You are on page 1of 2

Implikasi Pentaksiran Berasaskan Sekolah terhadap PdP

1.  PBS membantu pelajar mengenal pasti kekuatan, kelemahan, kesilapan dan


apa yang perlu dibaiki, bagaimana perlu diperbaiki untuk memberi hasil yang
lebih baik.

2. Pentaksiran yang menyeluruh membantu melahirkan insan seimbang dari segi


jasmani, emosi, rohani dan intelektual.

3.  Guru mudah mendapatkan maklumat tentang perkembangan murid dalam


setiap mata pelajaran di mana guru akan memantau kemajuan dan pertumbuhan
pencapaian prestasi seseorang murid dalam setiap mata pelajaran mengikut
tahap (band) iaitu tahap satu, dua, tiga, empat, lima dan enam.

4. Guru dapat menentukan tahap pencapaian dan penguasaan sebenar pelajar


secara berterusan dan menyuluruh kerana PBS menggunakan kaedah formatif
dan sumatif secara formal atau informal.

5. Guru boleh menggunakan pelbagai instrumen untuk menjalankan pentaksiran


selain daripada pentaksiran tradisional. Contoh instrumen pentaksiran yang boleh
digunakan ialah lembaran kerja, pemerhatian, kuiz, senarai semak, laporan tugasan,
tugasan rumah dan ujian.

6. Guru boleh mengenal pasti kekuatan dan kelemahan murid dalam


pembelajaran dari semasa ke semasa sekali gus mengetahui keberkesanan
pengajarannya dan menjalankan tindakan susulan yang sepatutnya.
Masalah Pentaksiran Berasaskan Sekolah

1. Guru kurang pengalaman dalam mentadbir pentaksiran berasaskan sekolah.

2. Pentaksiran yang berterusan dalam jangka masa panjang mengakibatkan


kuantiti kerja guru menambah.

3. Guru-guru tidak menyediakan soalan-soalan yang boleh mentaksir secara


menyeluruh.

4. Proses dokumentasi mengambil masa yang penjang dan membebankan pihak


guru.

You might also like