama kerana membekalkan


cahaya matahari kepada tumbuhan.
2. Tumbuhan dikenali sebagai pengeluar, kerana tumbuhan boleh
membuat makanannya sendiri melalui proses fotosintesis.
3. Haiwan yang memakan tumbuhan atau haiwan lain dikenali
pengguna, kerana mereka mendapatkan sumber tenaga daripada
pihak lain.
4. Berdasarkan jenis makanan yang dimakan, haiwan boleh dikelaskan
kepada 3 kumpulan:
1. Hervivor – Haiwan yang memakan tumbuhan.
2. Karnivor – Haiwan yang memakan haiwan lain.
3. Omnivor – Haiwan yang memakan kedua-dua tumbuhan dan
haiwan lain.

(I) Siratan Makanan

1. Siratan makanan ialah gabungan beberapa rantai makanan dalam


suatu habitat.
2. Contoh habitat: Kolam, tasik, laut, sawah padi, ladang kelapa sawit,
hutan.
3. Di satu habitat, terdapat beberapa rantai makanan yang wujud.
4. Berdasarkan beberapa rantai makanan tersebut, kita boleh
menggabungkannya untuk membentuk siratan makanan.

(J) Kesan dan Akibat

1. Perubahan populasi dalam rantai/ siratan makanan mempunyai kesan


ke atas hidupan yang lain.
2. Sekiranya berlaku perubahan populasi seperti kematian dalam siratan
makanan, pengguna akan mencari makanan di habitat lain, atau
berpindah untuk memastikan kemandirian spesiesnya.

6
3. Jika bilangan (populasi) sesuatu haiwan berubah, maka bilangan
(populasi) haiwan yang lain juga akan berubah (bertambah/
berkurang).

You might also like